My Readers

Tuesday, June 14, 2011

cuak tunggu result...



tetiba je rasa berdebar-debar padahal 3 hari lagi baru result nak keluar kan...risau sebab semester ni 8 paper yang aku ambik...takut kalau-kalau dapat result yang teruk..huhu...apa yang aku boleh buat sekarang hanya berdoa dan terus berdoa moga segalanya baik-baik sahaja...brape yang aku target??tak banyak..dapat 6A 2B pun jadila..dah macam PMR la plak kan...hehe.tapi tu la yang aku target...tak tahu la boleh dapat ke tak...ni merupakan semester 3 tapi semester 1 bagi aku untuk dgree ni...Ya Allah, makbulkanlah doaku...aku dah buat yang terbaik...segalanya terserah pada-Mu...

Universiti tempatan dipenuhi ‘hampas’?

memang menarik tajuk artikel dalam utusan malaysia beberapa hari yang lepas...betul ke apa yang diperkatakan?bagi aku ada kebenarannya di mana yang tinggal hanyalah pelajar yang sederhana sahaja dan semua yang terbaik yang kita ada dah dihantar ke luar negara...kes ramai pelajar yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi tak nak balik ke Malaysia memang sangat merugikan...kerajaan dah berbelanja besar tetapi pulangan tidak seperti yang diharapkan..pape pun aku juga punya niat untuk sambung belajar ke luar negara tapi tidaklah sampai untuk tinggal terus kat sana..cukuplah sekadar pengalaman yang ditimba di sana dibawa untuk dikongsi dan dipraktikkan di  negara sendiri...yang penting aku dapat mencurahkan sesuatu untuk kejayaan bangsa, agama dan negara..InsyaAllah...

KUALA LUMPUR 9 Jun - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berpendapat langkah menghantar pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti-universiti tempatan kini menjadi tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.Faktor itu, katanya, menyebabkan institusi pengajian tinggi tempatan sukar melonjakkan prestij masing-masing ke tahap lebih tinggi setanding dengan universiti terbaik dunia.“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?“Universiti luar negara mendapat manfaat kerana mereka menerima pelajar terbaik kita dan universiti tempatan terpaksa bergantung dengan pelajar yang tinggal,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Enculturing Innovation: Seven Pillars di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara hari ini.Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan bimbang kesan yang mungkin dialami oleh universiti tempatan jika semua pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Menurut Zaini, apa yang lebih membimbangkan ialah kumpulan pelajar cemerlang itu bukan dihantar ke universiti-universiti terbaik dunia, sebaliknya universiti bertaraf sederhana sahaja.Katanya, negara-negara seperti Singapura dan India telah mengambil langkah sebaliknya dalam menguruskan pelajar cemerlang mereka dan kaedah itu membantu melonjakkan kredibiliti universiti di negara berkenaan.“Singapura menempatkan pelajar terbaiknya di National University of Singapore manakala India pula menawarkan mereka tempat di Indian Institute of Technology yang diakui sebagai universiti yang memiliki reputasi baik di dunia,” katanya.Sehubungan itu, Zaini mencadangkan supaya pemberian biasiswa untuk pelajar cemerlang dipakejkan dengan tawaran belajar di universiti dalam negara.“Setiap kali cuti semester, mereka boleh dihantar ke kem musim panas yang dianjurkan universiti ternama seperti Oxford dan Havard. Untuk menyertai kem musim panas di universiti-universiti itu adalah lebih mudah berbanding melanjutkan pelajaran di sana,” katanya.Menurutnya, UTM telah mula melaksanakan langkah itu dengan menghantar lima penuntut ke kem berkenaan tahun lepas untuk mendedahkan mereka dengan budaya pembelajaran di luar negara.