hari ni aku nak update berkenaan bidang pentadbiran yang merupakan bidang yang sedang aku ambil sekarang...Berita Harian hari ni ada mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan bidang pemasaran merupakan kemahiran yang paling dikehendaki oleh majikan...bila tengok di jadual tu, bidang pentadbiran merupakan bidang kelima yang paling dikehendaki oleh majikan dan ini bermakna bidang pentadbiran memang sangat tinggi kebolehpasaran kerja..of course la aku bangga sebab bidang yang sedang aku pelajari sekarang adalah bidang yang memang diperlukan..kalau dilihat dalam subjek yang aku pelajari sepanjang diploma dan juga ijazah, memang banyak bidang yang kami boleh masuk..bukan hanya pentadbiran, ia juga merangkumi finance, human resource, dan jugak undang-undang...memang tak mudah untuk menguasai semua bidang ini tetapi sekurang-kurangnya graduan ijazah sarjana muda sains pentadbiran mempunyai asas dalam kesemua bidang-bidang utama di dalam sesebuah organisasi...apa yang penting aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan jugak bakal graduan dalam bidang pentadbiran agar persiapkan diri sebaiknya sebelum memasuki bidang kerjaya..bukan hanya perlu skor dalam bidang akademik malah bagi aku kita juga mesti ada nilai tambah yang akan membezakan kita dengan graduan yang lain...penglibatan di dalam persatuan merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengasah pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, bekerjasama, kemahiran berpasukan, dan juga pengurusan masa...tak guna kalau kita cemerlang dengan memegang pelbagai jawatan dalam persatuan pelajar jika kita tidak mampu untuk cemerlang dalam bidang akademik...cemerlang dalam kedua-dua bidang menunjukkan kita mampu untuk membahagikan masa sebaik-baiknya...kena ingat asasnya kita melangkah masuk ke universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik..kalau asasnya tak mampu kita jaga, bagaimana kita mampu untuk keluar bergelar graduan yang versatile kan??