banyak cerita yang akan berlaku pada minggu depan...pertamanya, minggu depan merupakan minggu terakhir aku praktikal....perasaan?? memang sedih la kan...aku dah rasa macam lama je aku kerja dekat Penang Development Corporation...memang sangat rapat dengan semua rakan-rakan sekerja..banyak perkara yang dah aku pelajari...suasana kerja yang sangat kondusif dan work culture yang begitu memotivasikan aku untuk terus bekerja dekat sini menjadikan setiap hari kerja aku sangat berharga... contoh terbaik untuk menggambarkan bagaimana mereka yang berbangsa melayu, india dan cina bekerja sebumbung di bawah satu pentadbiran tetapi mempunyai sikap toleransi yang sangat tinggi antara satu sama lain...saling menghormati antara satu sama lain dan meraikan kepelbagaian dengan penuh keceriaan... kan aidilfitri dah nak menjelma...yang berbangsa india sibuk memasang lampu ketupat di dalam office...yang berbangsa cina pulak sibuk membantu untuk tukar duit raya dekat bank...meriah kan??sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberi...keduanya, minggu depan jugak dah raya...dijangkakan hari ahad, 19 ogos...tak sabar rasanya nak balik kampung...berkumpul adik beradik,masak ramai-ramai, cat rumah, ziarah pusara abah mak, beraya bersalam memohon ampun antara satu sama lain..semua itu adalah saat-saat yang amat berharga untuk dilalui...menjelangnya raya bermakna berakhirnya ramadhan...moga aku dipertemukan lagi dengan ramadhan untuk tahun hadapan...minggu depan merupakan minggu yang amat nostalgia buat aku...moga minggu depan akan menjadi yang terbaik buat aku...insyaAllah...