My Readers

Friday, February 3, 2017

Hati dan Akal



Orang kata ikut rasa, binasa, ikut hati, mati! Bila umur dah meningkat ni, rasa tu makin kerap datang. Hati kata jangan, tapi otak berkali-kali kata mahu. Bila sekeliling kau mula mengiyakan yang kau patut saja teruskan, kau mula berkira-kira. Adakah patut untuk kau ikutkan kata hati? atau mungkin kau turutkan saja apa yang bermain di akal. Buntu, sungguh aku buntu! Beberapa minggu aku fikirkan logiknya. Akhirnya hari ni aku putuskan untuk tangguhkan saja apa yang berlegar dalam fikiran ni. Biarlah ia tergendala buat satu atau dua tahun lagi. Pokok pangkalnya, aku mesti berbalik kepada niat asal. Cita-cita dan harapan yang aku bayangkan, yang aku cuba sebaiknya untuk realisasikan. Sabar, tak lari gunung dikejar. Ayat untuk sedapkan hati mungkin. Aku belum bersedia untuk lepaskan semuanya. Beban di bahu ni masih perlu aku galas. Satu-persatu sedang aku usahakan agar tiba masanya nanti, aku mampu untuk tersenyum tanpa rasa kelat,ralat. Tuhan tahu apa aku rasa. Dia tahu, bila saat dan waktunya. Jangan keliru dengan akal. Jangan juga kau diperbodohkan oleh kata hati. Tetap tenang, tempuhi waktu-waktu yang ada. Syukur, itu kuncinya! 

8 comments:

  1. Assalamualaikum tuan... sy merupakan pelajar sem akhir diploma pntadbiran awam uitm.. banyak yg sy nak tanya tuan terutama soal perjalanan menuju postgrad study. Harap tuan dapat balas sy kat email. Abbuubaida16@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Bila nak hapdet ni? Bila grad Prof?

    ReplyDelete
  3. Salam prof. Nak tanya. Kalau masa degree (degree dlm fakulti fsppp uitm) kita dpt first class pointer, boleh tak direct buat phd oversea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ada sesetengah uni di overseas yang offer PhD terus. Apa pun terpulang kepada requirement pihak sponsor jugak.

      Delete
  4. sedap ayat yang tuan bagi jangan keliru dengan akal dan jangan diperbodohkan dgnkata hati.....but im still hanging lagi....due to influence by orang sekeliling ....im confusing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah perkara yang akan membahagiakan diri sendiri. Di akhirnya, kita yang akan tempuhnya sendiri. Pilihlah untuk bahagia =)

      Delete