bagi aku kenangan dan air mata sangat secocok terutama bagi mereka yang menghargai setiap detik bersama insan yang mereka sayangi...begitu jugak aku...tadi aku ada tengok gambar kawan lama baru berkonvokesyen meraikan ijazah yang telah diperoleh..alhamdulillah, tahniah buat kamu kawan..betapa indahnya kenangan itu untuk dikenang...tiba-tiba aku teringat kenangan masa aku berkonvo untuk diploma...seronok sangat tengok abah gembira dan aku tekad untuk terus bahagiakan dia sebagaimana janji aku dengan mak...aku nak pastikan yang konvokesyen kali kedua aku akan lebih meriah dengan keputusan yang lebih baik...abah hanya senyum...sekarang sudah lebih 9 bulan abah pergi mengikut mak yang terlebih dahulu dijemput Ilahi...aku di semester akhir... tekadku masih sama...untuk lakukan yang terbaik dan bagi hadiah yang terindah buat abah dan mak...Ya Allah, aku tak dapat bayangkan bagaimana saat aku akan berkonvo nanti...tanpa abah dan mak...setiap senyuman yang terukir di wajah mereka tak pernah luput dari ingatan aku...takkan pernah...janji aku untuk berbakti kepada mereka juga takkan pernah padam walaupun mereka dah tak ada lagi di atas dunia ni..aku kena terus kuat..aku harus tetap bersemangat..jika tak macam mana adik yang aku sayang akan mampu untuk terus jalani hidup...aku sayangkan dia...aku tak nak tengok dia terus menangis setiap kali ingatkan abah dan mak...aku berjanji dengan diri aku sendiri sebolehnya aku akan sembunyikan air mata aku kerana rindukan abah dan mak dari adik...aku kena tahu betapa dia perlukan semangat dari aku...aku sedar bahawa adik merupakan amanah abah dan mak untuk aku jaga walaupun aku juga punya abang dan kakak yang amat sayangkan adik..aku akan sebolehnya untuk buat adik tersenyum gembira..ya, aku mesti boleh lakukan semua ni untuk abah dan mak...ternyata kenangan ni buat air mata aku jatuh lagi...Ya Allah, kuatkan hatiku... moga abah dan mak bahagia dan tenang senantiasa di sana...al fatihah...
syukur masih punya seorang ibu angkat untuk aku menumpang kasih