My Readers

Wednesday, March 16, 2011

demi kawan...

dramatik je kan bunyinya..hehehe..ari ni aku nak tulis tentang demi kawan...aku ni jenis yang sanggup buat apa sahaja untuk kawan aku sampai kadang-kadang aku diperli,dimaki sebab kawan..prinsip aku sangat senang..sentiasa berbuat baik dan menghargai kawan kita...walaupun kita tahu yang tak semua kawan akan hargai apa yang kita lakukan...aku sekali pun tak pernah harapkan yang kawan aku akan faham setiap apa yang aku buat adalah sebab aku sangat menghargai dia..cukuplah bagi aku kalau suatu hari nanti dia akan sentiasa ingat dan ceritakan kepada anak cucu dia bahawa aku adalah kawan dia...aku memang jenis yang langsung tak kisah untuk buat apa sahaja demi kawan...bagi aku duit kita boleh cari tapi kawan yang betul-betul susah dan senang dengan kita memang sangat sukar dicari..aku sangat takut akan kehilangan kawan sebab aku bukannya jenis yang mudah percaya dan menganggap seseorang sebagai sahabat aku kalau aku tak betol-betol kenal hati budi dia...minggu lepas kawan baik aku turun kedah..memng sangatlah hepi kan..bukan selalu nak dapat jumpa dia sebab sekarang dah berbeza kampus..masa aku nak pegi amek tiket untuk dia balik melaka,cuaca dah memang sangat mendung...tapi hati aku tetap cakap yang aku nak pergi amek tiket untuk dia..masa pergi tu ok je tapi masa nak balik tue tetiba hujan bukan main lebatnya..selebat-lebatnya lah orang kata...memang basah lencun la jawabnya..aku hanya senyum je...rasa macam bodoh je redah hujan lebat tapi takpe..demi kawan beb...aku langsung tak kisah...ni aku baru je balik..keadaan yang sama jugak berlaku..hujan lebat waktu nak balik..tujuannya aku nak pergi cari kad ucapan hari lahir buat mak angkat aku...juga buat sahabat aku..basah pun aku memang tak kisah sebab aku puas hati dapat belikan kad sebagai tanda aku ingat kat mereka..sebagai tanda aku sentiasa hargai mereka.....

10 kata-kata hikmah...