My Readers

Tuesday, August 14, 2012

praktikal dah nak habis...

macam yang aku ceritakan sebelum ni, minggu ni merupakan minggu terakhir aku berpraktikal... waaaaa...sedih la pulak rasa...baru lima minggu kat sini dah rasa macam bertahun dah aku keja kat sini... lepas ni aku bakal merindui semua rakan-rakan sekerja yang sangat sporting dan sangat memahami.. baik lelaki mahupun perempuan...aku langsung tak rasa bosan malah sentiasa sibuk..dalam sibuk menyiapkan segala tugasan yang diberi, sempat jugak aku mengarut dan merepek bersama rakan-rakan sekerja...haha... bukan senang nak dapat peluang macam ni kan...kerja tetap kerja..di akhirnya kerja tetap siap pada waktu yang telah ditetapkan...pada pandangan peribadi aku, aku memang tak kisah sangat kalau nak merepek ke ape ke yang penting tak jejaskan kualiti kerja seperti yang diharapkan...sebab bila kualiti kerja terjejas, merepek tu lah akan jadi perkara pertama yang akan dipersalahkan...betol tak??jap..apa yang aku tengah merepek ni??hahaha...berbalik kepada praktikal, nak je aku sambung kerja kat sini..memang banyak menda yang aku tak habis belajar lagi...5 minggu memang waktu yang amat singkat...ditambah lagi berpraktikal dalam bulan puasa kan...tak sempat nak berjimba dengan officemate kan...tapi takpe..dah janji ngan dieorang lepas raya ni nak lepak sekali...walaupun hanya 5 minggu, tapi aku dah dapat ramai kawan kat sini tau..hehe..aku harap tali silaturrahim ni akan kekal buat selama-lamanya......