My Readers

Thursday, March 17, 2011

selamat hari lahir...


hari ni merupakan hari lahir 2 orang yang amat aku sanjung..pertamanya adalah mak angkat aku..dia tinggal kat Bayan Baru Penang..kalau berkesempatan nak je aku balik Penang sambut hari lahir dia...aku sentiasa harapkan agar dia sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W T...sebenarnya aku sangat bersyukur punyai emak lagi..dia memang seorang yang amat aku sayang..dia lah yang sentiasa mendoakan aku ketika aku sakit..dia lah yang tak putus-putus akan hubungi bertanyakan khabar aku..setiap kali aku nak hadapi test atau peperiksaan,dia jugak yang akan membacakan yassin dan berdoa moga aku dapat menjawab setiap soalan dengan baik...aku sangat bersyukur dipertemukan dengan dia...tadi ingat nak bersembang dengan dia lepas maghrib tapi tak angkat la pulak kan...takpe..jap lagi aku cuba sekali lagi...mak, man cuma harap mak sentiasa sihat dan gembira..terima kaseh mak untuk segalanya..sesungguhnya hanya Allah je yang dapat balas semua kebaikan mak kepada man...



seorang lagi adalah kawan baik aku..sejak semester tiga diploma sampailah sekarang aku rapat ngan dia..hasanah...dia ni memang la bijak orangnya..tak perlu kot aku nak perkenalkan lagi memang satu batch aku tau..hari ni hari lahir dia..semalam sempat la aku pergi carikan hadiah...simple2 je tapi aku harap di suka..aku memang tak pandai beli hadiah tapi aku akan cuba pilih yang terbaik yang aku mampu sebagai tanda aku amat menghargai persahabatan kami...senah, thanx sangat tau sebab sentiasa support aku time aku down...aku memang takkan pernah lupakan segala kebaikan hang buat aku..aku harap persahabtan kita akan kekal buat selama-lamanya,,,semoga angka 22 tahun ni akan membawa sejuta kebahagiaan buat hang...walau ape pun terjadi, aku akan sentiasa support hang k..senyum selalu k macam hadiah tue =)



moga abah terus sembuh...

abah,man doakan abah cepat sembuh k..

salah satu perkara yang amat merisaukan aku adalah abah...setiap hari aku akan kol umah tanyakan keadaan dia..alhamdulillah..dari suaranya dan percakapannya,dia nampak semakin sembuh...masih bergantung sepenuhnya dengan ubat doktor...aku memang tak benarkan dia ambil ubat lain sebab tak nak bercampur dengan ubat hospital...terharu aku bila abah cakap"man, abah semakin sihat,makan pun dah sangat selera..abah tak mau anak2 abah risau kalau abah terus sakit"..alangkah sukanya aku dengar...kami memang tak sanggup tengok abah sakit tambah2 lagi kami jauh kan..minggu depan kalau takde pape abah akan datang ke Penang..ada kenduri kat umah mak lang..tak sabar nak jumpa dia...moga dia akan sentiasa gembira...aku akan cuba untuk teruskan berusaha dan buat yang terbaik demi abah..aku nak balas segala jasa abah..aku nak jadi anak yang baik buat dia...tadi sempat lagi dia nasihatkan aku supaya jangan pikir pasal perempuan lagi..hanya fokus pasal belajar..hehehe..macam tau-tau je abah ni kan..biasalah naluri seorang ayah kan...aku pun jawabla kat abah "eh,tak de la abah..jangan risau..lambat lagi..biar abg2 kawen dulu k..hehehe"...

LAPORAN KEJADIAN KLUSTER INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DI PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL), JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian kluster ILI yang berlaku dalam kalangan pelatih konstabel dan inspektor Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 
Hasil siasatan mendapati pada 5 Mac 2011 terdapat 3 pelatih PULAPOL yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami gejala ILI. 
Siasatan lanjut mendapati sejumlah 1,000 pelatih konstabel mula berdaftar dan menjalani latihan di pusat ini sejak 1 Februari 2011 manakala 1,000 lagi pelatih Inspektor yang mula mendaftar dan menjalani latihan bermula 1 Mac 2011. Jumlah keseluruhan pelatih dan kakitangan di PULAPOL adalah seramai 2,800 orang. 
Sehingga 8 Mac 2011 jam 8.30 malam, seramai 210 pelatih didapati mengalami gejala ILI dimana 2 kes di ICU, 26 kes di wad biasa dan 182 pelatih diisolasi di PULAPOL.

Terdapat satu kematian melibatkan seorang pelatih lelaki berumur 25 tahun yang mula mengalami gejala ILI pada 15 Februari 2011. Memandangkan gejala yang dialaminya masih berterusan, beliau telah dibawa oleh pihak PULAPOL untuk mendapatkan rawatan di hospital dan terus dimasukkan ke wad pada 28 Februari 2011. Beliau dirujuk ke ICU pada 5 Mac 2011 kerana memerlukan rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mac 2011 jam 8.30 malam disebabkan oleh Community Acquired Pneumonia with multiorgan failure.
Maklumat lanjut yang diperolehi mendapati semenjak melaporkan diri di PULAPOL, beliau hanya menjalani aktiviti latihan kawad dan sentiasa berada di pusat latihan tersebut walaupun pada hujung minggu. 
Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa kes kematian yang dinyatakan di atas dan dua (2) kes yang kini dirawat di ICU didapati positif terhadap jangkitan Adenovirus. keadaan pelatih-pelatih yang dirawat di wad biasa adalah stabil.

Hasil siasatan di lapangan juga menunjukkan terdapat jangkitan Adenovirus dalam kalangan pelatih yang diisolasi di PULAPOL. Ini adalah berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel swab tekak (90%) adalah positif bagi Adenovirus.
Di samping itu, 3 daripada 4 sampel najis juga positif bagi Adenovirus. Justeru aktiviti kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari.

KKM ingin memaklumkan bahawa wabak Adenovirus pernah dilaporkan di dalam institusi tentera di Amerika Syarikat. Oleh itu berdasarkan keputusan-keputusan makmal dan tanda-tanda klinikal serta kejadian yang sama pernah dilaporkan di institusi ketenteraan, kejadian di PULAPOL ini berkemungkinan besar berpunca daripada jangkitan Adenovirus.
Namun begitu, pihak KKM masih meneruskan siasatan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan lain yang boleh
menyebabkan kejadian ini. Untuk makluman, Adenovirus menyebabkan jangkitan respiratori yang
ringan, cirit-birit dan konjunktivitis. Lazimnya ia menyebabkan jangkitan yang ringan namun begitu kejadian komplikasi dan kematian pernah juga dilaporkan oleh CDC Atlanta, USA.
Di kalangan kes di PULAPOL, sebahagian besar menunjukkan gejala jangkitan respiratori yang ringan dan 50% daripada mereka juga mengalami cirit-birit ringan. Adenovirus boleh menular melalui perhubungan rapat (direct contact)
dengan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air daripada pesakit yang batuk atau bersin.

Penularan jangkitan Adenovirus boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, mengamalkan adab batuk dan tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang mengalami gejala ILI.

Buat masa ini, kejadian ini hanya terhad di kalangan pelatih-pelatih di PULAPOL. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini dalam masyarakat. KKM telah mengambil tindakan kawalan termasuk mengisolasi kes-kes yang tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan
ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih.

KKM sentiasa memantau perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh: 9 Mac 2011