My Readers

Sunday, August 21, 2011

tak sabar tunggu esok malam!!!

tak sabar rasanya nak tunggu esok malam..flight pukul 10 malam balik kuantan...rindunya dengan abah!!!harap raya tahun ni akan memberi sejuta kebahagiaan buat kami sekeluarga yang tahun ketiga beraya tanpa mak...aku yakin dengan setiap takdirNya..ok, nak update ckit pasal cerita aku yang masih ada dekat penang..semalam aku berbuka puasa dekat rumah mak angkat aku...rasa sangat bersyukur sebab dia masih sihat sejahtera dan dapat menunaikan ibadah puasa...memang seronok sangat dapat bersembang dengan dia walau hanya untuk beberapa jam...macam-macam juadah berbuka yang dia sediakan...bagi hadiah pulak tue...duet raya pun dapat..hehe..terima kasih mak...man sayang mak!!!hari ni plak berbuka puasa dekat luar dengan kakak aku...dalam pada tue, sempatlah jugak shopping baju raya cket...dapatlah sepasang baju dan seluar kan...cukuplah tue sempena nak sambut syawal yang mulia ni kan...pagi tadi sempat jugak tengok-tengok kakak buat kuih tat nenas...memang sedap!!!dia dah siapkan beberapa jenis kuih raya untuk bawak balik ke kampung...sakitlah jugak nak bawak balik satu beg saja kueh raya..hehehe...

Saturday, August 20, 2011

berehat sebentar =)


hollaa..aku sekarang kat penang...nak berehat jap kat sini 3 hari sebelum balik kampung...semua urusan aku di uitm kedah nampaknya dah selesai...aku rasa aku puas hati dengan apa yang dah aku lakukan...orang lain semua dah bercuti hampir 3 bulan tapi aku hanya ada 3 minggu untuk bercuti-cuti..jadi la kan..tu sebabnya cuti 3 minggu ni pun dah penuh dengan pelbagai aktiviti..bermula hari ni sampailah lepas raya nanti...yang penting hidup aku sangat bahagia..adanya orang-orang yang sentiasa di sisi aku tatkala aku senang atau pun susah...setia menyokong aku walau apa pun yang terjadi...tu dah lebih cukup buat aku...insyaAllah aku berazam untuk gembirakan mereka-mereka yang amat aku sayang..sepanjang 3 hari kat penang ni aku nak manfaatkan sepenhnya masa yang ada..hehe...nak tolong habiskan biskut raya yang kakak tengah buat(niat asalnya nak tolong buat..haha)nak jenguk mak angkat dan berbuka puasa ngan dia..dapat sekali dalam sebulan puasa ni pun jadi lah kan...dalam pada tue jugak nak jalan-jalan sekitar penang dan shopping untuk raya sikit...dah janji jugak ngan kakak aku nak bawak dia berbuka puasa kat luar..korang ape cer??hehe..jom lepak sape2 yang ada kat penang =)


siap pun buku laporan persidangan!!!

alhamdulillah...sangat bersyukur kepada Allah kerana akhirnya selesai jugak semuanya...ni berkaitan dengan Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 3 yang berlangsung mei lepas...setelah berhempas pulas akhirnya siap jugak buku laporan persidangan...sebenarnya aku risau sangat bila buku ni lambat untuk disiapkan...bukan apa..kalau ikutkan nak hantar laporan macam biasa je tapi penasihat mencadangkan untuk dijadikan buku...memang macam-macam perkara la nak kena buat kan...daripada 'content' sampailah kepada 'editing'..dah siap semua tu kena plak cari 'publisher' yang betul-betul dapat ikut spesifikasi buku yang kami nak hasilkan...bukan tu je. disebabkan buku yang dihasilkan cuma 30 buah, maka harganya melambung tinggi sampai  RM 100 untuk sebuah buku...memang giler la kan...mana nak cekau duit??huhu...prosedur nak dapatkan ISBN number jugak agak memeningkan...selain buku, kami jugak kena siapkan sijil yang ditandatangani oleh Dekan FSPPP untuk semua perwakilan...boleh je kalau nak hantar sijil dulu tapi baik hantar semuanya skali kan...jimat masa, jimat kos dan jimat jugak tenaga...dvd dan analisa maklum balas jugak kena diusahakan supaya semuanya  nempak lengkap...perkara yang paling aku tak suka buat adalah tentang analisa..sangat renyah ok..nak kena buat sebijik macam buat research untuk chapter 4..kena masukkan data..lepas tu analisa satu-satu...dah la berkali-kali kena reject dengan penasihat sebab kena ikut format yang betul-betul macam research..memang aku sangat terseksa buat menda alah tu tapi kalau aku tak buat tentu aku tak tau cmane nak buat kan...untuk hasilkan dvd jugak satu hal bila mana aku kena belajar untuk siapkan cover dvd persidangan...memang aku tak tau la tapi nak tak nak kena jugak belajar untuk siapkan semuanya...serius, semuanya amat memakan masa dan kesabaran yang tinggi...aku harap semua perwakilan akan puas hati dengan usaha yang kami lakukan...aku sangat berterima kasih kat semua perwakilan sebab sabar menunggu walaupun dah berkali bertanya tentang bila nak siap kan...bila dah siap pos ke KP Sabah,Sarawak,Shah Alam, Melaka dan akhir sekali Terengganu baru lah aku boleh tarik nafas panjang..rasa dah lepas segalanya yang buat aku sebelum ni asyik risau,bimbang,resah dan gelisah tak menentu...alhamdulillah Ya Alah....

Monday, August 15, 2011

wonderful sunday....

semalam memang hari yang sangat gembira bagi aku..sebabnya???aku dapat jumpa dan lepak-lepak dengan sahabat baik aku yang dah dekat 7 bulan tak jumpa...kebetulan plak semalam plak birthday dia kan...buat sahabatku idham, selamat hari lahir bro...semoga ko sentiasa bahagia dengan kehidupan yang ko jalani skarang...terima kasih atas segala kebaikan ko dekat aku sepanjang kita kenal...erm, bila dah lama tak jumpa ni kami pun keluar la kan..semalaman aku lepak dengan dia..dia datang rumah aku kat lembah bujang...niatnya harap la sempat berbukak dekat Puncak Mutiara Cafe tapi tak sempat jugak..berbuka dalam kereta je dengan kuih dan air kelapa...dalam pukul 8 macam tue baru la sampai kat sana..



 ni merupakan menu istimewa cafe ni..nasi beriani peha kambing...

suasana yang sangat santai 

kalau nak tau, Puncak Mutiara Cafe ni terletak dekat Bukit Mertajam...asalnya adalah sebuah ladang ternakan kambing tapi atas usaha kreatif pemiliknya farm tu sangat berkembang maju dengan pelbagai ternakan lain macam arnab dan ikan...dekat kawasan farm tu plak dia bukak cafe yang memang sangat cantik,menarik,tertarik lah kan...hehe..suasana memang sangat santai...tempatnya sangat besar..pelayan pun ramai..kami pun pilih makan secara buffet...lebih dari 40 hidangan disediakan...lauk-pauk pun sedap...aku makan nasi beriani..yang paling aku suka adalah kambing grill..sangat walahh ok..memang terbaik dari ladang la orang cakap kan...pastu makan jugak laksa buyung,ABC dan macam-macam lagi la..nama pun buffet..makan jela apa yang nak kan..hehe...lepak kat situ sampai pukul 10 jugak la kan...lepas tue, ikut plan destinasi sterusnya adalah Kolam Air Panas Ulu Legong..memang jauh la kan bila kami kena patah balik ke Baling...tapi takpe..bak kata shahir(kawan am)'bukan slalu nak dapat lepak keluar macam ni kan'...dalam 12 lebih gak la sampai sana..hujan memang selebat-lebatnya masa nak pergi sana..tu yang bawak pun perlahan jela kan..biar lambat asal selamat..ye dak..hehe..

 ni waktu siang...
yang ni waktu malam..hehe
 
satu pengalaman yang mengujakan bila mandi dalam kolam air panas yang mana airnya bukan suam tapi panas ok...tak tahan aku pada awalnya sebab panas sangat tapi dah lama sikit jadi syok la plak berenang dalam kolam tu kan..shahircakap kolam ni memang ramai pengunjung..ada yang datang untuk mengubati penyakit...sampai dua setengah pagi gak la kami kat kolam tue..sambil mandi tu banyak la yang kami bualkan...yela..dah lama tak jumpa kowt..dengan shahir plak walaupun pertama kali kenal tapi dah boleh mesra macam dah lama kenal kan...dia pun jenis yang chill je..lagipun umur lebih kurang je..so memang sekepala la kan..hehe..habis mandi kiteorang pun gerak smula balik sungai petani untuk hantar aku..jam dah pukul 4 pagi..aku pun ajak la dieorang bershaur skali sebelum balik kan..lokasi???makbul nasi kandar..kedai nasi kandar yang paling famous kat sungai petani..memang sentiasa penuh dengan orang cuma masa kiteorang pergi agak lengang la...kiteorang pun pekena la nasi kandar..shahir plak makan mee goreng ngan roti bakar...lepas tue baru la balik ke lembah bujang hantar aku...pengalaman semalaman lepak dengan sahabat aku memang sangat best...shahir plak jenis sporting je...terima kasih la sebab bawak aku keluar lepak-lepak ngan korang kan...insyaAllah ada masa kita jumpa lagi..aku doakan moga korang jugak terus sukses dan maju!!!

Saturday, August 13, 2011

kad raya dulu vs sekarang???

kad raya dulu vs skarang??ada beza tak?bagi aku sangatlah berbezanya...macam yang kita tahu kad raya adalah sebagai satu tanda kita mengingati orang-orang di sekeliling kita di samping sama-sama mengalu-alukan kedatangan syawal..kalau tanya aku, sebenarnya aku lebih suka kad raya yang mana aku akan beli dekat kedai dengan pelbagai bentuk dan corak...aku memang suka hantar kad..bukan kad raya je yang aku slalu hantar tapi banyak lagi macam kad hari jadi, kad ucapan selamat berjaya dan jugak kad selamat hari ibu...serius, aku memang suka hantar kad berbanding hanya menggunakan sms atau kad raya digital...ada banyak sebab kenapa aku suka hantar kad raya...sekarang  susah dah nak jumpa orang yang masih setia nak menghantar kad raya kan...katanya leceh la..nak kena menulis bagai lepas tu nak kena beli setem plak..bagi aku semua tu bagi aku kepuasan..pertama, kepuasan dalam memilih pelbagai kad raya yang somey-comey kan...kedua, kepuasan bila tangan ni sendiri menulis ucapan selamat hari raya buat orang yang kita sayang..bila pergi pejabat pos dan beli setem, satu lagi kepuasan bila dapat tampal setem yang pelbagai warna dan tema...bila masuk je dalam peti surat rasa sangat bahagia tau!!!dengan harapan moga kad raya akan sampai kepada penerimanya dengan selamat...kalau bagi kad raya ni, orang boleh tengok dan simpan...pastu boleh baca berulang kali,...hehe..ingat lagi kalau masa sekolah-sekolah dulu memang giler la tiap-tiap kali raya je mesti sibuk nak cari kad raya..bagi pulak bertukar-tukar dalam kelas...kalau malu sikit, letak bawah meja si penerima kan..hehe...ada jugak walaupun rumah dekat-dekat je tetap nak menampal setem dan biar posmen yang hantar..seronok tue...pastu kumpul kad raya banyak-banyak dan tampal dekat dinding rumah...aku rasa amalan hantar kad raya ni akan aku kekalkan sampai bila-bila..biarlah apa orang nak cakap aku kolot ke janji aku suka cukup la kan...setiap kali menjelang raya, memang ada beberapa orang yang wajib akan aku hantar kad terutamanya abah dan mak angkat aku...ingat nak pergi cari kad raya tadi tapi tak sempat la plak..esok masih ada..tunggu!!!

aku tak berapa suka kad raya kartun-kartun macam ni...hehe

aku lebih suka yang macam ni =)


Thursday, August 11, 2011

wang pendahuluan PTPTN untuk masuk IPTA...

PUTRAJAYA 10 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.
"Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia," katanya hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. - BERNAMA

so,janganlah risau buat adek-adek yang akan memasuki IPTA September ni sebab kerajaan sedia membantu...terima kasih atas keprihatinan PTPTN dan Datuk Seri Najib sendiri...

Wednesday, August 10, 2011

biler tarikh rayer???


TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2011 / 1432 - 1433 H BAGI MALAYSIA
HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1432 / 15 Feb 2011 Maulidur Rasul
27 Rejab 1432 / 29 Jun 2011 Israk dan Mikraj
*1 Ramadhan 1432 / 1 Ogos 2011 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1432 / 17 Ogos 2011 Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
*1 Zulhijjah 1432 / 28 Oktober 2011 Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 1432 / 6 November 2011 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1433 / 27 November 2011 Awal Muharam/Maal Hijrah

* * Tertakluk kepada perubahan

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

hollaaa...dah beberapa hari tak update...agak sibuk...huhuhu...nak tanya boleh??bila tarikh sebenar raya aidilfitri???ada cakap 30 ogos dan ada jugak cakap 31 ogos..aku dah pening...pastu ramai dok perli aku cakap puasa baru 10 hari dah sibuk nak raya kan...bukannya apa...aku ada banyak plan untuk raya ni..so aku harapkan beberapa plan yang aku rancang tu dapatlah aku lakukan sebelum tibanya raya..kalau raya 30 hari bulan memang kelam kabut sikit la jadinya...pape pun yang pasti 29 ogos malam tu baru pengumuman akan dibuat...insyaAllah untuk raya kali ni aku balik awal ke kampung..minggu depan adalah minggu terakhir aku keja...19 hari bulan dah gerak balik penang umah kakak aku...nak la jugak berbukak puasa ngan dia kan..jugak tak sabar nak jumpa mak angkat aku...rindu dah ngan dia...erm..kebelakangan ni aku asyik mimpikan arwah mak...mungkin aku terlalu rindukan dia kot...aku harap dia sentiasa bahagia kat sana..amin...22 ogos malam plak aku punya flight dari Penang ke Kuantan pukul 10 malam..lagi la tak sabar..nak jumpa abah dan adek...jugak kakak-kakak aku...tangan ni dah bersedia untuk setiap hari akan memasak yang sedap-sedap untuk abah sebab abah tak berapa nak ada selera makan..risau sangat aku dibuatnya...nak bersihkan sekeliling rumah..nak pasang pelita..nak buat kuih raya ngan adik...yang paling penting nak main bunga api...hehehe...seronok tau saat-saat ni...memang sangat tak sabar..pape pun mari teruskan keberkatan ramadhan dengan beribadah sebanyak mungkin...jom!!!

Tuesday, August 9, 2011

Kakitangan awam dapat bonus raya





PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. 

Sunday, August 7, 2011

Prestasi Baik NKRA-LIH Selepas Setahun...



KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Melalui Program Transfomasi Kerajaan, satu daripada teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup golongan rakyat yang mempunyai isi rumah berpendapatan rendah (LIH).
Selepas setahun pelaksanaannya, ia berjaya mencapai prestasi memberangsangkan.
Tanggungjawab menjayakan NKRA-LIH diletakkan di bawah bidang tugas unit Pejabat Pengurusan Pelaksana NKRA-LIH, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Matlamat utama NKRA-LIH ialah untuk membasmi kemiskinan tegar yang dialami sejumlah 44,643 ketua isi rumah selain menurunkan kadar kemiskinan negara daripada 3.6 peratus kepada 2.8 peratus menjelang Disember 2010.
Bagi mencapai matlamat itu, kementerian menjalankan proses saringan untuk memadankan golongan yang berdaftar dalam sistem e-Kasih dengan program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) secara berperingkat di seluruh negara.
Menurut Pegawai Unit Pejabat Pengurusan Pelaksana NKRA-LIH, Ahmad Najib Aris, data terkini menunjukkan jumlah keseluruhan ketua isi rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih ialah 253,862 orang yang merangkumi 11,382 keluarga miskin tegar, 98,800 keluarga miskin dan 143,680 keluarga mudah miskin.
“Hampir semua ketua is rumah yang pernah berada di dalam kategori miskin tegar berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing sekaligus membolehkan mereka terkeluar daripada kelompok itu,” jelas beliau.
Data sehingga 31 Dis 2010 menunjukkan kementerian ini berjaya mengurangkan jumlah ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih sebanyak 99.8 peratus atau 44,535 keluarga.
Selain itu, sebanyak 26 peratus daripada jumlah ketua isi rumah miskin juga berjaya dikeluarkan daripada kategori itu.
Golongan miskin tegar ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM440 sebulan di Semenanjung Malaysia, atau RM540 sebulan di Sabah atau RM520 sebulan di Sarawak.
Golongan miskin pula ditakrifkan sebagai berpendapatan kurang RM750 sebulan jika di Semenanjung Malaysia, atau RM960 sebulan untuk penduduk Sabah atau RM830 sebulan di Sarawak.
Semua keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM2,000 sebulan di kategori sebagai mudah miskin.
AKHIRI ZAMAN MISKIN
Pencapaian penting NKRA-LIH ialah menyediakan golongan miskin dengan kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, iaitu melalui program 1AZAM yang memberi peluang menambah pendapatan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
Data kementerian sehingga tarikh 28 Feb 2011 menunjukkan sebanyak 7,401 ketua isi rumah golongan miskin dan miskin tegar sedang dilatih melalui enam bidang program yang diuruskan oleh agensi pelaksana yang dilantik.
Enam bidang itu ialah AZAM Tani yang melibatkan 1,074 ketua isi rumah yang diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat yang diuruskan Amanah Ikhtiar Malaysia, masing-masing mengendalikan 718 ketua isi rumah dan 100 ketua isi rumah. AZAM Kerja pula melibatkan 684 ketua isi rumah yang diuruskan Kementerian Sumber Manusia, manakala AZAM Sabah dan AZAM Sarawak yang masing-masing melibatkan 1,959 dan 2,866 ketua isi rumah yang diuruskan kerajaan negeri masing-masing.
ANJUNG SINGGAH
Lagi pencapaian terkini ialah inisiatif menyediakan kediaman sementara yang dikenali sebagai Anjung Singgah kepada mereka yang tidak mempunyai rumah atau hidup gelandangan.
Rumah itu akan menjadi pusat sehenti dengan perkhidmatan menyeluruh kepada golongan miskin dan gelandangan termasuk menjadi tempat mengadu dan mendapatkan nasihat tentang peluang kerja, kemudahan perumahan dan bantuan kebajikan.
Kemudahan baru ini dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 23 Mac.
Tempat itu menyediakan kemudahan bilik kaunseling, dan bilik penginapan berasingan yang boleh menempatkan 76 orang lelaki dan wanita yang memerlukan.
PADANAN e-KASIH
Sehingga tarikh artikel ini ditulis, kementerian berjaya mengesan dan mendaftarkan lebih suku juta keluarga yang menepati definisi miskin tegar, miskin dan mudah miskin ke dalam sistem e-Kasih.
e-Kasih ialah pangkalan data untuk keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem yang diwujudkan sejak 2007 itu, menyimpan data keluarga untuk ketua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar atau RM1,500 dari kawasan bandar.
Meskipun keluarga yang tersenarai di dalam daftar e-Kasih tidak semestinya layak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kementerian dan agensi berkaitan, data itu memainkan peranan penting di dalam usaha membangunkan rakyat miskin.
Data yang disediakan dianggap tepat kerana ia dibekalkan kepada pegawai daerah oleh ketua kampung, yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat.
Setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih akan disahkan melalui bancian oleh Jabatan Statistik Negara secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan kerajaan.
Individu berkenaan juga boleh terus mendaftar menerusi laman web www.ekasih.gov.my.
LAHIR USAHAWAN WANITA
Selain itu, sasaran bagi melahirkan seramai 2,000 usahawan wanita yang mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500 ke atas, selama tiga bulan berturut-turut, juga dicapai.
Daripada jumlah itu, seramai 800 usahawan wanita yang menamatkan latihan di bawah program NKRA-LIH turut berjaya mencapai pendapatan bulanan melebihi RM5,000.
Kini, seramai 3,387 lagi usahawan wanita masih dilatih melalui kursus yang disediakan oleh agensi pelaksana, Amanah Ikhtiar Malaysia manakala 3,433 lagi usahawan wanita sedang dibangunkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita.
BANTUAN PERUMAHAN
Sasaran di bawah matlamat sub-bidang perumahan NKRA-LIH iaitu untuk meningkatkan pemilikan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) juga berjaya dilaksanakan.
Setakat ini, sebanyak 79 peratus daripada sejumlah 44,146 unit rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu 35,095 unit, ditawar untuk dijual kepada penghuni rumah berkenaan.
Kementerian juga memperuntuk sebanyak RM5 juta kepada DBKL bagi mengurangkan beban penyenggaraan kediaman kepada lebih 11,000 golongan miskin dan miskin tegar.
PENCAPAIAN LAIN NKRA-LIH
Selain memberi tumpuan kepada golongan miskin, kementerian turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2.318 juta kepada Majlis AIDS Malaysia untuk membantu golongan terpinggir dengan membaik pulih dan mempertingkat perkhidmatan 15 buah rumah perlindungan Anjung Damai di seluruh negara.
Anjung Damai menyediakan perlindungan kepada golongan terpinggir yang meliputi wanita, kanak-kanak dan juga lelaki dewasa yang disisihkan keluarga dan masyarakat contohnya seperti pesakit HIV, bekas banduan, bekas penagih dadah, remaja nakal dan bekas pekerja seks.
Kebanyakan pencapaian tambahan NKRA-LIH setakat ini melibatkan pendidikan, termasuk Program Bakul Nutrisi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 35,000 kanak-kanak.
Kementerian juga membantu membaiki dan menaiktaraf 490 sekolah dan asrama daif seluruh Malaysia serta menderma set uniform sekolah kepada lebih 48,000 murid yang didaftarkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Sumber : Bernama

sepi...

korang selalu tak sepi??paham tak ape tu sepi?atau kata lainnya sunyi,keseorangan atau bersendirian...yup..tu yang aku rasa sekarang..entahlah...kebelakangan ni asyik teringatkan arwah mak..rindukan dia...juga ingatkan camane keadaan abah dekat kampung..nasib baik ada adek temankan dia bersahur dan berbuka...rasa sangat sepi tanpa adek bradek dan keluarga..cepatlah tiba hari raya sebab saat tu aku takkan sepi lagi...semua adek beradek berkumpul bersama-sama...kenapa ramadhan kali ni aku rasa macam ni??mungkin sebab tak ada sape kowt kat umah..dan bermakna juga beberapa hari dah sebenarnya aku berbuka sorang-sorang..suzairi setiap hari akan berbuka kat masjid...aku bukannya tak nak follow tapi.....erm...bila dok sorang-sorang ni la buat aku banyak berfikir...macam-macam menda yang aku fikirkan...serius, benci keadaan ni...tapi aku yakin, Allah sentiasa ada untuk aku walau apa pun...

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi dan Elia Putus Tunang...



KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu. “Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu. Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia. Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan. Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini. Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi pesiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini

Entahla..terdiam sekejap aku bila baca isu ni...memang tak besar pun dan langsung tak ada kena mengena dengan aku tapi aku sebagai pengikut setia blog elia rasa sedih jugak la kan...sebenarnya aku suka baca kisah dieorang sebelum-sebelum ni...tak sangka pulak jadi macam ni kan..pape pun itulah dikatakan jodoh.kalau dia dah tertulis bukan milik kita maka dia tetap bukan milik kita walaupun dah bertunang dan nak langsungkan perkahwinan...sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah adalah yang terbaik!!!

Tuesday, August 2, 2011

Sebab Mengapa Anda Gagal Mendapat Tempat di Universiti!!!

Berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh UPU bagi Sesi Akademik 2011/2012, sejumlah 4,436 (8.3%) dari 53,216 pemohon dari Lepasan STPM/Setaraf yang layak telah menyatakan ‘TIDAK SETUJU” menerima tawaran di luar lapan (8) pilihan program pengajian yang telah dimohon.
“Sehubungan itu, semua calon ini tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan pemohon,” - KHALID NORDIN