Selepas 2 minggu lebih dari tarikh mula lapor diri, baru sekarang aku dapat menulis..agak busy sebab macam-macam nak kena selesaikan tapi alhamdulillah Allah bantu permudahkan urusan dengan hadirkan mereka yang sangat banyak membantu aku kat sini...al-kisahnya aku boleh ada dekat Universiti Malaysia Terengganu ni bila pihak UMT ada call aku hujung bulan lepas tanyakan bila nak lapor diri..aku rasa macam malas nak lapor diri lagi sebab ada beberapa hal lagi yang belum selesai tapi Timbalan Dekan, Prof Madya Dr Suriani nak aku lapor diri segera..katanya hal-hal tu semua aku boleh selesaikan selepas lapor diri nanti..bayangkan hari isnin aku dapat call, rabu dah nak kena fly ke Terengganu untuk lapor diri pagi esoknya..memang sangat kelam-kabut..macam-macam yang aku nak kena selesaikan..pergi bank, pejabat KWSP, pesuruhjaya sumpah, medical check up lagi..erghhh,, memang penat nak kena selesaikan tu dalam masa 2 hari..hampir-hampir je aku terlepas flight bila lambat sampai dekat airport..terpaksa merayu dekat akak yang jaga kaunter tu untuk check in luggage..nasib baik dia bagi..berlari aku untuk ke gate sebab dah lewat..siapa yang pernah ke KLIA2 mesti tahu macam mana jauhnya nak berjalan ke gate berlepas.. dah la aku gate K.. memang jauh bebenor..masuk je dalam kapal, terus aku tido sebab penat sesangat..padahal sejam je pun flight duration tapi tido tetap tido.. satu benda yang aku paling risau nak stay dekat Kuala Terengganu ni adalah kat mana aku nak tuju sebab aku takde kenal sapa-sapa..kawan-kawan yang ada semuanya luar kawasan KT..syukur sangat-sangat sebab ada abang Hassan dan family yang sudi bantu..dia tunggu aku dekat airport KT, bawak aku pergi makan dan lepas tu balik rehat dekat rumah dia.. esoknya dialah jugak yang bawak aku ke UMT untuk urusan lapor diri..petang tu pun dia datang ambil aku bawak keluar makan dan balik rehat..aku stay rumah dia dalam 3-4 hari jugak la sementara nak dapat rumah sewa..ikutkan memang aku segan sangat-sangat.. abang hassan dengan kak siti sangatlah baik..dieorang layan aku macam ahli keluarga sendiri walhal kami baru je kenal..sungguh aku takkan lupa segala budi baik dieorang...nak dapat rumah sewa area sini pun bukan mudah.. kalau area Gong Badak kalau tak RM 800 ke atas memang tak usah la nak duduk area situ..aku prefer jauh sikit dari UMT asalkan dapat rumah sewa yang murah sikit..kebetulan pulak kawan abang hassan bagitau dekat rumah mertua dia ada satu rumah kosong..berdekatan dengan MRSM Kuala Terengganu..bila aku pergi view, mula-mula risau jugak sebab nak pergi rumah tu kena masuk kawasan kampung..yela, mana la tahu kalau-kalau rumah tu betul-betul rumah kampung kan..masak jugak aku tapi bila sampai rumah tu, memang puas hati..masuk je rumah tu aku dah memang suka..warna dalam rumah tu memang warna kesukaan aku..fully furnished dan ada 4 buah bilik beserta 3 bilik air..mahu aku tak puas hati lagi..rumah memang complete!! harga yang aku dapat pun memang sangat berbaloi..asalnya bila dah sewa rumah tu aku nak duduk sorang je tapi bosan la plak rasa rumah besar macam ni duduk sorang..jadinya aku iklankan 2 bilik kosong.. satu lagi bilik kosong yang ada aku tak nak sewakan..boleh jadi bilik tetamu kan kalau- kalau ada kengkawan atau family aku yang nak datang stay sementara dekat sini..syukur lagi dan lagi sebab Allah mudahkan urusan cari housemates.. dua-dua orang yang sewa bilik dekat rumah aku memang sangat okay..tak merokok, pembersih dan jaga solat..sorang celcom officer dan sorang lagi doktor jabatan kecemasan..cumanya yang tak seronok sikit sebab hujung minggu mesti aku akan tinggal sesorang.. dua-dua akan balik ke kampung memasing untuk jenguk isteri dan anak-anak..aku? macam biasa la..nasibla orang bujang kan..
Basically aku dekat UMT ni masih berstatus sementara sebab aku di bawah jawatan Skim Latihan Akademik Muda (SLAM), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, UMT.. Aku wajib untuk sambung Ph.D dalam masa 6 bulan selepas aku lapor diri..habis je belajar, aku akan masuk semula berkhidmat sebagai pensyarah untuk tempoh 6 tahun..jadinya buat masa sekarang aku dipanggil fellow akademik la.. aku tak diwajibkan untuk mengajar sebenarnya sebab pihak jabatan nak aku fokus untuk selesaikan hal-hal Ph.D yang memang buat dada aku sesak sekejap.. buat masa sekarang aku cuma gantikan kelas untuk lecturer yang off campus..minggu lepas aku berpeluang masuk ke kelas pelajar tahun dua bagi subjek Social Change and Development.. serius memang aku cuak sebab ini pertama kali aku berada di depan 135 orang mahasiswa..bukan hanya melayu, pelajar berbangsa cina dan india pun ada.. terus teringat segala kenangan masa dekat UiTM Merbok dulu, pensyarah-pensyarah yang sangat banyak membantu aku, bentuk aku menjadi aku yang sekarang,.aku sangat berterima kasih dekat dieorang semua..moga aku boleh jadi lebih baik dan bagus macam dieorang jugak sebab aku sedar tanggungjawab tu bukannya mudah..berat amanah yang dipikul..nanti aku ceritakan macam mana cara aku handle kelas tu ek..haha..dah lewat ni esok awal pagi nak masuk office..kita jumpa lagi nanti..Assalamu'alaikum...
Salam.
ReplyDeleteBoleh tak nanti share mengenai SLAM tu? Boleh email kat nfzamri@yahoo.com. Thanks in advance!
apa yang cik nak tahu berkaitan SLAM? mohon email saya dulu ya.. rahmanlatip89@yahoo.com
Deletelepas ni kena panggil Dr. Abdul Rahman...
ReplyDeletehai Dr...
lambat lagi lah cik khalilah roslan..apa pun terima kasih untuk doanya
DeleteSalam, boleh x bagi pencerahan pasal program SLAM tu? Macam mana nak mohon. Saya baru habis degree, kalau berminat nak apply, tapi saya masih xfaham konsepnye.
ReplyDeleteWassalam. SLAM merupakan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD dan ditaja sepenunya oleh pihak universiti dan KPT.
DeleteSalam..bleh tak share, masa interview, ape je yang dia tanya..?
ReplyDeleteWassalam. Memandangkan sesi interivew dilakukan di luar negara, mungkin soalannya agak berbeza dengan waktu yang singkat. Hanya beberapa soalan ditanya, antaranya perancangan untuk PhD, kat mana nak sambung,topik, teori yang digunakan dan sumbangan yang boleh diberikan untuk UMT jika diterima
Delete