Ya Allah...tetiba rasa sebak..hanya mampu melihat orang lain mengucapkan selamat hari bapa...masing-masing menyingkap balik kenangan terindah bersama bapa dieorang...baguslah..aku sentiasa mendoakan bapa kalian di bawah payungan kasih sayang Allah, diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup... sementara masih diberi kesempatan dan peluang oleh Allah, berbaktilah kepada dia dengan apa jua cara sekalipun...gembirakan dia...biar senyuman tak lekang di mukanya;;;biar dia merasa alangkah bertuahnya dan bersyukurnya punya anak macam kita...bahagiakanlah hari-hari dia dan jangan sesekali buat dia sedih.. satu hari nanti pasti kita akan rindukan semua tu...hanya Allah je yang tahu macam mana rindunya aku pada abah....ya, abah memang seorang yang suka senyum..ramah sangat orangnya...sifat-sifat peramah abang memang aku warisi... setiap hari pasti ade je sesuatu yang dia akan buat untuk buat anak-anak dia gembira...di sebalik senyum tu, aku tahu betapa sukarnya dia nak besarkan kami adik beradik...bukan mudah tetapi atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah dia sentiasa berikan sehabis baik yang dia mampu...aku bersyukur diberi kesempatan untuk 22 tahun membesar, menerima didikan yang amat sempurna dari abah dan abah menjadikan siapa aku sekarang...mungkin kejayaan yang aku raih tak dapat dia lihat tapi aku tahu dia kan sentiasa senyum lihat aku berjaya capai apa yang aku impikan kerana dia sentiasa menjadi penyokong yang setia...apa sahaja aku lakukan, kiranya itu terbaik buat aku, maka baiklah buat dia... abah akan selalu berdoa moga aku mampu menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti...langkah dan jalan itu sudah aku nampak...cuma tinggal sikit masa lagi untuk aku tunaikan impian dia melihat aku berjaya...abah, man rindu nak tengok abah senyum..man rindu sangat bila abah dukung man, pujuk man setiap kali man merajuk dengan mak dulu...abah tak pernah pukul man...abah setia hantar dan ambil man sejak dari tadika lagi sampai la ke sekolah menengah....abah, man yakin Allah jaga abah dengan sangat baik.. Allah sangat sayangkan abah sebab tu Dia ambil abah dari man...tak ape abah...man tak sedih cuma man rindukan abah je...man nak sangat peluk abah dan cium pipi abah...man janji abah man akan jadi anak yang baik untuk abah sebab man nak abah tenang dan bahagia kat sana...senyuman abah sentiasa menjadi kekuatan untuk man abah jangan risau, anak abah ni dah cukup kuat untuk lalui semuanya...terima kasih abah untuk segalanya...Al-Fatihah untuk arwah abah, Abdul Latip Abdullah dan arwah mak, Faridah Yusof...