My Readers

Thursday, April 25, 2013

galau...



apa galau-galau ni??haha...yang penting aku bukan nak cerita pasal lagu siti nurhaliza yang terbaru iaitu galau tapi pasal diri aku yang memang sangatlah galau sekarang...apa pasal ni??kejap...sebelum aku cerita panjang lebar, korang tahu tak galau tu apa??hehe...kalau ikut kamus dewan online (rujuk terus...haha), galau ni membawa maksud kebisingan atau kekacauan...tapi saat aku tulis entry ni keadaan sekeliling aku memang senyap..jadi apa yang bisingnya?semestinya hati aku yang tengah kacau-bilau ni...resah,kacau, gelisah, gusar semua ada....pertamanya, aku memang tengah risaukan abang sepupu aku yang sekarang ni ada dekat ICU Hospital Selayang...harap sangat dia cepat sembuh..tak sangka pulak sampai kritikal macam ni...moga Allah berikan dia kekuatan sebab dia memang seorang yang sangat baik orangnya...kedua, minggu depan aku ada dua ujian..hadoiiii...pening kepala aku nak kena bersedia untuk kedua-dua ujian...satu hari isnin dan satu lagi hari selasa..rasa dah tingtong sekarang ni..banyak sangat perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan... mohon Allah terus beri kesihatan yang baik dan izinkan aku untuk sempurnakan semua dengan sebaiknya... aku berdoa sangat moga kedua-dua ujian tu aku lulus...alangkah bahagianya hidup kalau semuanya menjadi seperti yang kita nak kan...apa pun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku...mungkin akan ada sesuatu yang aku tak jangka...mana kita tahu kan...apa pun, mohon doa kalian untuk menghadapi semuanya dengan tenang insyaAllah...


Saturday, April 20, 2013

jom kita mengundi!!!


Jom balik mengundi!!!

Memang tak sabar nak balik mengundi sebab ini kali pertama pengalaman aku untuk mengundi...harap semuanya berjalan lancar...apa sekalipun mengundilah dengan bijak =)




PENCALONAN/NOMINATION - PAHANG

P085: PEKAN: PAHANG: 80,260

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)


2. Fariz Musa (PKR)

(2008: DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK: BN: Maj: 26,464)




DUN N23 - CHINI

1.Datuk Abu Bakar Harun (BN)

2.Siti Khairunisah Abdul Kadir (PKR)

(2008: DATUK ABU BAKAR HARUN: BN: Maj: 4,005)

ingat tujuan asal kita,,,,

morning guys...apa khabar pagi ni??hehe...aku cuti hari ni...sekarang ni aku dah kerja tapi tak tetap lagi la sebab takut ada komitmen lain kan...tujuan aku nak kerja pun untuk penuhkan masa yang lapang sikit-sikit ni sebelum kembali sibuk kan...hmm...semua orang ada pengalaman hidup yang berbeza tapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk mengajar kita sesuatu...biasanya kalau kita diuji dengan kesusahan, banyak yang kita dapat belajar dan akan mematangkan fikiran kita...tapi bahagialah orang yang sentiasa hidup dalam senang tapi dia tak pernah leka dengan kesenangan yang dia miliki...aku cuma nak ingatkan kepada adik-adik yang masih muda...mungkin sedang belajar di peringkat sekolah mahupun universiti...ingat tujuan asal kita...apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup..sedangkan dalam Islam sendiri jelas mengingatkan kita yang tujuan kita hidup di dunia ni adalah untuk beribadat kepadaNya...tolong la jangan jadi bodoh walau hakikatnya kamu seorang yang bijak...apa pun keadaannya jangan sesekali terjerumus ke dalam kancah zina dan dosa yang lain...kita orang islam...kita ada agama...kita ada pegangan yang sangat jelas dapat membawa kita ke jalan yang diredhaiNya...adik-adik, bayangkan wajah ibu dan ayah..kenangkan mereka setiap kali adik-asik nak lakukan sesuatu perkara buruk...sampai hati ke nak biarkan ayah dan ibu kecewa dengan adik-adik? umur masih muda..penuhkanlah ilmu di dada tu terlebih dahulu sebelum nak fikir tentang perkara yang lebih besar..belajar sungguh-sungguh...buktikan dulu dekat ibu dan ayah yang adik boleh berjaya...buat mereka bangga dan tersenyum dengan kejayaan adik...serius, adik-adik sangat beruntung masih punya ibu dan ayah... kalau rasa hati adik nak kasih sayang, bercintalah dengan ibu dan ayah puas-puas...hubungi mereka...balik rumah jenguk mereka...jangan sesekali buat mereka menangis...jadilah seorang anak yang taat..jangan diikutkan sangat hawa nafsu...gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya sebelum ibu dan ayah yang dipinjamkan untuk kita diambil semula oleh Dia...perjalanan hidup masih panjang...insyaAllah satu hari nanti pasti ada jodoh yang terbaik buat adik datang tanpa adik sedar...buat masa sekarang, perbaiki diri adik sebaiknya...belajar sungguh-sungguh dan capai cita-cita adik dulu...jangan menyesal di kemudian hari...moga adik-adik terus diberikan kemudahan untuk menuntut ilmu...jangan sesekali putus asa..rasa sunyi, keseorangan,risau, bimbang atau tak tentu arah, ambillah wuduk dan sujudlah kepadaNya...luahkan segalanya kepada Dia kerana Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...InsyaAllah segalanya pasti akan baik-baik sahaja =)



*rindunya dekat arwah mak dan abah...Allah pinjamkan Mak untuk aku 20 tahun je dan Dia bagi peluang aku bersama dengan abah 22 tahun je...tetap bersyukur..al fatihah untuk arwah mak dan abah....

Tuesday, April 16, 2013

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 78 Mei 2013


masanya hampir tiba...tak sabar pulak nak berkonvokesyen..alhamdulillah...rasanya semua dah tahu kan tarikh konvokesyen...untuk sekarang ni, kena selesaikan beberapa perkara..pertama, nak kena bayar yuran konvokesyen bernilai RM 140..lepas tu nak kena isi borang kajian penngesanan graduan (sampai sekarang tak boleh nak buat lagi)..slip dia kena bawak masa ambil jubah...ketiga, tarikh pengambilan jubah dah ditunda dari 4 Mei ke 6 Mei..ni semuanya sebab nak bagi laluan untuk pilihanraya yang bakal berlangsung 5 Mei...rasa lega la jugak sebab tarikh konvokesyen pada 12 Mei...sidang keempat di hai kedua majlis istiadat berlangsung...nombor giliran aku pun cun...A 473...tak ada la macam waktu diploma dulu angka giliran seribu lebih jugak la kan...apa pun, tahniah untuk semua yang bakal bergraduasi bulan hadapan...jumpa dekat shah alam tegur-tegur la ye..hehe