Macam biasalah..bila je nak mula proses menulis dissertation, aku pasti nak kena menulis yang ni dulu..ambil mood orang kata..hehe..Beberapa hari je lagi semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang semestinya menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda, tentunya bulan ramadhan al-mubarak..Allahu, cepat sangat masa berlalu..masih tekenangkan 2 minggu kepulangan aku ke tanah air tercinta beberapa minggu lepas..bahagianya dapat luangkan masa dengan orang-orang yang kita sayang...rasa terubat sikit lelah ni..apa pun tahun ni semuanya berbeza buat aku..nak tan nak, suka atau tidak aku tetap kena tempuh.. pengalaman yang tak pernah aku bayangkan sepanjang hidup aku iaitu berpuasa dan beraya di negara orang..bukan setakat tu je, pengalaman kali ni amatlah berbeza bila kami yang di London ni akan melalui puasa yang amat panjang iaitu hampir 19 jam...kalau ikut London Central Mosque & Islamic Culture Centre, kami yang berada di sekitar United Kingdom akan mula berpuasa sehari awal berbanding Malaysia.. 1 Ramadhan jatuh pada 28 Jun (Sabtu)..Subuh pada hari tersebut adalah 2.48 pagi..yang lagi best, kami akan berbuka puasa pada 9.25 malam..isyak pula pukul 11.03 malam..maka, solat terawikh jugak pukul 11 lebih dan paling awal pun habis 12 tengah malam..selesai je witir semua, ada 2 jam je waktu sahur sebelum ready untuk solat fardhu subuh...walawehhh...memang kami yang disini amat mujahadah untuk melalui 30 hari puasa..satu hal lagi, sekarang musim panas..average suhu sekitar 20-25 degrees..mudah-mudahan kami yang disini dapat melalui ramadhan al-mubarak dengan penuh sabar..doa aku moga sama-sama kita ambil fadhilat bulan ramadhan ni untuk gandakan amalan dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik InsyaAllah...Selamat Berpuasa semua dan selamat menunaikan ibadah puasa =)