My Readers

Sunday, May 15, 2011

cerita konvokesyen....

tahniah buat semua!!!


alhamdulillah...petang semalam semua batch Diploma Pentadbiran Awam sesi Disember 2007-Disember 2010 selamat berkonvokensyen di Dewan Agong Tuanku Cancelor..aku bangga sebab dapat bawak abah masuk ke DATC untuk saksikan aku berkonvo...aku bersyukur sebab sebahagian dari adik beradik aku berkumpul bersama-sama..walaupun abah kurang sihat tapi dia masih gagahkan diri jugak untuk datang...abah menangis bila tayangan video tentang pengorbanan ibu dan ayah dipaparkan...air mata aku berlinangan tatkala menyaksikan drama pendek lakonan Wan Maimunah dan beberapa pelakon lain yang menggambarkan betapa gembiranya seorang ibu mendapat tahu anaknya dapat masuk universiti...teringat mak...rndukan mak...kalaulah mak masih ada, tentu dia dah ada dalam dewan bersama aku dan abah...keadaan semalam memang sangat sesak..sesesak nafas aku untuk menahan dari batuk apabila nak terima transkrip...entah kenapa dalam sehari dua ni batuk aku makin terok..habis je sesi keempat istiadat konvokesyen uitm ke 74 semalam, aku terus keluar cari abah...mintak maaf sangat buat kawan-kawan sebab tak sempat nak bergambar ngan korang...especially buat batch DPA C dan jugak sahabat B 146...aku sempat bergambar dengan my best fren Bashah dan jugak azmir...sebelum balik jumpa mak angkat...bergambar bersama...aku rasa dia mesti sangat bahagia atas kejayaan anak dia...aku terima dua jambak bunga..satu dari mak angkat dan satu lagi dari kakak kesayangan aku =)...sebenarnya aku jugak menantikan kehadiran seseorang..kawan...yang menghadiahkan aku tai berwarna ungu yang aku padankan bersama baju kemeja berwarna ungu jugak...aku dah janji ngan dia yang aku akan pakai tai yang dia hadiahkan tu masa aku amek konvokesyen...aku ingatkan dia datang tapi mungkin terasa hati dengan aku kowt...biarlah...jujur aku memang isaukan abah..kawan-kawan lain pun aku tak berjumpa untuk bergambar..tu sebab aku terus terang kalau nak berjumpa sekejap boleh la untuk bersembang dan bergambar tapi kalau nak keluar ngan dia lepas habis konvo semalam memang tidak la...abah lagi penting...habis je konvo semalam abang aku bawak pergi makan dekat Subang Jaya..makan besar la kan...hehehe..tapi detik bersama keluarga sepanjang mereka di sini memang tak dapat aku lupakan..bukan mudah nak berkumpul bersama..bergelak ketawa...makan bersama dan yang paling penting makin mengeratkan hubungan kami sekeluarga..aku bangga dengan mereka semua..terima kasih sebab buat aku bahagia...aku sayang keluarga aku..buat abah, man harap 2 tahun lagi abah dapat datang untuk konvokesyen ke dua man...man akan usaha yang terbaik abah..man janji!!!

p/s: sory gambar tak dapat nak upload lagi...tunggu nanti k =)