My Readers

Wednesday, December 15, 2010

pesanan buat sahabat...

assalamualaikum sahabatku....aku sangat merinduimu...aku tak pasti bilakah kita akan bertemu lagi...aku harapkan di mana saja kamu berda,kamu akan sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah...aku tahu kadangkala persahabtan kita juga mungkin akan goyah...aku sedar bahawa kita sering diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan...mungkin dugaan yang diberikan untukku tidak sehebat dugaan yang diturunkan untukmu...kalau boleh aku juga ingin menyelami hati kecilmu yang sedang sedih,berduka,kecewa dan putus asa dengan dugaan yang menimpa...aku cuba untuk memahami sebaiknya apa yang sedang kau alami sekarang tapi aku sedar hanya kau yang lebih mengetahui dan merasainya...sahbatku,walaupun kita berjauhan,tidak pernah sedetik pun diri ini melupakan dirimu...mana mungkin aku melupakan wajah insan yang telah memberi senyuman dalam hidup aku.... aku tidak kisah andainya kau melupakanku kerana aku tahu mungkin ada yang lebih baik untukmu... walau apa pun yang terjadi antara kita,aku harap kau sentiasa sabar,tabah dan cekal mengharungi segala dugaan yang mendatang...itu jalan yang telah kau pilih...taida siapa yang mampu untuk menghalangmu...tempuhilah jalan itu walaupun ia penuh onak dan duri kerana kau telah membuat pilihan..jangan sesekali kau kecewa dengan apa yang telah engkau lakukan kerana tiada gunanya menyesal tatkala segalanya sudah tersurat...carilah jalan penyelesaian yang terbaik untukmu..untuk hidupmu...untuk kebahagiaan kamu...andai satu hari nanti kau berjaya, aku sentiasa tersenyum megah walaupun hanya dapat melihatmu  dari jauh..percayalah,sekalipun kau telah melupakanku,aku akan tetap disisimu,menyokongmu,dan berdoa untukmu kerna dalam hatiku kau sahabatku hingga akhir hayatku....