Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah untuk segala nikmat yang telah Kau berikan...sungguh aku tak pernah menyesal dengan segala apa yang dah aku lakukan atau putuskan selama ni...setiap keputusan yang aku ambil dah aku fikirkan sedalam-dalamnya dan aku rasakan itulah yang terbaik buat aku..cuma ada kalanya Allah datangkan secebis ujian untuk melihat adakah aku mampu bertahan dengan keputusan yang telah aku buat..ya, jujur ada kalanya juga aku hampir putus asa..rasa tak mampu nak teruskan dengan apa yang selama ni aku citakan tapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...takkan dia biarkan hambaNya terus sedih dengan segala ujian kerana di sebaliknya terkandung sejuta hikmah yang jauh lebih besar nikmatnya.. seronok tengok kawan-kawan lain dah mula bekerjaya dan membina hidup berumah tangga tapi aku masih setia menelaaah meneruskan pengajian..aku pernah mempunyai tekad masa aku di sekolah rendah dulu yang aku nak belajar sampai peringkat tertinggi...semangatnya aku bagitau arwah abah masa tu yang aku nak dapatkan PHD...lepas tu abah senyum je..macam biasa dia cuma mengiyakan apa yang aku cakap dan suruh aku belajar rajin-rajin...nanti dah berjaya jangan lupakan mak abah..masih terbayang riak muka abah betapa dia bangga dengan anak-anak dia..Allahurabbi...sekarang ni aku sedang nak habiskan pengajian peringkat Master..ada kurang 7 bulan je lagi...dah mula terfikirkan samada nak balik Malaysia dan mulakan kerjaya atau kekal di sini untuk sambung satu tahap lagi iaitu PHD..dilema?ya..sekali lagi aku harus buat keputusan.. moga Dia dapat beri petunjuk terbaik buat aku...