My Readers

Friday, December 2, 2011

pernahkan engkau berhenti bertanya?

aku tertarik dengan kata-kata akhir daripada Khairi Jamaluddin ketika mengakhiri ucapan beliau dalam perhimpunan agong UMNO yang sedang berlangsung ketika ini di PWTC...aku just ubah perkataan pemuda kepada anak muda sahaja..jom kita hayati bersama...


Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku anak muda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku anak muda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

Misi Akademik 1 FSPPP bersama Dekan FSPPP...

alhamdulillah...semalam telah berlangsungnya MISI AKADEMIK 1 FSPPP yang mana Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Professor Madya Dr Jasmine Ahmad sendiri telah turun untuk sesi dialog dan ramah mesra bersama semua pelajar FSPPP UiTM Kedah...aku rasa amat berbangga bila berpeluang bersembang dengan beliau secara lebih dekat dan santai...ternyata dia memang seorang yang sangat ramah dan ambil berat dengan semua pelajar di bawah FSPPP...program ni sebenarnya salah satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Dekan sendiri pada Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia yang telah dianjurkan di UiTM Kedah sendiri pada bulan Mei lepas...banyak informasi yang telah diberikan kepada para pelajar...sebenarnya, aku turun lewat sikit smalam sebab ada interview dengan pihak RTM...aku rasa sejam jugak la lewat...rasa rugi sebab terlepas banyak maklumat..huhu...habis je program tu semalam, kami jawatankuasa BASIC yang baru ada buat meeting sikit sempena program pertama yang akan kami anjurkan esok..tak sangka la pulak tengah dok meeting tu Dekan datang jumpa ngan kami semua...kebetulan jugak dia dah nak balik kan...lagi la buat kami semua rasa bangga...ape pun aku harapkan dapat memberi yang terbaik buat BASIC sebagaimana yang telah aku berikan kepada DIPAC dulu...insyaAllah..keep support me k!!!


 pelajar lelaki begitu tekun mendengar ye =)

 Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad

 pelajar perempuan kurang tumpuan sikit..hehe

 seorang pelajar BAS, Aishah bertanyakan soalan kepada Dekan

 sis Milan yang hot ni tengah sibuk bertanya soalan =)

 kami meeting sekejap lepas habis perjumpaan bersama Dekan


sempatla berbual dengan beliau sekejap kan =)