My Readers

Saturday, April 16, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK HARI INI...





KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula jam 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal.Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 71 kerusi Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26 kawasan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49 kawasan), PAS (5 kawasan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6 kawasan). Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas. Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan (tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enam penjuru). BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas. Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat turut dilaksanakan kerana ada pemilih yang tinggal jauh di pedalaman. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menggunakan sekolah, rumah panjang, balai raya dan dewan sebagai pusat mengundi. Pengundi paling ramai ialah di kawasan Pending (29,498 orang) manakala pengundi paling sedikit ialah di Ba'Kelalan (6,958 orang). Helikopter akan digunakan untuk 15 pusat mengundi. Pengundian ditutup pada 5 petang tetapi jauh lebih awal di kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pemilih yang agak kecil. Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam. - BERNAMA

bilik aku...

dari ari tue lagi kakak aku dok sibuk suruh aku citer pasal bilik aku..apa ada pada bilik aku??hehe..macam yang aku dah cerita sebelum ni, aku tak kisah sangat la kalau bilik aku tak catik pun yang penting selesa sudahla untuk aku belajar dan berehat kan..aku sangat bersyukur sebab dapat tempat yang selesa...yang penting aku suka bilik aku...ni gambar bilik aku yang mana akan aku kemas setiap pagi sebelum aku ke klas...

kemas je..hehe

ni la rupanya katil aku

kalau tengok betol2, memang x tegang kan..almaklumlah aku x berapa reti nak buat..haha

ni pulak keadaannya bila aku sangatlah sibuk..tak sempat pun nak kemas..nanti dah free sikit baru la aku kemas..hehe...keadaan ni bila nak test dan jugak nak final exam..al maklumla kan...


serabut kan??

 ni lagi la teruk...buku yang tak tersusun..huhhu


 ni masa nak test HR rasanya..huhuhu


ni la board aku...awalnya kosong tapi skarang dah penuh..macam2 menda..hehe

semester ni bakal ditutup dengan final exam yang akan bermula 28 hari bulan ni sampai 8 mei...aku harap aku akan dapat buat yang terbaik...hari ni aku nak balik ke Penang kejap...esok balikla ke sini semula..tak sabar nak makan oreo cheese cake yang kakak aku janji nak buat..hehe..aku kan jarang balik..so dia kena la layan aku sebaiknya kan..hehehe...adik kesayangan la katakan...kan kak kan?hehe..jom jalan2 Penang!!!


lebih kurang macam ni la rupanya...

dan bila dah dipotong, macam ni..walahhhh kan??hehe