Sebenarnya aku nak sangat tulis semuanya pasal yang indah-indah je sepanjang aku berada kat London ni tapi nantilah kot sebab aku rasa ada benda lagi penting yang aku nak kongsi dengan korang semua...aku rasa cabaran yang paling utama setibanya aku dekat London adalah mencari rumah sewa.. aku buat keputusan untuk cari rumah sewa dekat luar sebab penginapan yang universiti bagi amatlah mahal..bayangkan kalau 29.50 sehari..bermakna aku kena bayar lebih kurang 770 pound untuk setiap bulan..aku punya elaun bukanlah banyak sangat..jadinya untuk berjimat kena la cari penginapan kat luar..macam-macam benda yang perlu korang fikirkan sebelum korang nak cari rumah sewa kat luar.. yang utamanya tentulah pasal bayaran kan..keduanya berkenaan tuan rumah...ketiganya tengok lokasi yang bersesuaian.. jangan la cari rumah yang terlampau jauh dengan universiti. Nanti susah pulak nak gerak ke kampus...kala universiti kat zon 1 tapi duduk zon 2 tu kira ok lagi la...kat sini pengangkutan awam sangat efisien. Kalu tube tu aku rasa setiap seminit ada...kalau bus pun dalam 5 minit sekali..kalau tertinggal tube atau bas tak la menyesal sangat sebab nak tunggu yang seterusnya tak lama kan...apa yang aku lalui selama sebulan dekat sini dah cukup untuk mengajar aku banyak perkara..kali ni aku fokuskan dekat rumah sewa dulu.. beberapa hari lepas aku menumpang rumah kawan, akhirnya aku dapat sebuah bilik yang sangat murah dan tempatnya sangat strategik..bilik yang aku dapat tu sebulan cuma 455 pound termasuk semua bil.. memang kalau tanya kat semua orang pun akan cakap tak mungkin akan dapat bilik semurah tu..rumah tu pulak memang dekat sangat dengan Stesen Tube.. bila dah tandatangan perjanjian semua aku pun pergi la tengok bilik.. memang ok.. katil double bed, ada sebuah meja belajar dan almari pakaian yang besar.. aku memang puas hati...jumpa pulak dengan tuan rumahnya.. seorang nenek yang aku rasa umurnya lebih 70 tahun dah.. muka agak bengis... peringatan pertama yang dia bagi kat aku adalah tak dibenarkan untuk bawa balik kawan atau pelawat..kedua, aku tak dibenarkan untuk memasang internet dekat rumah...hmmm..fikir panjang jugak la pasal ni..memang tak berapa nak logik la sebab aku pelajar kot.. internet tu memang sangat penting untuk aku...lepas tu aku pikir mungkin boleh beli broadband..dah selesai satu masalah...yang aku risaukan sekarang kawan aku langsung tak boleh nak datang rumah walaupun untuk satu minit..kebetulannya minggu lepas kawan aku yang belajar dekat University of Sheffield datang melawat aku..aku pun pergi la ambil dia dekat Stesen Bas dan bawa balik rumah sementara nak tunggu hari pagi..memang lepas tu kiteorang rancang nak keluar pusing-pusing London...aku harapkan semuanya ok la kan..baru je lepas solat subuh, aku pun baring la kejap...setengah jam lepas tu aku dengar bunyi bising kat luar bilik...tiba-tiba pintu bilik aku dibuka.. aku nampak muka tuan rumah yang sangat bengis tu suruh aku keluar pergi dapur.. tak sempat nak cakap apa, dia nampak pulak kawan aku ada sekali dalam bilik..dia punya la mengamuk...halau kawan aku keluar bilik masa tu jugak..bukan dia je, aku sekali kena halau...dia maki aku, cakap yang bukan-bukan, dan saat tu aku rasa dihina teruk sangat..aku kena halau macam anjing..dia suruh aku kemas semua barang-barang aku masa tu jugak dan keluar dari rumah tu...aku betul-betul tergamam..aku cuba nak pergi tengok apa yang berlaku dekat dapur tetapi dia suruh aku keluar dari rumah tu cepat..dia kata aku dah basahkan lantai bilik air rumah dia sampai air menitik jatuh ke bawah dan bawah tu adalah kedai roti dia...dia kata siling kat kedai dia akan runtuh disebabkan aku..sekali lagi aku tergamam..apa yang aku dah buat? bila masa pulak aku basahkan lantai bilik air rumah dia? aku ambil wuduk pagi tu pun sangat hati-hati..nak basuh kaki aku basuh kat dalam tab mandi..Housemate aku yang lain semua diam je..semua macam salahkan aku sebab dieorang dah duduk lama dekat situ dan sepanjang tempoh tu tak pernah lagi berlaku masalah macam ni.. jadinya memang dengan tuan rumah tu sekali ingat aku ni pembawa masalah.. tak habis-habis dia maki aku.. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa masa tu..bila aku nafikan, dia tetap kata aku salah dan dia nak aku bayar ganti rugi... serius memang aku tak pernah kena seteruk macam tu..nasib baik la aku ada kawan.. dia datang tolong angkat barang aku dan buat sementara waktu ni aku menginap dekat rumah dia..esoknya agen rumah telefon cakap yang tuan rumah bagi masa kat aku sampai 20 haribulan ni je untuk aku duduk dekat rumah tu.. lepas tu aku kena cari rumah lain..dia akan bayar balik deposit aku tetapi dia akan tolak 200 pound sebab kerosakan yang aku dah buat..aku memang rasa teraniaya sangat..kalau aku buat aku akan mengaku yang aku salah dan memang patut dia minta ganti rugi tetapi masalahnya sekarang aku tak buat seperti apa yang dia cakap...bila aku cuba cakap dengan agen, dia tak boleh buat apa sebab duit bukan ada dekat dia..tuan rumah tu yang pegang..memang gila betul nenek tua tu..bila dah tenang semua, aku redha.. takpe la..ini ujian yang Allah nak bagi untuk aku..biarlah dia ambil duit tu..aku yakin Allah punya rencana yang terbaik untuk aku...dah dua hari aku tak sihat...minggu ni aku tak pergi kelas..aku jugak kena pikir pasal kat mana la aku nak tinggal lepas ni...memang betul-betul tekanan..rasa trauma dengan apa yang dah terjadi..sekarang ni aku kena cari rumah lain dan keutamaan aku adalah tuan rumah.. harga dah jadi nombor dua..kalau tuan rumah ok walaupun harga mahal sikit aku dah tak kisah sangat sebab aku nak hidup tenang dekat sini..perjalanan aku masih panjang dan aku perlu habiskan pengajian aku dengan sebaiknya..moga ada jalan untuk aku keluar dari segala masalah ni...