My Readers

Friday, December 31, 2010

cerita suka aku sepanjang 2010...

banyak sebenarnya yang buatkan aku bahagia sepanjang 2010 ni...pertamanya sudah semestinya apa yang aku target dalam hal akademik aku telah tercapai..tahun lepas aku dah berazam untuk pastikan keputusan peperiksaan aku akan lebih baik untuk tahun akhir diploma dan alhamdulillah perkara itu telah pun aku capai...bukan mudah sebenarnya dengan kesibukan belajar dan aktiviti persatuan..aku rasa kalau ada pelajar yang tidak mahu terlibat dengan aktiviti persatuan atau merebut jawatan dalam persatuan pelajar yang ada hanya disebabkan takut akan sibuk dan menjejaskan akademik, bagi aku ianya adalah salah...buktinya aku sendiri sangat sibuk dengan aktiviti dipac dan jawatan aku sebagai setiausaha agong dipac sepanjang semester 1 2010 tapi aku masih boleh imbangkan antara aktiviti persatuan dan belajar....yang penting kena profesional dalam bekerja sebagai satu team dan jugak sebagai pelajar..jangan jadikan alsan sibuk dengan aktiviti persatuan jika tak dapat skor dalam test mahu pun exam...kita sendiri yang mesti rancang masa dengan baik...mana yang patut didahulukan haruslah didahulukan...jangan sesekali tangguhkan kerja sebab akibatnya merana nak siapkan semua kerja di saat akhir...jangan cepat melatah jika ada ahli kumpulan yang tak buat kerja..tegur secara elok dan fahamkan dia apa yang patut dia lakukan...kita nak berjaya bukannya sorang-sorang...kongsilah ilmu sebab makin dikongsi akan makin bertambahlah ilmu kita...kalau boleh biarlah kita cemerlang di dalam dua-dua hal iaitu belajar dan juga persatuan...aku sentiasa diingatkan agar jangan sesekali abaikan peljaran walau sesibuk mana pun dengan hal yang lain...rasa dah tertinggal je cepat-cepat la cover balik...tak paham je terus bertanya sebab nanti mesti kita akan lupa...aku sangat puas hati dengan apa yang telah aku rancangkan menjadi kenyataan..program yang selama ini aku impi untuk dilaksanakan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun pelbagai halangan yang timbul..."program khas kecemerlangan akademik" besama YM RAJA SHAMRI RAJA HUSIN amat memberi inspirasi buat aku..kejayaan beliau serta sokongan,dorongan yang diberikan kepada aku ternyata menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus berjaya...buat pertama kalinya juga dalam beberapa tahun aku menyambut hari lahir pada tanggal 3 november yang lalu..aku rasa kali terakhir aku menyambutnya adalah pada 2006...terima kasih buat 'sahabat' yang sudi menyambutnya bersama aku...dalam tahun ni jugak hubungan pershabatan aku dengan kawan-kawan serumah makin erat...banyak aktiviti yang kami lakukan bersama..dimulakan dengan bercuti ke Pulau Langkawi pada awal Julai hari tu...seronok dapat lepak dengan kawan-kawan dan rasa amat selesa ngan dieorang semua...kat rumah plak dapat masak dan makan sama-sama..bulan puasa ternyata memberikan hikmah buat kami serumah berbuka puasa bersama...tapi kali ni kami memang jarang masak..maklumlah semester terakhir sibuk dengan pelbagai perkara...diakhiri dengan mandi manda di Bukit Merah Lake Town Resort..sangat best!!!pengalaman bersama kalian tidak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila..bad,edi,din,qudus,akim,noraizat,patrick dan azmir....rasanya kita semua sudah membawa haluan masing-masing...edi,din,patrick akan meneruskan pengajian di shah alam..nora dan qudus plak di melaka...bad,azmir dan akim di kedah..aku???erm..masih begini..begini yang bagaimana??biarlah ia menjadi rahsia aku dahulu..kalau ada rezeki,aku akan menuruti kalian bagi meneruskan pengajian di peringkat dgree..jika tidak,aku akan mula bekerja di sebuah syarikat swasta dalam masa terdekat...walau apa pun aku mendoakan agar kalian akan teruskan perjalanan dengan penuh semangat...ada jodoh,kita kan jumpa lagi..buku hidup bagi tahun 2010 akan berakhir beberapa jam sahaja lagi...lembaran untuk 2011 akan menjelma..moga kita akan memasang azam dan niat yang lebih baik untuk tahun baru ini..bairlah tahun hadapan akan lebih bermakna berbanding tahun ini...segala kenangan indah yang tercoret akan terus menjadi kenangan yang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila..InsyaAllah...

selamat berjuang kawan-kawan...

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa sabar dan cekal mengharunginya,...ingin sekali aku mengikuti jejak langkah kawan-kawan yang sedang bergembira,mengemas barang,mengusung beg pakaian masing-masing untuk meneruskan pengajian api kaki aku masih tersekat... bagai dirantai dan aku sedang dan masih mencari kunci untuk meleraikannya...moga usaha aku akan berhasil... kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu berjalan seperti yang dirancang tetapi ternyata Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...aku tahu dan sangat sedar tentang jalan yang aku lalui sekarang..tidak selalunya kita akan dapat jalan yang mudah untuk sampai ke destinasi yang dituju..kadang-kadang kita terpaksa lalui jalan yang penuh liku dan dihalang pula oleh duri-duri yang ternyata menyakitkan serta menyukarkan perjalanan kita..namun malanglah bagi mereka yang menghentikan perjalanan itu dek hanya kesusahan yang dihadapi untuk sampai ke hujungnya...biarlah pahitnya perjalanan yang terpaksa dilalui tapi akhirnya akan mendapat kemanisan yang membuatkan kita tersenyum sampai bila-bila...dalam satu keadaan pula kita dipaksa untuk memilih antara dua jalan..kedua dua jalan tersebut adalah amat berbeza tapi menuju satu matlamat yang sama...tatkala sukarnya memilih jalan mana yang terbaik untuk kita lalui,baiklah kiranya kita mengharapkan petunjuk,belas ihsan dan taufik dariNya agar sentiasa memandu kita ke arah jalan yang benar-benar sesuai buat kita...walaupun ada kalanya jalan yang kita pilih tu bukan jalan yang kita suka tapi tentunya akan memberikan manfaat yang baik buat kita..kalau bukan hari ini,mungkin esok dan kalau bukan esok mungkin juga beberapa tahun dari sekarang...masanya akan tiba..sekali keputusan telah dilakukan,jangan pernah untuk menyesali dengan jalan yang telah dipilih..lalauinya,hadapinya dan tempuhinya dengan penuh sabar..janganlah kiranya ia memadamkan impian yang telah kita bakar selama ni...moga ia terus membara agar kita akan mengecapi segalanya dan satu hari nanti mungkin kita akan genggam tangan dengan penuh senyuman dan berkata"yes,aku telah berjaya!!!"..selamat berjuang buat kawan-kawan dan buat diri aku juga!!!

Thursday, December 30, 2010

takkan ku menyerah...

Lirik Pelita – A.P.I (OST Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya....

Pulau Indah dan Mid Valley....

penatnya hari ni tapi enjoy...smalam baru je balik dari holiday di pulau indah...sepanjang kat sini ternyata memang aku dapat tenangkan fikiran aku yang amat berserabut ni...rasa sangat damai...pantai yang sungguh mendamaikan...pengalaman memancing bersama sepupu-sepupu yang memang tak akan dapat aku lupakan...pemandangan dari tingkat 9 pantai indah seaview resort memang memberikan rasa yang sungguh menyamankan dengan angin pantai yang bertiup....lupakan seketika masalh dan keserabutan itu...hari ni mula je pagi tadi aku dah kembali serabut....lepas tu aku pun keluar la ngan sepupu-sepupu aku ke Mid Valley...Tengok wayang citer Guliver's Travels...Sangat best tau citer ni...panggung penuh...tapi nasib baik la dapat tiket kan...hehehe..bukan selalu nak dapat keluar bersama kan...rasanya setahun sekali je kowt...setiap kali lepas habis event Selangor Ria kami memang akan keluar ramai-ramai...kerja memang penat..otak pun memang penat...so hiburan pun perlu lah ada jugak kan...baru la rasa puas hati...lagi satu sebagai simbol yang aku dah dapat gaji..hahaha...esok nak kena p Uitm Shah Alam jap..ada hal..harap-harap dapat selesaikannya secepat mungkin dan aku nak balik pahang..rindu kat abah...rindu jugak kat anak sedara aku...lama tak jumpa dia...huhuhu...sebenarnya tengah makan donut big apple neyh...jom sambung!!!hehehe

Tuesday, December 28, 2010

percaya padaku......

lagu baru yang aku suka dengar sangattttttttttttttttt!!!

ungu-percaya padaku...

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



semuanya hampir pasti....

semuanya hampir pasti...belum pasti tapi hampir menemui jawapannya..aku harapkan aku akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..mungkin ini dugaan buat aku...seremuk mana pun hati ni aku tetap harus sabar dengan dugaan ni...bukan tidak mencuba tapi mungkin ini ketentuannya...nak lawan takdir???oh tidak....aku hanya perlu menerima apa sahaja keputusan seadanya...Tuhan sedang menguji aku untuk menjadi lebih kuat dan menjadi seorang yang hebat...aku takkan mudah mengalah dengan apa sahaja yang berlaku...yang penting aku tahu arah tujuan hidup aku...kita tak akan selalunya dapat apa yang kita nak tapi kita jugak kadang-kadang kena terima apa yang kita rasa tak sangka kita akan dapat...hati telah aku tetapkan...aku tak mahu lagi serabut sebab ternyata ianya memberi kesan yang buruk buat aku...aku tak mahu lagi sedeh kerana sedeh hanya menambahkan luka dan pedih buat aku...yang penting sekarang aku harus hadapi segalanya dengan senyuman walaupun kadangkala pahit untuk ditelan...insyaAllah aku yakin segalanya akan baik-baik saja...

Tuesday, December 21, 2010

buangkan ego kamu!!!

semua manusia ada egonya yang tersendiri...banyak maslah timbul kerana ego...pentingkah ego ni??dalam sesetengah perkara ego itu amat penting tetapi dalam sesetengahnya pula ego ni hanya akan memusnahkan diri kita sendiri..aku akui aku juga punya ego yang tersendiri...sebab egolah persahabatan aku goyah..sebab ego jugalah cinta telah musnah...ego membantutkan pemikiran agar lebih menjadi matang...ego membuat kita kadang kadang lupa siapa diri kita yang sebenar...hari ni aku telah menundukkan ego kepada satu perkara yang ternyata sangat baik buat aku yang selama ini aku tidak pernah lakukan hanya kerana ego...kita mungkin anggap sesuatu perkara itu tidak perlu atau tidak layak untuk kita lakukan...kita ingat dengan ego mungkin akan dapat menjaga "kedudukan" kita yang sebelum ini sangat sangat selesa...hari ni jugalah aku berkata kepada diri aku sendiri.."buangkan ego kau man kerana ia hanya akan menyusahkan kau...banyak perkara yang kau akan dapat jika kau buangkan ego tu...kau jangan fikir kau tak layak untuk buat perkara sebegitu kerana kau bukanlah siapa siapa...tundukkan ego kau sebab dengan cara ni lah kau akan jadi lebih matang..matang dalam segala hal..ego kau tu hanya menyusahkan diri kau!!!" aku tesedar yang selama ini aku banyak kehilangan pelbagai perkara hanya disebabkan oleh ego...sesungguhnya pengalaman bekerja telah mengajar aku banyak lagi perkara tentang kehidupan...yang mengajar aku untuk lebih menghargai setiap peluang yang diberikan kerna bukan mudah untuk orang mempercayai kita...aku berazam untuk terus melakukan yang terbaik agar aku akan menjadi insan yang lebih baik dari hari ni...ego,pergilah kamu!!!!!

Monday, December 20, 2010

tak salah kalau rindu kan??

hari ni aku rest jew sampai ke malam..mula la melayan perasaan kan..so terasa rindu lah pulak kan....tak salah kan??hehehe...cuba korang hayati lirik lagu ni...sangat menusuk kalbu tau...aku tujukan lagu ni khas untuk kamu yang aku sangat rinduuuu...........


Bila Rindu

Artist: Ruffedge
dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata


bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini


jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua oo...


bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini


sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insya-allah
kita akan bertemu semula


aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..


bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini


oh bila rindu, terkenang mu sayang, ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

penat dan sungguh penat........

penat ada banyak maksud kan...segala galanya penat buat aku sekarang...badan terasa penat setelah seharian bekerja...otak amatlah penat memikirkan pelbagai perkara...tawaran dgree dah pun keluar....tapi keputusannya masih tiada..aku masih tak dapat buat apa-apa keputusan...sambung atau tidak???arghhhhhh....malas la nak pikir...biarlah dulu....penat da...huhuhuhu

Wednesday, December 15, 2010

pesanan buat sahabat...

assalamualaikum sahabatku....aku sangat merinduimu...aku tak pasti bilakah kita akan bertemu lagi...aku harapkan di mana saja kamu berda,kamu akan sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah...aku tahu kadangkala persahabtan kita juga mungkin akan goyah...aku sedar bahawa kita sering diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan...mungkin dugaan yang diberikan untukku tidak sehebat dugaan yang diturunkan untukmu...kalau boleh aku juga ingin menyelami hati kecilmu yang sedang sedih,berduka,kecewa dan putus asa dengan dugaan yang menimpa...aku cuba untuk memahami sebaiknya apa yang sedang kau alami sekarang tapi aku sedar hanya kau yang lebih mengetahui dan merasainya...sahbatku,walaupun kita berjauhan,tidak pernah sedetik pun diri ini melupakan dirimu...mana mungkin aku melupakan wajah insan yang telah memberi senyuman dalam hidup aku.... aku tidak kisah andainya kau melupakanku kerana aku tahu mungkin ada yang lebih baik untukmu... walau apa pun yang terjadi antara kita,aku harap kau sentiasa sabar,tabah dan cekal mengharungi segala dugaan yang mendatang...itu jalan yang telah kau pilih...taida siapa yang mampu untuk menghalangmu...tempuhilah jalan itu walaupun ia penuh onak dan duri kerana kau telah membuat pilihan..jangan sesekali kau kecewa dengan apa yang telah engkau lakukan kerana tiada gunanya menyesal tatkala segalanya sudah tersurat...carilah jalan penyelesaian yang terbaik untukmu..untuk hidupmu...untuk kebahagiaan kamu...andai satu hari nanti kau berjaya, aku sentiasa tersenyum megah walaupun hanya dapat melihatmu  dari jauh..percayalah,sekalipun kau telah melupakanku,aku akan tetap disisimu,menyokongmu,dan berdoa untukmu kerna dalam hatiku kau sahabatku hingga akhir hayatku....

Monday, December 13, 2010

kenangan bersama arwah mak (bahagian satu)

aku sangat rindukan arwah mak...pagi tadi aku sempat ziarah ke kuburnya...bahagianya aku apabila dapat ziarah kubur mak..aku beri salam kat mak..aku ceritakan segala yang terpendam dan segala apa yang aku rasa dekat mak...aku bagitau mak yang aku dah habis diploma...aku jugak dapat keputusan yang cemerlang untuk semester ni...aku jugak berjanji yang aku akan terus jaga abah dan tunaikan segala impian mak..mak adalah wanita terhebat dalam hidup aku...dia adalah ibu yang sangat sabar membesarkan kami tujuh beradik yang ternyata mempunyai kerenah masing-masing...mak tak pernah bekerja sejak sejak mak berkahwin dengan abah..sesusah mana pun hidup kami sekeluarga,abahlah yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah buat kami dan dia langsung tak benarkan mak bekerja...abah nak mak sentiasa ada untuk anak-anak dia..jaga makan pakai kami dan pastinya memberi sepenuh kasih sayang buat kami...mak sememangnya berasal dari kampung...dari Balik Pulau asalnya dengan rela dan sabar mengikut abah berhijrah ke Pahang...mak sungguh taat dan setia kepada abah..dia tak pernah sekalipun melawan cakap abah...mak memang seorang yang baik hati..biarlah orang cakap apa pun,buat buruk sekalipun dekat dia tapi mak tak pernah balas..dia sabar je dengan apa yang orang lain buat dekat dia...habis kuat pun dia akan menangis...mak pernah pesan dekat aku jangan suka cari pasai dengan orang lain...jadilah anak yang baik dan bila man dah besaq nanti dan dah berjaya,jangan lupakan mak dengan abah kat kampung....pernah sekali aku melawan cakap mak..tak buat apa yang dia suruh dan selalu degil...lepas tu mak akan cakap, "rahman,kamu buat la tak dengar cakap mak..nanti bila mak dah tak ada baru kamu tau!!"..lepas tu aku akan terus buat apa yang mak cakap sebab aku tak nak kehilangan mak...aku akan marah kat mak.aku cakap"mak, jangan cakap macam tu,cek tak suka..huhu"..lepas tu mak akan senyum dan cakap "kalau tak nak mak pergi,jangan melawan cakap mak".... aku ni pulak jenis yang suka bangun lewat..bapak aku memang pantang kalau anak-anak dia bangun lewat dan sebelum aku ditibai oleh bapak aku, mak la yang akan jerit panggil aku dari dapur.."Leman,bangun!!abah hang dah balik nu!!!terus cepat-cepat aku bangun...hehehe

Sunday, December 12, 2010

cukuplah walau sedikit....

tetiba je aku jadi bad mood...erm..entahla..kadang-kadang rasa diri ni langsung tak berguna..betulkah kata orang kalau kita tak dihargai bermakna kita tak bagus???masing - masing ada pendapat dan pandangan yang tersendiri...bagi aku, orang yang baik adalah mereka yang tahu untuk menghargai jasa,penat lelah dan tenaga orang lain walaupun sekecil-kecil penghargaan seperti satu mesej atau nota yang tertera ucapan  terima kasih...kita akan dihargai apabila kita menghargai orang yang sentiasa berharga buat kita...betul tak???bukanlah apabila kita diperlukan baru dicari atau kita berguna bila hanya diperlukan...rasa tak berguna,kita dibiarkan,dicampak atau langsung tak dipedulikan...arghhhhhh...begitulah ragam manusia kan??aku hanya tersenyum bila berlaku senario ini kerana mahu atau tidak ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh manusia...

masih dilema...

aku dalam dilema sekarang...result untuk sambung dgree akan keluar rabu ni...risau pun ada..aku sebenarnya masih memikirkan tentang samada mahu meneruskan belajar atau pun tidak...keputusan ini sangat penting buat aku...sebelum ini memang aku dah tekad nak sambung belajar dan dapatkan dgree dalam masa 2 thun,lepas tu master dan akhirnya PHD...itu yang aku dah rancangkan tetapi entahla..tiba tiba ianya jadi goyah..banyak menda yang bermain dalam fikiran aku...kalau aku sambung belajar,bila masanya aku akan mula bekerja??bila pulak aku akan mula berbakti untuk abah dan adek bradek aku yang lain??sempatkah aku untuk melakukan semua itu dalam masa 6 atau 7 tahun dari sekarang???tapi kalau aku tak sambung belajar, apakah kerja terbaik yang aku boleh dapatkan???memang ada offer tapi puaskah aku dengan ker ja itu??sanggupkah aku melepaskan peluang belajar yang terbentang di depan mata??bolehkah aku kejar semua yang aku citakan dengan hanya berbekalkan diploma???arghhhhhhhhh...aku keliru,dilema dan serabut sangat....pelbagai pandangan dari pelbagai orang aku dah dapat...cuma aku mudah berubah apa yang dah aku tekadkan tatkala ada dugaan yang datang...Ya Allah,bantulah hambaMu ini agar dapat membuat keputusan yang terbaik agar aku sesekali tidak menyesalinya... tetapkanlah hati ini moga aku sentiasa kuat dan cekal tatkala telah membuat keputusan nanti..amin...

Saturday, December 11, 2010

kecewa dalam gembira...

aku selalu diingatkan agar bersyukur dengan setiap apa yang telah diberikan...ya,aku bersyukur sangat kerana keputusan aku masih lagi baik...aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat tatkala melihat ramai kawan-kawan seperjuangan yang tersungkur...aku mendoakan mereka agar terus kuatkan semangat dalam menggapai impian yang diharapkan..aku juga pernah tersungkur..aku juga pernah rasa kecewa tetapi pengalaman itulah yang mengajar aku untuk tidak mudah mengaku kalah...aku sudah mampu tersenyum dan teruskan perjalanan...erm...sebenarnya aku agak kecewa dalam gembira...aku kecewa sebab aku tak mampu nak kikis tanggapan negatif aku terhadap seseorang..pernah sebelum ini aku berharap yang semester ini akan berakhir dengan baik dan mengubah persepsi negatif aku tentang dia...ternyata apa yang aku harapkan tidak kesampaian...aku rasa kecewa sangat-sangat dengan dia...aku harap aku tak akan lagi menghadap muka dia...harap sangat-sangat...pengalaman beberapa kali dengan dia dah cukup buat aku...biarlah kenangan pahit ni berlalu dan aku mengharapkan perjalanan aku selepas ini tidak akan lagi berjumpa dengan orang sepertinya...

Friday, December 10, 2010

kita mungkin sama tapi kita tak serupa...

hari ni aku nak cerita pasal kita mungkin sama tapi kita sememangnya tidak serupa....sebelum tu,nak bagitau yang aku baru je siap masak..hehehe...hari ni buat sup tulang untuk abah...dia kata sedap..leganya aku..berselera pulak dia makan..lagi la buat aku bertambah gembira...aku harap dia akan selalu gembira dan sentiasa diberi kesihatan yang baik...berkenaan dengan post kali ni,sememangnya kawan-kawan yang sebaya dengan aku adalah sama dengan aku..kita punya cuti yang sama dan belajar jugak sama..tapi kita memang tak serupa...kehidupan aku amat berlainan dengan korang semua...aku pasti ramai dari kawan-kawan yang akan stay ka umah jew time cuit-cuti ni..rasa bosan keluar pergi tengok wayang dan happy bersama kawan-kawan yang lain...kehidupan aku sangat berbeza...bagi aku cuti bukanlah waktu untuk aku berehat panjang atau pun melepak di rumah...kesempatan yang ada akan akau gunakan sebaiknya...KERJA!!!itulah yang akan aku lakukan sepanjang musim cuti...kalau ikutkan hati nak je aku lepak kat KL habiskan waktu cuti aku dengan bekerja di sana tapi aku punya tanggungjawab yang lebih besar dari itu...habis je MAHA aku rehat sekejap..penat tu!!!ingatkan nak sambung kerja tapi kakak pulak bagitau yang abah kurang sihat..demam katanya..aku pun telefon rumah bertanyakan keadaan abah...memang dia kurang sihat..kurang juga selera makan...aku pun buat keputusan untuk balik kampung...sekurang-kurangnya aku yang berkesempatan ni boleh balik jenguk keadaan dia..nanti dah sambung belajar semula,jarang la boleh balik kan...minggu depan terpaksa naik semulam ke KL untuk bekerja...aku bahagia dengan keadaan sebegini...aku akan cuba untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak dengan sebaiknya...keputusan exam pun dah keluar..alhamdulillah...segalanya kerja keras dibalas dengan hasil yang baik jugak...moga hari-hariku juga akan sentiasa bahagia dan ceria...

Thursday, December 9, 2010

carilah ilmu sebelum menjadi pemimpin..

alhamdulillah..baru selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan membaca yassin untuk arwah emak...moga dia sentiasa tenang,bahagia dan dilimpahi cahaya syurga al jannah di sana...smalam aku baru je sampai kampung setelah habis tugasan di MAHA...belikan abah ubat semput..alhamdulillah,dah beransur baik sedikit demam dan semputnya...hari ni pulak aku terpaksa keluar ke kuantan semula sebab ada urusan di bank islam...kalau ikutkan hati memang malas nak keluar sebab masih rasa letih tapi disebabkan aku dah berjanji untuk selesaikan hari ini,kena lah tunaikan janji kan...pape pun semuanya dah setel..hati pun dah lega...sementara nak tunggu bus pukul 1.30 tadi,aku sempat jugak la layan moovie  HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH kat kompleks teruntum...not bad la ceritanya..gelak sampai pecah perut jugak la kan...memang best!!!di samping lawak yang bershaja tapi menyimpan mesej yang cukup bererti dalam hidup bermasyarakat...moovie tue tepat-tepat habis pukul 1.30..terus aku bergegas keluar dan tunggu bus kat depan HTAA..dalam bus nak baliklah aku dengar satu ceramah berkaitan 'carilah ilmu sebelum menjadi pemimpin'..antara intipati ceramah tersebut mengingatkan agar setiap dari kita mencari ilmu sebelu bergelar sebagai seorang pemimpin kerana apabila sudah bergelar pemimpin kita tak akan punya masa lagi untuk mencari ilmu...gunakanlah masa yang ada sebaiknya untuk memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat...hanya ilmu yang bermanfaat dapat membantu kita di alam kubur nanti tatkala jasad bercerai dengan nyawa...pabila kita mati,dua perkara akan pergi dan hanya satu perkara yang akan kekal bersama kita..dua perkara tersebut adalah ahli keluarga dan harta benda..yang kekal bersama kita hanyalah amalan soleh yang akan membantu kita hingga ke syurga..di kala inilah ramai manusia akan memohon kepada Allah agar dikembalikan ke dunia untuk berbuat amal soleh dan melakukan kebaikan serta sedekah jariah namun itu tidak akan terjadi kerana kesempatan telah diberikan...terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghargainya selagi punya waktu...apa yang aku dengar akau cuba sampaikan jika ia bermanfaat..moga aku juga sentiasa mengamalkan ilmu yang amat bermanfaat ini....

Tuesday, December 7, 2010

lepak di klcc...

baru je sampai umah..tengah minum milo panas..menulis la sekejap kan...hari ni aku kluar sekejap...ada urusan sikit,.hehehe..sempat la jugak p tengok wayang dan makan tengahari kat subway...dalam pukul 4 aku p klcc jumpa dengan bulan ,ari dan encik koordinator...tak sangka la pulak rupa rupanya masih dalam pakej tapi kurang satu la..ecah..hehehe...tapi kami tetap enjoy..lepak ngan dieorang dan jalan-jalan kat klcc...dah lama tak bergelak ketawa ngan minah dua orang tu.makin comey la plak kan...hehehe..pukul 6 lebih lepak dekat depan klcc..ala kat depan air pancut tu...romantik la kejap kan...hahaha..pukul 7 lebih cam tu habib plak sampai..best jugak la dapat sembang ngan dia...antara bekas presiden terbaik dipac tu..aku harp aku jugak dapat cemerlang macam dia..esok plan nak balik kampung...tapi sebelum tu nak kena selesaikan beberapa urusan...harap dapat selesaikan secepat mungkin..semalam tepon abah kat umah...dia tak berapa sihat...maklumla cuaca tak menentu kat kampung...kerap hujan plak tu...nak balik jaga abah...masak untuk dia..erm..walau sibuknya kita,tanggungjawab sebagai anak harus kita sentiasa ingat...tetiba rindukan arwah mak...moga mak sentiasa tenang dan bahagia di sana..amin...

Monday, December 6, 2010

citer best!!!!!!!

ni ade satu crite yang slalu aku dengar dan wat aku sedar siapa aku…aku nak share sama2 buat pengajaran kita semua sebagai hamba di atas dunia ni...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar
di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni.. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham
dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan…. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!…
Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya.. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah
tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang
ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus
dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar
satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, ‘Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.’ kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan
buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu …
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu…
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa
pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...moga kita sentiasa di bawah rahmat dan payungan hidayah Allah....amin...

berakhirnya 1431 hijrah...

berakhir sudah hari yang terakhir di bulan yang terkhir dalam kalendar islam..alhamdulillah bersyukur kepada Tuan Empunya alam ini kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku terus bernafas dan menghirup udara dia atas muka bumi ini...banyak perkara yang aku lalui sepanjang tahun ni...pelajar tahun akhir diploma  pentadbiran awam amat mencabar diri ini untuk terus memberikan yang terbaik demi menjamin hidup yang lebih cemerlang pada masa hadapan...sebagai seorang insan biasa dan hamba Allah yang mudah alpa dan lalai dengan keindahan,kenikmatan dunia yang dianggap segala galanya buat kita...kadang-kadang kesibukan dunia membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita bukan hanye sebagai pelajar dan anak malahan yang lebih penting sebagai hamba Allah yang hanya selayaknya mengabdikan diri kepada-Nya...aku akui kadang-kadang kesibukan aku dengan pelbagai perkara membuatkan aku lalai..bila hati resah,gelisah dan kosong barulah kita akan kembali ingat Tuhan...rasa berdosanya diri ini dengan Yang Maha Pencipta...sempena tahun baru dan di bulan yang baru ini jugak aku berazam untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri..memang kita tak sempurna tapi seharusnya ada usaha untuk merubah diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya..aku tak mahu lagi ulangi kesilapan yang bodoh yang pernah aku lakukan..biarlah tahun yang akan aku hadapi ini menjadi sebuah tahun yang lebih bermakna dari sebelumnya terutamanya menjadi hamba yang lebih taat dan setia kepada Tuannya, insan yang lebih matang, pelajar yang sentiasa akan lebih berusaha untuk cemerlang dalam belajar, sahabat yang lebih dan sentiasa menghargai sahabatnya walaupun jarang dihargai, anak yang sentiasa memahami dan menyayangi abah dan keluarga walau apa pun terjadi dan mula melangkah menjadi seorang yang dewasa pemikirannya dan memperkukuhkan jati diri agar mampu menjadi seorang yang berguna kepada keluarga,bangsa,agama dan negara..InsyaAllah...

coretan sepanjang MAHA International 2010..

semalam dah berakhirnya MAHA International 2010...seminggu aku kat sana...sangatlah penatnya tapi enjoy...
bukan senang nak dapat peluang macam ni..walaupun sesetengah orang anggap tak ada apa yang patut dibanggakan tapi aku sangat bangga ngan diri aku sendiri...semakin banyak event yang aku sertai semakin banyak pengalaman yang aku dapat..pengalaman yang berbeza untuk setiap satunya memberikan pengajaran yang cukup berharga buat aku...sepanjang seminggu ni,banyak perkara yang aku belajar terutamanya mengawal emosi dan keadaan apabila sesuatu perkara yang tak dijangka berlaku...aku jugak dapat kenal dengan ramai kawan baru...kawan sekerja merangkap satu team dengan aku kat MAHA ni antaranya ayuob yang perangainya macam siot jew..hahaha...dia ni la yang selalu buat kite orang gelak...buat lawak bodoh tapi dia la yang banyak mengawal keadaan...din dan mamat plak memang sempoi..din ni jenis simple dan relaxx jew...otak pun boleh tahan gila-gilanya...banyak gak la cerita hidup yang aku share ngan dia...yang si mamat plak otak lagi la gila-gila...budak skola kan...daus n budi plak jenis yang cool jew..tak banyak cakap plak tapi kerja mesti jalan..tu yang bagosnya...aku bangga ngan sikap setiakawan yang ada pada din,ayoub dan daus..walaupun mereka mempunyai latar belakang dan kisah hidup yang berbeza tapi persahabatan mereka ni sangat mengangumkan aku...macam mane teroknya diri kita,tapi dengan usaha yang sedikit demi sedikit untuk berubah menjadi yang lebih baik adalah lagi bagus dari mereka yang tak pernah berfikir dan berusaha untuk berubah...erm...sepanjang kat MAHA ni,aku tak sempat pun nak pergi jalan-jalan...sibuk...ramai customer yang nak dilayan...ada la jumpa muaz...tak sempat nak sembang panjang ngan dia..faiz pun sama...dia sekarang pun dah mula berjaya dengan busness dia..aku harap aku pun dapat mengecapi kejayaan seperti dia...bukan mudah nak berjaya...aku berusaha untuk belajar bersungguh sungguh supaya aku tak akan duduk di tempat yang bawah..amatlah perit sebenarnya berada di bawah tapi pengalaman berada di bawah la yang akan menjadi inspirasi untuk kita supaya dapat berada di atas...bila dah ada di atas kita akan sentiasa ingat tentang bawah...tak akan pernah melupakan yang kita jugak pernah berada di bawah...sentiasa menghargai akan mereka yang berada dia bawah...insyaAllah,aku akan teroskan usaha untuk mencapai setiap impian dah harapan orang yang sayangkan aku...

Monday, November 29, 2010

penatnya.........

huhuhu..dah lama tak penat macam ni tau..baru je habis kerja..baru jugak lepas makan..esok pulak ke MAHA..jom la kawan2 jumpa kat sana...aku di booth HS Nada Sdn Bhd...nak rasa meat ball dan kambing golek yang sedap dan walah datang la k..hehehe..hari ni aku tak join lagi MAHA sebab aku masuk kilang meatball..panas seyh..tau je la buat meatball kan..harap-harap esok semuanya berjalan lancar...mata ni dah berat sangat rasanya..huhuhu...

Saturday, November 27, 2010

Kematian itu pasti!!!

kematian adalah sesuatu yang pasti...kita tak tahu bila ajal kita..kita jugak tak tahu bila ajal orangorang yang kita sayang...aku sudah kehilangan seorang yang teramat aku sayang pada 30 Jun 2009 yang lepas...mak pergi dalam keadaan yang amat tenang..aku redha Ya Allah kerana aku tahu dia adalah milikMu...hati aku tersentak lagi apabila aku mendapat khabar yang kawan sekelas aku semasa di sekolah rendah meninggal dunia semalam..walaupun hanya rakan sekelas,dia seorang yang baik erhadap aku..sesiapa pun tak boleh sangka dan meramalkan bila dia akan mati kerana ini adalah urusan Allah..Kepergian dia yang amat bermakna dalam hidup aku ternyata meningalkan satu kesan yang mendalam buat aku..bukan untuk menafikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah,tapi aku rasa kehilangan itu bagaikan mencarik kebahagiiaan yang sedang aku dan keluarga miliki...aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi kesempatan oleh Tuan Empunya Alam ini untuk terus menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya...aku harap aku tak leka dalam nikmat dunia yang sementara ni...aku bermohon kepada Mu Ya Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan memayungi aku dengan hidayahMu agar aku tidak tersesat walaupun di jalan yang terang...hidup hanya sekali..hargailah kehidpan yang kita miliiki untuk terus memberikan yang terbaik agar kita takkan menyesal di kemudian ari....

Friday, November 26, 2010

menuggu........

hahaha..aku sebenarnya tengah menunggu kawan baik aku,bashah...aku baru je sampai sungai petani pukul 7 pagi tadi...sementara dia nak sampai,aku pun lepak la kat nasi kandar nasmir..biasalah,online...ini jela perkara yang mampu aku buat dari dok tercanguk kat stesen bus kan...order minum je sebab aku dah janji nak sarapan dengan en.koordinator...tanpa pakej dia ok..hehehe...aku datang sini sebab ada sikit urusan yang nak kena selesaikan...harap-harap dapat selesaikannya secepat mungkin:)..dah la dalam bus semalam tak dapat nak tidor lena..bus Utama Ekspress yang sepatutnya aku naik pulak rosak..ganti bus laen..sepatutnya single seat dapat plak double seat..redha jela...nasib baik driver tu bagus...ramai jugak la yang tak puas hati sebab tukaq bas laen...pape pun aku dah selamat sampai..cuaca kat sungai petani pagi ni mendung ja...cepatla bashah sampai..aku dah mulai bosan kat sini..huhuhu

Wednesday, November 24, 2010

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010


 
Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
OBJEKTIF MAHA
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa
*sumber dari laman web rasmi Kementerian Pertanaian dan Industri Asas Tani Malaysia

nak cuti lagi....

kalau ikutkan hati tak puas rasanya duduk kat kampung...nak cuti lagi tapi macam dah tak dapat nak rehat-rehat kat umah..esok malam bus aku balik ke sungai petani pukul 9 malam..sampai je hari jumaat pagi aku dah mula nak kena siapkan beberapa perkara..habis je siapkan semuanya,aku terus kena gerak ke kuala lumpur..sepatutnya aku akan terlibat dengan pameran MAHA dekat Serdang bermula 26 november sampai 5 disember tapi aku datang lewat sikit la sebab nak kena ke sungai petani dulu..kawan-kawan yang ada kelapangan bolehlah berkunjung ke pameran MAHA...boleh kita jumpa..hehehe..dengarnya ada penyertaan dari lrbih 22 negara..aku suka pergi ke pameran seperti MAHA atau MIHAS sebab aku dapat jumpa ramai orang dan kenal jugak dengan orang yang hebat-hebat..aku cuba jugak untuk timba pengalaman dan asah skills terutamanya bab komunikasi dan jugak perhubungan awam...bukan senang kita nak dapat kepercayaan orang tau!!!erm....rasa sekejap je seminggu lebih aku kat kampung..kalau tahun lepas rasanya 3 hari je aku stay kat kampung dan selebihnya aku penuhkan waktu cuti dengan kerja...bukan apa..nak kena cari duet sikit sebagai persiapan aku sambung belajar..yuran untuk dgree pun dah nak dekat 6 ratus..walaupun abang aku dah janji nak bantu tapi sekurang-kurangnya aku kena usaha jugak cari duit belanja sikit-sikit...erm..aku harap aku dapat lalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal,tabah dan sabar...hidup tak bermakna la kalau tak ada cabaran kan...so,jangan cepat mengalah atau berputus asa kerana itu adalah ciri-ciri orang yang GAGAL....bila dah start keja ni makanya jarang la aku boleh menulis tapi kalau ada masa aku akan menulis lagi....daaaaaa........

inilah MAHA yang aku maksudkan..moh kita meriahkan beramai-ramai k!!!
26 november-5 disember 
tempat: serdang

Sunday, November 21, 2010

berserah kepada Dia...

hari ni baru 21 november 2010..lambat lagi result nak keluar..hehehe..tapi tetiba aku jadi risau..ini semua sebab ramai kawan-kawan aku sibuk bercerita tentang tarikh result akan keluar..aku pun jadi cuak jugak la...kurang dari 3 minggu lagi result akan keluar..lepas tu keputusan untuk pengajian peringkat dgree jugak akan keluar...paper terakhir baru je berlalu seminggu yang lepas...walaupun agak sukar tapi aku dah buat yang terbaik...sehabis baik yang mungkin..usaha telah dilakukan makan tibalah masa untuk berdoa.bertawakal dan berserah kepada Allah S.W.T kerana Dia adalah penentu segalanya...seorang pensyarah berpesan kepada aku agar banyakkan berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati dan dipermudahkan pensyarah untuk menanda kertas jawapan kita..apa sahaja boleh berlaku...tu sebabnya kita perlu sentiasa dekat kepada Tuhan dan mengharapkan belas ihsannya untuk memberi kejayaan kepada kita...mak angkat aku slalu nasihatkan aku agar mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah..dengan mengganggap kita sebagai.hambaNya yang amat lemah...berdoa dengan perasaan yang amat rendah hati dan menangislah sepuas-puasnya,merayulah kepadaNya agar makbulkan doa kita...Allah Maha Mendengar..Dia Maha Mengetahui..Dia juga Maha Mengasihani hambanya yang sentiasa tunduk syukur tatkala mendapat sesuatu nikmat dan menadah tangan berdoa bila mana inginkan sesuatu yang baik...aku harapkan aku juga tidak pernah lupa untuk sentiasa bermohon keredaan Allah dan mengharapkan hasil yang terbaik setelah aku berusaha sehabis baik...usaha yang mampu aku lakukan kini hanyalah berserah kepada DIA....

Saturday, November 20, 2010

selamat jalan teman...

video


sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

Lirik lagu ni sangat bermakna buat aku...dah lama rasanya nak menulis tentang hidup aku sepanjang 3 tahun bersama teman-teman diploma pentadbiran awam tapi sekarang baru berkesempatan...23 disember 2007 merupakan tarikh keramat buat aku di mana hari tersebut merupakan hari pertama aku di uitm kedah...banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis aku semasa diploma ni...yang pahit biarlah aku buang jauh-jauh walaupun pada hakikatnya ianya takkan dapat aku lupa...biarlah yang manis menjadikan aku tersenyum setiap kali aku teringatkannya...DPA 1C sampailah DPA 6C...aku kekal di kelas C selama 6 semester...aku jugak class rep untuk kelas c sepanjang 6 semester...bukan senang sebenarnya nak puaskan hati semua orang..aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk member-member klas aku...btol tak??hehehe..apa pun aku sangat berterima kaseh kat semua sebab percayakan aku...bukan senang sebenarnya buat aku untuk laksanakan tugas yang diberikan sebaiknya...tambahan member-member klas aku pun bukannya jenia yang suka bertegor..masa semester satu pun aku hanya kenal beberapa orang dak pompuan klas aku..tu pun marni,juju dan nana..yang lain tak bertegur sangat...3 orang ni la yang selalu buat aku gelak,usik aku dan suka nak merajuk ngan aku..aku pernah gelarkan mereka bertiga ni 3 DARA PINGITAN tau..hehehe..kalau yang lelaki aku cuma rapat dengan azmir..first time aku kenal dia,aku ingatkan umur dia dah 20 lebih sebab memang nampak matang..cool jew..hehehe..selain tu budak-budak bilik aku jela yang aku rapat..afiq,edi,topui a.k.a yazid...start semester dua la baru ak agak aktif..hehehe..aku rapat ngan ket a.k.a shaker sham..dia ni umuq dah sebaya ngan abang aku..tu yang aku dah anggap dia macam abg..aku slalu mintak pandangan dia kalau aku ada masalah termasuklah soal "cinta" sebab dia kan berpengalaman..hehe..lepas tu baru aku rapat ngan aizat a.k.a nora..di ni muka sebijik cam cina..tu sebab sir mahad pun panggil dia apek..dia sebilik ngan aku sampailah semester 6...dia ni banyak simpan rahsia aku..dia ni memang penyimpan rahsia yang amat baik...aku percaya dia dan dia pun slalu gak gtau rahsia dia kat aku..aku ula kenal ngan member-member klas lain bila naik semester tiga..ada acara sports day.pastu berterusan dengan lawatan dbkl dan kpkt,program akademik tahun 2 dan tiga dan yang terakhir asean day...pengalaman bekerja bersama sama jayakan setipa program tu amat bermakna buat aku...ingat lagi aku dan kawan2 nyanyi ramai2 dekat belakang stadium mini..cam tu jugak di jamuan raya dipac 2010..sangat best!!!...semester 6 iaitu semester terakhir merupakan semester yang paling takkan aku lupakan...aku dan kawan-kawan serumah iaitu bad,edi,patrick,aizat,hakin dan kudus pergi bercuti ke langkawi...jalan2,shopping,dan ireland hopping membuatkan aku tertunggu tunggu bila la saat tu akn tiba lagi..makan bersama kawan2 sekelas dan semua batch lelaki di tanjung dawai,lepak sambil berbuka puasa di dataran bandar sungai petani dan bermandi manda di bukit merah lake town resort..tak lupa jugak masa semster akhir ni aku rapat dengan ecah.ari dan bulan..sebab???mungkin kami bawah supervisor yang sama dan lagi satu setiap kali aku keluar ngan sir mahadir,mesti dieorang ni ada..dalam pakej la plak kan..semua ni amat manis bagi aku..apa yang aku coretkan adalah secebis dari transkrip hidupku sepanjang bergelar pelajar diploma pentadbiran awam...lepas ni mungkin segelintir dari batch DPA DISEMBER 2007-DISEMBER 2010 akan ku jumpa kembali di peringkat dgree tapi mungkin sebahagian besarnya akan membawa haluan masing-masing..ada yang menukar course pengajian...ada yang akan bertukar tempat pengajian..ada yang akan pergi jauh..ada yang akan memilih bidang kerjaya dan ada yang mungkin akan berkahwin..mana lah tahu kan...hehehe..walau apau pun aku doakan kalian agar senantiasa cekalkan hati dan teruskan perjuangan..ukhuwah yang telah terbina selama 3 tahun kita di sini tak mungkin akan terlerai..moga kita kan berjumpa lagi dalam suasana yang gembira..aku sayang kalian semua..terima kaseh kerna membawa keceriaan dan kebahagiaan buat aku sepanjang tiga tahun ni...selamat jalan wahai teman:)



anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Universiti of Oxford!!!

aku sangat kagum dengan pencapaian anak melayu ini..dia adalah Dr Muhammad Afifi al-Akiti...
sape dia ni?? nak tau lebih lanjut sila baca ni..aku amek dari wilkipedia...


Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of TheologyUniversity of Oxford, and is a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.
Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.
Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy andHistory of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.
In 2010, Dr al-Akiti was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

gempak tak???moga ianya menjadi inspirasi buat kita anak melayu untuk capai kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh beliau...satu perkara yang aku ingat dalam ucapan beliau ketika diwawancara oleh wartawan tv3 sempena hari raya korban ini adalah "kalau kita nak berada di tempat yang kita mahu berada, kita mesti lakukan pengorbanan"