sekarang baru aku faham apa ertinya bila kita kena paksa diri kita untuk dapatkan yang terbaik dan semestinya berjaya...aku faham tekanan untuk tidak sesekali memperoleh keputusan GAGAL..setiap hari, semestinya akan resah memikirkan apa agaknya yang bakal berlaku..apakah aku sudah melakukan yang terbaik? betulkah segala yang terbaik yang aku berikan akan menghasilkan keputusan yang terbaik juga? mungkinkah baik kata aku tetapi teruk kata mereka? segalanya masih menjadi tanda tanya.. mana mungkin aku mahu keputusan yang teruk tetapi aku juga harus terima jika ini yang telah Dia tetapkan untuk aku... yang aku pasti Dia mahukan aku untuk berusaha bersungguh-sungguh terlebih dahulu.. jangan sesekali hilang asa selagi segalanya belum benar-benar terjadi..selagi punya kesempatan, berikan sebaiknya yang boleh.. kadang-kala itu hanya sisi fikiran negatif yang membelenggu aku...kawan baik aku cakap,apa yang berlaku ni normal la..tipu la kalau kita tak reseah gelisah dan takut sangat-sangat kalau gagal cuma jangan biarkan perasaan tu mengganggu usaha kita..dia yakinkan yang aku pasti boleh buat...rasa lega sikit bila ada kawan yang baik, yang selalu ambil tahu hal aku, yang sentiasa nasihatkan aku kalau aku ada masalah dan semestinya kawan yang baik tu sukar untuk aku jumpa..apa pun terima kasih untuk sahabat baik aku...aku amat hargai semua tu..aku doakan moga perjuangan kita sama-sama dipermudahkan dan kita berjaya genggam cita-cita kita insyaAllah..