My Readers

Saturday, October 13, 2012

i will definitely success!!!




terima kasih abang raja sebab sentiasa buatkan aku terus bersemangat untuk terus berusaha...aku tak layak lagi nak diletakkan sebaris dengan nama yang lain yang abang raja sebutkan tu tapi aku akan berusaha untuk bersama mereka mencipta yang terbaik yang aku mampu..memang aku bangga dengan pencapaian mereka yang lain tu...yang penting aku takkan sesekali putus asa.. aku juga akan berjaya!!!



dah bubar...

apa yang dah bubar??adakah Perdana Menteri dah bubarkan parlimen??haishhh...mana mungkin..hehe...kalau PM dah bubarkan pastinya bukan aku orang pertama yang tahu... nak bagitau yang Jawatankuasa BASiC 2011/2012 dah dibubarkan secara rasminya isnin yang lepas bersamaan 8 oktober 2012...aik, kenapa nak ada bubar-bubar plak ni??mestila...sebab bila bubar, pilihanraya baru akan diadakan...kalau ikutkan, BASiC cuba ikut praktis demokrasi yang sebenar di mana semua proses akan sama seperti proses pilihanraya yang sebenar...aku sangat sokong sebab bagus untuk didedahkan perkara macam ni...baru lah kita boleh praktikkan apa yang dah belajar dalam kelas...betol tak??hehe...sekarang ni merupakan waktu berkempen untuk semua calon untuk kerusi presiden dan kerusi setiap perwakilan... memang meriah dengan pelbagai poster yang ada antaranya sangat unik...yang paling aku respect dekat calon-calon yang baru ni adalah mereka ni sanggup masuk ke kelas untuk berkempen tetapi dengan kebenaran pensyarah la...semata-mata nak pastikan pengundi kenal dieorang dan tentunya akan memilih untuk mengundi dieorang...usaha yang sangat bagus dan betul-betul ada semangat untuk bertanding...tahniah!!! 

jap-jap..aku rasa dah lari topik ni...haha... sebenarnya aku sedih jugak la bila dah dibubarkan ni...bermakna aku sudah menjadi mantan presiden BASiC...apa pun aku nak ucapkan bebanyak terima kasih buat semua MT Exco aku yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pelajar... pahit manis, suka mahu pun duka yang dah kita lalui bersama akan menjadi kenangan yang indah buat aku di UiTM Merbok ni...aku memang serius dalam kerja..aku tak suka main-main...aku nak buat yang terbaik sebab aku takut aku akan kecewakan pelajar... memang ada di antara exco aku yang tak puas hati bila kadang-kadang aku nakkan yang lebih baik dari apa yang telah dieorang buat...aku tahu korang bagus sebab tu pelajar pilih korang...so aku akan cuba sehabisnya untuk pastikan korang jugak bagus dalam buat kerja...aku mintak maaf jika sepanjang aku memimpin korang, aku tak dapat berikan yang terbaik untuk korang...setakat tu je yang aku mampu...buat semua pelajar juga, aku rasa aku dah langsaikan manifesto yang telah aku janjikan pada malam debat presiden yang lepas... aku dah kembalikan BASiC Family Day untuk diadakan pada setiap semester...aku dah bawak balik Regional Conference of Art of Management and Social Science (RECAMSS) yang mana menghimpunkan semua kajian yang sedang atau telah dilakukan oleh pelajar untuk dibentangkan...insyaAllah jika tak ada halangan RECAMSS yang seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan dengan penglibatan FSPPP seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Shah Alam, Melaka dan Terengganu...aku dah bawa usul ini ke persidangan mahasiswa FSPPP dan Dekan menyokong sepenuhnya ususl ini...cumanya bagi peringkat dalaman UiTM Kedah aku tukar nama kepada Colloquium of Social Science...aku juga dah buktikan sepanjang aku memimpin, aku tetap utamakan akademik...perkembangan terbaru, beberapa orang pelajar BAS akan dibawa ke Prince of Songkla University untuk lawatan hujung bulan 11 nanti.. juga dah tertunai janji untuk bawak pelajar BAS ke luar negara...terima kasih untuk penasihat, Encik Tunku Nashril sebab sangat sporting..tak pernah menghalang atau membantah untuk aku lakukan sesuatu yang aku rasa baik untuk dilaksanakan... sentiasa menasihati aku mana yang terbaik dan aku bebas untuk membawa haluan BASiC ke mana yang aku mahu...dia jugak dah merealisasikan hasrat untuk membawa pelajar ke luar negara...terima kasih sangat-sangat sebab memahami dan membantu kami semua...sekarang aku turun dengan hati yang sangat tenang...aku dah lunaskan segalanya dan aku puas hati dengan apa yang telah aku lakukan... banyak pengalaman yang dapat aku timba selama setahun ni...gembira, sedih, kecewa sampai ada kalanya menangis sebab nak pertahankan anak buah aku..semuanya aku dah rasa...terima kasih untuk pengalaman yang sangat berharga buat aku dalam mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin yang baik suatu hari nanti insyaAllah!!!