Hari ni merupakan hari pertama aku
praktikal di Penang Development Corporation (PDC). Sebuah agensi yang besar
dan amat penting di Penang. Malam semalam aku punya la gelisah pikirkan tentang
hari ni…kejap-kejap terjaga…sebenarnya aku risau untuk lapor diri di PDC. Al
maklumlah kita tak tau macam mana suasana dekat sana…pukul 7.20 pagi aku dah
keluar..padahal perjalanan ke sana cuma amek masa 15 minit .risau kalau jalan
sesak je…nanti karang lambat sampai naya aku sebab aku dikehendaki melapor diri
tepat jam 8 pagi…kebetulan plak hari ni ramai cuti sebab sabtu lepas kan hari
gabenor..jalan raya memang lengang jugak la..pertama kali aku rasa bahagia lalu
dekat Bayan Lepas tu sebab tak sesak…sampai pun awal jugak la kan…haha...orang
cakap biar awal sampai jangan lambat…memang awal sungguh aku sampai…masuk je
kat lobi aku pergi la kat kaunter pertanyaan..aku bagitau la yang aku nak jumpa
Puan Wong.. boleh pulak dia ingat aku datang nak bermesyuarat..hadoiii… aku datang
nak berpraktikal la bang…haha…tunggu kawan aku yang sorang lagi kejap pastu
kami sama-sama naik ke aras 3..Bahagian Khidmat Pengurusan… sepatutnya jumpa
Puan Wong tapi dia tak de…dengarnya cuti sebab dia dapat pingat dari kerajaan
Penang…hebat tue…esok baru aku dapat jumpa dia…Puan Siti yang aku biasakan
panggil kak Siti je yang uruskan kami…isi beberapa borang yang berkenaan dan
dibawa jumpa bos a.k.a Pengurus Kanan, Encik K.Baskaran.. memang cuak
giler,…takut-takut la kalau dia tanya banyak soalan yang tak mampu aku nak
jawab kan…bila dah bersembang baru aku tau yang dia ni sangat mesra
orangnya…peramah…memang professional.. dia terangkan beberapa perkara
termasuklah pasal elaun…aku bakal dapat elaun…hehe.. dia jugak titikberatkan
pasal kehadiran dan jugak etika berpakaian..aku dengan pakai jaket bagai..dia
kata bagus dan nak aku kekal berpakaian kemas macam tu..hehe.. waktu kerja
macam biasa lah.. bermula jam 8 pagi dan
balik pukul 5 petang… lupa nak bagitau.. aku ditempatkan di bahagian khidmat pengurusan
dan kawan aku yang sorang lagi di aras 4. bahagian guaman..hari ni ramai pekerja
yang tak ada..so tak dapat la aku kenal dengan ramai pekerja masa sesi
perkenalan tadi…aku diberi meja sendiri lengkap dengan PC.. Aku jugak diberi
peralatan bekerja seperti fail,pen dan lain-lain dari pihak PDC… kad kakitangan
pun akan diberi…memang sangat selesa dan aku suka dengan persekitaran PDC ni…
ada cafĂ© dan surau…kira tak ada masalah la nak solat dan makan..untuk sesi
pagi, aku tak diberi apa-apa tugas yang spesifik lagi…Cuma perlu membaca
laporan tahunan syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang operasi
syarikat, segala aktiviti dan program yang telah dilakukan beserta laporan kewangan…
membaca je kerja aku untuk hari pertama sambil berkenalan dengan kawan-kawan
satu office..hehe..ada Chinese,Indian dan of course la melayu ada kan…sangat
ramah semuanya..dah rasa macam kenal lama la pulak…haha…nanti aku update kesibukan
aku di hari kedua ok =)