My Readers

Sunday, February 6, 2011

graduan versatile???

bukan semua orang dilahirkan bijak...beruntunglah buat mereka yang di mana sejak kecil lagi sudah bijak dan sesetengah orang gelarkannya 'genius'..kadang-kadang aku juga cemburu dengan mereka ini kerana mereka tidak perlu berusaha kuat untuk capai keputusan yang cemerlang...sekali belajar je mereka dah pandai...aku akui yang aku bukanlah seorang yang bijak...semenjak sekolah sekali pun aku mendapat keputusan yang sederhana sahaja...yang aku tahu, jika nak berjaya dan dapat keputusan yang baik, aku sangat-sangat perlu berusaha kuat..kadang kala aku paksa diri sendiri untuk rajin sebab aku sedar jika aku tak usaha maka aku akan ketinggalan...aku akan usaha selagi terdaya...kalau diberi pilihan nak je aku terus bekerja tanpa memikirkan soal kelayakan tapi hakikatnya hari ini pencapaian akademik menjadi keutamaan...bayangkan jka kita nak mintak sesuatu kerja yang mana jawatannya adalah tinggi,perkara pertama yang akan dilihat adalah pencapaian akademik dan bukannya kemahiran yang ada pada diri kita...nak kata kita mempunyai pengalaman bekerja sememangnya graduan yang baru menghabiskan pengajian tidak mempunyainya...apabila  dipersoalkan bahawa graduan hari ini tidak mempunyai pengalaman bekerja dan menjadi salah satu sebab yang menghalang majikan untuk mengambilnya bekerja, maka aku hanya tersenyum...macam mana la nak ada pengalaman sedangkan mereka adalah graduan yang baru tamat belajar..jadi segalanya terletak kepada individu itu sendiri..biarlah pencapaian akademik itu diiringi dengan pelbagai 'skill' yang lain agar kita keluar sebagai graduan yang versatile.. penglibatan dalam aktviti persatuan amat membantu dalam membentuk personaliti yang cemerlang...aku bukanlah seorang yang 'perfect' yang mana mempunyai segala ciri-ciri yang dikendaki oleh industri tetapi perkara itu boleh dibentuk..so, usaha selagi boleh dalam mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan tidak lama lagi..2 tahun je lagi!!!cepatlah masa berlalu......