Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010 Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara. OBJEKTIF MAHA
*sumber dari laman web rasmi Kementerian Pertanaian dan Industri Asas Tani Malaysia |
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Wednesday, November 24, 2010
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010
nak cuti lagi....
kalau ikutkan hati tak puas rasanya duduk kat kampung...nak cuti lagi tapi macam dah tak dapat nak rehat-rehat kat umah..esok malam bus aku balik ke sungai petani pukul 9 malam..sampai je hari jumaat pagi aku dah mula nak kena siapkan beberapa perkara..habis je siapkan semuanya,aku terus kena gerak ke kuala lumpur..sepatutnya aku akan terlibat dengan pameran MAHA dekat Serdang bermula 26 november sampai 5 disember tapi aku datang lewat sikit la sebab nak kena ke sungai petani dulu..kawan-kawan yang ada kelapangan bolehlah berkunjung ke pameran MAHA...boleh kita jumpa..hehehe..dengarnya ada penyertaan dari lrbih 22 negara..aku suka pergi ke pameran seperti MAHA atau MIHAS sebab aku dapat jumpa ramai orang dan kenal jugak dengan orang yang hebat-hebat..aku cuba jugak untuk timba pengalaman dan asah skills terutamanya bab komunikasi dan jugak perhubungan awam...bukan senang kita nak dapat kepercayaan orang tau!!!erm....rasa sekejap je seminggu lebih aku kat kampung..kalau tahun lepas rasanya 3 hari je aku stay kat kampung dan selebihnya aku penuhkan waktu cuti dengan kerja...bukan apa..nak kena cari duet sikit sebagai persiapan aku sambung belajar..yuran untuk dgree pun dah nak dekat 6 ratus..walaupun abang aku dah janji nak bantu tapi sekurang-kurangnya aku kena usaha jugak cari duit belanja sikit-sikit...erm..aku harap aku dapat lalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal,tabah dan sabar...hidup tak bermakna la kalau tak ada cabaran kan...so,jangan cepat mengalah atau berputus asa kerana itu adalah ciri-ciri orang yang GAGAL....bila dah start keja ni makanya jarang la aku boleh menulis tapi kalau ada masa aku akan menulis lagi....daaaaaa........
inilah MAHA yang aku maksudkan..moh kita meriahkan beramai-ramai k!!!
26 november-5 disember
tempat: serdang
26 november-5 disember
tempat: serdang
Subscribe to:
Posts (Atom)