My Readers

Saturday, March 26, 2011

pantai membuatkan aku sangat tenang...

Pantai Tanjung Asam..




so cool...


alhamdulillah syukur kepada Allah sebab aku sampai jugak balik ke Penang walaupun niat asalnya aku tak mahu balik...thanx jugak buat kawan-kawan yang sentiasa menyokong...bad,kayla dan jugak aki..aku memang sangat serabut fikirkan apa yang akan berlaku pada minggu hadapan..banyak sangat perkara yang perlu aku lakukan..nak kena setelkan cek untuk abg raja..nak buat pejumpaan dengan mt exco yang terlibat untk menjayakan Program Khas Kecemerlangan Akademik..perlu prepare untuk dua test dan dua presentation...uruskan hal berkaitan ptptn...adoiyaiii..aku harap semuanya akan berjalan dengan baik..pape pun petang tadi aku sempat pergi ke Pantai Tanjung Asam..dekat je ngan umah kakak aku kat Teluk Kumbar ni...memang sangat cantik..tenang je rasa...sejam gak la aku lepak tepi pantai...memerhati lautan luas ciptaan Allah yang amat indah...melihat gelagat burung yang mencari makanan..menyaksikan nelayan yang tersenyum girang membawa hasil tangkapan..bermain dengan pepasir yang putih..alangkah bahagianya kalau kesedihan yang aku alami dapat dipadamkan seperti ombak yang menghilangkan kesan tapak kaki ketika menghempas pantai...beginilah kehidupan...suka atau tidak kita mesti teruskan...sesukar atau sesedih mana pun kita tetap kena hadapi dengan senyuman walaupun hakikatnya senyuman itu palsu semata-mata...berada di pantai membuatkan aku terlupa sekejap segala kekusutan dan masalah yang ada...sesungguhnya pantai adalah tempat yang amat mendamaikan jiwa..erm...sepanjang esok aku hanya nak bersama keluarga..abah dan adik beradik aku dalam perjalanan ke Penang..moga perjalanan mereka semuanya baik-baik saja.sangat rindukan abah...