My Readers

Sunday, March 13, 2016

syukur walau ia terlepas dari genggaman!

Syukur. Aku selalu ajar diri ni untuk bersyukur dengan segala apa yang dah aku miliki selama ni. Dah terlampau banyak nikmat yang Dia kurniakan. Kadang-kadang bila Dia tak bagi apa yang kita nak, kita mula bersangka buruk dan anggap semua ni tak adil. Padahal kita tak sedar yang segala apa yang telah diaturkan tak pernah Dia jadikan dengan sia-sia. Sungguh, kalau bukan hari ni, mungkin esok atau satu masa nanti kau akan faham mengapa Dia takdirkan hidup kau macam tu. Wallahi, aku sangat bersyukur bila Allah dah tulis yang takde rezeki aku untuk sambung Ph.D di luar negara. Sungguh banyak hikmah yang aku temukan. Bagi aku, tak kisahlah dalam atau luar, niat aku cuma satu. Nak capai impian untuk habiskan pengajian Ph.D sebaik yang mungkin. Terima kasih buat Universiti Malaysia Terengganu yang memberi biasiswa penuh untuk tempoh 3 tahun pengajian Ph.D ni. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku dah bergelar pelajar Ph.D. Alhamdulillah, aku dah mula mendaftar di Universiti Sains Malaysia pengkhususan di dalam bidang Dasar dan Perancangan di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Aku sangat berterima kasih kepada Prof Osman Yusof yang sudi mengambil aku sebagai satu-satunya pelajar seliaan beliau untuk kali ni. Pertama kali jumpa beliau, aku memang risau. Sangat risau sebenarnya sebab aku tak tahu beliau orangnya macam mana. Bimbang kalau-kalau kami tak serasi tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mendengar cerita beliau membuatkan aku bersemangat nak fokus dan habiskan PhD dalam jangka waktu yang kami bincangkan. Allah temukan lagi seorang yang hebat untuk mengajar aku banyak benda. Aku takkan sia-siakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang yang hebat seperti beliau. Ingatan untuk diri sendiri jugak agar sentiasa rendah diri dan istiqamah dalam menempuh perjalanan kali ni. Walau apa pun terjadi, aku akan tetap melangkah. Tak akan sesekali aku toleh ke belakang lagi. Moga Allah redha InsyaAllah.

Sunday, September 6, 2015

Summer Graduation Ceremony: King's College London




Terima kasih Allah.. itu yang pertama sekali aku ucapkan masa tengah beratur untuk naik ke atas pentas.. tanpa izin dariNya, tak mungkin aku mampu untuk sampai ke bumi England ni sekali lagi.. kalau ikutkan, dah lama pun aku terima Sijil dan Transkrip pengajian tapi aku tetap jugak nak hadiri Majlis Konvokesyen Master ni..awalnya risau jugak kalau-kalau tak ada peluang nak pergi sana, tapi Allah mudahkan semuanya.. apa yang buat aku beriya sangat nak hadir sebab ini adalah bukti kepayahan, penat lelah yang aku dah tempuh sepanjang nak habiskan pengajian dekat sana.. serius aku cakap, ianya satu perjuangan yang amat bermakna buat aku.. perjuangan yang menuntut aku belajar dan berkorban banyak benda.. perasaan yang sama sewaktu konvokesyen degree 2 tahun lepas timbul masa aku tengah duduk menunggu untuk acara bermula..aku terbayang wajah mak dan abah.. segala yang aku lakukan selama ini hanya untuk melihat mereka tersenyum bangga..hadiah yang tak dapat aku sampaikan secara nyata buat mereka.. aku cuba untuk tahan air mata ni dari keluar.. aku pandang kiri, cuba untuk bersembang dengan classmate aku dari China..macam-macam jugak la yang kami sembangkan..kalau ikutkan kami berdua je yang hadir untuk sesi kali ni..classmates yang lain ramai hadir untuk winter session..aku percaya bukan kami je malah semua yang ada di dalam hall tu sangat bangga untuk meraikan hari bahagia ni dengan yang tersayang..kalau 2 tahun lepas, adik-beradik aku semuanya berkumpul tapi kali ni dieorang semua tak dapat join.. apa pun aku tetap bersyukur sebab kawan-kawan rapat yang masih belajar dekat sana sama-sama datang meraikan aku.. turun je dari terima skrol, memang aku dah tak dapat tahan air mata..betapa aku rindukan pelukan mak abah.. bila mana aku rasa nak putus asa, merekalah kekuatan aku.. aku cakap dengan diri, demi mak abah aku kena teruskan..walau macam mana berat sekalipun masalah yang datang, aku tetap kena habiskan.. 



terima kasih mak abah untuk segala kasih sayang yang dah kalian curahkan.. untuk segala memori dan kenangan yang telah kita cipta selama Allah pinjamkan kalian..  sungguh aku merasa cukup dengan semua kesempatan yang ada.. terima kasih Allah.. terima kasih untuk kakak-kakak, abang-abang dan adik aku yang tak henti-henti menyokong aku..terima kasih buat mak angkat yang tak putus-putus doakan agar segalanya dipermudahkan buat aku.. terima kasih untuk kawan-kawan yang pernah dan sentiasa membantu aku saat aku tengah down..malu betul rasa bila terpaksa share dengan korang masalah aku.. terima kasih jugak semua yang sama-sama hadir..  terima kasih untuk hadiah dan bunga..terima kasih buatkan kuih semperit..jugak untuk kad dan ucapan.. sungguh terasa macam satu keluarga..tambah-tambah lagi bila kawan aku bawak sekali emak dia yang kebetulannya tengah bercuti dan beraya dekat London..rasa macam mak dekat sangat.. satu lagi dah selesai.. tinggal satu lagi yang aku masih usahakan.. moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus kekal berusaha, bertahan demi cita-cita aku yang satu ni..sungguh aku sedar perjuangan ini bukan mudah tapi aku takkan mengalah..moga Allah redha insyaAllah!

Now, I am officially an alumni of King's College London, graduate with MSc Public Services Policy & Management


with the only classmate that attending this summer graduation ceremony, Sun Wei

 thank you kakak-kakak sekalian untuk bunga dan kad =)

 thank you zam for everything!!

bergambar kenangan dengan bekas pensyarah semasa di UiTM Merbok dulu.. Thank you so much sebab datang!


thank you guys for coming to my graduation ceremony..

Thursday, September 3, 2015

sumpah, aku penat!!

ye, sungguh aku memang dah penat nak hadap semua ni.. tak dapat nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang.. cuma satu je yang aku mohon agar ditunjukkan apa yang terbaik buat aku..jangan tanyakan samada aka usaha atau tidak kerana kau takkan dapat bayangkan betapa aku telah cuba semuanya yang boleh..aku dah tak tahu nak jawab apa bila orang tanya.. yang mampu aku buat hanya senyum dan minta didoakan agar semuanya baik-baik je buat aku.,itu belum lagi hal-hal lain yang aku kena selesaikan.. mahu pecah kepala otak ni nak fikirkan.. siapa yang mahu macam ni? aku kalau boleh nak selesaikan cepat-cepat..lagi lama, lagi nak gila aku rasa..setiap pagi aku bangun dengan semangat dan harapan yang baru.. kau tahu yang aku memang takkan putus asa kan? ya, aku takkan putus asa.. dan sekarang aku dah usaha sehabis yang aku mampu..aku dah tak tau nak buat apa lagi.. hanya menunggu moga rezeki akan memihak kat aku..apa pun yang datang, aku terima, aku redha jika ini adalah ketentuanNya...

Wednesday, August 12, 2015

Andainya dia yang Kau pilih..

Alhamdulillah, dalam Allah memberi sedikit ujian, Dia jugak ciptakan pengubatnya..Semalaman aku tak dapat tidur dengan selesa dek kerana keracunan makanan..Perut macam mencucuk-cucuk.. Muntah jangan cakaplah..sampai dah tak ada apa yang nak dimuntahkan..Cirit-birit, pening kepala, sungguh buat aku tak lena..nasib baik ada housemate hantarkan ke klinik.. Bangun pagi tadi dah selesa sikit perut..hari ni sepatutnya ada bengkel satu hari tapi aku memang betul-betul tak larat nak pergi.. rehat je sepanjang hari.. dalam dok terlelap tu, aku dapat mimpi yang jarang-jarang sungguh aku dapat.. aku perkenalkan isteri aku kepada kawan baik aku..kalau sebelum ni aku tak pernah nampak muka wanita tu tapi kali ni jelas..sangat jelas..dan sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan senyumannya..Allahu, jika benarlah dia yang Kau pilih untukku ya Allah, satukanlah hati kami.. himpunkanlah kami dalam kebaikan..jika tidak, Kau buanglah perasaan ini sejauh-jauhnya.. Tak pernah aku berhenti berdoa agar ditunjukkan siapakah dia yang terbaiik buat aku.. moga kami sentiasa dibawah redhaMu...

Friday, August 7, 2015

Berbahagialah Sahabat!!




Aku punya seorang sahabat yang aku kenal ketika mula-mula aku jejakkan kaki di London.. Sahabat yang sama-sama cari rumah, sama-sama sesat ke kelas Academic Writing, sama-sama pergi travel dan sama-sama belajar di King's College London.. Aku masih ingat lagi saat aku dihalau dari rumah sewa yang aku sempat duduk hanya sebulan, dia datang tenangkan aku..Dia ajak aku stay dekat rumah dia sampai aku dapat rumah baru.. Aku tak dapat bayangkan kalau dia tak ada masa tu, kat mana la agaknya aku nak merempat.. Kami sama-sama berjuang untuk habiskan pembelajaran dekat London.. Cuma yang bezanya, dia di peringkat Ph.D dan aku Master.. Dia punya hati yang sangat baik.. Tak pernah aku tengok dia berburuk sangka.. Dia memang jenis yang sangat suka menolong orang walaupun ada kalanya aku tak faham kenapa dia mesti tolong.. Satu hari, dia cakap dengan aku.. 'Man, kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk tolong orang dan untuk setiap pertolongan tu, jangan pernah kita harapkan balasan'.. mula-mula susah jugak aku nak faham tetapi lama kelamaan baru aku sedar banyak hikmah disebaliknya.. Bila aku sendiri buat, aku sendiri jadikan pertolongan kepada orang sebagai sedekah yang akan membuatkan hati kita tenang.. Aku pernah sekali call dia masa aku dapat markah teruk untuk essay pertama.. aku macam tak boleh nak terima hakikat yang aku seteruk itu.. Dia ajak jumpa.. Dia ajak kawan-kawan yang rapat dengan aku sekali jumpa.. Dia kata benda dah berlaku.. sekarang fikir untuk apa yang akan datang.. Dia dan kawan-kawan aku dekat sana share pengalaman dieorang.. Sungguh, buat hati aku rasa lapang..Alhamdulillah, dalam kepayahan menempuh pembelajaran Master aku, akhirnya aku dah bergraduasi.. Ada satu masa kami ada selisih faham yang hampir-hampir buat persahabatan kami putus.. Akhirnya masing-masing mengaku silap, kami berjabat, berpelukan dan lepas tu okay semula.. Dia ni kalau dalam bab kerja, memang langsung jangan dikacau.. sampai makan pun kekadang dia lupa..tapi satu menda yang best, pertama kali aku jumpa orang yang tak lalu makan kalau pasukan favorite dia kalah bola..mana lagi kalau bukan Manchester United..haha..Dia ni memang penasihat terbaik aku..kebiasaannya nasihat yang dia bagi tu berasas dan boleh pakai..al-maklumlah bakal Dr Psikologi..memang silap la kalau ko cuba nak sorok something dari dia..mesti dia perasan.. 



Dan aku amat-amat bersyukur sebab dia ada sekali semasa hari konvokesyen aku bulan lepas.. Dia lah yang sibuk tangkapkan gambar aku, ikut aku jalan sana-sini walaupun dia sibuk dengan hal PhD.. Esok pagi, dia akan diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang aku pernah jumpa beberapa kali..memang sama santik sama padan.. cumanya aku agak terkejut bila dia bagitau yang dia nak kahwin.. aku tak expect secepat ini tapi jodoh dia dah sampai.. Aku pernah tanya dia, macam mana hati dia boleh tiba-tiba rasa nak kahwin.. Dia pun balas, 'Man, kau akan rasa menda ni..kau  akan nampak yang lebih banyak manfaatnya bila kau kahwin..lagipun kalau niat kau baik, nescaya mesti Allah akan tunjukkan jalan'.. aku terdiam..aku tahu ini adalah masa untuk dia mengecap kebahagiaan..aku senyum dan aku angguk..moga Allah akan bagi aku rasa yang sama.. Untuk sahabat baik aku, Azam, aku doakan moga majlis kau esok pagi akan berjalan lancar..tak terucap perkataan terima kasih atas segala jasa baik dan pertolongan kau dekat aku..Tahniah untuk kau dan byha..Selamat menjadi seorang suami yang soleh dan moga kalian sentiasa diberkahi Allah dan dihimpunkan dalam kebaikan ..serius, aku sangat-sangat happy untuk kau.. Walau apa pun yang kau hadapi, aku janji akan ada, tolong kau setakat mana yang aku mampu..Ingat tu!InsyaAllah jumpa  di majlis resepsi kau nanti..doakan aku jugak dapat disatukan secepat mungkin.. 
Selamat Pengantin Baru Sahabat!!

Friday, May 15, 2015

Tuhan punya perancangan terbaik buatmu!!



 ni muka happy lepas pekena mee goreng mamak yang paling sedap dekat London!! haha

 kami adalah calon terakhir yang ditemuduga..sangat nostalgia!!

hari ni dah masuk sebulan seminggu aku dekat sini, Universiti Malaysia Terengganu..Alhamdulillah sikit demi sedikit aku semakin jelas dengan apa yang ingin aku lakukan, lebih jelas tentang masa depan aku untuk 10 tahun mendatang..asalnya aku tak pernah bermimpi untuk menjadi sebahagian dari warga UMT apatah lagi untuk tinggal di negeri yang sangat indah dengan pantainya ni..semasa pihak UMT datang ke London untuk adakan 'walk in interview', aku memang langsung tak bersedia.. al-maklumlah masa tu baru je balik bercuti dengan kawan-kawan dan beberapa hari selepas tu pulak aku akan pulang ke Malaysia..fikiran memang melayang dah ke kampung halaman..aku sampai dekat Malaysian Hall dalam pukul 9 pagi..dah janji dengan sorang kawan aku lagi untuk tunggu dia sekali yang dalam perjalanan dari Swansea..seingat aku masa tu aku hanya bawak borang maklumat diri yang aku print last minute..ada jugak bawak satu file yang ada sijil-sijil aku waktu degree jika pihak UMT nak rujuk..aku langsung tak tahu fakulti apa yang ada dekat UMT yang sesuai dengan aku, siapa orang-orang penting, apa keutamaan yang pihak UMT nak semua..aku hanya pergi dengan niat mencuba nasib dan ambil pengalaman..aku rasa aku antara mereka yang terakhir menghantar borang..aku ingatkan tak ramai tapi bila masuk je, rupa-rupanya ramai giler yang dah datang seawal pagi untuk mendaftar.. dekat 80 orang ada la aku rasa..dia panggil by group dan satu group ada 5 orang..group pertama yang masuk tu punya la lama..dalam sejam lebih jugak la..aku dah mula mencongak..alamatnya memang lewat petang la baru sampai giliran aku untuk ditemuduga..sampai pukul 2 petang, baru 5-6 group yang dipanggil..aku dah mula rasa bosan dan malas nak tunggu.. dah la petang tu ada game bola dekat Stamford Bridge,,aku plan dalam pukul 4 lebih dah selesai boleh la balik rumah kejap tukar baju dan terus gerak ke stadium..masa tu aku hanya terfikir kawan aku yang datang jauh dari Swansea tu je..takkan la dia datang jauh-jauh lepas tu tak nak tunggu untuk interview tu kan..aku call kawan baik aku tanya pendapat dia macam mana..dia suruh aku tunggu jugak..dia pun sanggup datang dari kampus untuk datang sama-sama teman kiteorang sampai habis interview..memang nampak dia betul-betul sungguh nak aku cuba nasib dengan UMT.. Aku pun tunggu jugak la sampai kami dipanggil dalam pukul 5.30 petang..ada 9 orang semuanya untuk group yang terakhir..sebelum masuk sempat la aku cek sikit-sikit maklumat pasal Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi UMT..Aku tengok dieorang ada tubuhkan Kenyir Research Institute..jadinya masa dalam interview aku memang ada bagitau yang aku nak bantu untuk sama-sama bangunkan institut tu..soalan pun tak banyak yang ditanya sebab masa memang dah sangat suntuk.. selesai je interview terus kami lari ke tube station..kawan aku nak kejar bas dia balik ke Swansea dan aku pulak terus nak ke Stadium sebab game start pukul 7.45..dengan pakaian formalnya, lantaklah apa orang nak cakap..janji aku dapat tengok bola..haha..memang dari dalam tube lagi penuh dengan lautan biru..semua semangat nak tengok bola..sebulan lepas tu aku dapat email yang aku diterima untuk ditawarkan Skim Latihan Akademik Muda(SLAM)..orang pertama yang aku patut berterima kasih adalah kawan baik aku tu yang sungguh-sungguh nak aku attend interview tu..beberapa tips yang dia bagi pun memang sangat berguna..
 semangat bergambar dengan baju formal..haha

 mintak brader mat salleh belakang tu tangkapkan gambar..sporting seyh dieorang

geng yang tengok bola skali..havoc!!

aku sebenarnya tak sangka yang aku akan terjun ke bidang academician ni secepat ni..aku punya perancangan untuk bekerja, masuk industri dulu, kaut pengalaman untuk beberapa tahun dan barulah masuk ke bidang ni..macam yang lecturer aku pernah pesan, biarlah aku mengajar dengan ilmu yang bukan hanya terdapat dalam buku tetapi secara praktikalnya apa yang dah kita lalui di alam pekerjaan..contoh-contoh yang diberikan jugak benar-benar realistik dan berlaku di dalam industri,,barulah pengajaran tu akan lebih bermakna..kita sendiri pun faham apa yang kita ajarkan.. bila difikirkan balik, memang Allah dah takdirkan perjalanan hidup aku sebegini dan aku terima dengan hati yang sangat terbuka, fikiran yang positif..sikit demi sedikit, aku mula fahami segala hikmah di sebaliknya..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku buat masa ni..perancangannya adalah untuk terus melakukan Ph.D secepat yang mungkin..memang kalau ikutkan sekarang aku busy dengan segala proses untuk memohon dan mendapatkan tempat yang terbaik..harapannya untuk terus buat di England tapi kalau rezeki aku untuk sambung di dalam negara sahaja, aku tetap terima.. yang penting itu langsung tak mematahkan semangat aku untuk terus gapai impian dan janji yang pernah aku ungkapkan dengan arwah mak dan abah untuk belajar sehingga ke peringkat Ph.D..Aku bahagia dengan apa yang aku lakukan sekarang dan akan terus berikan yang terbaik yang aku mampu..impian aku moga satu hari nanti aku dapat menjadi salah seorang yang sama-sama bertanggungjawab menggubal polisi negara insyaAllah..

Monday, April 27, 2015

Fellow Akademik, Universiti Malaysia Terengganu...




selepas 2 minggu lebih dari tarikh mula lapor diri, baru sekarang aku dapat menulis..agak busy sebab macam-macam nak kena selesaikan tapi alhamdulillah Allah bantu permudahkan urusan dengan hadirkan mereka yang sangat banyak membantu aku kat sini...al-kisahnya aku boleh ada dekat Universiti Malaysia Terengganu ni bila pihak UMT ada call aku hujung bulan lepas tanyakan bila nak lapor diri..aku rasa macam malas nak lapor diri lagi sebab ada beberapa hal lagi yang belum selesai tapi Timbalan Dekan, Prof Madya Dr Suriani nak aku lapor diri segera..katanya hal-hal tu semua aku boleh selesaikan selepas lapor diri nanti..bayangkan hari isnin aku dapat call, rabu dah nak kena fly ke Terengganu untuk lapor diri pagi esoknya..memang sangat kelam-kabut..macam-macam yang aku nak kena selesaikan..pergi bank, pejabat KWSP, pesuruhjaya sumpah, medical check up lagi..erghhh,, memang penat nak kena selesaikan tu dalam masa 2 hari..hampir-hampir je aku terlepas flight bila lambat sampai dekat airport..terpaksa merayu dekat akak yang jaga kaunter tu untuk check in luggage..nasib baik dia bagi..berlari aku untuk ke gate sebab dah lewat..siapa yang pernah ke KLIA2 mesti tahu macam mana jauhnya nak berjalan ke gate berlepas.. dah la aku gate K.. memang jauh bebenor..masuk je dalam kapal, terus aku tido sebab penat sesangat..padahal sejam je pun flight duration tapi tido tetap tido.. satu benda yang aku paling risau nak stay dekat Kuala Terengganu ni adalah kat mana aku nak tuju sebab aku takde kenal sapa-sapa..kawan-kawan yang ada semuanya luar kawasan KT..syukur sangat-sangat sebab ada abang Hassan dan family yang sudi bantu..dia tunggu aku dekat airport KT, bawak aku pergi makan dan lepas tu balik rehat dekat rumah dia.. esoknya dialah jugak yang bawak aku ke UMT untuk urusan lapor diri..petang tu pun dia datang ambil aku bawak keluar makan dan balik rehat..aku stay rumah dia dalam 3-4 hari jugak la sementara nak dapat rumah sewa..ikutkan memang aku segan sangat-sangat.. abang hassan dengan kak siti sangatlah baik..dieorang layan aku macam ahli keluarga sendiri walhal kami baru je kenal..sungguh aku takkan lupa segala budi baik dieorang...nak dapat rumah sewa area sini pun bukan mudah.. kalau area Gong Badak kalau tak RM 800 ke atas memang tak usah la nak duduk area situ..aku prefer jauh sikit dari UMT asalkan dapat rumah sewa yang murah sikit..kebetulan pulak kawan abang hassan bagitau dekat rumah mertua dia ada satu rumah kosong..berdekatan dengan MRSM Kuala Terengganu..bila aku pergi view, mula-mula risau jugak sebab nak pergi rumah tu kena masuk kawasan kampung..yela, mana la tahu kalau-kalau rumah tu betul-betul rumah kampung kan..masak jugak aku tapi bila sampai rumah tu, memang puas hati..masuk je rumah tu aku dah memang suka..warna dalam rumah tu memang warna kesukaan aku..fully furnished dan ada 4 buah bilik beserta 3 bilik air..mahu aku tak puas hati lagi..rumah memang complete!! harga yang aku dapat pun memang sangat berbaloi..asalnya bila dah sewa rumah tu aku nak duduk sorang je tapi bosan la plak rasa rumah besar macam ni duduk sorang..jadinya aku iklankan 2 bilik kosong.. satu lagi bilik kosong yang ada aku tak nak sewakan..boleh jadi bilik tetamu kan kalau- kalau ada kengkawan atau family aku yang nak datang stay sementara dekat sini..syukur lagi dan lagi sebab Allah mudahkan urusan cari housemates.. dua-dua orang yang sewa bilik dekat rumah aku memang sangat okay..tak merokok, pembersih dan jaga solat..sorang celcom officer dan sorang lagi doktor jabatan kecemasan..cumanya yang tak seronok sikit sebab hujung minggu mesti aku akan tinggal sesorang.. dua-dua akan balik ke kampung memasing untuk jenguk isteri dan anak-anak..aku? macam biasa la..nasibla orang bujang kan..

basically aku dekat UMT ni masih berstatus sementara sebab aku di bawah jawatan Skim Latihan Akademik Muda (SLAM), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, UMT.. Aku wajib untuk sambung Ph.D dalam masa 6 bulan selepas aku lapor diri..habis je belajar, aku akan masuk semula berkhidmat sebagai pensyarah untuk tempoh 6 tahun..jadinya buat masa sekarang aku dipanggil fellow akademik la.. aku tak diwajibkan untuk mengajar sebenarnya sebab pihak jabatan nak aku fokus untuk selesaikan hal-hal Ph.D yang memang buat dada aku sesak sekejap.. buat masa sekarang aku cuma gantikan kelas untuk lecturer yang off campus..minggu lepas aku berpeluang masuk ke kelas pelajar tahun dua bagi subjek Social Change and Development.. serius memang aku cuak sebab ini pertama kali aku berada di depan 135 orang mahasiswa..bukan hanya melayu, pelajar berbangsa cina dan india pun ada.. terus teringat segala kenangan masa dekat UiTM Merbok dulu, pensyarah-pensyarah yang sangat banyak membantu aku, bentuk aku menjadi aku yang sekarang,.aku sangat berterima kasih dekat dieorang semua..moga aku boleh jadi lebih baik dan bagus macam dieorang jugak sebab aku sedar tanggungjawab tu bukannya mudah..berat amanah yang dipikul..nanti aku ceritakan macam mana cara aku handle kelas tu ek..haha..dah lewat ni esok awal pagi nak masuk office..kita jumpa lagi nanti..Assalamu'alaikum...

Monday, March 30, 2015

Award Gained: Master of Science in Public Services Policy & Management

Mission Accomplished: 
Master of Science in Public Services Policy & Management, 
King's College London


dah lama sebenarnya aku nak update pasal ni tapi asyik tertangguh..kalau ikutkan Majlis Konvokesyen aku pada Januari yang lepas tapi tak dapat nak pergi..jadinya aku mintak tangguh ke majlis yang seterusnya iaitu summer nanti..insyaAllah Julai nanti..kalau tak ada perubahan, aku akan hadiri sidang konvokesyen pada 20 Julai nanti di Barbican Centre, London..kali ni akan aku usahakan yang terbaik untuk hadiri majlis konvokesyen yang ketiga dalam hidup aku selepas diploma dan degree.. Alhamdulillah, pertamanya aku nak panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah diatas segala nikmat dan ujian yang telah aku tempuh selama tempoh pengajian aku dekat sana..jujurnya memang sesuatu yang bukan mudah buat aku tapi aku dapat sempurnakan jugak segalanya terutama untuk subjek berkaitan policy..memang benar-benar menuntut aku untuk berfikir secara kritikal dan analitikal..exam dia pulak jangan cakaplah..soalan dia pendek je tapi nak jawab dia berhelai-helai kertas aku perlukan..bukan sahaja aku kena keluarkan teori yang ditanya tapi aku kena huraikan panjang lebar aplikasi dia, kena kritik pulak teori tu, dan yang paling best keluarkan pendapat kita sendiri tentang isu yang ditanya...dia bukan hanya sekadar kita baca dan faham tetapi kena berfikir secara mendalam tentang sesuatu policy tu..secara praktikalnya, mengapa sesuatu policy itu dilaksanakan oleh kerajaan..dalam banyak-banyak modules yang aku ambik, Economics of Public Management memang teramatlah menguji aku..untuk pass exam, aku kena baca berbelas polisi ekonomi di United Kingdom..nak faham satu polisi tu aku perlu baca buku, journals dan artikel yang berkaitan..tak dapat aku bayangkan betapa stressnya nak habis jawab paper ni..sengsara wehh..itu belum masuk dissertation..walaupun dapat supervisor yang sangat cool tapi sekali bagi dia review progress yang kita dah buat, mahu berpinar mata tengok banyaknya contengan dengan pen merah..aku ingat lagi, 3 hari sebelum nak hantar, Prof mintak aku jumpa dia untuk kali terakhir..aku ingatkan semuanya dah okay tapi lagi banyak rupanya yang dia nak suruh aku betulkan..dia yakin yang aku boleh siapkan semua tu dalam masa tiga hari..jadi aku turutkan jela apa yang dia nak sebab dia yang nak bagi markah kan..dan berbaloilah usaha aku tu walaupun aku tahu yang aku boleh buat lagi baik dari tu..terima kasih sangat-sangat buat kawan-kawan aku dekat sana..dieoranglah yang banyak bantu aku, bagi nasihat dekat aku, yakinkan aku untuk terus kekal positif sampailah aku berjaya habiskan pengajian aku..aku masih ingat lagi satu hari tu aku betul-betul down..memang langsung dah takde semangat..dieoranglah yang aku jumpa..sungguh aku hargai sangat-sangat budi baik dieorang..tak lupa jugak untuk adik beradik dan mak angkat aku yang sentiasa tak putus-putus doa buat kejayaan aku..buat pensyarah dan kawan-kawan tak kisah lah kat mane pun korang, terima kasih banyak-banyak untuk doanya..kepada Cik Pensyarah, thanks tau..hang selalu bagi semangat dekat aku walaupun hanya dengan komen dekat blog ni..i do really appreciate all that..apa yang aku boleh cakap, pengalaman sepanjang tempoh pengajian master aku dekat King's College London sangat bermakna buat aku..bukan hanya aku dapat ilmu baru tapi aku belajar banyak budaya baru, kenal ramai kawan-kawan baru, dan berkesempatan travel ke beberapa buah negara di Europe..pengalaman ni memang takkan aku boleh lupa..terima kasih King's College London sebab bagi aku tempat untuk belajar di universiti di ranking 16 terbaik dunia..dan tentulah untuk yang sponsor aku ke sana iaitu MARA sebab bagi peluang untuk aku antara beribu-ribu applicants yang mohon..finally, i just wanna say that I miss you so much London and meet you soon!!!

 Somerset House, dekat dengan Strand Campus 

 #foreverkings

favorite place to hang out with good friends


last day at London, picnic with what so called 'dieorang'



thank you so much korang semua untuk segalanya!!!

Thursday, March 19, 2015

al-kisahnya pertama kali jadi pengapit

Alhamdulillah tahun ni ramai dari kalangan mereka yang aku kenal samada rapat atau pun tidak mendirikan rumah tangga..aku tumpang bahagia dan moga ikatan ikatan yang dibina akan berkekalan hingga syurga. aku? insyaAllah, aku masih letakkan sepenuh pengharapan kepada Dia moga aku juga dapat disatukan..buat waktu ni aku lebih suka jadi pengapit ..apa orang cakap ambik berkat kawan-kawan dulu..hehe..al-kisahnya minggu lepas aku dan rombongan pengantin lelaki ke Melaka untuk majlis akad nikah dan sanding di rumah pihak perempuan..pengantinnya pulak memang aku kenal sejak dia sekolah rendah lagi..anak kepada abang sepupu aku..biasanya kalau lepak kami bertiga,  sekali dengan sorang lagi anak abang sepupu aku..agak terkejut jugak la bila dia call aku hujung tahun lepas bagitau yang dia nak kahwin..aku awalnya macam tak percaya jugak sebab umur dia muda lagi beb..tapi sungguh-sungguh dia kata yang memang dia serius nak kahwin..satu yang aku kagum dengan budak muda ni, dia tetap pendirian..dia memang nak halalkan hubungan dia dengan perempuan yang dia suka..aku hanya tersenyum dan aku doa moga Allah mudahkan jalan dia untuk mendirikan masjid..beberapa minggu sebelum majlis, dia mintak aku tolong jadi pengapit dia..aku mula agak keberatan nak terima sebab aku tak boleh nak terima hakikat dia kahwin dulu dari aku..serius, kami yang berdua lagi ni rasa macam kehilangan sesuatu..pada masa yang sama rasa happy untuk dia..at last, aku setuju sebab aku nak sama-sama kongsi saat bahagia dia..dah lepas satu bab..beberapa hari sebelum majlis, aku pulak yang rasa gelabah..haha..yela, aku mana pernah ada pengalaman jadi pengapit..jadi memang aku tak pernah tahu apa tugas sebenar seorang pengapit melainkan iring pengantin naik pelamin dan kipaskan pengantin..betul tak? jadi bagus jugak la sebab aku boleh belajar banyak menda dan lepas ni dah ready nak jadi pengapit lagi...haha..aku bukan jenis yang kelam-kabut buat sesuatu kerja..aku kalau boleh biar plan dulu dan ada flow apa yang patut aku buat tapi kali ni memang agak kelam -kabut la bagi aku..dengan nervous lagi mengalahkan pengantin..adoyai..apa pun aku puas hati sebab dapat sama-sama sempurnakan majlis dia..malam terakhir sebelum akad nikah pagi esoknya, aku tolong dia praktis soalan-soalan yang biasanya tok kadi akan tanya sebelum akad nikah..mamat ni memang steady sangat aku tengok..langsung takde resah ke apa tapi aku tau dalam hati dia memang cuak giler..cuma dia tak nak tunjuk je..sampai tertidur lah kiteorang dok praktis..haha..pagi esoknya aku dah mula nampak muka gelabah dia..berkali-kali cakap risau tapi aku suruh dia buat steady macam masa praktis tu..lega rasanya bila tok kadi tanya soalan yang biasa-biasa je..dengan sekali lafaz, dia sah dah jadi suami orang..wa caya sama lu bro!!satu perkara menarik jadi pengapit selain yang aku bagitau tadi tu, aku kena jugak hidangkan makanan dekat pengantin...serve pengantin la dia nak makan apa semua kan..sebab nama pun majlis raja sehari..so kena layan dia macam raja la kan..part yang paling best adalah adat orang Melaka setiap kali kenduri kahwin mesti ada 'tol'.. sebelum pengantin naik pelamin, kami akan ditahan dulu..akan ada la wakil pihak perempuan mintak 'cukai' kalau nak lepas..jadinya akulah yang nak kena jadi jurucakap..memang seronok bila dapat berbalas kias antara pihak sana dengan sini.. apa lagi aku guna la skill yang aku ada..nasib baik berjaya bodek makcik tu untuk lepaskan kami naik ke pelamin..haha..apa pun aku puas hati dengan apa yang dah aku buat..biasa la bila dah sibuk-sibuk tu makan pun dah tak lalu..memang aku macam tu dari dulu..lepas tu bila dah on the way balik mula la gelabah lapar..haha..apa pun bro, gua sangat jealous sama lu..kalaulah keadaan gua boleh sama macam lu alangkah bahagianya gua rasa..lu patut bersyukur sangat-sangat..Selamat Pengantin Baru bro..moga lu dapat layari bahtera rumahtangga lu dengan penuh sabar..gua bangga sama lu!!

 ni masa on the way nak ke rumah pengantin perempuan..saja bagi dia cool down sikit.. selfie sikit dulu
muka happy giler bila dah selamat diijab kabul..hehe


brothers forever!!

 segak bro!!



selamat pengantin baru hilmi dan balqis =)

Sunday, February 8, 2015

menanti hari esok..



aku masih menunggu apa yang ada untuk hari esok..hari esok dan esok-esok yang seakan kabur untuk aku tafsirkan...puas aku fikir apakah yang terhidang untuk aku hari esok..adakah masih ada ruang untuk aku capai impian hari semalam? Atau mungkin ada khabar yang membuatkan aku harus berhenti bermimpi untuk mengejar bintang yang jauh bersinar di langit? Setiap malam tidurku tak lena mencari jawapan untuk hari esok..aku cuba pejamkan mata, padamkan lampu, biarkan dunia gelap agar aku dapat segera lelap  tapi ia tetap menghinggap..jujurnya aku letih dengan semua ni.. aku bertanya kepada Dia, apakah yang sedang Dia cuba tunjukkan atau ajarkan? aku menadah tangan memohon agar jika benar ini adalah cara untuk Dia menguji aku, melihat sedalam mana cintaku padaNya, menghapus dosa-dosa yang bergunung telah aku lakukan, hanya satu aku mohon.. berikan aku kekuatan dan kesabaran..aku tahu mungkin hari esok, aku tidak dapat jawapanNya tapi mungkin hari esok-esok Dia akan memberi petunjuk..susah..sungguh susah untuk kita terima hakikat bahawa sesuatu yang kita hajati itu belum tentu terbaik untuk diri kita kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu, apa yang terbaik buat diri kita..aku belajar untuk terima, jika benarlah ini yang ditakdirkan untuk aku, aku harus redha..serahkan segalanya  hanya pada Dia..aku cuba untuk terus kekal positif dan berikan yang terbaik untuk hari esok..doaku Ya Pemilik sekalian alam, moga esok masih ada buat aku untuk terus berjuang!! 

Saturday, August 23, 2014

sungguh, aku butuh semangat!!


tiba-tiba semangat tu hilang..melayang entah kemana..serius aku kena kembalikannya secepat mungkin sebab masa semakin suntuk...kurang dari 2 minggu je lagi untuk aku tamatkan cerita ni..aku harapkan ianya dapat tamat dengan sempurna..tak mahu lagi ada episod tertangguh..sebab aku tahu jika episod bertambah, maka makin panjanglah ceritanya..cukuplah dengan apa yang aku dah tempuh selama lebih sebelas bulan aku dekat sini..kini sikit je lagi yang perlu aku lunaskan.. tolonglah, aku butuhkan semangat agar aku terus dapat berikan yang terbaik, yang terdaya aku mampu..tika ni, terbayang jelas wajah mak abah, senyuman mereka..Ya Allah, izinkan aku untuk peluk cium mereka...jika hanya dalam mimpi sekalipun cukuplah Ya Allah...mak, abah...man rindukan kalian..man perlukan kalian...man nak sangat mak abah ada dengan man sekarang..usap kepala man..tepuk bahu man..genggam erat tangan man, katakan dekat man yang man mampu lakukan semua ni..yakinkan man yang man kena bangkit.. Allahurabbi..mohon kuatkan hati hambaMu..

Monday, August 11, 2014

raya di perantauan...

Buat pertama kalinya dalam hidup, aku berpuasa dan beraya di perantauan.. kalaulah dalam Malaysia, aku gagahkan jugak cari jalan supaya dapat balik beraya di kampung tapi apakan daya kali ni memang jauh sungguh..bukan sejam tapi lebih 13 jam perjalanan naik kapal terbang..tak ada yang mampu aku buat selain gembirakan hati beraya dengan keluarga di sini.. syukur sangat-sangat ada kawan-kawan yang sekali beraya di London..macam di Malaysia, kami jugak buat persiapan menjelang raya..kami serumah bergotong-royong masak beberapa juadah..kuih raya pun ada jugak..pertama kalinya aku buat dendeng daging dan lega sebab menjadi..haha..kawan serumah buat rendang ayam, ada nasi impit..pagi syawal tu, kami ramai-ramai pergi Malaysian High Commission untuk sembahyang raya..ingatkan tak ramai macam raya haji tahun lepas tapi rupa-rupanya ramai giler orang..penuh!! kami sampai agak awal jadinya tak adalah nak berhimpit sangat.. habis je sembahyang dan khutbah raya, macam biasa la ada jamuan hari raya.. seronok dapat jumpa ramai kawan-kawan yang sama-sama tak balik Malaysia, makan-makan, bergambar (acara wajib) dan bersembang..macam-macam lah cerita yang keluar..haha..lepas makan kiteorang gerak ke St James Park..borak-borak, bergambar (lagi) dan main wolf..korang tau tak main wolf tu macam mana? kalau tak tau buat-buat tau jela ek..malas nak terang panjang lebar..haha..yang pasti aku memang asyik kalah..tak pandai menipu la katakan.. petang sikit baru kiteorang semua gerak pergi open house.. memang acara makan-makan berlangsung dengan jayanya untuk sepanjang beberapa hari raya..tapi apa yang lagi penting aku tak lah keseorangan dekat sini..sedih memang sedih tapi syawal mesti tetap diraikan dengan sebaik mungkin...Alhamdulillah syukur Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik.. jadinya, raya dekat London awesome jugak lah!! hehe..

bersama dengan Housemates..

 sembahyang raya di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London..

 dengan bestfriend aku dan gadis-gadis cantik london =)


kami tiga sekawan.. ala-ala bujang lapok..


bukan senang nak bergambar dengan dieorang ni..semua hebat-hebat belaka!!



cantik-cantik dan segak-segak belaka semuanya..


Salam Perantauan dari kami pelajar-pelajar Malaysia di London =)

 raya kedua..yang ni bergambar raya dekat Tower Bridge..peace yo!!




Jangan lupakan kami yang jauH di perantauan ni!!


 'lima kali kami snap picture ni' kata Masirah..haha
 ada gaya macam model Jakel tak?? hahaha

 dalam tube station pun sempat...snap snap snap!!

 kalau nak tahu dua orang mamat sebelah aku ni jejaka idaman London..semua orang kenal..player  yang hebat!! =)

 Bigben, London

kita berzapin dulu..ewahhh!! btw mereka ni teman rapat aku dekat sini...nanti aku cerita panjang lebar pasal dieorang ni..hehe