My Readers

Saturday, November 20, 2010

anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Universiti of Oxford!!!

aku sangat kagum dengan pencapaian anak melayu ini..dia adalah Dr Muhammad Afifi al-Akiti...
sape dia ni?? nak tau lebih lanjut sila baca ni..aku amek dari wilkipedia...


Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of TheologyUniversity of Oxford, and is a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.
Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.
Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy andHistory of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.
In 2010, Dr al-Akiti was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

gempak tak???moga ianya menjadi inspirasi buat kita anak melayu untuk capai kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh beliau...satu perkara yang aku ingat dalam ucapan beliau ketika diwawancara oleh wartawan tv3 sempena hari raya korban ini adalah "kalau kita nak berada di tempat yang kita mahu berada, kita mesti lakukan pengorbanan"

aidiladha yang penuh makna...

buat pertama kalinya untuk aidiladha setelah beberapa tahun kami adek bradik dapat berkumpul bersama sama ketika aidiladha...kebiasaannya kami berkumpul hanya ketika hari raya aidilfitri..cuma kali ini kak ayu je yang tiada bersama sama...bagi aku aidiladha kali ini bukan sahaja mengajar kepada aku erti pengorbanan malah amat berharga buat aku sebab aku dapat rapat sangat dengan orang yang sebelum ini sangat sukar untuk aku duduk bersembang,bergelak ketawa dan berkongsi pendapat...orang tersebut adalah abang aku sendiri....raya kali ni amat berlainan bagi aku...aku dapat bersembang dengan dia..dia jugak seronok bersembang dengan aku berkenaan life dia di uitm  dulu...aku ingatkan pada zaman aku je nama atau gelaran pelik-pelik diberi oleh senior tapi dah lama menda ni berlaku...abang aku dulu pun macam tu jugak...aku pulak dah tak ingat apa nama yang senior bagi kat aku..hehehe...sangat gembira bila dia seronok nak bersembang,bercerita malah aku tak sangka dapat gelak sama sama ngan dia..tak ada lagi marah- marah...sebelum ni memang dia seorang yang agak panas baran sampaikan kami adek-adek dia takut nak bersembang ngan dia..ya,aku faham yang dia punya tanggungjawab yang besar..dia bukannya seorang yang jenis suka melepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia sia...dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab...dia banyak bantu aku...tiap-tiap kali dia bagi duet belanja kat aku mesti dia pesan supaya berjimat sebab bukan senang nak dapat duit..hakikatnya memang dia keja keras untuk pastikan dia dapat bantu adek-adek dia..dia ada cakap kat aku lepas aku dah habis blajar ni dia pulak yang nak sambung belajar...tak sabar rasanya aku nak menggalas tanggungjawab yang sedang dia pikul sekarang....hari kedua aidiladha,semua dah bertolak balik..abg-abg dan akak-kakak aku semuanyya dah kembali bekerja...kat umah sekarang tinggal aku ngan adek aku jew...ikutkan nak kerja tapi abg aku tak bagi...selagi ada cuti dan peluang duduk kat umah,duduk je jaga abah...lagipun itu dah menjadi tanggungjawab aku..nak harapkan  kakak aku pun dia dah berkeluarga dan ada banyak tanggungjawab lain...yup,aku putuskan untuk stay kat umah je...beberapa hari ni rasa malas lagi nak wat keja..nak rehat dulu..pastu baru nak siapkan banyak kerja yang terbengkalai kat umah ni..heheheni pun nak kena basuh kain...ada masa aku tulis lagi..banyak menda nak cerita..tunggu k...

Thursday, November 11, 2010

Ya Allah,berikan aku kekuatan..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
walaupun diri ini sering melupakan Mu..
walaupun diri ini sering meninggalkanMu..
kerna aku tahu..
Kau takkan pernah melupakanku..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Kerna Kau lah tempat aku berlindung..
Kau lah tempat aku bermohon..
Kau lah yang selayaknya aku meminta..
Kerna diriku adalah hamba....

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
kerna solatku..
ibadatku...
hidupku dan..
matiku...
hanya untuk Mu....



Wednesday, November 10, 2010

di saat aku mencintaimu....

tetiba jiwang plak pagi2 n..ni kes sebab malam semalam ada sorang kawan baik aku ni datang bilik..ah la time tu aku tengah tengok cerita hantu...main sergah je...ish la...dia suruh la aku ukak you tube cari lagi DADALI-DI SAAT AKU MENCINTAIMU...apa yang bestnya??hahaha...bila dah download memang best pown..sama best macam lagu kesukaan aku sebelum ni iaitu KEMBALI PULANG... nak tengok klip vedeo?? jom!!!

Lirik Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Monday, November 8, 2010

drama korea....

hahaha..aku nak merapu kejap..nak study tak ada mood untuk malam ni so baik aku menconteng...hehehe... aku suka drama korea...ala,sememangnya budak-budak perempuan gilakan..satu batch ngan aku pun ramai..adek aku pun sama..al maklumlah ramai jejaka idaman mereka di sana...aku suka drama korea terutamanya my girl... walaupun cerita tu dah lama tapi tak bosan..yang terbaru aku tegok adalah sassy girl...mesti ramai yang cakap'alah,tu citer lama...baru skarang nak tengok??'...yes sebab dulu aku tak bepeluang nak tengok drama-drama kat tv..ayah aku tak suka sangat anak-anak dia leka dengan tv..blajar lagi baik kan...bila dah masuk universiti ni baru rasa nak tengok balik cerita-cerita yang aku tak dapat tengok dulu...aku teringin nak tengok cerita All About Eve(sape tau???)...mesti ramai yang tak tau kan..kalaulah boleh di beri ranking untuk drama korea sudah mestinya MY GIRL menjadi pilihan..lepas tu baru la SASSY GIRL..lepas tu baru la BOYS OVER FLOWER...citer lain yang best gak full house,coffee prince, oh my lady ,you are beautiful, dan personal taste... teruk giler aku ni kan??asyik buang masa je..dapat tau kat abang n ayah aku mesti dia mengamuk..bukan apa takut study lingkup kan tapi InsyaAllah aku takkan biarkan study aku lingkup k...meh la kongsi lagi drama korea apa lagi yang best..hehehe..ada masa terluang aku tengok la...bagi aku kebanyakan drama koea mempunyai  plot yang hampir sama...berkenalan,bercinta, lepas tu hadirnya orang ketiga yang mengganggu..salah seorang berkorban..lari dan jumpa balik dalam beberapa tahun...pastu ok semual..cuma yang bestnya pelakon korea ni sangat pandai bawak watak masing-masing..kalaulah drama Malaysia sebegitu kan best!!ada jugak drama melayu yang aku suka..Nur Kasih dan Adamaya... yang lain ada jugak yang best tapi belum sempat nak tengok kot..hahaha..merapu je aku ni kan..maaflah sebab aku tak berapa nak betul malam ni....huhuhu...

ni yang paling aku suka dalam sassy girl...


konsep pencarian ilmu....

sesapa yang membaca post ni boleh komen k...sebelum tu nan cerita sikit tentang aktiviti aku hari ni...ap lagi pukul 8.30 aku ada perjumpaan dengan encik Koordinator...pukul 10 pagi aku akan start bertapa di library sebab aku dah janji nak tolong adek-adek part 1 untuk paper PAD 120 dieorang besok...aku sangat suka belajar dan berkongsi ilmu(tak boleh sebut mengajar sebab aku bukan pensyarah atau guru k..)abang raja pernah pesan dekat aku dulu yang kita nak berjaya buukan sorang-sorang tapi kalau boleh kita nak sama-sama berjaya...bagi aku ada betolnya apa yang dia cakap...tapi proses untuk mendapatkan ilmu bukannya mudah..kita kena berusaha keras untuk pastikan yang kita mendapat segala ilmu tu...kita kena bersusah payah, tebalkan muka bertanya walaupun orang anggap soalan tu remeh dan yang paling penting kita kena berdamping dengan mereka yang berilmu supaya kita jugak dapat ilmu tu sebagaimana dia dapat...aku sangat kagum dan tabik dengan mereka yang belajar ketika zaman dahulu..kemudahan asas yang tidak cukup,terpaksa bergelap sebab elektrik tak ada,mandi pakai air telaga,pergi sekolah berjalan kaki dan yang sangat bagus kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu..walaupun tanpa kemudahan asas yang lengkap, mereka tetap bersabar dan sentiasa dahagakan untuk mendapat ilmu..abang aku pernah cerita kat aku yang dia dulu pergi sekolah untuk kelas tambahan pada waktu malam naik basikal...lampu tak ada..so, dia ambik tin milo dan tebuk beberapa lubang di bahagian bawah tin..lepas tu dia letak lilin kat dalam tin tu...betapa sungguhnya dia untuk dapatkan ilmu dan ternyata memang dia berjaya...kita pada zaman sekarang sangat berbeza,,semua kemudahan dah disediakan..bagi pelajar baru,kolej disediakan dengan blik yang besar,almari sorang satu,katil dan juga meja belajar...pergi kuliah je, bilik kuliah semuanya berhawa dingin..tak ada dah kipas macam kat sekolah dulu...amat bertuahnya kita kerana disediakan segalanya tanpa perlu bersusah payah...belajar???bagi mereka yang menghargai segala kelengkapan dan peluang belajar yang diberikan,aku pasti mereka juga sedang meniti kejayaan tapi alangkah sedihnya bagi mereka yang masih tidak sedar akan betapa berharganya untuk mereka belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang...ibu dan bapa sentiasa berharap agar anak-anak mereka dapat pulang dengan kejayaan..ibu dan bapa jugalah yang sentiasa bertanyakan kepada anak-anak mereka bagaimana tentang belajar,duit cukup atau tak dan sentiasa berpesan agar belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya...punyalah sayang dan bangga mereka dengan anak-anak sampaikan sanggup sesetengahnya sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa...berbalik kepada konsep pencarian ilmu tadi,adakah ilmu itu datang dengan sendirinya??? hello kawan, kalau nak berjaya,kena la ada lagak seperti orang nak berjaya...jangan hanya nak berpeluk tubuh dan mengharapkan korang akan berjaya dalam exam..selalu la dekat dengan mereka yang berilmu,korek ilmu tu dan pastikan korang pun pandai macam dia...kalau ada yang tak faham, ringankanlah kaki untuk pergi jumpa pensyarah..dia amat suka kalau kita datang jumpa dia,tanyakan beribu soalan yang kita tak tahu dan pastikan yang kita keluar dari bilik dia dengan kepuasan sebab segala persoalan telah terjawab...kena la bersusah payah sikit kan...lagi satu,jangan sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh solatlah di awal waktu sebab kita bukan nak berjaya atas dunia je tapi kita jugak nak berjaya di akhirat...Allah adalah tempat kita bergantung harap..kejayaan kita juga datangnya dari keizinan-Nya tapi selepas kita berusaha yang terbaik!!aku harap kita sama-sama dapat menjadi di antara mereka yang BERJAYA..SUCCESS!!!!!!!!!

Sunday, November 7, 2010

sangat kecewa!!!

peningnya kepala..mungkin tak ckup tido kot...takpe..jap lagi bayar balik ek..hehehe..aku baru je lepas jawab paper PAD 390(Development Admin)..Alhamdulllah...semuanya soalan facts..memang makanan aku..hehehe...yang penting aku dah buat yang terbaik tadi...minggu depan ada lagi satu paper yang aku rasa sangat sukar..sebabnya???carry mark aku rendah..huhuhu..sedih sangat...tapi aku akan berusaha sebaik mungkin untuk skor paper ni...langkah harus diteruskan walau sedalam mana pun kita kecewa dengan sesuatu perkara...aku ada satu perkara yang sangat mengecewakan aku sejak sekian lama..aku cuba berperang dengan diri sendiri agar aku dapat buang kekecewaan tu tapi akhirnya bertambah parah...kekecewaan yang bagi aku sukar untuk diubati...kenapa macam ni??aku pun tak suka dengan perasaan ni...takkan la sebab kecewa ni ak perlu tinggalkan segala cita-cita aku?atau haruskah aku tunduk dengan kekecewaan itu dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa???kalaulah itu yang aku lakukan memang aku adalah seorang yang GAGAL...jujurnya aku tak sukakan kegagalan..sesiapa pun di atas dunia ni tak sukakan kegagalan tapi kadang-kadang kita kena tempuh kegagalan tu untuk menuju kejayaan...siapa yang mampu merawat kekecewaan aku ni???tolongla...aku dah letih untuk terus memujuk hati dan cuba menafikan yang aku kecewa..aku cuba untuk mengatakan pada hati yang itu semua salah aku.tapi aku rasa aku berhak untuk itu..aku berhak untuk rasa dihargai..aku berhak untuk dapat yang lebih baik dari itu sebab aku dah usaha!!!aku dah berusaha sehabis baik...apa lagi yang dimahukan??bukan ini  yang pertama kali aku terasa seperti ni tapi dah lama..aku rasa aku tak dah tak boleh lagi nak berhadapan dengan situasi ni...sabar man...usaha yang terbaik k...mungkin ada hikmahnya semua ni terjadi..mungkin ko kena lebih berusaha sebab usaha yang ko lakukan selama ni masih tak cukup...usaha lagi keras man!!!(pujuk hati sendiri..)aku menanti akan saatnya kekecewan ini akan terbalas dengan senyuman kepuasan...sentiasa berharap saat itu akan tiba...

Wednesday, November 3, 2010

hari lahir yang bahagia!!!!!

alhamdulillah...genap 21 tahun umurku hari ini..setinggi syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan buat hamba ini untuk terus bernafas dia atas muka bumi ini...aku bersyukur kerana masih dapat meneruskan tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan sahabat buat teman2...tepat jam 12.00 tengah malam semalam,adek aku adalah orang yang pertama hantar sms ucapkan selamat hari lahir buat aku... tidak lupa juga buat sahabat dan teman2 yang beri ucapan tak kira lah melalui sms atau di facebook...sangat-sangat aku hargai...awal pagi tadi dapat sms dari mak angkat aku dengan doa moga aku berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang aku pilih dan menempuh alam dewasa...syukurnya aku kerana Allah hadirkn buat aku seorang lagi emak yang sentiasa ambil berat dan doakan yang terbaik buat aku...mesej dari kakak-kakak aku yang sentiasa terus menyokong dan sayangkan aku membuatkan aku bertambah gembira...abang-abang aku??erm..sibuk ngan kerja masing-masing..lagipun aku memang tak pernah dapat ucapat selamat hari lahir dari dieorang...jam 11.15 pagi tadi abah telefon...dia ucapkan selamat hari lahir.."man,abah ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..moga man sentiasa sihat dan dapat buat yang terbaik dalam exam"..ucapan dari abah yang sangat buat aku sebak...walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan abah...tengahari tadi ajak bad keluar makan dengan niat nak beli kek sambut kat rumah ngan kawan-kawan...tetiba celebrate dengan  'sahabat' kat village mall..alhamdulillah...sambutan hari jadi yang cukup bermakna buat aku..balik umah je kawan2 umah ramai2 nyanyikan lagu selamat hari jadi buat aku dan hakim...tarikh lahir kami sama..hehehe..kena calit krim ckit kat muka..seronok tengok semua happy makan kek tu..gelak ramai2..kenangan bersama semua teman2 tak akan aku lupakan sampai bila2..hari ni jugak adalah hari yang sangat bermakna sebab selain hari lahir aku,hari ni jugak kawan baikku akan melangsungkan pernikahan..tak sangka pulak yang dia akan bernikah hari ni...agak sedih sebab tak dapat tengok dia akad nikah...huhuhu..tapi nak buat macam mana kan...tanggungjawab aku kat sini belum selesai.ada 2 paper lagi yang masih menunggu..kalau dekat dah lama aku pecut balik tapi jauh kan..aku hanya mampu berdoa moga segalanya berjalan lancar dan dia selamat diijabkabulkan...aku harap dia kan sentiasa bahagia hingga anak cucu...aku bahagia bila tengok orang lain bahagia..genap usia aku 21 tahun jugak,aku dah tanamkan azam baru...aku akan berusaha untuk capai cita2 yang aku impikan...aku takkan biarkan ianya pergi meninggalkan aku sebab aku akan berlawan habis habisan untuk menjadi seorang pemenang dan buktikan yang aku akan berjaya suatu hari nanti...aku harap dengan usia 21 tahun ni akan lebih mematangkan aku dalam semua perkara....InsyaAllah..

Tuesday, November 2, 2010

kembali pulang....

bintang terlihat terang saat dirimu datang..bintang yang dulu hilang kini kembali terang..apa la aku jiwang malam ni kan..ermmm...entahla tapi aku suka sangat lagu ni,KEMBALI PULANG....pernah suatu ketika aku kehilangan dia yang amat aku sayang..aku harap sangat dia kan kembali pulang...rupa-rupanya aku hanya berangan...kenangan bersamanya hanyalah suatu memori manis yang takkan aku lupa..aku sedar yang dia takkan kembali pulang...aku harus terima hakikat yang dia takkan pernah menjadi milik aku...aku doakan moga dia sentiasa sihat sejahtera dan bahagia walau dengan siapa pun...terima kasih sebab pernah buat aku bahagia mempunyai seorang yang amat aku sayang...kadang kadang aku tak dapat mengelak untuk terus ambil berat dan risau tentang dia..macam mana keadaan dia,belajar dia,hidup dia disana,sakit dia...jujurnya aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari dia tapi cukup susah untuk elakkan dari perkara yang aku sentiasa buat untuk dia...tak salah kan???ataukah aku yang masih gila bayang???aku rasa tidak...yang penting sekarang aku cukup bahagia dengan kehidupan aku...ada sahabat,teman,keluarga yang sentiasa bersama aku..aku sangat cinta dan sayang mereka semua kerana mereka lah yang membuat aku tersenyum...bukan mudah untuk kita mencipta rasa kasih tanpa ada sayang..tu sebab kasih dan sayang tak dapat dipisahkan..aku harapkan suatu hari nanti aku dapat jumpa dengan seorang yang dapat menghargai aku seadanya dan tentunya  dia adalah permaisuri hidup aku..walau siapa pun jodoh aku, aku akan terimanya dengan penuh kasih dan sayang..InsyaAllah...

Saturday, October 30, 2010

selamat tinggal current affair..sayang kamu sangat2...

rasa lega sangat bila dah habis jawab paper current affair tadi..empat soalan je yang aku tau dari 8 soalan tu..nasib baik la kena jawab 4 soalan je..kalau kena jawab lebih dari 4 soalan memang masak la aku...huhu.. alahamdulillah..setinggi tinggi syukur buat Yang Maha Pencipta kerana aku dapat jawab soalan tadi dengan baik...lega sangat2...ni la paper yang paling buat aku stress sepanjang 3 tahun aku kat sini dan akhirnya dah lepas pown..macam tak percaya je aku leh jawab tadi.hehehe..yang buatkan aku termenung bukannya sebab pikirkan apa point tapi pikirkan apa nak merapu dalam pendahuluan..tak ada idea maaaa.....pape pun terima kasih banyak2 buat miss irwana nooridayu binti muhamad hakimi atas nasihat dan tunjuk ajar anda..juga untuk en.adnan aminuddin..terima kasih atas tunjuk ajar tuan...seminggu lagi baru ada paper seterusnya..so jom kluaq main bowling!!!!!hehehe...

Wednesday, October 27, 2010

sahabat...

sahabat....

dia adalah orang yang selalu ada untuk kita saat seluruh dunia menjauhi kita, 

sahabat...

 adalah orang yang selalu membuka pintunya untuk kita walau hari telah malam, 

sahabat...

adalah orang yang selalu memaafkan kita sebelum kita menyedari kesalahan kita, 

sahabat..

adalah orang yang mengerti apa yang ada difikiran kita sebelum kita mengutarakannya..

sahabat...

adalah buah yang hadir disetiap musim,

 hadiah yang selalu dapat kita buka setiap saat....

sahabat...

adalah orang yang ketika susah kita menjadi air matanya dan senang kita menjadi tawanya...

habis satu paper...

alhmadulillah...dah habis paper law..setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana dapat menjawab dengan baik... kebanyakan soalan yang aku spot naik..so pilih la yang terbaik tadi..aku harap boleh skor untuk paper business law tadi...satu perkara yang buat aku seronok sangat sebelum nak amek exam tadi bila dapat mesej dari kakak2 aku yang ucapkan semoga aku berjaya..begitu jugak dengan adek, kawan2,dia dan abang raja...sangat bersemangat dan aku rasa macam ada satu suntikan agar aku dapat buat yang terbaik...tapi sebenarnya aku tertunggu tunggu mesej ucap selamat berjaya dari seseorang...orang yang sentiasa aku sanjungi sampai bila-bila iaitu abang aku sendiri...mungkin dia sibuk kot...maklumlah kerjanya yang sebegitu memang susah nak ada masa free kan tapi aku masih bersyukur punyai adek bradik yang sentiasa menyokong aku dari belakang...abah yang sentiasa mahukan aku berjaya capai apa yang aku nak,sahabat2 yang tak putus-putus memberi kata semnagat..bagi aku, perkara ini lah antara perkara yang memotivasikan aku dan membuat aku bersemangat untuk terus melangkah dengan yakin...aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan dalam menempuh hidup ni kerana mereka yang aku sebutkan sentiasa ada di sisi aku...aku harapkan aku dapat capai apa yang aku impikan dengan secepatnya yang mungkin sebab aku tak sabar nak berbakti dan balas segala jasa jasa mereka.. terdetik jugak di hati ni yang aku ni hanya menyusahkan orang kan..tak habis-habis nak mintak tolong orang..erm...entahla...sabarlah wahai hati kerana Allah sentiasa mendengar rintihanmu...sentiasalah berdoa moga dibuang segala kedukaan yang ada dan diganti dengan kebahagiaan...kuatkan semangat man!!!

Tuesday, October 26, 2010

perjuangan bakal bermula!!!

alhamdulillah..baru je lepas study business law dan buat sedikit analisa berkenaan soqlan2 semester lepas... rehat jap..tu yang menulis blog ni...esok bermulalah perjuangan aku untuk semester yang terakhir bagi diploma pentadbiran awam..first paper adalah LAW 379 iaitu Business Law...agak mencabar berbanding Admin Law dan Malaysian Legal System..aku harap sangat aku dapat tempuhi first paper esok dengan baik...sekejap je rasa kan..tak sangka dah nak habis pun diploma..lepas ni aku akan melalui satu peringkat lagi iaitu ijazah...rasa berdebar debar la plak sementara nak tunggu esok..smalam pun cuba nak tido pukul 12..baring je atas katil rasa macam tak leh tido la plak..bermacam menda yang pikir termasuklah exam esok...persediaan aku esok dah 80%.. hari ni nak tumpukan dekat bahagian A dan jawab semua soalan2 semester yang lepas..aku tak nak terlebih yakin sebab takut aku akan tersungkur..apa yang penting aku akan usaha yang terbaik sebab aku yakin setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik  InsyaAllah kita juga akan mendapat hasil yang terbaik...Allah Maha Adil,Dia Maha Bijaksana dan Dia jugalah Yang Maha Berkuasa dan Mengasihani setiap makhluknya...kita sebagai makhluknya hanya perlu berusaha dan selebihnya adalah urusan-Nya...di saat2 macam ni aku harap sangat tiada dugaan besar yang datang kepada aku..aku berdoa moga segalanya baik buat aku..aku memohon agar aku diberi ketenangan jiwa, fikiran yang bersih dan dipermudahkan untuk aku menjawab setiap soalan nanti...ingat, mulakan dangan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah..sentiasa ada wuduk sebab ia akan menghindarkan syaitan dari mengganggu dan masuk dewan dengan langkah kanan..jangan sesekali serabutkan fikiran dengan perkara yang lain..fokus ketika menjawab setiap soalan..baca soalan sekurang kurangnya dua kali dan highlight kehendak soalan dan setiap jawapan yang diberikan(untuk essay question)..kalau tak ingat,tenangkan diri sekejap..pejamkan mata dan berdoa moga Allah membantu mengingat semula point tu..ingat man!!! aku harap aku jugak tak lupa untuk amalkan semua ni ketika menjawab setiap paper nanti..amin....

Sunday, October 24, 2010

thanx abang raja!!!

sekalai lagi aku harus berasa gembira sebab dapat jumpa dengan abg raja..esok dia ada program dekat mrsm merbok so malam ni aku keluar la ngan dia p makan kat jeti...sangat best!!!tak puas rasanya 2 jam bersembang dengan dia...lau boleh nak sembang berjam-jam lagi ngan dia..banyak pengetahuan yang aku dapat...dia sangat mengagumkan...banyak pengalaman yang aku dapat ambil dari dia terutamanya dalam aspek kepimpinan..dia seorang bekas pemimpin pelajar yang sangat berani dalam menyuarakan pendapat...dia bijak dan hebat!!! semuanya kurniaan Allah buat insan yang hebat yang dilahirkan cacat sebelah kaki...banyak perkara yang diceritakannya telah membuka mata dan minda aku...aku semakin yakin untuk melangkah dan mencipta kejayaan..InsyaAllah,aku akan usaha yang terbaik!!!

sabar itu kan sebahagian dari iman..

aku selalu katakan pada diri sendiri..'man,sentiasa sabar dengan segala kejahatan yang orang lakukan pada kita..doakan moga dia diberi hidayah untuk berubah'..aku bukan seorang yang sukakan pergaduhan..aku bencikan pergaduhan..aku tak suka bila terlibat dalam pergaduhan..bagi aku, semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..aku akui yang aku masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu..aku sentiasa berdoa moga Allah hindarkan aku dari segala kejahatan,buruk sangka orang,hasad dengki dan rasa tidak puas hati orang kepada aku..abah sentiasa ingatkan aku agar jangan sesekali cari pasal dengan orang lain..biarlah orang buat jahat ngan kita tapi jangan sesekali kita balasnya dengan kejahatan juga..aku sentiasa bersabar dalam engharungi setiap apa yang berlaku dalam hidup ni...termasuk jugak belajar..bila aku rasa malas, aku bersabar dan pujuk hati ni agar teruskan belajar agar aku dapat bahagiakan orang-orang yang aku sayang dan telah banyak berkorban buat aku selama ini..kalau aku perlu lakukan sesuatu yang aku tak suka walhal ianya tugas aku.aku sentiasa bersabar dan cuba lakukan tugasan itu sebaiknya..kalau aku perlu menghadap seseorang yang aku tak suka,aku juga berdoa moga segalanya baik dan tidak ada perselisihan faham yang berlaku antara aku dan dia..kerja tetap kerja so aku perlu profesional dalam bekerja walaupun aku tak suka..aku takkan biarkan hanya kerana rasa tidak suka menjejaskan sesebuah organisasi..apa pun yang berlaku,komitmen perlu dipenuhi dengan sebaiknya agar semuanya berjalan dengan lancar..kalau bab belajar, aku rasa aku memang sangat bersabar..stress,tension,kecewa dan sedih sebab tak paham apa lecturer ajar,dapat result yang teruk,tak dapat buat yang terbaik dalam assignment mahupun exam atau malasnya nak menghadap buku adalah antara perkara yang memerlukan aku sabar sangat-sangat...kadang-kadang ada paper yang aku tak suka dan aku tahu kalau aku teruskan rasa tak suka tu,aku memang akan fail..so aku sangat bersabar,pujuk hati ni agar sukakan subjek tu sebab kalau aku fail aku akan lagi stress dan tension..macam jugak nak dapatkan kejayaan..mana ada kejayaan kalau kita malas.. malas nak bukak buku,malas solat, malas buat tutorial,malas pegi kelas, dan pelbagai malas lagi la..kalau nak berjaya aku kena sabar dalam tunaikan setiap kehendak untuk menjadi seorang yang berjaya..sabar habiskan baca buku buku,sabar tunaikan solat pada awal waktu walaupun aku tau kadang-kadang aku leka dan juga sabar mengawal nafsu yang smemangnya tak mahukan aku belajar dan leka ngan menda lain..aku harapkan aku sentiasa sabar...tetiba teringat cerita IP MAN(sangat best!!!!)

Saturday, October 23, 2010

nak enpon tu!!!!!

macam lawak pun ada..orang dok sibuk study tapi aku dok pilih mana satu enpon nak beli...terok btol kan... tapi yang penting aku dah habis study 3 chapter...dah ok la tu buat hari ni kan...aku semenanya nak beli enpon baru tapi tak tau la bila nak beli..aku berkenan kat enpon nokia X6..aku ni memang kurang arif sangat bab bab enpon ni..lau rasa cantik,function pun best n harga pun ok aku nak beli jela...tengokla camane nanti...habisan study dulu..nak sambung sejam lagi..pastu dah boleh tutup buku untuk ari ni...go!!!!!!!!!!!
ni la nokia x6 yang aku maksudkan..ok x???

study man!!!!!!!!!!!!1

man!!!!p study!!!!!!!!
entahla..
ari ni rasa free sangat..
takpe..
lepas zohor satgi start k..
perut dah berbunyi...
lapaq..jom p makan dulu!!!!

Friday, October 22, 2010

saya nak berjaya!!!

macam ni la perasaannya ketika nak final exam...aku cuba memotivasikan diri sebaiknya untuk terus berusaha walaupun perasaan malas sangat beraja dalam hati..aku nak berjaya sebagaimana mereka yang lain yang aku kagumi telah berjaya...aku yakin yang aku mampu untuk menjadi seorang yang berjaya dan lupakan segala kegagalan aku sebelum ni...ini semester terakhir aku..aku akan cuba sebaiknya untuk naikkan pointer dan habiskan diploma ni dengan senyuman...aku takkan biarkan segala masalah yang datang sebagai bebanan buat aku dan mengganggu aku untuk dapatkan keputusan yang terbaik..aku akan hadapi dan selesaikannya sebaik yang mungkin kerana masalah itulah sebenarnya menguji kematangan diri aku dan mengajar aku untuk terus melangkah ke hadapan...aku bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah berikan..aku akan usaha sebaik mungkin sebab itu adalah pegangan aku...aku yakin Allah sentiasa mengasihani hamba-Nya..aku masih ingat kata seorang kawan sebelum tibanya final exam..DO YOUR BEST,GET THE BEST AND BE THE BEST!!!

Wednesday, October 13, 2010

habis pun test terakhir..

lega..akhirnya habis pun test terakhir aku...test terakhir untuk diploma...dan ini jugak la test yang aku rasa aku jawab paling teruk..aku jadi macam blank dan tak tau apa apa padahal aku dah study..erm..aku rasa aku tau kenapa aku jadi macam tu...aku macam tak pecaya je bila aku dapat kertas aku tak mampu nak tulis apa apa atas kertas tu..satu point pun aku tak ingat..memang dah tak tentu arah jadinya...aku pun tenangkan diri..tarik nafs panjang panjang dan pejamkan mata untuk seketika...lepas tu aku berdoa kepada Allah moga mengingatkan kembali apa yang telah aku baca..alhamdulillah..syukur kepada Allah dengah rahmatNya aku ingat kembali apa yang dah aku baca...satu soalan aku dapat jawab dengan baik tapi untuk satu soalan lagi aku boleh keluarkan point tapi tak dapat nak huraikan dengan baik...arghhhhhhhh!!rasa kecewanya aku...habis je test aku muhasabah diri balik kenapa aku jadi macam ni..rupa rupanya ada perkara yang Allah nak ingatkan aku... Abang Raja pernah bagitau aku jangan sesekali kutuk cikgu kita walau tak puas hati dengan dia..ya..aku akui...aku semenanya kurang bersedia untuk test terakhir ni...aku marah sebab aku rasakan test kali ni lagi susah dan dberitahu yang harus menjawab 3 daripada 4 soalan..aku seharusnya lebih bersedia..walau sesibuk mana pun dengan pelbagai perkara lain tapi belajar harus diutamakan..minggu ni sebenarnya amat mencabar sebab minggu ni la semua kalut nak siapkan research sebab due date 17 oktober ni...dengan presentation dan test yang baru lepas memang menguji aku...cikgu kita tak pernah salah...dia adalah orang yang memberi ilmu kepada kita..hormati dia di dalam apa keadaan sekalipun...jangan sesekali mengutuk atau mencaci dia kerana ini mungkin penyebab kepada kegagalan kita nanti..aku akan ingat tu!!!

Sunday, October 10, 2010

Marveloussss!!!

alhamdulillah..program khas kecemerlangan akademik:menerobos batas sempadan diri bersama abang raja berjalan dengan lancar semalam. Bersyukur sangat2 walaupun banyak cabaran dan halangan, program semalam dapat dijalankan dengan baik..terima kasih sangat2 aku ucapkan kepada semua mt exco dipac,bad,patrick(buat banner,poster dan kad jemputan) yang banyak membantu...lega rasanya bila student dpa beri respond yang baik untuk program semalam...buat abg raja,sebagaimana dulu saya mengagumi anda ketika pertama kali anda memberi motivasi di sekolah menengah teknik kuantan pada tahun 2006, 4 tahun dah berlalu kita dipertemukan sekali lagi di uitm kedah membuatkan kekaguman saya semakin bertambah...saya juga ingin menjadi seorang yang hebat macam anda...saya percaya tiada sesiapa di dunia ini inginkan hidup yang susah dan serba kekurangan tapi dengan semangat juang yang tinggi,tak pernah berputus asa dan sabar dengan setiap dugaan yang datang akhirnya membuahkan sebuah kejayaan yang hebat!!!insyaAllah jejak yang ditinggalkan akan saya turuti untuk mencapai kejayaan seperti yang anda peroleh....

Friday, October 8, 2010

berdebar-debar...

yup..buat saat ni aku sedang berdebar-debar menanti kehadiran hari esok...
program khas kecemerlangan akademik..
bersama seorang yang amat aku kagumi..
memberi inspirasi kepada aku..
meyakinkan aku bahawa...
kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan..
bagaimana susah dan peritnya hidup...
dilalui dengan penuh semangat!!!
kalau 4 tahun lepas aku menghadiri
program bersama abang raja sebagai peserta..
tapi kali ni...
aku sebagai penganjur...
sangat puas hati
sebab..
impian aku akhirnya terlaksana...
aku ingat lagi..
3 semester lepas proposal aku tak diendahkan..
tapi alhamdulillah..
semester ni proposal aku diterima dan diluluskan 
tanpa ada pengurangan satu sen pun bajet...
berkat kesabaran..
dan mungkin juga niat yang baik..
moga segalanya baik esok..amin...

Thursday, October 7, 2010

cabaran!!!

tengah pening sebenarnya ni...
lusa adalah program terakhir aku..
sangat banyak cabaran dan halangan yang perlu aku lalui..
pelbagai masalah yang kadangkala tak mampu aku selesaikan...
aku cuba untuk membuat yang terbaik...
terbaik yang aku mampu lakukan...
ingatkan segala masalah dah selesai rupanya..
ada lagi yang mendatang...
sabar jela...
kadangkala aku marah dengan diri sendiri..
kenapa aku tidak mampu untuk memberi yang sempurna?
walaupun aku dah buat sehabis baik yang boleh..
mungkin ada hikmahnya..
kesilapan yang hadir adalah untuk diperbetulkan...
supaya pada masa akan datang aku tak ulanginya lagi..
teruskan man!!!
segala kekusutanmu..
kesedihanmu..
keletihan dan pengorbanan..
semuanya akan diberi ganjaran yang Allah..
yang penting ikhlaskan niat..
insyaAllah dipermudahan olehNya nanti...

Tuesday, October 5, 2010

meeting lagi...

baru je balik dari meeting..
tak habis-habis dengan meeting..
banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tibanya sabtu ni...
program terakhir aku dengan dipac..
program yang aku dah rancang sejak 3 semester yang lepas...
aku nak kongsi sesuatu yang sangat berharga...
bersama student dipac...
ini cara aku untuk berbakti kepada dipac..
aku rasa dah puas sangat..
terima kasih buat mereka yang menghargai aku..
usaha aku..
kerja yang aku buat...
aku puas dan enjoy dengan segala apa yag aku lakukan...
alhamdulillah...
aku harapkan semuanya berakhir dengan baik....

sibuk tetap sibuk tapi tanggungjawab???

aku skarang ni tengah buat assignment law...
abis je assignment ni tros nak study FA 
SEBAB
esok test FA...
Sesibuk mana pun kita..
INGATLAH!!!
jangan sesekali abaikan tanggungjawab kita...
sebagai hamba..
sebagai anak...
sebagai pelajar..
dan juga sebagai sahabat....
man!!!jangan sesekali lalai...
kita boleh dapat apa yang kita nak atas dunia ni..
 bila kita usaha untuk dunia...
tapi...
kita jugak kena usaha untuk dapatkan akhirat..
kerna...
akhirat adalah destinasi kita yang sebenarnya...
ingat tu man!!!


Friday, October 1, 2010

letihnya....

baru je balik dari pogram tutor tutee...esok ada sehari lagi..letih sangat rasanya...lusa plak test law..dah la x baca apa lagi..isnin test DA plak..prsentation assignment CA hari tu jugak...khamis test FA dan jugak hantar assignment Law..sabtu plak sepanjang hari ada program khas akademik bersama abng raja..malam tu plak ada gathering part 6...leetihnya nak melalui seminggu ni..huhu..jadual final exam dah kuar...cepatlah final exam!!! dah tak sabar rasanya nak habiskan diploma ni...

JADUAL FINAL EXAM!!!


.WEDNESDAY 27-Oct-10
9:00am-12:00pm, 
LAW379

SATURDAY 30-Oct-10
9:00am-12:00pm,
PAD380

SUNDAY 07-Nov
9:00am-12:00pm, 
PAD390


SUNDAY 14-Nov-10
9:00am-12:00pm, 
 PAD370

Sunday, September 26, 2010

setiap detik......

Setiap detik
Engkau datang dalam mimpiku
Setiap siang malam menggangguku
Tak lelap tidurku kerna dirimu
Setiap waktu
Engkau yang selalu menghantuiku
Tak pernah lari dari fikiranku
Tak mahu hilang dari ingatanku
Tahukah engkau
Saat gelap datang
Aku masih mencarimu
Engkau dimana
Tapi mengapa saat ku terjaga
Kau masih tak disampingku
Sampai kapankah aku menantimu
Selalu menantimu
Setiap detik aku memikirkanmu
Setiap detik rindu meracuniku
Setiap detik teringatku padamu
Setiap detik apa terus begini
Ku mohon dengarlah rintihan hati ini
Yang ku curahkan seraya ku bernyanyi
Sampai kapankah aku terus begini
Ku harap kau kan kembali kepadaku


jamuan raya dipac...

sangat letih sebenarnya ni..mata pun ngantuk sangat...tapi nak menulis cket..hehehe..baru je balik dari jamuan raya dipac...sangat enjoy sebab ni sem terakhir diploma kan...nyany lagu rya ramai2,amek gambar,makan2 sambil dapat anugerah..hehehe..alhamdulillah...dapat penghargaan untuk anugerah dekan dan satu lagi yang paling tak sangka anugerah pakaian terbaik...rasa pakai malam ni biasa-biasa je..tu la namanya rezeki kan..hehehe..malu sebenarnya masa kat depan tadi..pape pun memang enjoy sangat2 tadi!!!!!!!!!!!

Saturday, September 25, 2010

minggu yang sibuk...

baru je balik dari perbincangan research dengan supevisor..alhamdulullah..xda la banyak masalah..nak kena edit sikit pastu dah boleh distribute questionnaire..ari ni nak siapkan assignment FA.. malam ni ada jamuan rumah terbuka dipac...esok malam aku ada meeting ngan student2 dekan untuk pogram tutor tutee...sebelum tu pagi esok nak kena jumpa sir mujib untuk material tutor tutee...barang2 untuk pogram tutor tutee nak kena prepare...isnin malam ada perjumpaan dengan rakyat-rakyat cambodia plak sebab rabu dah berlangsung ASEAN Day..harapkan semuanya akan berjalan lancar..terima kasih buat sahabat aku, bashah sebab banyak membantu aku untuk jalankan program ni dan dia merangkap penolong ketua projek untuk pogram tutor tutee dan program khas kecemerlangan akademic..pape pun malam ni nak enjoy untuk rumah terbuka dipac!!!!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

tahun kedua beraya tanpa mak....






inilah sebahagian gambar raya 2010 bagi keluarga kami..seperti yang dah diceritakan sebelum ni, kami sekeluarga menziarahi pusara mak..tak sanggup rasanya kehilangan lagi..Ya Allah, aku sedar kematian itu pasti..Kau berilah peluang untuk aku berbakti dan bahagiakan ayahku satu satunya yang masih ada..Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani setiap hambaMu..amin...

Saturday, September 18, 2010

duhai sahabat...

aku sayang semua sahabat- sahabat aku..aku tak nak kehilangan sahabat yang tak mudah aku peroleh.. korang semua aku dah anggap macam adik bradik aku sendiri...sempena syawal yang mulia ni aku nak pohon sejuta kemaafan atas segala salah dan dosa aku..aku harap sangat aku dapat kembali eratkan hubungan persahabatan itu seperti dulu...aku sedang berusaha untuk tu..tapi tolongla wahai sahabat..jangan buat aku terasa yang aku disisihkan...aku tau yang selain aku,korang pun punyai ramai kawan-kawan yang lain kan...sebelum syawal tiba,aku tak pernah lupa ucapkan salam aidilfitri kat semua sahabat-sahabat aku...mana yang sempat aku kirimkan kad ucapan...aku sentiasa ingat korang semua..walau semeriah mana pun raya, ia takkan lengkap tanpa kemeriahan tu aku kongsi dengan semua sahabat-sahabat aku...kalau korang sibuk aku tak kisah tapi tolong la mesej bagitau aku yang korang sibuk...yela..aku tau masing-masing punya hidup masing-masing...seramai mana pun kawan yang aku ada,korang tetap terbaik dalam hati aku...jangan la buat aku macam aku nak menagih simpati harapkan koang layan aku...aku pun ada perasaan...aku cuba untuk memahami sebaiknya sahabat-sahabat aku...aku kalau boleh tak nak korang terasa hati dengan aku...tapi ada ke korang pk macam mana aku pikir?sedih hati aku bila kata-kata yang sinis keluar dari orang yang aku panggil sahabat...apa pun salah korang kat aku, tak pernah aku simpan dah..dah lama aku buang..dah lama aku maafkan korang..tapi orang cakap, terlajak perahu boleh undur tapi kalau terlajak kata....erm... setiap apa yang diucapkan bukan mudah dapat dilupakan...sekali lagi,aku mohon ampun dan maaf kepada semua mereka yang mengenali aku dan yang menjadi SAHABAT aku..sekalipun aku dilupakan,jasa baik korang, keikhlasan hati korang dalam bershabat ngan aku tak pernah aku lupakan sampai bila-bila..InsyaAllah...

Thursday, September 16, 2010

2 bulan je lagi....

tak sampai 2 bulan lagi aku akan tamatkan diploma...tak sabar rasanya tapi nak habiskan 2 bulan amatla peritnya... hari raya dah disambut..sekarang masanya untuk aku bekerja kuat kembali...research perlu disiapkan...assignment FA,CA dan Law jugak perlu dibereskan...kuiz dan test yang menunggu...dua program yang aku adalah pengarah projeknya dan beberapa program yang aku terlibat secara langsung atau tak langsung.. fuhhh!!!habis je semuanya nanti, final exam pulak menanti...rasa macam nak gila je tapi aku yakin yang aku mampu lalui semuanya dengan baik..apa yang penting sekarang aku perlu kuatkan semangat..sikit je lagi.. aku tak nak tersungkur tatkala garisan penamatnya sudah hampir..biarlah aku habiskan diploma ni dengan baik.. lepas tu aku tak tau samada aku akan teruskan belajar atau bekerja..aku dalam dilema sebenarnya...antara kepentingan diri sendiri dan keluarga...aku perlukan petunjuk dari-Mu Ya Allah untuk memberi aku jalan yang terbaik...borang degree dah pun aku isi..macam biasa la aku mintak kos Bachelor Corporate Admin ( BCA) dan Bachelor Admin Science (BAS) sebagai pilihan utama...dua lagi aku mintak degree in Law dan HR..aku habis final exam 11 november dan lau tak ada aral melintang aku akan mula bekerja pada 15 november.. aku punya cita-cita da impian yang ingin aku penuhi...moga aku tak mudah mengalah dan berputus asa untuk merealisasikannya....

Wednesday, September 15, 2010

rumahku syurgaku....

kata-kata ni memang sangat terkenal...rumahku syurgaku...bagi aku,ianya sangat tepat untuk menggambarkan betapa sayangnya aku dengan rumah...aku anak jati Felda Chini Timur 3..aku dilahirkan di rumah bernombor 50 Felda Chini Timur 3...arwah mak lahirkan aku di dalam bilik di rumah kami...bilik itu masih kekal dan manjadi bilik tempat aku tidur sekarang..sangat nostalgia...hujung tahun ni mungkin ianya akan menjadi kenangan yang cukup terindah buat aku bila ia akan dirobohkan...abah nak bina rumah batu kesemuanya menggantikan separuh rumah papan yang ada...aku pasti rindukannya..kawasan rumah aku sangat mendamaikan...masuk je ke kawasan rumah pasti akan disambut dengan dua batang pokok mempelam yang sangat rendang...usia pokok tu pun dah berbelas tahun...sekelilng rumah aku akan penuh dengan tanaman..abah ngan mak memang suka bertanam..pokok kelapa semuanya tinggi tinggi..ada jugak banyak pokok puding,pokok bunga raya,pokok bunga loceng..pokok bunga tahi ayam pun ada..nama je hodoh tapi bunganya sangat cantik...kuning keemasan...dekat belakang rumah plak ada pokok manggis,mempelam, dokong,rambai,pisang,jambu mawar, rambutan dan durian...kalau stakat nak guna untuk masakan, ada pokok daun kari, daun pandan,limau purut, limau kasturi,pokok kunyit,serai,cili api,lengkuas pun ada jugak..itulah syurga rumah aku..abah ngan mak sentiasa jaga pokok pokok dengan baik,dibaja dan disiram...abah selalu cakap 'tak rugi berbakti kepada tanah'..aku memang akuinya...walaupun rumah aku tak se 'gah' rumah orang lain yang lagi besar dan cantik, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada..abah tak pernah ajar kami untuk menunjuk nunjuk atau bermegah dengan apa yang ada...cukuplah jika kami dapat hidup dengan selesa dan keluarga kami bahagia...aku sayang abah..aku sayangkan kaluarga aku..aku sayangkan rumah aku,tempat lahir aku,tempat bermain aku, tempat aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan yang paling penting tempat terciptanya sebuah keluarga yang bahagia buat selama lamanya..sesiapa pun yang akan menjadi suri hidup aku nanti harus menerima seadanya keluarga aku dan rumah aku.....

raya yang lebih ceria...

Alhamdulillah..aku baru je sampai merbok...lega rasanya...setelah hampir 2 minggu aku bercuti raya kini dah tiba masanya untuk aku kembali bekerja...kerja yang bertimbun untuk disiapkan...raya tahun kedua tanpa mak sememangnya sukar buat aku dan adik beradik yang lain namun kami berusaha sebaiknya untuk menyambutnya dengan keceriaan. Aku bersyukur punyai keluarga yang benar-benar bersatu hati, berkasih - sayang dan saling membahagiakan...kalau ikutkan dulu kami memang tak seerat ni...ada hikmah di sebalik segala yang berlaku... aku sampai kampung hari selasa pagi dan terus pergi ke semua bank yang ada kat kuantan untuk tukar duet raya tapi semuanya dah habis...sangat penat menunggu dan melihat gelagat pegawai bank yang amat tidak mesra pelanggan..layan je la...balik umah je aku seperti kebiasaannya setiap kali pulang ke kampung lepas bersalam ngan abah aku pergi ke kubur mak..aku rindukan dia...sejuk mata melihat bunga- bunga mekar berkembang di atas pusara mak...lepas berdoa untuk kesejahteraan mak,aku balik rumah dan bantu kak ayu buat apa yang patut..esok harinya baru la abang mie,abang adi dan adek cah balik...kak ida pun ada..cuma kak ana je yang masih di Pekan..aku macam biasa la sementara nak tunggu yang lain balik kena la kemas rumah yang mana patut kan...letih sangat..ngan cuaca yang panas kalau ikutkan nafsu nak je aku minum air tau tapi sabar je la...menda kecik je tu...hehehe(terlentang jugak la tido petang tu)..sehari sebelum raya bersamaan hari khamis memang hari yang amat amat meletihkan aku...pagi tu pegi pekan sehari beli barang-barang,lepas tu gerak ke chini beli cat.. balik je dah kena mula mengecat...aku ngan adi je yang buat..memang sakit la..abg mie bleh dok tido je..huhu..sabar jela...pastu dekcah ngan abg ipar aku tolong..lega la sikit kan...pastu cabut semua bunga-bunga nak basuh..sarung kusyen pun sama..petang tu kak ana balik..lengkaplah semua adek bradik aku..buat pertama kalinya setelah beberapa bulan kami semua adik beradik buka puasa sama sama..saat saat yang paling aku tunggu..sambil makan sambil bersembang kenangan lama..sangat seronok...bergelak ketawa,usik mengusik dan yang paling tak tahan sasaran utama mesti aku...sedih betol..huhu..malam raya macam biasa la kan...betulkan pelita,bubuh minyak dan gantung pelita...ada 12 kesemuanya..terang halaman rumah aku dengan cahaya pelita...anak anak sedara aku main bunga api..aku pun join la..jadi budak kecik sekejap..hehehe..tapi seronok sebenarnya sebab dapat sama sama menyanyi lagu raya dan pusing halaman rumah..dah lama tak rasa macam ni..kami semua berkumpul di halaman rumah...kak ana dengan ceritanya..abg adi dengan kisahnya..kak ayu plak dengan hidupnya..masing2 punya kisah yang berlainan..beginilah kami..jarang bertemu tapi tetap bersama sama...pagi syawal yang indah keesokannya tiba lagi..hati terasa sangat sayu tanpa kelibat mak...awal awal pagi lagi kak ida dah bertempik suruh kami bangun..abah plak memang pukul 5 pagi dah bukak lampu bilik aku..saja nak suruh aku bangun awal..hehehe..pagi tu semua memakai pakain baru..abah dengan baju melayu berwarna ungu yang kami beli, abang mie dengan sepasang baju melayu berwarna hijau dan aku plak warna kuning tahun ni...siap bersamping hitam benang keemasan lagi..hehehe..kami bergerak ke surau untuk sembahyang raya.. ramai yang terkejut tengok aku..macam nak pergi menikah je..hehehe..kat surau dapat la jumpa kawan kawan aku yang dah lama tak jumpa...habis je khutbah, kami terus berkumpul kat rumah...masing masing dah bersiap untuk ke kubur..walaupun cuaca yang mendung dan hujan renyai renyai namun kami tetap jugak nak pergi kubur...buat tahlil untuk arwah mak...masuk je kawasan tanah perkuburan, penuh kereta di sepanjang jalan..semua sanak saudara datang mengunjungi ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu... kami pun sama...habis je tahlil dan berdoa, kami semua siram pusara mak..dalam pada tu aku berdoa moga mak diberi kesejahteraan dia dalam sana, dipermudahkan menjawab soalan munkar dan nakir, diberi limpahan cahaya syurga, digolongkan di kalangan merekan yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta mengharapkan aku tidak akan lupa untuk sentiasa membuat amal yang baik, berdoa dan menjadi seorang anak yang berguna..amin...sampai je di rumah,kami meneruskan amalan bermaaf maafan.air mata abah tak henti henti mengalir..aku sedar betapa peritnya buat abah untuk menerima segalanya..habis je, kami semua menikmati hidangan yang ada..mee kuah, ketupat,lemang,rendang,kuih muih yang dah disediakan.. bagi aku,walau apa pun hidup perlu diteruskan...aidilfitri harus disambut dengan ceria walaupun dalam berduka.. aku bersyukur ya Allah kerana mempunyai sebuah keluarga yang bersatu hati dan bahagia....

Wednesday, September 1, 2010

research oh research....

skang ni aku memang sangat stress yang amat sangat..semuanya gara2 research..aku tak pernah rasa seterok ni...dah beberapa kali edit tapi masih tak dapat memenuhi apa yang dikehendaki..aku dah buntu..tak tau nak buat macam mana...otak aku kusut sangat...balik je petang tadi aku tros tido..pening sangat...pk pasal research la...aku bukannya tak suka research...aku sangat suka tapi bila jadi macam ni aku dah macam berputus asa... letih nak memikirkan untuk tukar tajuk lain..skarang dah minggu ke lapan...masih sempat ke untuk aku tukar tajuk dan buat yang baru.??.oh tidak..aku tak sanggup...sebesar-besar tugasan yang diberi kat aku sebelum ni aku dapat buat tapi research ni btol2 cabar kesabaran dan keupayaan aku....aku yakin yang aku mampu habiskannya dengan baik tapi macam mana??semangat aku dah hilang...nak balik raya pun dah tak tenang..huhu..rasa macam nak tinggalkan semua ni dan lepak je kat kampung sampai habis sem..esok awal2 pagi ada pejumpaan dengan supervisor...argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!serabutnya rasa....Ya Allah, bantulah hambaMu ini agar dapat melalui segalanya dengan baik.....

Tuesday, August 31, 2010

alhamdulillah...aku sangat tenang..

syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan buat diri ini terus menghirup udara dia atas muka bumi ni...hati aku sangat tenang..dah lama aku tak rasa setenang ini...pertama kali dalam semester ni aku langsung rasa tak serabut..mungkin jugak sebab asignment da siap..research plak da antar..so apa2 pun aku tak perlu  pk banyak..just tunggu saat dan tikanya untuk aku pulang ke kampung..rindukan abah..rindukan adek...adek cah..sorang2 nya adek aku yang ada...dia sangat sensitif dan perlukan sokongan..kadang2 walaupun aku sendiri langsung tak bersemangat dan perlukan sokongan tapi aku tetap beri sokongan kat dia...dia lagi muda dari aku..dia jugak seorang perempuan...bagaimana setiap hari dulu dia bersama mak,jaga mak, bagi mak ubat sehinggalah mak pergi buat selama lamanya...macam tu jugak bila abah sakit..dia sentiasa ada untuk titiskan ubat kat mata abah..aku sayang sangat adek aku sorang ni...kadang2 dia mesej aku..dia cakap dia rindukan mak...betapa sebaknya hati aku sebab aku tau dia paling rapat ngan mak.. aku bangga dengan dia..wlaupun mak dah tak ade,dia tetap kuatkan semangat..menjadi pelajar terbaik SPM untuk seluruh chini timur lagi membuat aku kagum ngan dia...adek,abang sayang hang!!!erm...tetiba tak sabar nak balik umah.. aku cuba kuatkan semangat untuk buat abah gembira wlaupun hakikatnya kami semua masih menangisi pemergian mak...alhmadulillah..aku masih punya rakan2 yang sentiasa support aku...terima kasih semua... masa aku ngah sedeh teringatkan mak tetiba sara anta lagu insha Allah by Maher Zain...aku sangat tenang dengar lagu ni..aku ngah menulis ni pun sambil mendengar lagu2 Maher Zain..sangat indah liriknya..segala pujian hanya buat Allah..Alhamdulillah...all praises to Allah....

Jangan Ada Benci

Jangan Ada Benci

Saturday, August 28, 2010

cinta datang lagi...

semua orang perlukan cinta..tanpa cinta mana mungkin kita dapat lahir ke atas dunia ni...aku pun seperti manusia yang lain..ingin mencintai dan dicintai(jiwang la plak kan)...aku pernah bercinta...rasa cinta yang betol2 dan bukan cinta monyet k...saat berkenalan dengan seorang yang amat istimewa...soalan pertama sebelum kami menjadi kawan adalah "aak nak ke kawan ngan saya walaupun saya ni bukan islam?".aku pun jawabla...islam tak pernah membezakan umatnya...semua manusia adalah sama...kita boleh berkawan dengan siapa sahaja yang kita mahu kerana islam untuk semua...dari situ aku mula berkawan dengan dia...agak setahun berkawan pastu kami mula serius...walaupun masing2 sibuk dengan kehidupan masing2 sebab dia masuk kolej matrikulasi dan aku plak setelah 6 bulan bekerja kat restoran sepupu aku dan dapat tawaran uitm plak...tapi kami sentiasa memahami..aku tau yang dia sibuk dan aku juga mula sibuk degan beljar dan assignmnt...kami tak pernah berjumpa sebab dia di sarawak dan aku di pahang...hampir 2 tahun aku ngan dia adalah kenangan yang manis buat aku...dan yang paling tak boleh lupa yang dia datang berkunjung ke rumah aku kat chini timur..mesti pelik kan camane dia yang dok sarawak tetiba boleh sampai kat umah aku kat pedalaman pahang ni...semuanya sudah ditetapkan Tuhan...dia ada program anak angkat yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran malaysia... tetiba plak kawasan yang terlibat adalah negeri pahang...negeri pahang plak kawasan dun chini... aku plak time tu memang tak boleh balik sebab dalam final exam..huhuhu..amatla sedihnya...dah alang2 dia samapi kat chini timur aku pun suruh la dia datang umah jumpa mak,abah,kakak dan adek aku...seronok giler aku dengar yang dia datang umah jumpa ngan keluarga aku...aku la yang sedeket kecewa sebab tak dapat jumpa dia...huhuhu...masa ni la aku yakin yang dia adalah diciptakan buat aku..aku jugak yakin yang dialah jodoh aku tapi ternyata aku salah..Allah dah menetapkan segalanya... beberapa bulan lepas tu dia mintak putus..katanya mak dia tak nak dia bercinta..tumpukan pada pelajaran dan capai cita2...seingat aku time tu aku baru masuk semester 3..nak kata kecewa tu memang sangatla kecewa..orang yang btol2 aku sayang tetiba mintak putus kan...ape pun aku redha...aku trima yang dia bukan untuk aku..tapi aku pernah cakap kat dia..walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan dia..aku nak tengok dia bahagia..seandainya aku bukan jodoh dia aku doakan moga lelaki yang akan memiliki dia mampu untuk menyayangi dia sepenuh hati sebab aku tau dia memang seorang yang baik...aku masih ingat lagi masa kami tengah bercinta, aku ada bagitau dia yang aku takkan kahwin selagi aku tak bahagiakan keluarga aku..abah,mak dan adek bradek aku...aku nak dapatkan kerja yang baik,beli sebuah rumah yang sederhana...lengkapkan perabot di dalamnya,ada simpanan yang cukup, ada kereta dan barulah aku akan kahwin ngan dia...tapi semua tu hanya tinggal kenangan...sampai skarang aku masih lagi berhubung ngan dia...kami masih lagi kawan dan persahabatan kami takkan putus hanya disebabkan apa yang berlaku...aku sayangkan pershabatan ni sebab asasnya aku ngan dia bermula dengan persahabatn...lepas putus ngan dia aku dah tak meletakkan sepenuh harapan untuk bercinta lagi kerana bukan mudah nak jumpa orag yang betol2 memahami kita...faham situasi kita..trima kita seadanya... lepas tu pun aku pernah bercinta tapi tak lama kemudian kembali berseorangan..aku rasa lebih selesa macam ni..punya sahabat dan keluarga di sisi..tak perlu fikirkan soal cinta yang belum tentu akan membawa ke jinjang pelamin...aku pun nak tengok abang2 aku kawen dulu..hehehe..aku expect dalam 6 tahun lagi aku mampu capai impian aku,..pastu baru pk sal kwen..seseorang pernah cakap kat aku.."man, time blaja ni tak yah la pk pasal cinta lagi...membazir je...nak kuar dating nak kena guna duet pinjaman..nak beli hadiah guna duit pinjaman..nak blanje dia makan ke shopping guna duet pinjaman gak..nanti time dah keja baru la syok bercinta..time tu nak beli apa pun atau nak blanje dia makan guna duet gaji kita"..aku mengiyakan apa yang dia cakap sebab sememangnya aku takkan sia siakan duet pinjaman yang aku dapat untuk belajar untuk tujuan tu kan....ayat ni yang paling aku suka..dia bagi tips cket kat aku pasal nak pilih pasangan ni..."Man kadang2 we must be very carefull .. especially dlm bab memilih utk komited into a relationship ni sebab a person like you and me .. busy person ... ambitious .. leaders ... kita perlukan orang yg very understanding, supportive, positive, manje, loving, caring , tapi BUKAN jealous, cemburu, negative, outspoken, pamperd, fragile, dll ... sebab kita ada bnyk kerja nak buat, tanggungjawab kepada masyarakat, keluarga, diri, masa depan, dan infact we are belongs to many things ;)"..so.,aku wat keputusan untuk tidak memikirkan soal cinta lagi..bairlah dia dtang sendiri..aku pun sangat la sibuk nagn macam2 menda...belajar.assignment,research dan pelbagai pogram..lepas raya ada dua pogram yang aku akan lead..tak sabar rasanya nak habiskn dua program ni..arap2 semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..amin....

Friday, August 27, 2010

air mata aku jatuh lagi...

sepatutnya aku sangat epi sebab da abis test dan dapat balik raya dengan senang hati...tapi tenyata air mata aku jatuh lagi bila tengok vedeo seorang ibu yang dimaki hamun oleh anaknya sendiri hanya kerana ibunya berasa takut apabila kereta yang dinaiki perlu menyusuri bukit..hiba hati aku bila mereka memperlakukan ibu mereka seperti tu..wahai anak,sedarkah dengan siapa engkau becakap?dengan siapa engkau maki?dengan siapa engkau herdik mengalahkan orang asing???....Dia,wanita itu adalah ibu kau!!!ibu yang melahirkan,menyusukan dan membesarkan kau sehingga kau berjaya!!!yang dahulunya ketika kau kecil sanggup bersengkang mata semata mata nak halau nyamuk dari gigit kau!!!.yang ada ketikanya air matanya keluar menitis bila kau tak endahkan nasihatnya!!!yang sentiasa mendoakan kau menjadi seorang anak yang soleh dan taat kepadanya!!!.bodohnya kau wahai anak yang tak pernah menghargai segala kebaikan yang telah ibu kau lakukan!!!nescaya kau akan menyesal dengan apa yang telah kau lakukan!!!aku sebak sangat..air mata aku laju je keluar bila mengenangkan mak yang telah satu tahun satu bulan dan dua puluh tujuh hari meninggalkan aku...aku rindukan mak..aku dambakan kasih sayang dan pelukannya..aku perlukan ciuman kasihnya dipipiku..mak,man teramat rindukan mak..terlalu cepat mak pergi meninggalkan man,abah,dan adek bradek yang laen...man nak peluk mak..man nak cium pipi mak..man nak kucup dahi mak..man nak mak masakkan mee kuah untuk man..man nak mak jaga man masa man demam..man nak bawak mak naik pentas ngan man waktu man convo nanti...man nak bawak mak naik haji..man nak belikan mak rumah yang besar..man nak mak restukan hubungan man dan bakal isteri man nanti...mak...bila man dapat buat semua ni mak?man tak sanggup rasanya kehilangan mak...tapi man redha mak..Allah lebih sayangkan mak sebab mak hanya dipinjamkan sementara je untuk man..bila tiba saatnya,Allah kembali ambil mak dari man...man sedar yang Allah lagi sayangkan mak...man sangat letih mak..melalui hari hari yang penuh duka tanpa mak...camane man nak balik raya kat umah macam ni? tak ada lagi peneman setia abah ketika pagi raya tatkala kak ida, kak ayu, abang mie, kak ana,abang hadi, man dan adek cah mohon meminta ampun atas segala dosa yang kami lakukan....Allah..................air mata ni dah tak tertanggung lagi...aku cemburukan mereka yang masih punyai seorang mak...aku sangat marah bila ada orang buat tak endah kat mak dia sebab aku dah rasa bagaimana peritnya kehilangan seorang mak..bukan untuk sementara tapi buat selama lamanya..aku masih rasakan yang mak sentiasa ada..mak cuma pergi bercuti ke satu tempat yang jauh dan aku masih meunggunya pulang walaupun hakikatnya aku takkan punya kesempatan itu lagi..Ya Allah,Kau tempatkanlah ibuku di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..Kau berikanlah limpahan syurga al-jannahMu kepada arwah ibuku..moga dia sentiasa tenang dan damai di sana..al fatihah buat arwah mak FARIDAH BINTI YUSOP... amin....

Saturday, August 21, 2010

perjuangan belum selesai....

perjuangan hidup aku masih panjang...aku punya banyak komitmen perlu ditunaikan...semester ni adalah semester terakhir aku untuk lengkapkan fasa yang kedua hidup aku....Diploma Pentadbiran Awam.. masa mula2 dapat tawaran untuk belajar dalam course ni aku tak pernah tau apa tu pentadbiran awam...aku ingat lagi masa spm dulu cita2 aku nak jadi peguam..aku nak amek law..tapi tak ada rezeki..ternyata Alllah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk teruskan belajar walaupun pada satu masa aku dah berputus asa untuk teruskan belajar....syukur alhamdulillah atas nasihat kawan2 dan keluarga aku terima tawaran uitm untuk intake disember...setahun aku bekerja ternyata hati dan jiwa aku sangat rindukan untuk menuntut ilmu...cemburunya aku tengok rakan2 yang lain dah habiskan satu semester tapi aku masih tak punya apa2...selangkah aku masuk ke uitm kedah aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh... aku tak mahu lagi menjadi seorang yang gagal..aku nak buktikan yang aku juga akn berjaya..aku juga mampu berjaya seperti mereka yang lain....Allah Maha Adil,,,aku berpegang kepada prinsip, sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti dan pasti dia akan berjaya...kali ni aku tak mahu lagi toleh ke belakang..peluang yang datang aku akan gunakan sebaik mungkin kerana aku juga punya cita2 dan impian...2 tahun aku di uitm kedah aku menerima satu tamparan yang cukup hebat sehingga perasaan putus asa untuk belajar datang kembali...kali ni bonda yang aku sayangi pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....mak pergi ketika saatnya aku masih perk=lukan belaiannya..aku tak sempat nak bahagiakan dia..abah yang 32 tahun hidup bersama mak lagilah terasa sedihnya..saat tu aku cuma pikir nak duduk umah je..temankan abah..kesian kat abah..sapa nak jaga dia?ternyata keputusan yang aku nak ambik tu dibantah sekeras kerasnya oleh abah...dia nak aku jadi seorang yang kuat..walaupun mak dah tak de, dia nak aku teroskan blaja..jadi anak yang satu hari nanti mampu buat abah tersenyum...alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan untuk terus belajar samapilah ke hari ini....beberapa bulan je lagi aku akan tamatkan pengajian diploma aku....aku harapkan aku dapat tutup pengajian diploma aku dengan baik....semester ni sangat mencabar..sangat letih..sangat sakit tapi semua tu sekejap je...aku harus tempuhinya dengan penuh sabar..moga segalanya akan baik buat aku...amin...