Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Monday, November 8, 2010
konsep pencarian ilmu....
sesapa yang membaca post ni boleh komen k...sebelum tu nan cerita sikit tentang aktiviti aku hari ni...ap lagi pukul 8.30 aku ada perjumpaan dengan encik Koordinator...pukul 10 pagi aku akan start bertapa di library sebab aku dah janji nak tolong adek-adek part 1 untuk paper PAD 120 dieorang besok...aku sangat suka belajar dan berkongsi ilmu(tak boleh sebut mengajar sebab aku bukan pensyarah atau guru k..)abang raja pernah pesan dekat aku dulu yang kita nak berjaya buukan sorang-sorang tapi kalau boleh kita nak sama-sama berjaya...bagi aku ada betolnya apa yang dia cakap...tapi proses untuk mendapatkan ilmu bukannya mudah..kita kena berusaha keras untuk pastikan yang kita mendapat segala ilmu tu...kita kena bersusah payah, tebalkan muka bertanya walaupun orang anggap soalan tu remeh dan yang paling penting kita kena berdamping dengan mereka yang berilmu supaya kita jugak dapat ilmu tu sebagaimana dia dapat...aku sangat kagum dan tabik dengan mereka yang belajar ketika zaman dahulu..kemudahan asas yang tidak cukup,terpaksa bergelap sebab elektrik tak ada,mandi pakai air telaga,pergi sekolah berjalan kaki dan yang sangat bagus kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu..walaupun tanpa kemudahan asas yang lengkap, mereka tetap bersabar dan sentiasa dahagakan untuk mendapat ilmu..abang aku pernah cerita kat aku yang dia dulu pergi sekolah untuk kelas tambahan pada waktu malam naik basikal...lampu tak ada..so, dia ambik tin milo dan tebuk beberapa lubang di bahagian bawah tin..lepas tu dia letak lilin kat dalam tin tu...betapa sungguhnya dia untuk dapatkan ilmu dan ternyata memang dia berjaya...kita pada zaman sekarang sangat berbeza,,semua kemudahan dah disediakan..bagi pelajar baru,kolej disediakan dengan blik yang besar,almari sorang satu,katil dan juga meja belajar...pergi kuliah je, bilik kuliah semuanya berhawa dingin..tak ada dah kipas macam kat sekolah dulu...amat bertuahnya kita kerana disediakan segalanya tanpa perlu bersusah payah...belajar???bagi mereka yang menghargai segala kelengkapan dan peluang belajar yang diberikan,aku pasti mereka juga sedang meniti kejayaan tapi alangkah sedihnya bagi mereka yang masih tidak sedar akan betapa berharganya untuk mereka belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang...ibu dan bapa sentiasa berharap agar anak-anak mereka dapat pulang dengan kejayaan..ibu dan bapa jugalah yang sentiasa bertanyakan kepada anak-anak mereka bagaimana tentang belajar,duit cukup atau tak dan sentiasa berpesan agar belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya...punyalah sayang dan bangga mereka dengan anak-anak sampaikan sanggup sesetengahnya sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa...berbalik kepada konsep pencarian ilmu tadi,adakah ilmu itu datang dengan sendirinya??? hello kawan, kalau nak berjaya,kena la ada lagak seperti orang nak berjaya...jangan hanya nak berpeluk tubuh dan mengharapkan korang akan berjaya dalam exam..selalu la dekat dengan mereka yang berilmu,korek ilmu tu dan pastikan korang pun pandai macam dia...kalau ada yang tak faham, ringankanlah kaki untuk pergi jumpa pensyarah..dia amat suka kalau kita datang jumpa dia,tanyakan beribu soalan yang kita tak tahu dan pastikan yang kita keluar dari bilik dia dengan kepuasan sebab segala persoalan telah terjawab...kena la bersusah payah sikit kan...lagi satu,jangan sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh solatlah di awal waktu sebab kita bukan nak berjaya atas dunia je tapi kita jugak nak berjaya di akhirat...Allah adalah tempat kita bergantung harap..kejayaan kita juga datangnya dari keizinan-Nya tapi selepas kita berusaha yang terbaik!!aku harap kita sama-sama dapat menjadi di antara mereka yang BERJAYA..SUCCESS!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good luck utk the very last paper.
ReplyDelete=)
thanx...semoga kita sama2 berjaya...
ReplyDelete