Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Saturday, November 20, 2010
aidiladha yang penuh makna...
buat pertama kalinya untuk aidiladha setelah beberapa tahun kami adek bradik dapat berkumpul bersama sama ketika aidiladha...kebiasaannya kami berkumpul hanya ketika hari raya aidilfitri..cuma kali ini kak ayu je yang tiada bersama sama...bagi aku aidiladha kali ini bukan sahaja mengajar kepada aku erti pengorbanan malah amat berharga buat aku sebab aku dapat rapat sangat dengan orang yang sebelum ini sangat sukar untuk aku duduk bersembang,bergelak ketawa dan berkongsi pendapat...orang tersebut adalah abang aku sendiri....raya kali ni amat berlainan bagi aku...aku dapat bersembang dengan dia..dia jugak seronok bersembang dengan aku berkenaan life dia di uitm dulu...aku ingatkan pada zaman aku je nama atau gelaran pelik-pelik diberi oleh senior tapi dah lama menda ni berlaku...abang aku dulu pun macam tu jugak...aku pulak dah tak ingat apa nama yang senior bagi kat aku..hehehe...sangat gembira bila dia seronok nak bersembang,bercerita malah aku tak sangka dapat gelak sama sama ngan dia..tak ada lagi marah- marah...sebelum ni memang dia seorang yang agak panas baran sampaikan kami adek-adek dia takut nak bersembang ngan dia..ya,aku faham yang dia punya tanggungjawab yang besar..dia bukannya seorang yang jenis suka melepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia sia...dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab...dia banyak bantu aku...tiap-tiap kali dia bagi duet belanja kat aku mesti dia pesan supaya berjimat sebab bukan senang nak dapat duit..hakikatnya memang dia keja keras untuk pastikan dia dapat bantu adek-adek dia..dia ada cakap kat aku lepas aku dah habis blajar ni dia pulak yang nak sambung belajar...tak sabar rasanya aku nak menggalas tanggungjawab yang sedang dia pikul sekarang....hari kedua aidiladha,semua dah bertolak balik..abg-abg dan akak-kakak aku semuanyya dah kembali bekerja...kat umah sekarang tinggal aku ngan adek aku jew...ikutkan nak kerja tapi abg aku tak bagi...selagi ada cuti dan peluang duduk kat umah,duduk je jaga abah...lagipun itu dah menjadi tanggungjawab aku..nak harapkan kakak aku pun dia dah berkeluarga dan ada banyak tanggungjawab lain...yup,aku putuskan untuk stay kat umah je...beberapa hari ni rasa malas lagi nak wat keja..nak rehat dulu..pastu baru nak siapkan banyak kerja yang terbengkalai kat umah ni..heheheni pun nak kena basuh kain...ada masa aku tulis lagi..banyak menda nak cerita..tunggu k...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment