Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Sunday, October 24, 2010
sabar itu kan sebahagian dari iman..
aku selalu katakan pada diri sendiri..'man,sentiasa sabar dengan segala kejahatan yang orang lakukan pada kita..doakan moga dia diberi hidayah untuk berubah'..aku bukan seorang yang sukakan pergaduhan..aku bencikan pergaduhan..aku tak suka bila terlibat dalam pergaduhan..bagi aku, semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..aku akui yang aku masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu..aku sentiasa berdoa moga Allah hindarkan aku dari segala kejahatan,buruk sangka orang,hasad dengki dan rasa tidak puas hati orang kepada aku..abah sentiasa ingatkan aku agar jangan sesekali cari pasal dengan orang lain..biarlah orang buat jahat ngan kita tapi jangan sesekali kita balasnya dengan kejahatan juga..aku sentiasa bersabar dalam engharungi setiap apa yang berlaku dalam hidup ni...termasuk jugak belajar..bila aku rasa malas, aku bersabar dan pujuk hati ni agar teruskan belajar agar aku dapat bahagiakan orang-orang yang aku sayang dan telah banyak berkorban buat aku selama ini..kalau aku perlu lakukan sesuatu yang aku tak suka walhal ianya tugas aku.aku sentiasa bersabar dan cuba lakukan tugasan itu sebaiknya..kalau aku perlu menghadap seseorang yang aku tak suka,aku juga berdoa moga segalanya baik dan tidak ada perselisihan faham yang berlaku antara aku dan dia..kerja tetap kerja so aku perlu profesional dalam bekerja walaupun aku tak suka..aku takkan biarkan hanya kerana rasa tidak suka menjejaskan sesebuah organisasi..apa pun yang berlaku,komitmen perlu dipenuhi dengan sebaiknya agar semuanya berjalan dengan lancar..kalau bab belajar, aku rasa aku memang sangat bersabar..stress,tension,kecewa dan sedih sebab tak paham apa lecturer ajar,dapat result yang teruk,tak dapat buat yang terbaik dalam assignment mahupun exam atau malasnya nak menghadap buku adalah antara perkara yang memerlukan aku sabar sangat-sangat...kadang-kadang ada paper yang aku tak suka dan aku tahu kalau aku teruskan rasa tak suka tu,aku memang akan fail..so aku sangat bersabar,pujuk hati ni agar sukakan subjek tu sebab kalau aku fail aku akan lagi stress dan tension..macam jugak nak dapatkan kejayaan..mana ada kejayaan kalau kita malas.. malas nak bukak buku,malas solat, malas buat tutorial,malas pegi kelas, dan pelbagai malas lagi la..kalau nak berjaya aku kena sabar dalam tunaikan setiap kehendak untuk menjadi seorang yang berjaya..sabar habiskan baca buku buku,sabar tunaikan solat pada awal waktu walaupun aku tau kadang-kadang aku leka dan juga sabar mengawal nafsu yang smemangnya tak mahukan aku belajar dan leka ngan menda lain..aku harapkan aku sentiasa sabar...tetiba teringat cerita IP MAN(sangat best!!!!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment