My Readers

Monday, November 11, 2013

sebelum layak bergelar graduan Master di King's College London..


sebenarnya aku tengah buat assignment ni..minggu depan dah nak kena hantar tapi kerajinan tu merayau kejap..jadinya dari aku buat menda lain yang lebih menjadikan aku serba salah, baik aku menulis..sekurang-kurangnya ada jugak manfaat kan...hari ni aku dah mula rasa resah dan rasa resah ni tak akan hilang selagi aku belum benar-benar diumumkan sudah tamat pengajian aku kat sini..serius aku memang tak boleh main-main dah lepas ni.. bayangkan aku hanya ada lebih kurang 10 bulan je lagi sebelum aku kena hantar dissertation pada awal September tahun depan...aku ada tanya kawan aku universiti kat United Kingdom ni sistem grednya macam mana sebab kalau dekat Malaysia ada PNGK/CGPA..bila aku tahu je,  agak tergamam jugak la..kat sini sistem yang digunakan adalah DISTINCTION, MERIT, PASS atau FAIL sahaja..kawan aku cakap kebiasaannya nak dapat Distinction tu sangatlah susah...kena konsisten untuk setiap essay dan exam..purata markah aku mesti 70 dan keatas  baru la aku boleh dapat Distinction..kalau Merit, purata markah di antara 60-69 dan Pass 50-59.. kalau tanya aku, memang aku nak kejar Distinction la kan..dapat 70(A) pun jadi la...kalau korang tengok dekat table kat bawah ni korang akan faham apa yang cuba nak terangkan ni.. 



semester ni aku ada 3 paper..satu ada final exam tapi aku hanya akan ambil pada bulan Mei tahun depan..sepenuhnya 100 % markah bergantung kepada exam.. dua paper lagi sepenuhnya coursework.. salah satunya adalah paper yang sangatlah aku kurang gemari...huhu.. walau apa pun aku tetap kena skor sebab kalau masa Bachelor Degree dulu, yang tak suka tu la yang boleh aku skor..hehe..semester depan pulak aku ada 4 paper.. satu paper wajib dan tiga lagi pilihan...yang tu pun aku rasa memang akan ada final exam..habis je exam bulan Mei, aku dah mula kena siapkan dissertation untuk sepanjang tempoh 3 bulan.. dissertation tu sahaja dah ambil 60 kredit atau 1/3 dari jumlah keseluruhan minimum180 kredit yang aku kena penuhi sebelum aku layak dianugerahkan Master Degree di King's College London...sekali lagi aku tarik nafas panjang.. walaupun ada orang cakap Master ni tak lah sesusah Degree tapi bagi aku cabarannya lagi hebat.. walaupun kelas aku cuma 2 hari seminggu bagi semester ni tapi reading list memang banyak.. aku kena sentiasa bersedia sebelum masuk kelas untuk pastikan aku dapat catch up dengan apa yang diajar.. kalau tak, memang ternganga la aku...untuk dissertation, aku kena hasilkan proposal yang berjumlah 2000 patah perkataan dan perlu dihantar pada bulan Februari..awal Mei pulak aku kena present proposal yang mengambil kira 10% dari jumlah keseluruhan markah bagi dissertation,. untuk final report dissertation, aku kena hantar satu report lengkap yang berjumlah 15000 patah perkataan..tarik nafas panjang untuk kali kedua.. rupanya bukan mudah nak dapatkan segulung Master..aku harap aku akan terus bertahan sampai ke akhirnya.. macam biasa, aku akan buat sehabis baik yang aku mampu..selebihnya kita serahkan pada Dia..

ambil semangat jubah konvo jap..hehe

Saturday, November 2, 2013

My new room...

Alhamdulillah...kalau korang baca tentang entri aku sebelum ni yang aku hadapi masalah dengan rumah, masalah tu dah selesai.. benar, aku percaya di sebalik kesulitan dan ujian yang Allah bagi, pasti Dia juga telah sediakan jalan keluar yang terbaik dari segala masalah ni..kebetulan bila aku tengah serabut nak cari rumah baru, aku terbaca satu post di facebook yang mana ada satu bilik kosong untuk disewa berdekatan Camberwell Green.. kalau ikut lokasi, memang dekat dengan King's College London..aku hanya perlu ambil satu bas je dah terus boleh sampai...itu pun dalam 10-15 minit je dari rumah...harga untuk sebulan agak mahal la bagi aku tapi apa yang lagi penting adalah tuan rumah.. aku bersyukur sangat sebab tuan rumah adalah orang Malaysia yang dah lebih 10 tahun menetap dekat sini.. aku panggil dia MakIda.. orangnya sangatlah baik...senang untuk aku berurusan...bila aku pergi view rumah, aku memang sangat puas hati dengan bilik tu walaupun agak kecil tapi cukup la sebab aku sorang je kan..aku nak tenang dekat sini.. aku harap sangat aku boleh terus fokus habiskan pengajian aku..tak perlu nak fikir tentang hal yang remeh-temeh semua tu.. housemate aku pun memang baik..kami tinggal bertiga dalam rumah tu.. semua orang Malaysia.. sorang sambung PHD dekat London School of Hygiene & Tropical Medicine dan sorang lagi sama universiti dengan aku buat Master..sorang pensyarah dan sorang lagi Pegawai Tadbor Diplomatik (PTD)..memang hebat-hebat..aku harap kekal la dekat sini sampai September tahun depan insyaAllah... 

ini la bilik aku yang baru..ungu...hehe

lengkap dengan sejadah, Al-Quran, tuala..senang cerita tak payah susah-susah nak beli apa dah..semua disediakan...

ada meja study,ampaian,, heater, kipas, seterika...

aku suka lampu meja tu..aku akan pasang tiap kali aku nak tidur//

toilet yang sangat bersih

view tingkat atas..aku stay top floor..

tangga nak turun..memang kemas dan bersih

dapur..semua ada..peti sejuk, periuk,pinggan mangkuk, blender, lesung batu, oven, microwave..senang cerita memang sesuai untuk aku yang suka masak ni...hehe

view dari bilik aku...

dekat dengan East St Market..macam-macam ada jual..murah pulak tu

dekat jugak dengan park..petang-petang aku suka lepak dekat sini =)

Abah...




Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

Abah..mak..moga kalian berbahagia di sana..Ya Allah, Kau lepaskanlah mereka dari azab kubur, berikanlah mereka limpahan syurga al-jannahMu, jauhkanlah mereka dari neraka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani dan mendidikku sejak kecil lagi..jangan Kau jadikan amalan seharianku sebagai asbab untuk mereka mendapat azab di sana...amin...ini doa yang aku tak pernah lekang untuk ucapkan setiap kali selepas solat, sebelum tidur mahupun ketika sujud.. semalam hari lahir abah.. tersentak sekejap kerana tiba-tiba ada reminder di skrin telefon aku..ya, tahun ni kalau ikutkan hari ulangtahun abah yang ke-64..tahun ni juga adalah tahun kedua abah pergi meninggalkan kami adik beradik..setiap hari, setiap jam malah setiap detik aku tak pernah lupa betapa indahnya senyum, gelak-tawa abah..betapa hati ni meronta rindukan abah... seorang lelaki yang memberi inspirasi buat aku untuk terus lakukan apa sahaja yang aku impikan.. tak pernah sekali dia pukul aku walau sedegil mana pun perlakuan aku dulu...masih aku ingat lagi betapa dia inginkan aku berjaya..dia sanggup lakukan apa sahaja yang penting aku gembira.. tak pernah sekalipun dia terlupa untuk hantar dan ambil aku pulang dari sekolah..kalau ada sebarang pertandingan tak kisah la pertandingan syarahan, pidato, perbahasan mahupun debat, dia la orang yang paling kalut... katanya nak berjaya kena la berlatih bersungguh-sungguh... baru lah boleh menang..dia akan bawak aku pergi sarapan kat warung arwah En Rani, rakan baiknya...bangga dia bagitau kat kawan-kawan dia yang aku nak masuk pertandingan..naik segan pulak aku bila pakcik-pakcik yang ada dekat kedai tu bagi kata-kata semangat untuk aku menang..ada kalanya aku juga kalah tapi abah tak pernah marah..kalau dah usaha sungguh dan dah buat yang terbaik, tak perlu nak menyesal..anggap je tak ada rezeki.. ya, aku tersenyum memikirkan betapa bertuahnya aku punya abah sebaik itu..aku tarik nafas panjang, pejamkan mata dan setitik demi setitik air mata aku jatuh.. bukan senang kawan nak hidup tanpa ibu dan bapa..aku bersyukur dan aku aku redha setakat itu sahaja kesempatan yang Allah bagi untuk aku bersama mereka..tak akan ada peluang lagi untuk aku bercakap, bersua mahupun berutus surat buat mereka.. tiap kali hari lahir abah, aku mesti akan telefon rumah untuk ucap selamat...cuma aku rasa ada satu tahun tu aku terasa hati dengan abah..adik ada mesej ingatkan aku tentang hari lahir abah..aku tetap berdiam diri.. selalunya akulah yang akan jadi orang pertama ucapkan tapi kali ni aku langsung tak telefon..betapa egonya seorang anak nak tunjukkan yang dia terasa hati dengan ayah tapi ternyata sifat seorang ayah tak pernah terasa hati dengan sikap anak dia.. abah tak pernah sikit pun marah dengan sikap aku..dia biarkan aku untuk puas dengan apa yang aku lakukan.. ya, anakmu ini sangat teruk abah.. tatkala marah sudah reda, aku cepat-cepat mohon maaf dengan abah.. mana mungkin aku boleh renggang dengan abah sebab aku sangat manja dengan dia,..sejauh mana kaki aku melangkah, aku takkan pernah lupakan detik terindah dengan lelaki terhebat di hati aku..abah, man bangga sangat dengan abah...man minta maaf abah sebab man tak sempat nak tunaikan segala janji man dengan abah. man nak sentiasa banggakan nama abah yang selama ni susah payah besarkan man.. man nak abah sentiasa tersenyum dekat sana..ya, sungguh air mata ni tak mahu berhenti mengalir setiap kali aku titipkan rasa rindu buat abah mahupun mak.. sudah lebih 1 tahun 10 bulan 8 hari 7 jam dan 32 saat abah pergi menemui Dia yang abadi... moga kalian damai di sana.. 

*AL FATIHAH UNTUK  ABAH, ABDUL LATIP BIN ABDULLAH YANG PERGI MENGHADAP ILAHI PADA 24 DISEMBER 2011 DAN MAK, FARIDAH BINTI YUSOP PADA 30 JUN 2009...


Sunday, October 20, 2013

First assignment for my Master Degree...


hari ni dah 20 haribulan...ada 8 hari lagi sebelum aku kena hantar assignment aku yang pertama...semester ni aku ada 3 paper dan 1 je yang ada final exam...mungkin bulan 1 lepas cuti krismas...yang 2 paper lagi memang sepenuhnya coursework...memang aku nak kena fokus untuk pastikan esei dan kerja kursus aku dapat markah yang baik..memang la kalau ikutkan kelas 2 hari je seminggu tapi tak bermakna lagi 5 hari lagi tu cuti..huhu..banyak reading list yang perlu dibaca..sistem pengajaran dan pembelajaran kat sini memang berbeza dengan Malaysia...kami memang kena rajin buka student portal dan student email.. kalau kat sini student portal dipanggil KEATS (King's E-Learning and Teaching Service).. semua maklumat berkenaan kursus yang diambil, bahan pengajaran dan jadual peperiksaan ada kat portal ni..setiap maklumat terbaru akan dihantar terus ke email pelajar..memang bagus sangat.. sebelum mula kelas, lecturer akan update bahan pengajaran di dalam KEATS. Slide show dan artikel yang berkaitan dengan topik yang akan diajar akan dikongsi kepada pelajar.. jadi semua pelajar boleh baca dulu sebelum mula kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih mudah.. sekurang-kurangnya sebelum mula kelas, pelajar dah boleh faham apa yang akan dipelajari.. 

 yang ni email rasmi aku..semua akan dimaklumkan dekat sini


yang ni la KEATS..memang sangat bermanfaat

kalau dekat kelas tutorial, kelas akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil.. dalam 10-15 orang je untuk satu group...lepas tu akan dibahagikan pulak kepada beberapa group menjadi group yang lagi kecil.. 3-4 orang macam tu..dalam group tu, kami kena bincangkan apa yang dah dipelajari masa kelas lecture.. 30 minit sebelum kelas tamat, setiap group akan bentangkan hasil perbincangan... setakat ni aku rasa aku la yang paling kekok.. tak biasa lagi dengan suasana macam ni dan tentunya tak berapa nak faham dengan British accent kan..laju sangat cakapnya..haha..aku harap dapat biasakan diri dengan semua ni secepat mungkin..rasa macam setahun tak cukup la pulak kan..tapi apa pun aku akan cuba yang terbaik.. untuk assignment aku yang pertama ni, aku kena buat formative essay dan perlu dihantar kepada Program Administrator dan Personal Tutor.. 1500 patah perkataan..tak boleh lebih atau kurang...adeh, haha..sekarang ni aku masih lagi mencari bahan dan hari ni jugak kena mula menulis..kalau tak ok, aku kena buat semula..huhu..jam dah menunjukkan pukul 11.17 pagi..maka seharusnya aku nak kena mandi sebab nak pergi open house rumah kawan aku...nanti aku update ek..hehe..

Titipan khas buat Cik Pensyarah...

Assalamualaikum cik pensyarah... maaf sangat sebab tak balas mesej hang...dah sampai London baru aku sedar yang aku tak balas mesej hang lagi..haha.. apa pun terima kasih banyak-banyak atas sokongan hang buat aku selama ni...sejak dari Diploma sampai la ke Ijazah banyak pengalaman suka-duka yang selalu kita kongsi.. aku tak boleh bayangkan macam mana la kalau aku hilang kawan macam hang.. ingat lagi satu ketika yang hang marah sangat dengan aku sebab satu hal tu..serius aku buntu tak tau nak buat apa dah..haha.. nasib baik la persahabatan kita baik semula...sebab hang la aku berani untuk capai apa yang aku impikan.. aku ingatkan kita berdua dapat la sambung sekali ke luar negara kan tapi akhirnya aku sorang ja yang sambung... ingat tak masa semester akhir, masa tu hang yang bersungguh suruh aku sambung Master kat luar negara.. aku memang rasa yang aku langsung tak layak..al-maklumlah aku kan biasa-biasa saja..tapi alhamdulillah sekarang ni dah sebulan lebih aku dekat sini..banyak yang aku nak cerita dekat hang tapi nanti la ek..satu-satu aku kongsi..aku masih dalam proses nak biasakan dengan semua benda dekat sini.. aku akui memang susah sebenarnya bila Melayu yang jiwanya penuh kemelayuan ni nak tinggal dekat bumi asing ni kan...haha...hampir semua benda aku nak kena belajar sendiri.. insyaAllah kalau sempat nanti aku buat video ceritakan apa yang aku lalui kat sini..satu yang aku pasti, aku memang sukakan London.. persekitaran yang sangat klasik dan indah..banyak bangunan lama tapi dijaga rapi oleh kerajaan sini.. yang lagi buat aku kagum, dieorang gunakan ni sebagai aset untuk tarik pelancong datang ke sini... pemikiran orang kat sini pun maju.. semua tahu hak masing-masing..kalau kat jalan raya tu memang aku hormat sangat.. kat sini memang jaranglah jalan raya nak sesak.. orang lebih suka naik bus macam kita..hehe..tak pun naik train atau tube.. pengangkutan awam yang sangat efesien..kalau tube tu aku rasa seminit sekali kot..kalau hang terlepas satu pun tak risau apa lagi sebab seminit lagi yang lain akan sampai..kalau bab kawan-kawan sekelas, banyak yang menarik aku nak kongsi.. aku rasa aku antara yang paling ketinggalan kat kelas tu.. course aku tak ramai..semua ada dalam 24 orang ja...memang dari macam-macam negara la..kebanyakannya dah bekerja dan dah pegang jawatan hebat-hebat..sistem pendidikan kat sini sangat berbeza dengan apa yang kita belajar kat Malaysia..semuanya sangat sistematik dan setiap bahan digunakan dengan seoptima yang mungkin.. emm, kalau bab cuaca tu aku rasa hang memang tak boleh duduk kat sini..haha.. cuaca makin sejuk.. hari ni suhu lebih kurang 6 darjah.. bulan depan dah masuk musim sejuk.. dijangka juga yang paling ekstrim untuk dekad ni..hadoi, memang nak kena sedia baju tebal-tebal la..semalam baru ja aku pi shopping sikit-sikit.. kat sini shopping tak payah nak kata la..memang banyak pilihan...kualiti pun ok..pasal masalah aku tu dah hampir selesai..23 hari bulan ni aku masuk rumah baru..agak mahal tapi kali ni lebih selesa dan tenang untuk aku..lagi dekat dengan kampus dan aku hanya perlu naik bas ja..nanti aku cerita lebih lanjut.. apa pun terima kasih untuk kata-kata semangat hang..rasa lega sikit dan tak sabar nak habiskan pengajian aku kat sini.. yang pasti aku nak berjaya walaupun aku tau cabarannya sangatlah getir.. hang tau kan pasal ranking terbaru universiti terbaik dunia?King's College London tersenarai dalam top 20 Universiti Terbaik Dunia oleh QS World University Ranking 2013(tangga ke 19).. serius aku tak sangka boleh belajar kat universiti yang hebat ni dan lagi la buat aku takut..huhu..insyaAllah ada masa aku update lagi.. selamat berjaya juga buat hang..aku doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan yang terbaik untuk hang..jumpa lagi!!!

*coretan ini khas buat sahabat baik aku, Cik Pensyarah dan aku yakin dia akan membaca coretan ini =)

Friday, October 11, 2013

Cabaran hidup di London #1

Sebenarnya aku nak sangat tulis semuanya pasal yang indah-indah je sepanjang aku berada kat London ni tapi nantilah kot sebab aku rasa ada benda lagi penting yang aku nak kongsi dengan korang semua...aku rasa cabaran yang paling utama setibanya aku dekat London adalah mencari rumah sewa.. aku buat keputusan untuk cari rumah sewa dekat luar sebab penginapan yang universiti bagi amatlah mahal..bayangkan kalau 29.50 sehari..bermakna aku kena bayar lebih kurang 770 pound untuk setiap bulan..aku punya elaun bukanlah banyak sangat..jadinya untuk berjimat kena la cari penginapan kat luar..macam-macam benda yang perlu korang fikirkan sebelum korang nak cari rumah sewa kat luar.. yang utamanya tentulah pasal bayaran kan..keduanya berkenaan tuan rumah...ketiganya tengok lokasi yang bersesuaian.. jangan la cari rumah yang terlampau jauh dengan universiti. Nanti susah pulak nak gerak ke kampus...kala universiti kat zon 1 tapi duduk zon 2 tu kira ok lagi la...kat sini pengangkutan awam sangat efisien. Kalu tube tu aku rasa setiap seminit ada...kalau bus pun dalam 5 minit sekali..kalau tertinggal tube atau bas tak la menyesal sangat sebab nak tunggu yang seterusnya tak lama kan...apa yang aku lalui selama sebulan dekat sini dah cukup untuk mengajar aku banyak perkara..kali ni aku fokuskan dekat rumah sewa dulu.. beberapa hari lepas aku menumpang rumah kawan, akhirnya aku dapat sebuah bilik yang sangat murah dan tempatnya sangat strategik..bilik yang aku dapat tu sebulan cuma 455 pound termasuk semua bil.. memang kalau tanya kat semua orang pun akan cakap tak mungkin akan dapat bilik semurah tu..rumah tu pulak memang dekat sangat dengan Stesen Tube.. bila dah tandatangan perjanjian semua aku pun pergi la tengok bilik.. memang ok.. katil double bed, ada sebuah meja belajar dan almari pakaian yang besar.. aku memang puas hati...jumpa pulak dengan tuan rumahnya.. seorang nenek yang aku rasa umurnya lebih 70 tahun dah.. muka agak bengis... peringatan pertama yang dia bagi kat aku adalah tak dibenarkan untuk bawa balik kawan atau pelawat..kedua, aku tak dibenarkan untuk memasang internet dekat rumah...hmmm..fikir panjang jugak la pasal ni..memang tak berapa nak logik la sebab aku pelajar kot.. internet tu memang sangat penting untuk aku...lepas tu aku pikir mungkin boleh beli broadband..dah selesai satu masalah...yang aku risaukan sekarang kawan aku langsung tak boleh nak datang rumah walaupun untuk satu minit..kebetulannya minggu lepas kawan aku yang belajar dekat University of Sheffield datang melawat aku..aku pun pergi la ambil dia dekat Stesen Bas dan bawa balik rumah sementara nak tunggu hari pagi..memang lepas tu kiteorang rancang nak keluar pusing-pusing London...aku harapkan semuanya ok la kan..baru je lepas solat subuh, aku pun baring la kejap...setengah jam lepas tu aku dengar bunyi bising kat luar bilik...tiba-tiba pintu bilik aku dibuka.. aku nampak muka tuan rumah yang sangat bengis tu suruh aku keluar pergi dapur.. tak sempat nak cakap apa, dia nampak pulak kawan aku ada sekali dalam bilik..dia punya la mengamuk...halau kawan aku keluar bilik masa tu jugak..bukan dia je, aku sekali kena halau...dia maki aku, cakap yang bukan-bukan, dan saat tu aku rasa dihina teruk sangat..aku kena halau macam anjing..dia suruh aku kemas semua barang-barang aku masa tu jugak dan keluar dari rumah tu...aku betul-betul tergamam..aku cuba nak pergi tengok apa yang berlaku dekat dapur tetapi dia suruh aku keluar dari rumah tu cepat..dia kata aku dah basahkan lantai bilik air rumah dia sampai air menitik jatuh ke bawah dan bawah tu adalah kedai roti dia...dia kata siling kat kedai dia akan runtuh disebabkan aku..sekali lagi aku tergamam..apa yang aku dah buat? bila masa pulak aku basahkan lantai bilik air rumah dia? aku ambil wuduk pagi tu pun sangat hati-hati..nak basuh kaki aku basuh kat dalam tab mandi..Housemate aku yang lain semua diam je..semua macam salahkan aku sebab dieorang dah duduk lama dekat situ dan sepanjang tempoh tu tak pernah lagi berlaku masalah macam ni.. jadinya memang dengan tuan rumah tu sekali ingat aku ni pembawa masalah.. tak habis-habis dia maki aku.. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa  masa tu..bila aku nafikan, dia tetap kata aku salah dan dia nak aku bayar ganti rugi... serius memang aku tak pernah kena seteruk macam tu..nasib baik la aku ada kawan.. dia datang tolong angkat barang aku dan buat sementara waktu ni aku menginap dekat rumah dia..esoknya agen rumah telefon cakap yang tuan rumah bagi masa kat aku sampai 20 haribulan ni je untuk aku duduk dekat rumah tu.. lepas tu aku kena cari rumah lain..dia akan bayar balik deposit aku tetapi dia akan tolak 200 pound sebab kerosakan yang aku dah buat..aku memang rasa teraniaya sangat..kalau aku buat aku akan mengaku yang aku salah dan memang patut dia minta ganti rugi tetapi masalahnya sekarang aku tak buat seperti apa yang dia cakap...bila aku cuba cakap dengan agen, dia tak boleh buat apa sebab duit bukan ada dekat dia..tuan rumah tu yang pegang..memang gila betul nenek tua tu..bila dah tenang semua, aku redha.. takpe la..ini ujian yang Allah nak bagi untuk aku..biarlah dia ambil duit tu..aku yakin Allah punya rencana yang terbaik untuk aku...dah dua hari aku tak sihat...minggu ni aku tak pergi kelas..aku jugak kena pikir pasal kat mana la aku nak tinggal lepas ni...memang betul-betul tekanan..rasa trauma dengan apa yang dah terjadi..sekarang ni aku kena cari rumah lain dan keutamaan aku adalah tuan rumah.. harga dah jadi nombor dua..kalau tuan rumah ok walaupun harga mahal sikit aku dah tak kisah sangat sebab aku nak hidup tenang dekat sini..perjalanan aku masih panjang dan aku perlu habiskan pengajian aku dengan sebaiknya..moga ada jalan untuk aku keluar dari segala masalah ni...


Monday, September 30, 2013

Aku bukan untuknya...

Dalam beberapa bulan ni aku asyik fikirkan tentang ni..aku takut yang aku akan menyesal nanti kalau aku tak berterus terang..aku tahu yang aku dengan dia sudah tak ada apa- apa..aku akui yang aku memang ego untuk mengakui apa yang aku rasa tetapi tak bermakna aku tak sayangkan dia..aku tahu aku yang salah sebab lepaskan dia.. saat tu aku redha jika aku bukan jodohnya..sebelum aku berangkat ke London, aku nak sangat jumpa dia..luahkan segalanya yang dah aku pendamkan tapi dia seakan berdalih..macam tak sudi nak jumpa aku..beberapa hari sebelum berangkat, aku mesej dia dan aku tekad kali ni aku kena berterus terang..aku diterima atau ditolak itu perkara kedua..apa yang lebih penting aku mahu katakan padanya bahawa aku ikhlas ingin menjadikan dia suri dalam hidup aku..aku nak dia tunggu aku habis belajar dan aku janji akan masuk meminang dia sebaik aku tamatkan pengajian..cuma sebelum aku nak lafazkan semua ni aku perlu pastikan satu perkara terlebih dahulu..adakah dia masih sayangkan aku dan masihkah punya ruang dalam hatinya untuk aku? Harapan aku tak tinggi sebab aku tahu dia masih lagi terluka dengan tindakan aku dulu..apa pun jawapannya aku kena terima.. sekurang- kurangnya dah terlepas beban yang selama ni aku pendam.. ya, dan dia menolak aku dengan alasan masih tak dapat lupakan apa yang telah aku buat padanya dulu..dan tidak ada ruang lagi dalam hatinya untuk aku..saat tu aku rasakan betapa tinggi egonya.. betapa dia mahukan aku pergi dari hidup dia..sampai hari ni aku masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang membuat dia sungguh tak dapat terima aku..akhirnya hari ni jugak terjawab segala kemusykilan tu.. dia bakal diijabkabulkan dan aku pasti sekarang dia sudah sah menjadi isteri orang..rupanya dia dah ada yang berpunya dan pastinya aku bukan terbaik buat dia..sekali lagi aku  harus terima bahawa dia bukanlah jodohku..walau macam mana pun aku nak cuba pujuk, kini aku takkan mampu lagi.. menyesal? Mungkin ya kalau aku tak rendahkan ego aku dan berterus terang dengan dia betapa aku mahukan dia menjadi halal buatku..tak ada apa yang aku gusarkan..dia dah pun memilih apa yang terbaik buat diri dia..aku doakan moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik dia dan pasangannya hingga ke syurga..aku? Masih lagi begini.. walau apa pun perjuangan tetap harus diteruskan..misi aku sekarang nak habiskan master aku cepat- cepat.. kalau masih rasa nak merantau, mungkin aku akan teruskan pengajian ke peringkat PHD dekat sini.. jodoh? Serius memang aku dah tak nak fikir lagi setakat ni..cukuplah dulu dengan segala apa yang dah aku lalui..tak serik pun.. bak kata kawan baik aku bunga bukan sekuntum kan..mungkin ada banyak lagi bunga dekat taman lain yang masih aku belum jumpa dan aku percaya Allah dah tetapkan jodoh yang lebih baik buat aku.. semuanya bergantung kepada masa samada cepat atau lambat je.. aku suka dengan kata- kata seorang kawan baik aku ni.. " insyaAllah man jodoh kau dengan orang lain..yang boleh terima kau dan keluarga kau seadanya..yang boleh pimpin kau masa ko hilang arah..yang bisa bantu kau untuk selalu ingat Allah..yang mampu jaga harta dan maruah kau bila kau keluar mencari rezeki...kita tak tahu apa rencana Allah..jangan risau orang yang baik akan dipertemukan dengan orang yang baik jugak..banyakkan berdoa pada Allah.. Dia kan Maha Mendengar" yup..aku redha dengan ketentuanNya...


Sunday, September 29, 2013

Impian menjadi kenyataan..Thank u guys!!!

ingat lagi masa ni bulan 3..aku pergi Pameran Pendidikan MARA dekat PWTC untuk tanya berkenaan peluang sambung belajar di UK...

Dan alhamdulillah kini aku dah pun mendaftar di King's College London..

Di kesempatan ni aku nak ucapkan bebanyak terima kasih untuk semua doa dan harapan buat aku dalam meneruskan pengajian aku  di King's College London..bermula dengan kawan-kawan ex UiTM Merbok.. juju, angah,amin dan keroll... terima kasih sebab luangkan masa untuk lepak dengan aku walaupun aku tahu korang masing-masing sibuk dan penat dengan kerja... tersingkap balik semua memori masa dekat Merbok dulu..5 Tahun tu..bukan waktu yang singkat..banyak sangat kenangan yang telah tercipta...mana mungkin aku boleh lupakan korang semua kawan..sebelum tu juga aku sempat keluar dengan kawan baik aku masa Diploma dulu, Aizat...thanks bro belanja makan walaupun tak sempat nak tengok wayang sesama... dengan masa yang singkat tu aku rasa lebih baik aku habiskan dengan bersembang...memang banyak pun yang sempat aku share dengan kawan baik aku yang sorang ni...aku juga berkesempatan untuk keluar minum dengan dua orang saudara aku yang masih muda tapi masing-masing punya tanggungjawab dan impian yang besar..untuk ayim dan hilmi, good luck guys.. pastikan korang buat apa yang dah korang rancangkan...fokus pada apa yang korang buat...ketepikan apa yang tak penting tu...belajar dari pengalaman...ini masanya Allah nak uji kita..ucapan terima kasih jugak untuk sahabat baik aku yang baru je kahwin. Epen..rasanya banyak sangat nasihat yang berguna dia dah bagi kat aku terutamanya tentang hakikat hidup..insyaAllah aku harapkan persahabatan kita kekal sampai akhir hayat..selamat belayar bro..aku bangga dengan ko..walaupun dalam usia yang masih muda, ko dah dapat capai hampir semuanya yang ko inginkan.. nasib baik sempat juga dekat departure hall.. berlari dia semata-mata nak kejar dapat jumpa aku sebelum aku berlepas..thank u so much bro!!! beberapa hari sebelum berlepas sempat juga lepak dengan kawan ex Teknik Kuantan dulu.. Fuad, Azwad dan Pi'e..kawan yang memang gila..haha...apa pun korang tetap terbaik..antara orang yang sentiasa menyokong dan menasihatkan aku terutama dalam aspek akademik adalah Encik Koordinator..sekali lagi aku nak ucapkan bebanyak terima kasih untuk dia..kalau tak kerana dia mungkin aku takkan terfikir langsung nak sambung ke luar negara...dia juga datang hantar aku ke KLIA...sampai aku check in pun dia masih tunggu...insyaAllah saya akan terus berusaha kuart dekat sini sir..hehe..yup, ada sorang lagi yang sangat aku kaguni yang sentiasa memberi tunjuk ajar dekat aku iaitu Abang Raja Shamri..antara pakar motivasi yang terbaik pernah aku jumpa kat Malaysia ni...malam aku nak berangkat tu sempat hubungi dia...then masa dalam flight, dia hantar mesej..dia kata ada post something dekat wall facebook aku...esoknya bila aku baca lagi la rasa terharu...terima kasih sangat-sangat abang... ni yang buat aku lagi semangat nak capai segala yang aku citakan...tak lupa juga buat mak angkat aku di Penang.. sebak bila nak cakap dengan dia.. selalu mendoakan agar segalanya terbaik buat aku..terima kasih mak untuk kasih sayang..terasa sangat belaian seorang ibu...aku juga dapat banyak panggilan dan mesej  dari kawan-kawan dan saudara mara..kak chik linda, angah jiha, along najwa, kak ngah, azarul, sara, kayla, ana, era, en nashril, en helmi, wawa. ayu dan semualah...perjuangan aku baru bermula dekat sini.. dari langkah pertama aku jejakkan kaki di London lagi aku berjanji dengan diri sendiri aku akan berusaha sungguh-sungguh..cabaran dan arusnya kali ni berbeza..apa pun halangan , aku kena tetap sabar habiskan setahun ni.. insyaAllah..mohon doanya terus semua...

thanks brother!!!

Hari Pertama di London...

ini sambungan dari entry yang sebelumnya..hehe..keluar je dari kapal terbang, aku terus cari kat mana la jalan keluar..nak ambil beg cepat-cepat sebab risaukan orang yang nak tunggu aku ni tunggu lama..mana taknya..kalau ikutkan aku dijangka sampai pukul 7.40 pagi tapi disebabkan flight delay ditambah lagi keadaan kat Heatrow Airport hari tu memang sesak, lebih kurang 9.40 pagi baru aku boleh keluar.. aku ingatkan kat UK Border Agency tak ramai, rupanya penuh dengan international students yang sama tujuan macam aku jugak...serius lagi bertambah kerisauan aku...harap sangatla kawan yang nak menunggu aku tu tak balik..kalau dia balik memang masak la aku..mana aku nak pergi..rumah tak ada..nak mendaftar pun tak boleh sebab ada dua hari lagi..jalan memang harapan la aku nak tahu...cepat je aku jalan menuju jalan keluar lepas ambil beg..tengok-tengok ada nama Rahman yang ditulis dekat Samsung Tab rasanya... terus bersalaman..alhamdulillah...nasib baik la mereka masih tunggu.. terima kasih banyak-banyak untuk Faiq, Luqman dan Izzanie sebab ambil aku dekat airport..dieorang terpaksa tunggu lama kot sebab aku...huhu... lepas tu terus kiteorang pergi dekat tube station...dan itulah pertama kali juga aku menjejakkan kaki di London...suasananya memang sangat berbeza...angin sejuk sangat kuat...dah mula terasa aura London...hehe..untuk sementara ni aku menumpang dekat rumah dieorang dulu...sebenarnya antara tiga orang tu yang aku memang dah kenal sebelum aku sampai London hanya Faiq je.. aku memang banyak terhutang budi dekat Faiq..banyak yang dia tolong aku..kalau nak tahu sebelum ni aku memang dah dapat rumah..sangat cantik..sewa pun murah..aku dah janji dengan landlady tu yang aku akan bayar deposit hujung bulan Ogos..disebabkan ada beberapa masalah dengan pihak penaja, aku tak dapat nak bayar pada waktu yang ditetapkan..aku cuba la merayu mohon ditangguhkan sikit masa lagi tapi orang British ni memang sangat strict..dia ingatkan aku saja nak main-main..jadinya dia batalkan terus contract rumah yang sepatutnya aku duduk tu..memang terkontang-kantinglah aku nak kena cari rumah lain..nasib la kenal Faiq..cukup baik hati nak bantu aku carikan rumah dan sementara tu dia bagi aku tumpang rumah dia...kat rumah tu semuanya pelajar Malaysia..banyak yang aku nak cerita pasal dieorang ni tapi dalam entry seterusnya la ek.. balik je terus sarapan dan naik bilik untuk rehat..al maklumlah masih jet lag..haha...lepas zohor macam tu baru la faiq ajak keluar makan dan jalan-jalan...part ni memang terbaik..pun aku nak cerita next entry..hehe..

Berangkat ke London...

akhirnya setelah hampir dua minggu aku dekat London, baru dapat nak update blog..rindunya nak menulis apa yang aku rasa sepanjang aku berada dekat sini...disebabkan banyak sangat perkara yang menarik yang dapat aku nikmati dan pelajari dekat sini, aku nak update pasal hari pertama dulu..serius memang aku rasa Allah memang nak uji aku bila aku terpaksa berlepas sorang-sorang dari Malaysia.. selalunya orang lain ada juga yang akan berteman..mungkin kawan atau mungkin juga pasangan masing-masing.. tapi aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ni... sehari sebelum aku berlepas iaitu 14 September, aku memang dah ada dekat area KLIA..semangat kan??haha...aku sebenarnya dah tempah sebuah homestay untuk keluarga aku dekat area Banting..cuma 10 minit je nak ke KLIA...bukan apa aku cuma tak nak kelam-kabut je nanti...bila dah dekat ni senang la kan...habiskan sepenuh masa dengan keluarga sebab mereka je yang aku ada.. cuma kali ni berbeza sikit sebab abang sulung aku tak dapat balik...apa pun perjuangan harus tetap diteruskan...serius aku memang rindukan semua yang ada di Malaysia...bila difikirkan balik, dulu saat aku kecewa. sedih dengan apa yang dah aku lalui aku mohon dengan Allah agar aku dapat pergi ke tempat yang jauh.. yang tak ada orang kenal aku..yang mana aku tak perlu hadapi lagi dengan segala apa yang selama ni buat aku kecewa dan sekarang..ya, Allah telah kabulkan doa itu man!! aku pergi ke satu tempat yang memang jauh..13 jam perjalanan..seharusnya aku tak menyesal kerana ini adalah apa yang aku mahu..kan??? hahhh..marah dengan diri sendiri?? tak lah..aku rasa perasaan ni hadir bila aku berseorangan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam..aura negatif mula menghampiri..macam-macam yang aku fikir...antaranya adalah kenapa kau nak sangat belajar ke tempat yang sejauh tu? kenapa kau suka nak tinggalkan adik beradik kau sedangkan kau sangat sayangkan mereka? kenapa kau tak pilih je universiti yang ada dekat Malaysia ni? kenapa. kenapa dan kenapa??? arghhhh...aku benci dengan semua tu...saat tu memang airmata aku tak berhenti mengalir.. memikirkan aku baru saja bersalam dengan semua adik beradik aku, sahabat aku epen dan encik koordinator yang selama ni sentiasa menyokong aku...lalu aku tarik nafas panjang... aku pejam mata..aku mengucap..aku berkata dengan diri sendiri..man, hang dah melangkah sejauh ni..perlu ke hang nak menyesal? hang tahu apa tujuan hang sambung belajar dekat sana..pergilah, tak ada orang yang akan halang.. kejarlah cita-cita hang...banggakan mak abah yang sentiasa ada dekat hati hang.. walau sepayah mana pun keadaan yang hang bakal lalui, hang sendiri tahu yang sebenarnya hang mampu tempuh..setahun bukan satu tempoh yang lama sangat..pejam celik pejam celik habislah setahun tu..adik beradik hang semua dah restu.. depa semua bangga dengan hang..teruskan perjalanan dan pulanglah dengan sebuah kejayaan... yup, dan aku terus hembuskan nafas yang panjang dan aku buka mata...mula menerima segalanya dengan penuh redha.. sampai je dekat Amsterdam, aku terus bergegas ke Gate C sebab penerbangan aku yang seterusnya tak sampai setengah jam je lagi..sejam kemudian tiba di Heatrow.. hati dah mula resah..bateri handset dah habis...ada ke orang yang akan tunggu aku dekat Heatrow Airport?sekali lagi aku tertekan...arghhhh!!!

Monday, September 9, 2013

hakikat sebuah persahabatan...

bila berbicara hal persahabatan, dalam entri sebelum ni memang dah banyak aku ceritakan betapa aku sayang dan hargai persahabatan yang terjalin...bukan mudah kita nak bina sebuah persahabatan yang kukuh...bila nak berpisah je, mesti ramai yang akan cakap "moga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila".. hakikatnya ia tak seperti yang dikata...masing-masing ada haluan hidup...ada yang jalannya amat berliku sampaikan ada yang hampir putus asa...untunglah mereka yang dipermudahkan jalannya..tak perlu menempuh banyak halangan untuk sampai ke destinasi yang dituju...aku?? jalan yang dilalui penuh onak duri.. habis kaki berdarah tetapi aku tetap teruskan langkah...bagi aku, luka tu akan pulih tetapi semangat mesti kena kuat sebab aku buktikan yang aku juga mampu berjaya...kita tak boleh nak harapkan orang akan faham segala apa yang dah kita lalui dalam hidup...kita juga tak boleh nak harapkan yang kawan yang dulunya dianggap sahabat itu akan sentiasa ada di sisi mendengar segala apa yang kita rasa...memang tak boleh!! kadang-kadang aku rasa kecewa bila aku meletakkan harapan yang tinggi dalam mengekalkan sebuah persahabatan...setiap kali aku rindu sahabat-sahabat yang pernah memberi kebahagiaan buat aku dulu, aku akan bertanya khabar tetapi di akhirnya aku yang kecewa kerana sapaan aku tidak dibalas..aku faham sahabat..sibuknya hidup kamu...berlikunya jalan kamu...sehinggakan aku bukan lagi menjadi pilihan untuk kamu berkongsi cerita hidupmu...aku sangat faham...inilah hakikat sebenar sebuah persahabatan..kini aku belajar untuk lupakan apa yang pernah aku agungkan selama ini...pengalaman ternyata menjadi guru terbaik mengajar aku akan erti sebuah persahabatan..kini aku anggap persahabatan itu adalah satu cebisan kenangan di dalam hidup aku...moga sahabat-sahabatku aku berjaya di dunia dan di akhirat...kini aku lebih menghargai mereka yang aku anggap sahabat sejati...bukan hanya ada untuk aku berkongsi kisah suka tetapi apa yang lebih penting, mereka ada tatkala aku rebah dan sedia menghulurkan tangan agar aku bangkit berjalan seiring dengan mereka...terima kasih sahabat...walau kemana aku pergi, jasamu akan tetap aku sanjung sampai bila-bila..itu janji aku!!!

Sunday, August 25, 2013

anugerah syawal terindah...

alhamdulillah...dah 18 hari kita berada di bulan syawal...syukur dipanjatkan kepada Allah sebab dapat laksanakan sebulan ibadah puasa...rasa sekejap sangat masa berlalu...kalau sebelum ni aku bercerita tentang impian aku nak ke London, kurang dari tiga minggu lagi je aku akan ke sana...oh cepatnya!!! serius memang banyak lagi yang belum selesai...nanti aku cerita untuk entry seterusnya ok... berbalik kepada sambutan syawal, tiada apa yang menarik melainkan kami 7 beradik dapat berkumpul beraya bersama.. agak menarik tahun ni sebab dapat beraya dengan kakak ipar baru... Tahun depan jugak aku bakal dapat 2 orang anak buah baru...tahniah untuk abang amin beserta isterinya kak hidayah dan kak ida dengan suaminya... alhamdulillah, makin besarlah keluarga kami...awalnya aku rasakan memang tahun ni akan jadi sangat suram bila dengarnya kakak aku tak dapat balik beraya tetapi akhirnya dapat jugak kami berkumpul..biarpun cuma sekejap tetapi cukup bermakna buat aku...tahun depan dah jadi perantau...memang berdendang perantau la aku jawabnya...tak dapat nak digambarkan macam mana la keadaannya nanti...raya pertama macam biasa la...malam raya tu kami semua sibuk memasak sama-sama..rendang dan ayam masak merah kakak-kakak kembar aku yang buat...lemang pun buat jugak tahun ni...yang tu kerja orang lelaki la kan...esoknya, lepas je solat sunat hari raya, kami akan bermaafan sesama adik beradik..aku ingatkan tak menangis tahun ni tapi bila pandang je muka kakak dan abang aku, terus terbayangkan wajah abah dan mak.. tak sangka tempat mereka dah berganti dengan abang amin dan kak ida...sebelum ke kubur, kami bergambar kenangan dulu...aku bakal rindukan semua ni nanti...sampai je kubur, hati memang dah mula sebak...terbayangkan senyuman arwah mak dan abah...insyaAllah aku nak banggakan mak abah sebab aku tahu dieorang akan sentiasa ada disisi aku menemani kemana saja aku pergi...balik je dari ziarah pusara arwah mak dan abah, jiran sebelah rumah dah panggil.. selalu kalau raya ni makan kuih raya tapi kat rumah dia makan durian...terbaik tak??haha...memang lain dari yang lain...lepas tu bersusun la pergi rumah jiran-jiran.. yang paling seronok  bila pergi beraya rumah jiran depan rumah...untuk kali kedua, aku dapat biskut belang untuk dibawak balik..haha...orang pergi beraya je aku siapa dapat satu bekas bawak balik lagi..terima kasih la untuk jiran depan rumah aku yang sangat baik hati...sempat jugak beraya rumah kawan baik awah mak.. peluk dia terasa macam peluk arwah mak...baiknya dia dengan kami adik beradik...moga Allah terus kurniakan dia kesihatan yang baik...raya kedua pulak memang seharian tak ada kat rumah.. misinya kali ni pergi beraya ke rumah saudara-mara dekat Kuantan...malam tu terus hantar kakak ke terminal dia dah kena balik Penang...raya ketiga pulak sesi beraya bersama kawan-kawan lama...kami berenam pergi ke Kemaman beraya rumah kawan baik aku...serius, aku rindu sangat dengan kehidupan di Sekolah Teknik dulu...rindu kat kawan-kawan yang dulu selalu bergelak ketawa sekali... sekarang berapa orang je yang masih aku rapat...yang lain sibuk dengan kehidupan masing-masing...aku harap sangat dapat jumpa semua sebelum aku berangkat nanti..raya keempat, semua dah berpecah.. aku macam biasa la akan ikut abang aku balik ke Bangi...lepas tu mula la sesi beraya aku ke Selayang, lepas tu ke Penang, dan balik je dari Penang terus ke Melaka sebab kawan baik aku kahwin...habis je kenduri, bermula pulak sesi berehat di Pantai Morib Banting...fuhhhh...anugerah syawal kali ni amat bermakna walaupun lepas balik bercuti tu otak aku dah kembali serabut...haha..apa pun tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir & Batin.. mohon diampunkan segala salah dan silap samada yang sengaja atau tidak..kosong-kosong ok!! =)

ingat senang ke nak bakar lemang ni??aku pun tak larat nak tunggu tau..hehe

kakak kembar aku yang sangat cute =)

Kak Ayu dan Adam yang comel dan gebu..hehe

Keluarga Kak Ana

keluarga Kak Ida

keluarga besar aku =)

kami 3 orang je yang masih bujang..huhu

kami 7 beradik...

biskut belang ni memang terbaik...kesukaan aku setiap kali raya

dalam ni ojan takde sebab dia yang tangkap gambar...haha..semua kawan-kawan masa kat sekolah teknik dulu..

Sunday, June 23, 2013

rindunya zaman sekolah rendah...

hari ni aku berkurung je kat rumah...al maklumlah jerebu teruk sangat...lepas aku masak dan makan tadi, tetiba ada sorang kawan add aku kat facebook...tengok nama je aku dah kenal...rupa-rupanya meang kawan lama aku...kawan baik masa aku sekolah rendah...kiteorang dulu kira geng la...selalu petang-petang mesti kiteorang akan datang rumah member kiteorang yang satu lagi ni...buat kerja sekolah tapi aku rasa sekejap je buat...sembang je lebih..haha...yang lagi best, siap je kerja sekolah kiteorang akan main rondes..tau rondes? tak tahu pi google sendiri lahhh...malas nak terangkan... haha...nak dekat maghrib baru la balik rumah.. kalau jawapan yang buat tu salah, alamatnya semua salah la kannn...hahaha...how much i missed the moments...bila la agaknya aku boleh jumpa korang lagi kan...bila masing-masing dah bawak haluan ni, memang teringat sangat kenangan-kenangan dulu...betapa seronoknya kita belajar dan bermain,..cewahhhh...hahaha...mana nak dapat geng macam tu bila semua dah besar ni...atiqah dah kahwin...kalau dengar suara dia memang rock...rock habis lahhh...sama jugak macam norita..rasanya dia ni tak kahwin lagi..sekarang kerja kat keramat...emirul pun dah kerja kat pasir gudang katanya...kali terakhir aku jumpa dia masa kat sekolah teknik dulu sebab sekolah kiteorang bersebelahan je...seingat aku dia ni memang atlit sekolah...memang hebat main bola sepak...lepas tu terus tak berhubung...tak sabar nak tunggu makan nasi minyak dia...hehe...sorang lagi namanya zahira...budak bijak dia ni...sekarang sem akhir dekat UPM..selalu jugak la jumpa ngan dia...kalau dia tak datang rumah, aku la pergi umah dia...dah berpunya dan aku pun menunggu jugak la bila masanya akan bersatu kan?aku? lambat lagi...nak habiskan master aku dulu..hehe...

Impian ke London...

aku tak pernah terfikir pun sebelum ni untuk sampai ke London sebab aku tahu aku tak mampu...dari lepas SPM lagi aku memang langsung tak ada keyakinan untuk belajar jauh-jauh..ye la..result aku biasa-biasa je kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang sangat cemerlang masa SPM dan tentunya dapat peluang untuk sambung belajar ke luar negara, aku memang hanya pelajar yang biasa je... ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku...hampir-hampir aku putus asa untuk sambung belajar gara-gara kecewa tidak mendapat tempat untuk belajar di universiti yang aku idamkan. aku tekad untuk bangkit semula...waktu beberapa bulan tu aku memang rasa tersisih dan waktu itulah jugak banyak mengajar aku untuk kenal siapa kawan yang sebenar...aku sedar yang tak ada siapa akan bantu aku untuk berjaya kalau aku tak usaha sendiri... semangat untuk cipta kejayaan tu datang balik dan sampai sekarang tak pernah padam..kali ini aku tak akan biarkan ia padam lagi...alhamdulillah, akhirnya terbuka juga peluang aku untuk merasa kehidupan di negara orang...LONDON...sebuah kotaraya yang tak pernah mati...penuh dengan tarikan yang membuatkan ramai teruja untuk sampai ke sana...pertama kali aku berhasrat untuk memohon ke universiti di sekitar United Kingdom, aku sudah terbayangkan alangkah bertuahnya jika aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk ke sana...terima kasih buat para pensyarah yang sentiasa menyokong aku untuk teruskan pengajian peringkat sarjana ke sana...aku ingat lagi masa semester terakhir ijazah, Encik Nazni yang merupakan pensyarah aku suruh aku mohon biasiswa untuk ke Ohio University... aku memang buat tak kisah je sebab aku rasa aku tak layak nak ke sana...lagipun bukan senang nak dapatkan tajaan...pelajar sekarang ni semuanya bijak-bijak...jadinya aku abaikan jela...lepas je aku dapat keputusan peperiksaan akhir dengan status Anugerah Naib Cancelor, pensyarah aku a.k.a encik koordinator suruh aku apply oversea...dia kata, result dah bagus dan kamu pun dah memang bagus sambung la ke luar negara.. inilah masanya nak teroka negara luar...terus aku rasa nak cuba...manalah tahu kalau-kalau ada rezeki... bila dapat tahu yang aku dapat tajaan MARA, tetiba aku jadi sebak...tak sangka yang aku juga layak...tak sangka yang  akhirnya aku akan ke London untuk sambung belajar...tak sangka yang impian aku akan tercapai... insyaAllah buat masa sekarang aku tengah tunggu tawaran rasmi perjanjian dari MARA dan dalam proses untuk siapkan VISA...jika tiada aral melintang, aku akan mendaftar di King's College London pada 16 September nanti di dalam jurusan Public Services Policy & Management... doakan aku agar dipermudahkan semuanya ya....

Sunday, June 16, 2013

aku rindu senyumanmu abah...


Ya Allah...tetiba rasa sebak..hanya mampu melihat orang lain mengucapkan selamat hari bapa...masing-masing menyingkap balik kenangan terindah bersama bapa dieorang...baguslah..aku sentiasa mendoakan bapa kalian di bawah payungan kasih sayang Allah, diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup... sementara masih diberi kesempatan dan peluang oleh Allah, berbaktilah kepada dia dengan apa jua cara sekalipun...gembirakan dia...biar senyuman tak lekang di mukanya;;;biar dia merasa alangkah bertuahnya dan bersyukurnya punya anak macam kita...bahagiakanlah hari-hari dia dan jangan sesekali buat dia sedih.. satu hari nanti pasti kita akan rindukan semua  tu...hanya Allah je yang tahu macam mana rindunya aku pada abah....ya, abah memang seorang yang suka senyum..ramah sangat orangnya...sifat-sifat peramah abang memang aku warisi... setiap hari pasti ade je sesuatu yang dia akan buat untuk buat anak-anak dia gembira...di sebalik senyum tu, aku tahu betapa sukarnya dia nak besarkan kami adik beradik...bukan mudah tetapi atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah dia sentiasa berikan sehabis baik yang dia mampu...aku bersyukur diberi kesempatan untuk 22 tahun membesar, menerima didikan yang amat sempurna dari abah dan abah menjadikan siapa aku sekarang...mungkin kejayaan yang aku raih tak dapat dia lihat tapi aku tahu dia kan sentiasa senyum lihat aku berjaya capai apa yang aku impikan kerana dia sentiasa menjadi penyokong yang setia...apa sahaja aku lakukan, kiranya itu terbaik buat aku, maka baiklah buat dia... abah akan selalu berdoa moga aku mampu menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti...langkah dan jalan itu sudah aku nampak...cuma tinggal sikit masa lagi untuk aku tunaikan impian dia melihat aku berjaya...abah, man rindu nak tengok abah senyum..man rindu sangat bila abah dukung man, pujuk man setiap kali man merajuk dengan mak dulu...abah tak pernah pukul man...abah setia hantar dan ambil man sejak dari tadika lagi sampai la ke sekolah menengah....abah, man yakin Allah jaga abah dengan sangat baik.. Allah sangat sayangkan abah sebab tu Dia ambil abah dari man...tak ape abah...man tak sedih cuma man rindukan abah je...man nak sangat peluk abah dan cium pipi abah...man janji abah man akan jadi anak yang baik untuk abah sebab man nak abah tenang dan bahagia kat sana...senyuman abah sentiasa menjadi kekuatan untuk man abah jangan risau, anak abah ni dah cukup kuat untuk lalui semuanya...terima kasih abah untuk segalanya...Al-Fatihah untuk arwah abah, Abdul Latip Abdullah dan arwah mak, Faridah Yusof...

Sunday, June 2, 2013

peritnya sebuah perjuangan..


aku tahu bukan mudah nak berjaya..ada kalanya kita rasa dah tak mampu nak teruskan...perlu kembali mencari semangat dan kekuatan agar hati ni terus kental menghadapi segalanya...pada mereka yang sabar  dan cekal melalui setiap kepayahan dalam menuntut ilmu, yakinlah pasti akan ada hasil kejayaan nanti...adatlah mana yang ada mudah dalam menuntut ilmu...aku pun masa diploma sampai la ke ijazah, dah merasa susah dan senangnya...tambah-tambah di waktu yang kritikal dengan tugasan yang berlambak nak kena siapkan...kalau senang tak pe la jugak tapi memang kena perah otak sehabis-habisnya..berpuluh-puluh buku nak kena baca semata-mata nak dapatkan isi kandungannya...journal dan article jangan cakap la...yang lagi menambahkan rasa sesak bila kerja yang berkumpulan jadi individu...sangat menguji kesabaran...apa yang paling penting dalam situasi yang macam ni, kita kena sentiasa berfikiran positif... aku dulu, walaupun ada kawan yang tak buat kerja, aku buatkan untuk dia...pertamanya, aku tak nak disebabkan dia akan menjejaskan markah tugasan secara berkumpulan...secara langsung jugak akan menjejaskan "carry mark" aku untuk subjek tu...keduanya, aku sentiasa fikir positif...kita buat maka kita la dapat..kita yang akan jadi pandai...abang raja selalu pesan, kalau dia lulus dan cemerlang di universiti disebabkan hasil kerja orang lain, tak semestinya ke depan dia akan terus cemerlang..tunggu la bila masuk kerja nanti...memang dia akan menyesal...aku tahu ramai yang sekarang tengah nak siapkan macam-macam menda sebelum nak hadapi peperiksaan akhir...tido lambat tu memang perkara biasa la kan...waktu-waktu macam ni memang emosi kita tak stabil..nak cepat marah je...atau pun cepat sangat sensitif atau sedih...kalau rasa macam ni, ingatkan wajah ibu bapa yang sentiasa nakkan kita berjaya...samada dia masih ada atau tak, sentiasa rasakan kehadiran dia di sisi kita dan senyum buat kita...tatap wajah kesayangan kita...ingat tujuan asal kita untuk masuk universiti...menangislah kalau perlu..menangislah kalau itu dapat mengubat segala rasa sedih dalam hati kita...tapi jangan terus hanyut dalam kesedihan...bangkit semula...buktikan yang kita mampu lakukan...kata pada diri yang kita juga mampu berjaya..insyaAllah hati pasti tenang dan semuanya akan dapat dilalui dengan baik...selamat berjaya buat semua!!!

Saturday, June 1, 2013

PTD kali ni terus ke peringkat interview??


agak terkejut jugak la bila ada yang mengatakan untuk tahun ni, sesiapa yang lulus ujian PTD hari tu akan terus ke peringkat temuduga...biar betul?? untuk pengetahuan korang semua, kebiasaannya untuk dilantik menjadi pegawai kadet PTD, seseorang tu harus melepasi 3 peringkat...yang pertama ujian, yang kedua Assessment Centre (PAC) dan kalau lepas kedua-dua peringkat ni baru la akan dipanggil untuk ke peringkat yang terakhir iaitu temuduga..memang sangat susah nak dapat PTD ni sebenarnya.. untuk kepastian, aku pun bukak la laman web SPA.. yup, memang betol yang kali ni peringkat kedua dihapuskan...bermakna, sesiapa yang lulus atau dikecualikan dari ujian hari tu akan terus ke peringkat interview...memang kelebihan la untuk sapa-sapa yang lulus kali ni kan...jadinya sekarang tunggu untuk dipanggil temuduga terus... tolongla jangan lambat-lambat...nak juga merasa pengalaman temuduga PTD kan...

betul apa orang cakap kan???

Wednesday, May 29, 2013

Pengalaman di Pusat Latihan Memandu Cemerlang...

cerita pasal belajar memandu aku tak habis lagi tau...haha...kali ni aku cuma nak berkongsi pengalaman sepanjang aku belajar memandu di Pusat Latihan Memandu Cemerlang Bandar Baru Bangi...sebelum aku pilih PLMC ni, aku ada la jugak survey semua kelas memandu yang ada di BBB ni...yang aku jumpa ada tiga...satu tu memang "kaw-kaw" mahalnya...sampai seribu lebih cuma untuk tambah kelas kereta je... yang satu lagi ni agak ok la harga dia tapi ada caj tersembunyi yang memang aku tak suka...jadinya aku pilih la PLMC sebab pertamanya, yang uruskannya adalah orang Melayu..yang kedua, harga dia agak murah la berbanding tempat lain...untuk tambah kelas kereta aku cuma bayar RM 730 sampai dapat lesen P termasuk belajar memandu selama 10 jam...tak ada caj tersembunyi dan kakak yang uruskan ni sangatlah baik dan professional...kalau mana-mana yang tak ada lesen motor dan kereta cuma bayar RM 990 je sampai dapat P...aku memang sengaja ambik kelas memandu 10 jam sebab aku memang tak pernah bawak kereta sebelum ni...kalau yang dah pandai tu ambik kelas 5 jam pun dah ok...

murah kan???

litar tempat belajar memandu ni dekat jalan nak pergi Dengkil... tak jauh la dalam 10 minit je dari BBB...Litar dia pun memang kemas dan bukit dia tak la tinggi sangat...jadi mudah sikit nak lulus..hehe...lagi satu hal yang paling aku suka tentang PLMC ni adalah cikgu yang mengajar memandu.. memang bagus dan bersungguh-sungguh nak ajar...aku dapat Cikgu Firdaus..aku syorkan sapa-sapa yang nak belajar memandu pergi la belajar dengan dia...seorang yang menepati masa..kalau janji pukul 12 nak ambik depan rumah, tepat jam 12 dia sampai..kalau kelas memandu 3 jam, memang 3 jam la sesi belajar memandu...aku ingat lagi kali pertama belajar dengan dia..memang banyak kali kena marah sampai aku pun dah "blur"...aku agak tak puas hati jugak la sebab dia anggap aku macam dah biasa bawak kereta padahal aku pertama kali kot memandu...kena la faham sikit..tapi bila dah balik rumah baru aku sedar yang marah dia tu memang berasas..dia tak nak aku lakukan sebarang kesilapan yang akan membuatkan aku gagal masa ujian JPJ nanti...untuk sesi yang seterusnya tu aku dah ok.. biar aku kena marah janji aku dapat belajar memandu dengan betul dan lulus nanti...untuk Cikgu Firdaus, terima kasih banyak-banyak sebab sabar mengajar saya...cikgu memang terbaik!!! walaupun aku mengulang 2 kali untuk ujian JPJ tapi aku tetap puas hati...terima kasih jugak dekat Pusat Latihan Memandu Cemerlang yang menguruskan segalanya buat aku =)