ingat lagi masa ni bulan 3..aku pergi Pameran Pendidikan MARA dekat PWTC untuk tanya berkenaan peluang sambung belajar di UK...
Dan alhamdulillah kini aku dah pun mendaftar di King's College London..
Di kesempatan ni aku nak ucapkan bebanyak terima kasih untuk semua doa dan harapan buat aku dalam meneruskan pengajian aku di King's College London..bermula dengan kawan-kawan ex UiTM Merbok.. juju, angah,amin dan keroll... terima kasih sebab luangkan masa untuk lepak dengan aku walaupun aku tahu korang masing-masing sibuk dan penat dengan kerja... tersingkap balik semua memori masa dekat Merbok dulu..5 Tahun tu..bukan waktu yang singkat..banyak sangat kenangan yang telah tercipta...mana mungkin aku boleh lupakan korang semua kawan..sebelum tu juga aku sempat keluar dengan kawan baik aku masa Diploma dulu, Aizat...thanks bro belanja makan walaupun tak sempat nak tengok wayang sesama... dengan masa yang singkat tu aku rasa lebih baik aku habiskan dengan bersembang...memang banyak pun yang sempat aku share dengan kawan baik aku yang sorang ni...aku juga berkesempatan untuk keluar minum dengan dua orang saudara aku yang masih muda tapi masing-masing punya tanggungjawab dan impian yang besar..untuk ayim dan hilmi, good luck guys.. pastikan korang buat apa yang dah korang rancangkan...fokus pada apa yang korang buat...ketepikan apa yang tak penting tu...belajar dari pengalaman...ini masanya Allah nak uji kita..ucapan terima kasih jugak untuk sahabat baik aku yang baru je kahwin. Epen..rasanya banyak sangat nasihat yang berguna dia dah bagi kat aku terutamanya tentang hakikat hidup..insyaAllah aku harapkan persahabatan kita kekal sampai akhir hayat..selamat belayar bro..aku bangga dengan ko..walaupun dalam usia yang masih muda, ko dah dapat capai hampir semuanya yang ko inginkan.. nasib baik sempat juga dekat departure hall.. berlari dia semata-mata nak kejar dapat jumpa aku sebelum aku berlepas..thank u so much bro!!! beberapa hari sebelum berlepas sempat juga lepak dengan kawan ex Teknik Kuantan dulu.. Fuad, Azwad dan Pi'e..kawan yang memang gila..haha...apa pun korang tetap terbaik..antara orang yang sentiasa menyokong dan menasihatkan aku terutama dalam aspek akademik adalah Encik Koordinator..sekali lagi aku nak ucapkan bebanyak terima kasih untuk dia..kalau tak kerana dia mungkin aku takkan terfikir langsung nak sambung ke luar negara...dia juga datang hantar aku ke KLIA...sampai aku check in pun dia masih tunggu...insyaAllah saya akan terus berusaha kuart dekat sini sir..hehe..yup, ada sorang lagi yang sangat aku kaguni yang sentiasa memberi tunjuk ajar dekat aku iaitu Abang Raja Shamri..antara pakar motivasi yang terbaik pernah aku jumpa kat Malaysia ni...malam aku nak berangkat tu sempat hubungi dia...then masa dalam flight, dia hantar mesej..dia kata ada post something dekat wall facebook aku...esoknya bila aku baca lagi la rasa terharu...terima kasih sangat-sangat abang... ni yang buat aku lagi semangat nak capai segala yang aku citakan...tak lupa juga buat mak angkat aku di Penang.. sebak bila nak cakap dengan dia.. selalu mendoakan agar segalanya terbaik buat aku..terima kasih mak untuk kasih sayang..terasa sangat belaian seorang ibu...aku juga dapat banyak panggilan dan mesej dari kawan-kawan dan saudara mara..kak chik linda, angah jiha, along najwa, kak ngah, azarul, sara, kayla, ana, era, en nashril, en helmi, wawa. ayu dan semualah...perjuangan aku baru bermula dekat sini.. dari langkah pertama aku jejakkan kaki di London lagi aku berjanji dengan diri sendiri aku akan berusaha sungguh-sungguh..cabaran dan arusnya kali ni berbeza..apa pun halangan , aku kena tetap sabar habiskan setahun ni.. insyaAllah..mohon doanya terus semua...
thanks brother!!!
No comments:
Post a Comment