aku tak pernah terfikir pun sebelum ni untuk sampai ke London sebab aku tahu aku tak mampu...dari lepas SPM lagi aku memang langsung tak ada keyakinan untuk belajar jauh-jauh..ye la..result aku biasa-biasa je kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang sangat cemerlang masa SPM dan tentunya dapat peluang untuk sambung belajar ke luar negara, aku memang hanya pelajar yang biasa je... ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku...hampir-hampir aku putus asa untuk sambung belajar gara-gara kecewa tidak mendapat tempat untuk belajar di universiti yang aku idamkan. aku tekad untuk bangkit semula...waktu beberapa bulan tu aku memang rasa tersisih dan waktu itulah jugak banyak mengajar aku untuk kenal siapa kawan yang sebenar...aku sedar yang tak ada siapa akan bantu aku untuk berjaya kalau aku tak usaha sendiri... semangat untuk cipta kejayaan tu datang balik dan sampai sekarang tak pernah padam..kali ini aku tak akan biarkan ia padam lagi...alhamdulillah, akhirnya terbuka juga peluang aku untuk merasa kehidupan di negara orang...LONDON...sebuah kotaraya yang tak pernah mati...penuh dengan tarikan yang membuatkan ramai teruja untuk sampai ke sana...pertama kali aku berhasrat untuk memohon ke universiti di sekitar United Kingdom, aku sudah terbayangkan alangkah bertuahnya jika aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk ke sana...terima kasih buat para pensyarah yang sentiasa menyokong aku untuk teruskan pengajian peringkat sarjana ke sana...aku ingat lagi masa semester terakhir ijazah, Encik Nazni yang merupakan pensyarah aku suruh aku mohon biasiswa untuk ke Ohio University... aku memang buat tak kisah je sebab aku rasa aku tak layak nak ke sana...lagipun bukan senang nak dapatkan tajaan...pelajar sekarang ni semuanya bijak-bijak...jadinya aku abaikan jela...lepas je aku dapat keputusan peperiksaan akhir dengan status Anugerah Naib Cancelor, pensyarah aku a.k.a encik koordinator suruh aku apply oversea...dia kata, result dah bagus dan kamu pun dah memang bagus sambung la ke luar negara.. inilah masanya nak teroka negara luar...terus aku rasa nak cuba...manalah tahu kalau-kalau ada rezeki... bila dapat tahu yang aku dapat tajaan MARA, tetiba aku jadi sebak...tak sangka yang aku juga layak...tak sangka yang akhirnya aku akan ke London untuk sambung belajar...tak sangka yang impian aku akan tercapai... insyaAllah buat masa sekarang aku tengah tunggu tawaran rasmi perjanjian dari MARA dan dalam proses untuk siapkan VISA...jika tiada aral melintang, aku akan mendaftar di King's College London pada 16 September nanti di dalam jurusan Public Services Policy & Management... doakan aku agar dipermudahkan semuanya ya....
Mudah-mudahan en Rahman akan dimudahkan urusan oleh Allah SWT dalam urusan menyambung pelajaran nanti.Amin
ReplyDeleteJom Beli Kaspersky Antivirus Murah 2013
amin...mudah mudahan la....terima kasih =)
ReplyDelete