My Readers

Saturday, November 2, 2013

My new room...

Alhamdulillah...kalau korang baca tentang entri aku sebelum ni yang aku hadapi masalah dengan rumah, masalah tu dah selesai.. benar, aku percaya di sebalik kesulitan dan ujian yang Allah bagi, pasti Dia juga telah sediakan jalan keluar yang terbaik dari segala masalah ni..kebetulan bila aku tengah serabut nak cari rumah baru, aku terbaca satu post di facebook yang mana ada satu bilik kosong untuk disewa berdekatan Camberwell Green.. kalau ikut lokasi, memang dekat dengan King's College London..aku hanya perlu ambil satu bas je dah terus boleh sampai...itu pun dalam 10-15 minit je dari rumah...harga untuk sebulan agak mahal la bagi aku tapi apa yang lagi penting adalah tuan rumah.. aku bersyukur sangat sebab tuan rumah adalah orang Malaysia yang dah lebih 10 tahun menetap dekat sini.. aku panggil dia MakIda.. orangnya sangatlah baik...senang untuk aku berurusan...bila aku pergi view rumah, aku memang sangat puas hati dengan bilik tu walaupun agak kecil tapi cukup la sebab aku sorang je kan..aku nak tenang dekat sini.. aku harap sangat aku boleh terus fokus habiskan pengajian aku..tak perlu nak fikir tentang hal yang remeh-temeh semua tu.. housemate aku pun memang baik..kami tinggal bertiga dalam rumah tu.. semua orang Malaysia.. sorang sambung PHD dekat London School of Hygiene & Tropical Medicine dan sorang lagi sama universiti dengan aku buat Master..sorang pensyarah dan sorang lagi Pegawai Tadbor Diplomatik (PTD)..memang hebat-hebat..aku harap kekal la dekat sini sampai September tahun depan insyaAllah... 

ini la bilik aku yang baru..ungu...hehe

lengkap dengan sejadah, Al-Quran, tuala..senang cerita tak payah susah-susah nak beli apa dah..semua disediakan...

ada meja study,ampaian,, heater, kipas, seterika...

aku suka lampu meja tu..aku akan pasang tiap kali aku nak tidur//

toilet yang sangat bersih

view tingkat atas..aku stay top floor..

tangga nak turun..memang kemas dan bersih

dapur..semua ada..peti sejuk, periuk,pinggan mangkuk, blender, lesung batu, oven, microwave..senang cerita memang sesuai untuk aku yang suka masak ni...hehe

view dari bilik aku...

dekat dengan East St Market..macam-macam ada jual..murah pulak tu

dekat jugak dengan park..petang-petang aku suka lepak dekat sini =)

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah..tuan rumah melayu dan islam..sangat baik..tak berkira.. tenang sangat rasa =)

      Delete
  2. Salam tuan nak tanya..senang tak dapat rumah/bilik untuk family dekat sana..berapa anggaran sewa..cukup tak kalau sekadar menggunakan duit biasiswa..maaf tuan ye kalau soalan saya banyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..boleh saya tahu kawasan mana yang en.maksudkan tu? kalau untuk family biasanya ramai yang tinggal agak jauh dari central london..zon 3 atau 4 sebab murah..insyaAllah pengalaman kawan dekat sini cukup je..kena banyak berjimat dan masak sendiri dekat rumah..

      Delete