"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang." -Imam Syafie
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Friday, November 18, 2011
segenggam tabah...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Thursday, November 17, 2011
atlit teraniaya: dapat emas tetapi tak dapat naik podium...
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) harus memberi penjelasan mengenai kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki negara yang pulang hampa tanpa menghadiri majlis penyampaian hadiah di Palembang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menghambur pujian ke atas empat jaguh negara pada ketika sama menafikan kejadian itu berpunca daripada kemelut dalaman KOM.
“Saya rasa ia disebabkan soal kelemahan pentadbiran atau terlepas pandang,” katanya di Putrajaya, semalam.
“Tidak pasti sama ada kuartet berkenaan dianaktirikan atau pun berlaku terlepas pandang di sana. KOM harus memberi penjelasan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia tidak akan berlaku pada masa akan datang”.
Kelmarin, kuartet 4x400m lelaki yang membuat kejutan meraih pingat emas Isnin lalu pulang tanpa menaiki podium untuk menerima pingat emas dimenangi.
Sementara itu, Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim berkata masalah menukar tiket penerbangan adalah punca kenapa S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh tidak dapat menerima pingat masing-masing.
“Seharusnya tidak timbul isu layanan buruk terhadap mereka kerana persatuan melayan semua atlit sama rata...selalunya acara penyampaian hadiah diadakan sejurus acara berlangsung dan bukan pada hari yang lain.”
Dia juga menambah isu tidak puas hati dilontarkan Noraseela Khalid, semalam terhadap layanan kelas ketiga KOM tidak berasas.
Noraseela dan atlit lain dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan mereka senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka menjatuhkan KOM.
sumber: berita harian
Wednesday, November 16, 2011
tiada duka yang abadi...
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Tuesday, November 15, 2011
rumah terbakar!!!
dalam pukul 2 petang smalam masa kelas BEL aku dapat panggilan dari kakak aku..dia menangis dan bagitau aku rumah dia terbakar...haaaaaaa???aku macam tak percaya la pulak kan..slalu dengar kes rumah terbakar dekat dalam tv je skali jadi betol dkat adik bradik aku sendiri...memang sangat terkejut la kan...aku pun apa lagi mintak ngan lecturer untuk keluar awal dan terus pecut balik penang..nasib baik ada honda wave 110 kesayangan aku untuk temankan aku balik Penang...salam sejam sampaila rumah kakak aku kat bayan lepas...memang sedih tengok keadaan dia...nasib baik masa kebakaran tu berlaku dia tak ada kat rumah...daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bomba, kebakaran berpunca dari litar pintas tetapi tadi bila aku bersmebang ngan kak aku bomba ada cakap jugak mungkin perbuatan khianat...entahla..sapa la nak buat jahat pulak kat kakak aku kan...yang penting skarang dia sekeluarga selamat...syukur sangat-sangat..aku tak dapat stay lama la ngan dia sebab hari ni aku ada kuliah..tengok la...kalau tak ada apa, hari jumaat ni aku balik jenguk dia jap...dugaan la kan...cuma aku kesal la ngan jiran-jiran kat situ yang memang sangat tak prihatin dengan nasib yang menimpa jiran dieorang..dalam kakak aku dok menangis tak ada sorang pun yang datang dekat nak tenteramkan kakak aku..semuanya dok sibuk bersembang sesama dieorang tentang kebakaran tu...pelik betul la aku dengan masyarakat sekarang...ape pun aku doakan kakak aku dapat menempuhinya dengan sabar...ada juga YB turun padang tengok keaddan rumah kakak aku dan berjanji akan memberi bantuan tatapi sejauh mana janji tersebut dapat ditepati aku pun tak tau lah kan..harap sangat kakak aku sabar banyak-banyak...aku hanya mampu doakan semoga segalanya akan kembali ok...
Sunday, November 13, 2011
dilema...
ye..dalam dilema...aku sebenarnya dah isi borang pencalonan pilihanraya MT Exco BASIC tapi tak hantar lagi walaupun dah siap isi..yang menariknya tarikh akhir hantar borang adalah hari ni tetapi aku masih lagi berfikir dan terus berfikir..fikir apa sangat ni bro???walaupun bagi sesetengah orang anggap pencalonan untuk BASIC je pown tapi ia amat berharga bagi aku...sebab ia melibatkan komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun pemimpin dalam sebuah persatuan dalaman UiTM...tak kira la nanti jawatan aku sebagai apa pun tetapi tanggungjawab itu mesti digalas dengan sebaiknya sebab aku dipilih oleh pelajar untuk mewakili mereka merencanakan program-program yang dapat memberi manfaat untuk mereka dan membawa nama BASIC UiTM Kedah untuk terus cemerlang...aku pernah simpan tekad semasa aku masih dalam pengajian Diploma dahulu...aku merupakan Setiausaha Agong dan aku berikan yang terbaik dengan DiPAC ketika itu...aku memang nak berbakti buat pelajar, DiPAC dan semestinya FSPPP dengan sehabisnya dan aku berjaya lakukannya sampailah aku pernah cakap dengan diri aku sendiri..'masa Diploma aku nak buat kerja, bagi komitmen yang sehabisnya sebab masa aku ambil Ijazah nanti aku nak berehat dan jadi seperti pelajar biasa yang lain'..maka, haruskah aku hantar borang ni??patutkah aku aktif kembali berpersatuan?benarkah aku mampu untuk menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya nanti?dapatkah aku bahagikan masa sebaiknya agar aku tidak menghancurkan impian aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang?..tolong aku untuk menjawab segala persoalan ni...seorang 'kawan' berpesan "rahman, ijazah tak sama macam diploma dulu dan 'mampukah' kau nak buat sebagaimana yang kau buat ketika Diploma dulu?" hmmmmm..bukan mengeluh tetapi hanya menarik nafas dalam-dalam agar ditunjukkan keputusan yang terbaik buat aku.....
Saturday, November 12, 2011
aku sahut cabaran tu!!!

hehe..bunyi macam serius kan tapi lebih kurang macam tu lah..dalam aku dok serabut study sebab isnin ni ada test Policy Analisis ada sorang member aku ni tetiba je mencabar aku...apa yang dia cabar tu??? haa...dia cabar nak lawan GPA ngan aku untuk semester ni...maksudnya dia nak cabar tengok result sape lagi tinggi la kan.. kalau korang dicabar macam ni korang terima tak??? aku terima bukan sebab nak tunjuk sapa lagi hebat tapi aku jadikan itu sebagai satu dorongan buat aku untuk berusaha dengan lebih keras lagi...kadang-kadang kena ada cabaran macam ni baru la kita rasa kena sentiasa berusaha dan berikan yang terbaik...insyaAllah aku akan tingkatkan lagi usaha dan berikan yang terbaik..selebihnya berserah kepada Dia =)
Wednesday, November 9, 2011
sesi dialog bersama Dato' VC UiTM...
yang ni pun cerita yang agak usang la sebab berlaku 2 November yang lepas...Rabu minggu lepas Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar singgah ke UiTM Kedah sempena kunjungan beliau kepada bakal Yang Di-Pertuan Agong yang baru bermula 21 November ni iaitu Sultan Kedah, Kami semua mahasiswa dikehendaki berkumpul di Dewan Perdana..ternyata Dato' VC merupakan seorang yang amat prihatin...sanggup turun sendiri bagi mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh semua mahasiswa UiTM...aku secara peribadi sangat kagum dengan kejayaan beliau yang mana baru-baru ini mencipta sejarah sebagai orang asia dan juga rakayat Malaysia pertama yang menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuttgart, Jerman...semuanya hasil sumbangan beliau yang lebih 15 tahun menyumbang bakti kepada universiti terbabit. Lagi membuat aku bangga bila beliau sendiri menyatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu tidak setanding jika ingin diukur dengan segulung ijazah yang beliau dapat dari ITM(sekarang UiTM)...Sesi dialog lebih 2 jam pada petang tu membuatkan aku lebih mengenali beliau secara lebih dekat...moga satu hari nanti aku juga dapat mencipta kejayaan seperti beliau...amin...UiTM SENTIASA DIHATIKU =)



bertanyakan soalan berkaitan biasiswa JPA kepada beliau


sempat berbual walaupun seketika bersama beliau =)
bertanyakan soalan berkaitan biasiswa JPA kepada beliau
sempat berbual walaupun seketika bersama beliau =)
ditipu...
aku ditipu oleh penipu yang suka menipu membuatkan aku tertipu dan rasa nak bagi penyiku je kat mamat yang jual tiket tu...memang merosakkan mood aku nak balik kampung..huhu...dan ni merupakan aduan yang telah aku buat kepada pihak LPKP...harap ada respon positif dari mereka la...
Assalamualaikum dan selamat pagi...saya abdul rahman bin abdul latip ingin membuat aduan berkenaan penipuan yang dilakukan olah syarikat bus ekspress.. Pada 3 November lepas saya sepatutnya menaiki bus Swarna Bumi pada jam 10.45 malam dari hentian bus ekspress Sungai Petani untuk menuju ke Kuantan. Untuk pengetahuan, tiket tersebut saya telah beli seminggu sebelumnya di kaunter 7 terminal bus ekspress Sungai Petani yang merupakan agen kepada syarikat bus Swarna Bumi...Saya dijanjikan seat bernombor 24... Pada malam tersebut, saya dikehendaki menunggu di kaunter 5 untuk menaiki bus Swarna Bumi namun begitu sampai jam 12 tengah malam saya masih tidak dapat menaiki bus tersebut. Mengikut apa yang diberitahu oleh juru kaunter 5 tersebut, mereka sepatutnya tidak bertanggungjawab ke atas saya kerana saya tidak membeli tiket di kaunter 5.. beberapa minit kemudian, saya dikehendaki menaiki sebuah bus ekspress Persada yang mana dikatakan menuju ke Kuantan. Ketika berada di atas bas, tiket saya diambil dan tidak dipulangkan. Setelah itu, bus berjalan dan tepat jam 4.30 pagi hari berikutnya bas tiba di Hentian Pudu Central dan pemandu bas meminta semua penumpang turun. Saya bersama empat yang lain juga yang sepatutnya diturunkan di Kuantan juga dipaksa turun. Mengikut pemandu bus, bus tesebut hanya menuju ke Kuala Lumpur dan bukan Kuantan. Saya dan yang lain sangat terkejut dipaksa turun di Kuala Lumpur. Setelah itu, saya terpaksa menunggu sehingga jam 7 pagi sebelum mencari tiket yang baru untuk pulang ke Kuantan, Saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dan mengharapkan pihak Tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang persoalan saya sedia untuk membantu dan boleh menghubungi saya di talian 013455xxxx...terima kasih
Lawatan Akademik Ke Melaka...
ni cerita 2 minggu lepas..al maklumlah memang tak sempat nak update sebab terlalu bz dengan pelbgai kerja...ni pun nasib baik la balik awal ke kedah...so hari ni tak mau study atau wat kerja akademik..nak relax dulu dan layan blog yang dah usang ni...pada tanggal 27,28, dan 29 Oktober yang lalu, aku ada lawatan akademik ke Melaka..niat asalnya nak melawat Majlis Bandaraya Melaka dan Majiis Perbandaran Hang Tuah Jaya tapi di saat-saat akhir Majlis Bandaraya Melaka plak tolak permohonan kami...memang hangin jugak lah kan...dah berapa kali dia tolak...tapi tak ape..anggap je tak ada rezeki untuk ke sana...Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya jugak yang bagus kan...sedia menerima kunjungan kami walaupun pada hari tersebut, dieorang ada pogram bersama ketua menteri melaka..banyak la input yang kami dapat dan memenuhi objektif lawatan sendiri...antara yang aku boleh kongsikan adalah MPHTJ ni adalah Majlis Perbandaran terbaru yang ditubuhkan iaitu sekitar tahun lepas..sebelum ni ditadbir oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya dan bukannya sebahagian dari Majlis Bandaraya Melaka...kebanyakan pegawai-pegawai yang terdapat dalam MPHTJ ni adalah masih single dan berumur bawah 30 tahun..hehe..sebabnya???nak beri peluang kepada generasi muda untuk mengisi jawatan yang tinggi di samping mengurangkan kos..biasanya otak muda ni senang sikit nak bawak berbincang kan...lepak malam2 kat keai mamak sambil minum teh masih boleh sembang pasal kerja...kalau dah kahwin bermasalah la jugak...hehe..habis je program kat sana, kami adakan lawatan di sekitar kawasan yang ditadbir oleh MPHTJ dan MBMB...ingat nak singgah di Taman Mini Asean tapi tutup la plak kan...pape pun lawatan kali ni sangat best dan pengalaman baru adalah naik Melaka River Cruise..RM 10 je...dibawa mengelilingi melaka selama 45 minit...puas hati beb..yang lain2 best jugak la dapat naik menara taming sari, jalan2 di jonker walk,dan lepak di dataran pahlawan...dalam perjalanan balik tu sempatla mereka drama untuk 'prank' classmate aku, zwany zaza salam yang sambut birthday dia hari tue..nak menangis jugak la kan sebelum dihiburkan dengan lagu selamat hari lahir dan kek secret recipi =)
ni keadaannya ketika sesi taklimat bersama pegawai MPHTJ
En Rozaidi yang merupakan pengarah bahagian perancangan memberikan taklimat
ada gaya macam datuk bandar tak?hehe
bersama bulan,wani, juju n angah =)
bergambar kenangan bersama Puan Sapiah Haron, Yang di-Pertua MPHTJ
ape ke peliknya tukang kasut ni?at Alor Gajah Central...
hari terakhir...sebelum nak check out
ni masa sambut besday zwany zaza salam, one of my classmates
twin yang tak berapa nak twin...kami kongsi tarikh birthday yang sama k =)
Wednesday, November 2, 2011
Relevan Larangan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)
MAHKAMAH Rayuan kelmarin memutuskan peruntukan 15 (5) (a) dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara. Keputusan ini pastinya disambut gembira oleh pihak yang sebelum ini memperjuangkan kebebasan berpolitik untuk mahasiswa dan kebebasan akademik untuk pensyarah yang didakwa mereka disekat AUKU. Pada mereka undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, termasuk dalam soal hak dan kebebasan untuk berpersatuan dan hak untuk mengundi selaku seorang warga negara.
Malah, ada yang melihat larangan kepada mahasiswa untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam politik bertujuan memberi tumpuan sepenuhnya pada soal akademik di kampus. Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ini agak mengejutkan, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sah di sisi Perlembagaan pada 28 September tahun lalu, ia membuktikan sistem kehakiman di negara ini telus dan bebas daripada sebarang pengaruh atau unsur campur tangan politik atau kerajaan. Kita percaya isu ini belum ada titik penamatnya kerana keputusan dibuat Mahkamah Rayuan bukanlah sesuatu yang muktamad kerana ia masih boleh dicabar apabila plaintif – iaitu kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi meneliti penghakiman bertulis keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada masa sama, kita perlu akui selepas 30 tahun AUKU berkuat kuasa, ia tidak pernah menjadi batu penghalang kepada mahasiswa untuk cemerlang dalam akademik, malah membantu negara melahirkan lebih ramai pemimpin politik kerajaan dan pembangkang berwibawa, mempunyai idealisme dan matang dalam membuat keputusan. Oleh itu, tuduhan kononnya AUKU menyebabkan keadaan dan budaya dalam kampus hari ini tidak dapat melahirkan pemimpin yang kita kehendaki dan merencatkan pencapaian akademik adalah tidak berasas.
Walaupun bagi sesetengah pihak menyifatkan larangan itu mengongkong pelajar, hakikatnya AUKU banyak menyelamatkan pelajar dan warga universiti daripada diperalat pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Jika dipandang dari sudut positif, larangan AUKU juga memberi haluan kepada pelajar supaya tidak menyimpang daripada matlamat sebenar ke menara gading. Persoalan sama ada AUKU masih relevan atau tidak, biarlah tafsiran itu ditentukan mahkamah kerana bagi mahasiswa, mereka perlu sedar tanggungjawab sebenar tanpa mengabaikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
sumber: berita harian
Monday, October 31, 2011
terima kasih kerana fahami aku...
Aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri
jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu..
jika mereka memilih untuk kerap berhubung, aku memilih untuk tidak berhubung...
jika mereka memilih untuk saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu..
jika mereka memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk.. tidak merinduimu..
Kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?
kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..
aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..
aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..
aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..
aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..
Terima kasih kerana memahami caraku...
Thursday, October 27, 2011
off for 3 days,,,
petang ni akan gerak ke melaka...so memang tak online...akan rindukan blog untuk beberapa hari...esok pagi akan berkunjung ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...doakan moga selamat-selamat semuanya =)
Wednesday, October 26, 2011
ada baiknya kerja bertimbun ni kan...
hari ni merupakan hari deepavali...salam deepavali buat semua yang menyambutnya...bermakna jugak hari ni adalah hari cuti...aku cuti ke??memang tak ada klas pun hari ni cumanya kerja bertimbun nak kena siapkan...al maklumlah esok ada trip ke Melaka 3 hari...sepatutnya minggu lepas tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa ditunda ke minggu ni..tu pun nasib baik jadi..kalau tak jadi memang masak la kan...huhu...skarang tengah siapkan assignment ethics...tutorial ethics pun jugak nak kena siapkan...Chapter 1 untuk research nak kena perbaiki...homework Japanese Language pun tak sentuh lagi...nota ringkas untuk paper Organizational Behavior tak mula lagi..mingu depan dah nak test...banyak...banyak kerja yang memang kena selesaikan hari ni jgak..kalau ikut tension memang la..stress dan migrain aku dibuatnya tapi bila sifikirkan balik ada bagusnya sebab aku tak perlu nak pikirkan masalah-masalh yang ada...tak perlu nak rasa sedih..tak perlu nak serabut mencari di mana puncanya..biarlah dulu...nanti aku pikirkan kembali...aku tak lari cuma aku tangguhkan sebentar...so skarang dalam mood yang sangat bersemngat nak setelkan semua kerja lepas makan nasi putih dengan ayam masak halia bercili dan sayur kacang panjang goreng =)
Tuesday, October 25, 2011
Saturday, October 22, 2011
entah...
entahla..kenape susah sangat aku nak meluahkan apa yang aku rasa dekat dia..lidah kelu...nak text sms pun asyik tulis padam tulis padam...kenapa ntah?mungkin masih keliru dengan perasaan sendiri...mungkin juga takut untuk memulakan kembali...macam tak yakin je kali ni akan kekal...so..aku putuskan untuk terus begini..biarlah begini...mungkin satu masa nanti aku akan luahkan segalanya...tak menyesalkah???erm..langsung tidak...kalau dia yang tertulis untuk aku, tak ada apa yang mampu menghalang..betul tak??so jangan serabut-serabut...banyak lagi perkara lain yang otak ni perlu pikir...tu yang migrain teruk minggu ni..ish2...ok malam ni nak tidor awal..lain masa ketemu lagi =)
keliru mungkin???
Friday, October 21, 2011
pelajar perempuan hamil beramai-ramai???

Gila!. 17 orang remaja perempuan yang belum pun genap umur 17 tahun dan masih merupakan pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.
Bermula ketika selesai kem musim panas, mereka kembali meneruskan persekolahan dan disekolah itulah baru diketahuo mereka hamil secara serentak!. Uniknya dan lebih menggemparkan ialah mereka tidak hanya dari sekolah yang sama, kesemua gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga rakan sekelas!.
Hingga saat ini pejabat sekolah masih melakukan penyelidikan berapa umur ‘si ayah’ dan siapa saja ‘si ayah’ yang mengamilkan mereka. “Jika diketahui usia ‘ayah’ kepada bayi yang dikandung mereka berumur lebih dari 20 tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana atas kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata seorang petugas di sekolah itu.
Dari laporan yang disediakan, ternyata niat hamil secara bersama oleh kesemua 17 pelajar ini memang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu. Malah rahsia mereka turut terbongkar, rupa-rupanya seluruh pelajar perempuan kelas berkenaan telah merancang dan sepakat untuk hamil namun yang benar-benar hamil hanya 17 orang pelajar sahaja. “Entah apa tujuannya tapi dari hasil ujian kehamilan yang dilakukan oleh pihak sekolah, kami menjumpai fenomena menyedihkan ini yang mana beberapa pelajar perempuan lain ada yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka gagal hamil,” ujar staf sekolah itu.
Boleh jadi idea gila ini disebabkan peristiwa yang seringkali terjadi di Gloucester High School. Kerana setiap kali selesai sahaja parti akhir tahun sekolah, pihak sekolah akan mengadakan ujian kehamilan bagi seluruh pelajarnya. Perkara ini disebabkan kerana tercatat setiap tahun banyak pelajar perempuannya yang tidak boleh melanjutkan sesi persekolahan kerana alasan hamil di luar nikah. Namun peristiwa 17 pelajar yang hamil serentak kali ini benar-benar mengejutkan sehingga menjadi perbincangan dan tajuk berita media massa.
sumber: http://itsmesaiful.blogspot.com
may not be tomorrow...
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
One who loves you whole-heartedly
It is difficult meet that person
If there is someone like that somewhere
That person is more beautiful than all
Grab onto that (person’s) hand
He or she may not be so gracious tomorrow
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
Taking the shadow of your eyelashes, when someone comes near
You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating
But think, that which is here now
That story may not be here tomorrow
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
The time that is here may not be tomorrow
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
One who loves you whole-heartedly
It is difficult meet that person
If there is someone like that somewhere
That person is more beautiful than all
Grab onto that (person’s) hand
He or she may not be so gracious tomorrow
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
Taking the shadow of your eyelashes, when someone comes near
You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating
But think, that which is here now
That story may not be here tomorrow
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
The time that is here may not be tomorrow
Thursday, October 20, 2011
satu pintaku sahabat...
Sahabatku...
Kalau suatu hari kamu menangis...
khabarkan padaku...
aku tidak janji akan membuat kamu tersenyum...
tapi aku boleh menangis bersama kamu...
Kalau suatu hari kamu ada masalah...
khabarkan padaku...
aku tidak janji kamu akan jumpa penyelesaiannya....
tapi aku boleh berkongsi dukamu...
Kalau suatu hari kamu ingin berjalan...
khabarkan padaku...
aku tidak janji untuk menghalang kemanapun kamu mahu pergi...
tapi aku boleh temani kamu dan menjaga kamu...
Kalau suatu hari kamu perlukan seseorang untuk mendengar ceritamu...
aku janji aku akan sentiasa ada untuk kamu ...
Tetapi...
kalau suatu hari kamu perlukan aku...
dan aku sudah tiada...
mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku...
hanya satu pintaku...
kirimkanlah setangkai Al fatihah buatku...
Subscribe to:
Posts (Atom)


