Sahabatku...
Kalau suatu hari kamu menangis...
khabarkan padaku...
aku tidak janji akan membuat kamu tersenyum...
tapi aku boleh menangis bersama kamu...
Kalau suatu hari kamu ada masalah...
khabarkan padaku...
aku tidak janji kamu akan jumpa penyelesaiannya....
tapi aku boleh berkongsi dukamu...
Kalau suatu hari kamu ingin berjalan...
khabarkan padaku...
aku tidak janji untuk menghalang kemanapun kamu mahu pergi...
tapi aku boleh temani kamu dan menjaga kamu...
Kalau suatu hari kamu perlukan seseorang untuk mendengar ceritamu...
aku janji aku akan sentiasa ada untuk kamu ...
Tetapi...
kalau suatu hari kamu perlukan aku...
dan aku sudah tiada...
mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku...
hanya satu pintaku...
kirimkanlah setangkai Al fatihah buatku...
No comments:
Post a Comment