Gila!. 17 orang remaja perempuan yang belum pun genap umur 17 tahun dan masih merupakan pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.
Bermula ketika selesai kem musim panas, mereka kembali meneruskan persekolahan dan disekolah itulah baru diketahuo mereka hamil secara serentak!. Uniknya dan lebih menggemparkan ialah mereka tidak hanya dari sekolah yang sama, kesemua gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga rakan sekelas!.
Hingga saat ini pejabat sekolah masih melakukan penyelidikan berapa umur ‘si ayah’ dan siapa saja ‘si ayah’ yang mengamilkan mereka. “Jika diketahui usia ‘ayah’ kepada bayi yang dikandung mereka berumur lebih dari 20 tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana atas kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata seorang petugas di sekolah itu.
Dari laporan yang disediakan, ternyata niat hamil secara bersama oleh kesemua 17 pelajar ini memang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu. Malah rahsia mereka turut terbongkar, rupa-rupanya seluruh pelajar perempuan kelas berkenaan telah merancang dan sepakat untuk hamil namun yang benar-benar hamil hanya 17 orang pelajar sahaja. “Entah apa tujuannya tapi dari hasil ujian kehamilan yang dilakukan oleh pihak sekolah, kami menjumpai fenomena menyedihkan ini yang mana beberapa pelajar perempuan lain ada yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka gagal hamil,” ujar staf sekolah itu.
Boleh jadi idea gila ini disebabkan peristiwa yang seringkali terjadi di Gloucester High School. Kerana setiap kali selesai sahaja parti akhir tahun sekolah, pihak sekolah akan mengadakan ujian kehamilan bagi seluruh pelajarnya. Perkara ini disebabkan kerana tercatat setiap tahun banyak pelajar perempuannya yang tidak boleh melanjutkan sesi persekolahan kerana alasan hamil di luar nikah. Namun peristiwa 17 pelajar yang hamil serentak kali ini benar-benar mengejutkan sehingga menjadi perbincangan dan tajuk berita media massa.
sumber: http://itsmesaiful.blogspot.com
No comments:
Post a Comment