aku ditipu oleh penipu yang suka menipu membuatkan aku tertipu dan rasa nak bagi penyiku je kat mamat yang jual tiket tu...memang merosakkan mood aku nak balik kampung..huhu...dan ni merupakan aduan yang telah aku buat kepada pihak LPKP...harap ada respon positif dari mereka la...
Assalamualaikum dan selamat pagi...saya abdul rahman bin abdul latip ingin membuat aduan berkenaan penipuan yang dilakukan olah syarikat bus ekspress.. Pada 3 November lepas saya sepatutnya menaiki bus Swarna Bumi pada jam 10.45 malam dari hentian bus ekspress Sungai Petani untuk menuju ke Kuantan. Untuk pengetahuan, tiket tersebut saya telah beli seminggu sebelumnya di kaunter 7 terminal bus ekspress Sungai Petani yang merupakan agen kepada syarikat bus Swarna Bumi...Saya dijanjikan seat bernombor 24... Pada malam tersebut, saya dikehendaki menunggu di kaunter 5 untuk menaiki bus Swarna Bumi namun begitu sampai jam 12 tengah malam saya masih tidak dapat menaiki bus tersebut. Mengikut apa yang diberitahu oleh juru kaunter 5 tersebut, mereka sepatutnya tidak bertanggungjawab ke atas saya kerana saya tidak membeli tiket di kaunter 5.. beberapa minit kemudian, saya dikehendaki menaiki sebuah bus ekspress Persada yang mana dikatakan menuju ke Kuantan. Ketika berada di atas bas, tiket saya diambil dan tidak dipulangkan. Setelah itu, bus berjalan dan tepat jam 4.30 pagi hari berikutnya bas tiba di Hentian Pudu Central dan pemandu bas meminta semua penumpang turun. Saya bersama empat yang lain juga yang sepatutnya diturunkan di Kuantan juga dipaksa turun. Mengikut pemandu bus, bus tesebut hanya menuju ke Kuala Lumpur dan bukan Kuantan. Saya dan yang lain sangat terkejut dipaksa turun di Kuala Lumpur. Setelah itu, saya terpaksa menunggu sehingga jam 7 pagi sebelum mencari tiket yang baru untuk pulang ke Kuantan, Saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dan mengharapkan pihak Tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang persoalan saya sedia untuk membantu dan boleh menghubungi saya di talian 013455xxxx...terima kasih
No comments:
Post a Comment