ni cerita 2 minggu lepas..al maklumlah memang tak sempat nak update sebab terlalu bz dengan pelbgai kerja...ni pun nasib baik la balik awal ke kedah...so hari ni tak mau study atau wat kerja akademik..nak relax dulu dan layan blog yang dah usang ni...pada tanggal 27,28, dan 29 Oktober yang lalu, aku ada lawatan akademik ke Melaka..niat asalnya nak melawat Majlis Bandaraya Melaka dan Majiis Perbandaran Hang Tuah Jaya tapi di saat-saat akhir Majlis Bandaraya Melaka plak tolak permohonan kami...memang hangin jugak lah kan...dah berapa kali dia tolak...tapi tak ape..anggap je tak ada rezeki untuk ke sana...Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya jugak yang bagus kan...sedia menerima kunjungan kami walaupun pada hari tersebut, dieorang ada pogram bersama ketua menteri melaka..banyak la input yang kami dapat dan memenuhi objektif lawatan sendiri...antara yang aku boleh kongsikan adalah MPHTJ ni adalah Majlis Perbandaran terbaru yang ditubuhkan iaitu sekitar tahun lepas..sebelum ni ditadbir oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya dan bukannya sebahagian dari Majlis Bandaraya Melaka...kebanyakan pegawai-pegawai yang terdapat dalam MPHTJ ni adalah masih single dan berumur bawah 30 tahun..hehe..sebabnya???nak beri peluang kepada generasi muda untuk mengisi jawatan yang tinggi di samping mengurangkan kos..biasanya otak muda ni senang sikit nak bawak berbincang kan...lepak malam2 kat keai mamak sambil minum teh masih boleh sembang pasal kerja...kalau dah kahwin bermasalah la jugak...hehe..habis je program kat sana, kami adakan lawatan di sekitar kawasan yang ditadbir oleh MPHTJ dan MBMB...ingat nak singgah di Taman Mini Asean tapi tutup la plak kan...pape pun lawatan kali ni sangat best dan pengalaman baru adalah naik Melaka River Cruise..RM 10 je...dibawa mengelilingi melaka selama 45 minit...puas hati beb..yang lain2 best jugak la dapat naik menara taming sari, jalan2 di jonker walk,dan lepak di dataran pahlawan...dalam perjalanan balik tu sempatla mereka drama untuk 'prank' classmate aku, zwany zaza salam yang sambut birthday dia hari tue..nak menangis jugak la kan sebelum dihiburkan dengan lagu selamat hari lahir dan kek secret recipi =)
ni keadaannya ketika sesi taklimat bersama pegawai MPHTJ
En Rozaidi yang merupakan pengarah bahagian perancangan memberikan taklimat
ada gaya macam datuk bandar tak?hehe
bersama bulan,wani, juju n angah =)
bergambar kenangan bersama Puan Sapiah Haron, Yang di-Pertua MPHTJ
ape ke peliknya tukang kasut ni?at Alor Gajah Central...
hari terakhir...sebelum nak check out
ni masa sambut besday zwany zaza salam, one of my classmates
twin yang tak berapa nak twin...kami kongsi tarikh birthday yang sama k =)
No comments:
Post a Comment