My Readers

Wednesday, November 9, 2011

sesi dialog bersama Dato' VC UiTM...


yang ni pun cerita yang agak usang la sebab berlaku 2 November yang lepas...Rabu minggu lepas Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar singgah ke UiTM Kedah sempena kunjungan beliau kepada bakal Yang Di-Pertuan Agong yang baru bermula 21 November ni iaitu Sultan Kedah, Kami semua mahasiswa dikehendaki berkumpul di Dewan Perdana..ternyata Dato' VC merupakan seorang yang amat prihatin...sanggup turun sendiri bagi mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh semua mahasiswa UiTM...aku secara peribadi sangat kagum dengan kejayaan beliau yang mana baru-baru ini mencipta sejarah sebagai orang asia dan juga rakayat Malaysia pertama yang menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuttgart, Jerman...semuanya hasil sumbangan beliau yang lebih 15 tahun menyumbang bakti kepada universiti terbabit. Lagi membuat aku bangga bila beliau sendiri menyatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu tidak setanding jika ingin diukur dengan segulung ijazah yang beliau dapat dari ITM(sekarang UiTM)...Sesi dialog lebih 2 jam pada petang tu membuatkan aku lebih mengenali beliau secara lebih dekat...moga satu hari nanti aku juga dapat mencipta kejayaan seperti beliau...amin...UiTM SENTIASA DIHATIKU =)















bertanyakan soalan berkaitan biasiswa JPA kepada beliau








sempat berbual walaupun seketika bersama beliau =)

3 comments:

  1. wow!!!!
    marvelous la u dpt btanya n talk directly with our vc...

    ReplyDelete
  2. bukan slalu kan..ada peluang berbual la dengan dia..sekejap pun jadi la =)

    ReplyDelete