My Readers

Monday, December 6, 2010

citer best!!!!!!!

ni ade satu crite yang slalu aku dengar dan wat aku sedar siapa aku…aku nak share sama2 buat pengajaran kita semua sebagai hamba di atas dunia ni...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar
di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni.. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham
dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan…. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!…
Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya.. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah
tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang
ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus
dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar
satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, ‘Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.’ kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan
buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu …
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu…
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa
pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...moga kita sentiasa di bawah rahmat dan payungan hidayah Allah....amin...

No comments:

Post a Comment