My Readers

Saturday, November 20, 2010

selamat jalan teman...



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

Lirik lagu ni sangat bermakna buat aku...dah lama rasanya nak menulis tentang hidup aku sepanjang 3 tahun bersama teman-teman diploma pentadbiran awam tapi sekarang baru berkesempatan...23 disember 2007 merupakan tarikh keramat buat aku di mana hari tersebut merupakan hari pertama aku di uitm kedah...banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis aku semasa diploma ni...yang pahit biarlah aku buang jauh-jauh walaupun pada hakikatnya ianya takkan dapat aku lupa...biarlah yang manis menjadikan aku tersenyum setiap kali aku teringatkannya...DPA 1C sampailah DPA 6C...aku kekal di kelas C selama 6 semester...aku jugak class rep untuk kelas c sepanjang 6 semester...bukan senang sebenarnya nak puaskan hati semua orang..aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk member-member klas aku...btol tak??hehehe..apa pun aku sangat berterima kaseh kat semua sebab percayakan aku...bukan senang sebenarnya buat aku untuk laksanakan tugas yang diberikan sebaiknya...tambahan member-member klas aku pun bukannya jenia yang suka bertegor..masa semester satu pun aku hanya kenal beberapa orang dak pompuan klas aku..tu pun marni,juju dan nana..yang lain tak bertegur sangat...3 orang ni la yang selalu buat aku gelak,usik aku dan suka nak merajuk ngan aku..aku pernah gelarkan mereka bertiga ni 3 DARA PINGITAN tau..hehehe..kalau yang lelaki aku cuma rapat dengan azmir..first time aku kenal dia,aku ingatkan umur dia dah 20 lebih sebab memang nampak matang..cool jew..hehehe..selain tu budak-budak bilik aku jela yang aku rapat..afiq,edi,topui a.k.a yazid...start semester dua la baru ak agak aktif..hehehe..aku rapat ngan ket a.k.a shaker sham..dia ni umuq dah sebaya ngan abang aku..tu yang aku dah anggap dia macam abg..aku slalu mintak pandangan dia kalau aku ada masalah termasuklah soal "cinta" sebab dia kan berpengalaman..hehe..lepas tu baru aku rapat ngan aizat a.k.a nora..di ni muka sebijik cam cina..tu sebab sir mahad pun panggil dia apek..dia sebilik ngan aku sampailah semester 6...dia ni banyak simpan rahsia aku..dia ni memang penyimpan rahsia yang amat baik...aku percaya dia dan dia pun slalu gak gtau rahsia dia kat aku..aku ula kenal ngan member-member klas lain bila naik semester tiga..ada acara sports day.pastu berterusan dengan lawatan dbkl dan kpkt,program akademik tahun 2 dan tiga dan yang terakhir asean day...pengalaman bekerja bersama sama jayakan setipa program tu amat bermakna buat aku...ingat lagi aku dan kawan2 nyanyi ramai2 dekat belakang stadium mini..cam tu jugak di jamuan raya dipac 2010..sangat best!!!...semester 6 iaitu semester terakhir merupakan semester yang paling takkan aku lupakan...aku dan kawan-kawan serumah iaitu bad,edi,patrick,aizat,hakin dan kudus pergi bercuti ke langkawi...jalan2,shopping,dan ireland hopping membuatkan aku tertunggu tunggu bila la saat tu akn tiba lagi..makan bersama kawan2 sekelas dan semua batch lelaki di tanjung dawai,lepak sambil berbuka puasa di dataran bandar sungai petani dan bermandi manda di bukit merah lake town resort..tak lupa jugak masa semster akhir ni aku rapat dengan ecah.ari dan bulan..sebab???mungkin kami bawah supervisor yang sama dan lagi satu setiap kali aku keluar ngan sir mahadir,mesti dieorang ni ada..dalam pakej la plak kan..semua ni amat manis bagi aku..apa yang aku coretkan adalah secebis dari transkrip hidupku sepanjang bergelar pelajar diploma pentadbiran awam...lepas ni mungkin segelintir dari batch DPA DISEMBER 2007-DISEMBER 2010 akan ku jumpa kembali di peringkat dgree tapi mungkin sebahagian besarnya akan membawa haluan masing-masing..ada yang menukar course pengajian...ada yang akan bertukar tempat pengajian..ada yang akan pergi jauh..ada yang akan memilih bidang kerjaya dan ada yang mungkin akan berkahwin..mana lah tahu kan...hehehe..walau apau pun aku doakan kalian agar senantiasa cekalkan hati dan teruskan perjuangan..ukhuwah yang telah terbina selama 3 tahun kita di sini tak mungkin akan terlerai..moga kita kan berjumpa lagi dalam suasana yang gembira..aku sayang kalian semua..terima kaseh kerna membawa keceriaan dan kebahagiaan buat aku sepanjang tiga tahun ni...selamat jalan wahai teman:)



3 comments:

  1. eh eh name kitorang ade lah. hihi. thnaks rahman for the past six sems

    ReplyDelete
  2. mestilah ada..walaupun dulu x rapat tapi sejak u masuk pakej ni tros rapat kan:)

    ReplyDelete