Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Saturday, November 27, 2010
Kematian itu pasti!!!
kematian adalah sesuatu yang pasti...kita tak tahu bila ajal kita..kita jugak tak tahu bila ajal orangorang yang kita sayang...aku sudah kehilangan seorang yang teramat aku sayang pada 30 Jun 2009 yang lepas...mak pergi dalam keadaan yang amat tenang..aku redha Ya Allah kerana aku tahu dia adalah milikMu...hati aku tersentak lagi apabila aku mendapat khabar yang kawan sekelas aku semasa di sekolah rendah meninggal dunia semalam..walaupun hanya rakan sekelas,dia seorang yang baik erhadap aku..sesiapa pun tak boleh sangka dan meramalkan bila dia akan mati kerana ini adalah urusan Allah..Kepergian dia yang amat bermakna dalam hidup aku ternyata meningalkan satu kesan yang mendalam buat aku..bukan untuk menafikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah,tapi aku rasa kehilangan itu bagaikan mencarik kebahagiiaan yang sedang aku dan keluarga miliki...aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi kesempatan oleh Tuan Empunya Alam ini untuk terus menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya...aku harap aku tak leka dalam nikmat dunia yang sementara ni...aku bermohon kepada Mu Ya Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan memayungi aku dengan hidayahMu agar aku tidak tersesat walaupun di jalan yang terang...hidup hanya sekali..hargailah kehidpan yang kita miliiki untuk terus memberikan yang terbaik agar kita takkan menyesal di kemudian ari....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment