Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Friday, December 31, 2010
cerita suka aku sepanjang 2010...
banyak sebenarnya yang buatkan aku bahagia sepanjang 2010 ni...pertamanya sudah semestinya apa yang aku target dalam hal akademik aku telah tercapai..tahun lepas aku dah berazam untuk pastikan keputusan peperiksaan aku akan lebih baik untuk tahun akhir diploma dan alhamdulillah perkara itu telah pun aku capai...bukan mudah sebenarnya dengan kesibukan belajar dan aktiviti persatuan..aku rasa kalau ada pelajar yang tidak mahu terlibat dengan aktiviti persatuan atau merebut jawatan dalam persatuan pelajar yang ada hanya disebabkan takut akan sibuk dan menjejaskan akademik, bagi aku ianya adalah salah...buktinya aku sendiri sangat sibuk dengan aktiviti dipac dan jawatan aku sebagai setiausaha agong dipac sepanjang semester 1 2010 tapi aku masih boleh imbangkan antara aktiviti persatuan dan belajar....yang penting kena profesional dalam bekerja sebagai satu team dan jugak sebagai pelajar..jangan jadikan alsan sibuk dengan aktiviti persatuan jika tak dapat skor dalam test mahu pun exam...kita sendiri yang mesti rancang masa dengan baik...mana yang patut didahulukan haruslah didahulukan...jangan sesekali tangguhkan kerja sebab akibatnya merana nak siapkan semua kerja di saat akhir...jangan cepat melatah jika ada ahli kumpulan yang tak buat kerja..tegur secara elok dan fahamkan dia apa yang patut dia lakukan...kita nak berjaya bukannya sorang-sorang...kongsilah ilmu sebab makin dikongsi akan makin bertambahlah ilmu kita...kalau boleh biarlah kita cemerlang di dalam dua-dua hal iaitu belajar dan juga persatuan...aku sentiasa diingatkan agar jangan sesekali abaikan peljaran walau sesibuk mana pun dengan hal yang lain...rasa dah tertinggal je cepat-cepat la cover balik...tak paham je terus bertanya sebab nanti mesti kita akan lupa...aku sangat puas hati dengan apa yang telah aku rancangkan menjadi kenyataan..program yang selama ini aku impi untuk dilaksanakan telah berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun pelbagai halangan yang timbul..."program khas kecemerlangan akademik" besama YM RAJA SHAMRI RAJA HUSIN amat memberi inspirasi buat aku..kejayaan beliau serta sokongan,dorongan yang diberikan kepada aku ternyata menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus berjaya...buat pertama kalinya juga dalam beberapa tahun aku menyambut hari lahir pada tanggal 3 november yang lalu..aku rasa kali terakhir aku menyambutnya adalah pada 2006...terima kasih buat 'sahabat' yang sudi menyambutnya bersama aku...dalam tahun ni jugak hubungan pershabatan aku dengan kawan-kawan serumah makin erat...banyak aktiviti yang kami lakukan bersama..dimulakan dengan bercuti ke Pulau Langkawi pada awal Julai hari tu...seronok dapat lepak dengan kawan-kawan dan rasa amat selesa ngan dieorang semua...kat rumah plak dapat masak dan makan sama-sama..bulan puasa ternyata memberikan hikmah buat kami serumah berbuka puasa bersama...tapi kali ni kami memang jarang masak..maklumlah semester terakhir sibuk dengan pelbagai perkara...diakhiri dengan mandi manda di Bukit Merah Lake Town Resort..sangat best!!!pengalaman bersama kalian tidak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila..bad,edi,din,qudus,akim,noraizat,patrick dan azmir....rasanya kita semua sudah membawa haluan masing-masing...edi,din,patrick akan meneruskan pengajian di shah alam..nora dan qudus plak di melaka...bad,azmir dan akim di kedah..aku???erm..masih begini..begini yang bagaimana??biarlah ia menjadi rahsia aku dahulu..kalau ada rezeki,aku akan menuruti kalian bagi meneruskan pengajian di peringkat dgree..jika tidak,aku akan mula bekerja di sebuah syarikat swasta dalam masa terdekat...walau apa pun aku mendoakan agar kalian akan teruskan perjalanan dengan penuh semangat...ada jodoh,kita kan jumpa lagi..buku hidup bagi tahun 2010 akan berakhir beberapa jam sahaja lagi...lembaran untuk 2011 akan menjelma..moga kita akan memasang azam dan niat yang lebih baik untuk tahun baru ini..bairlah tahun hadapan akan lebih bermakna berbanding tahun ini...segala kenangan indah yang tercoret akan terus menjadi kenangan yang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila..InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment