hari ni aku nak update berkenaan bidang pentadbiran yang merupakan bidang yang sedang aku ambil sekarang...Berita Harian hari ni ada mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan bidang pemasaran merupakan kemahiran yang paling dikehendaki oleh majikan...bila tengok di jadual tu, bidang pentadbiran merupakan bidang kelima yang paling dikehendaki oleh majikan dan ini bermakna bidang pentadbiran memang sangat tinggi kebolehpasaran kerja..of course la aku bangga sebab bidang yang sedang aku pelajari sekarang adalah bidang yang memang diperlukan..kalau dilihat dalam subjek yang aku pelajari sepanjang diploma dan juga ijazah, memang banyak bidang yang kami boleh masuk..bukan hanya pentadbiran, ia juga merangkumi finance, human resource, dan jugak undang-undang...memang tak mudah untuk menguasai semua bidang ini tetapi sekurang-kurangnya graduan ijazah sarjana muda sains pentadbiran mempunyai asas dalam kesemua bidang-bidang utama di dalam sesebuah organisasi...apa yang penting aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan jugak bakal graduan dalam bidang pentadbiran agar persiapkan diri sebaiknya sebelum memasuki bidang kerjaya..bukan hanya perlu skor dalam bidang akademik malah bagi aku kita juga mesti ada nilai tambah yang akan membezakan kita dengan graduan yang lain...penglibatan di dalam persatuan merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengasah pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, bekerjasama, kemahiran berpasukan, dan juga pengurusan masa...tak guna kalau kita cemerlang dengan memegang pelbagai jawatan dalam persatuan pelajar jika kita tidak mampu untuk cemerlang dalam bidang akademik...cemerlang dalam kedua-dua bidang menunjukkan kita mampu untuk membahagikan masa sebaik-baiknya...kena ingat asasnya kita melangkah masuk ke universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik..kalau asasnya tak mampu kita jaga, bagaimana kita mampu untuk keluar bergelar graduan yang versatile kan??
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Tuesday, August 7, 2012
Monday, August 6, 2012
review final badminton Olympic 2012
kalau tengok gambar kat atas tu memang jelas kita nampak betapa kecewanya Lee Chong Wei bila gagal untuk membawa pulang emas olimpik pertama untuk rakyat Malaysia...dia menggalas harapan rakyat Malaysia untuk buat pertama kalinya Malaysia memungut pingat emas di peringkat dunia...aku sendiri sebak semalam bila tengok beliau kalah..betapa dia mengimpikan emas akan menjadi kenyataan..walaupun kalah tipis, dia tetap meminta maaf buat seluruh rakyat Malaysia...ternyata kita semua memang tak ada sikit pun salahkan beliau sebab dia adalah hero Malaysia...satu-satunya pingat yang dibawa pulang hanyalah datang dari badminton..walaupun perak sahaja tapi itu sudah cukup untuk membanggakan kita semua...seperti kata beliau, tak siapa tahu apa yang dialami olehnya..dengan kecederaan memaksa beliau untuk berehat selama lebih 2 bulan dan hanya sempat bersedia dua minggu sahaja sebelum sukan olimpik bermula, ini dilihat sebagai pencapaian terbaik beliau...aku sendiri nak sangat tengok beliau kalahkan Lin Dan kerana bagi aku perlawanan kali ni adalah pertemuan yang sangat epik...empat tahun lepas beliau kalah dengan mudah di tangan Lin Dan yang ketika tu berlangsung di Beijing...kali ni beliau dah buktikan yang beliau memang tidak gentar akan Lin Dan...memang sengit kalau kita tengok semalam..cumanya dalam keadaan yang genting macam tu, berdasarkan pemerhatian aku untuk beberapa perlawanan sebelum ni, Lin Dan ternyata lebih bijak menguasai keadaan dan pantas mengambil peluang untuk menyudahkan perlawanan dengan kemenangan...bukan hanya beliau tunduk sebak menahan kesedihan dan kekecewaan untuk sekali lagi di peringkat olompik yang merupakan olimpik terakhir beliau, aku sendiri dapat rasa betapa hancurnya hati beliau...terkedu...ternyata keikhlasan beliau berjuang atas anma Malaysia sangat tulus...walau apa pun dia tetap yang terbaik di hat kita semua...ternyata Malaysia Boleh!!!
Sunday, August 5, 2012
selamat hari lahir kakak kembarku...
pertamanya nak cakap aku tak de kembar..hehe...yang kembar adalah kedua kakak sulung aku...dan aku harap nanti aku jugak boleh dapat anak kembar...haha..ngarut je kan... hari ni hari lahir dieorang...kakak aku bernama ruhayu dan ruhida...kedua-duanya sangat comel...pertamanya aku nak ucap selamat hari lahir buat mereka berdua...terima kasih kerana sentiasa ada menyokong di sisi cek sampai hari ni..kalau nak ikutkan dah terlalu banyak pengorbanan yang kak telah lakukan untuk kami semua...untuk kak ida, man takkan pernah lupa pengorbanan kak..bagaimana kak telah korbankan zaman remaja yang sepatutnya kak gunakan untuk belajar seperti remaja-remaja lain untuk bekerja demi membantu keluarga...man ingat lagi setiap kali kak balik kampung, mesti kak belikan hadiah untuk man.man tau yang kak memang bijak...tapi peluang tu kak bagi untuk kami adik-adik agar dapat teruskan belajar sampai ke hari ni...itu merupakan satu semagat buat man untuk terus berjaya...untuk kak ayu, memang dari kecik kita dah terpisah...kak dibesarkan oleh tok di Penang sementara kami semua kat Pahang...sangat jarang kita dapat berjumpa...takdir Allah rapatkan balik hubungan kita bila cek dapat sambung belajaq kat utara...dah hampir 5 tahun dekat sini...tak pernah kak abaikan cek... banyak cerita man kongsi dengan kak...ingat lagi masa semester satu man balik umah kak dengan pakaian penuh satu bagasi..man menangis depan kak dan habaq dekat kak yang man tak mau sambung belajaq lagi...dengan tenang kak pujuk dan beri semangat untuk cek sambung belajaq...dan sampai sekarang kak terus tiupkan semangat supaya cek kejaq segala cita-cita cek dan dapatkan yang terbaik untuk diri cek...setiap kali cek dapat keputusan yang baik mesti kak akan bagi hadiah..paling kurang pun sebijik kek yang kak buat sendiri...terima kasih sebab sentiasa hargai dan faham cek...kawan baik cek dan merangkap penyimpan sebahagian besar rahsia cek...terima kasih untuk kedua-dua kakak kembarku atas kasih dan sayangmu untuk kami adik-adik selama ni...pape pun duit raya lebih sikit ek tahun ni...hehe...
persediaan raya
lebih kurang macam ni la warna baju melayu aku..
mesti korang semua dah sibuk prepare untuk raya kan?al maklumlah semuanya mesti nak yang terbaik kan...untuk aku tahun ni biasa-biasa je...rasa macam tak nak buat baju melayu tapi kakak aku suruh buat jugak so aku buat la...rasa macam kosong sangat tahun ni sebab kali pertama beraya tanpa abah...juga aidilfitri keempat tanpa mak...cepat sanat rasa masa berlalu...masih dahagakan kasih dan sayang mereka...walau apa pun aku tau mak abah sentiasa sayangkan aku dan mahukan aku teruskan hidup dengan gembira walau apa pun terjadi..kakak aku cakap kami adik beradik tetap kena sambut hari raya dengan gembira walaupun tanpa mak abah supaya mak abah jugak gembira tengok anak-anak dia...kalau kita bersedih mak abah lagi la sedih dekat sana...atas sebab tu lah aku buat jugak baju raya...malam ni kakak aku dah mula buat beberapa jenis kuih raya...buat sikit-sikit je.. kuih yang adik beradik kami suka makan...antaranya mazola...aku minat sangat dengan kuih samperit...selalu suruh mak buatkan bila aku balik kampung...satu lagi biskut belang...mesti ramai yang tak tahu kuih ni kan,,,jiran depan rumah aku sangat pandai buat biskut ni..rupanya separuh kuning separuh coklat...memang sedap sangat..tapi tahun lepas aku pergi beraya umah jiran aku tu tak dapat merasa sebab dia dah tak buat...huhu...pape pun sambutlah hari raya yang bakal menjelang dengan seadanya... sesedih mana pun hati kita, kena jugak meraikan dengan senyuman...ziarah jiran tetangga dan sanak saudara...tak nak cakap banyak banyak sebab ada 15 hari lagi puasa kan...selamat berpuasa semua =)
macam ni la rupa biskut mazola...cari gambar biskut belang tak ada la pulak..huhu
Friday, August 3, 2012
result semester lima...
alhamdulillah....sujud syukur buat Dia Maha Pencipta kerana aku terselamat untuk semester ni...leganya rasa bila segala usaha aku berbaloi...aku sangat sedar yang semester yang aku baru lalui lepas adalah yang paling sukar buat aku..bukan hanya dengan subjek yang susah tapi dengan komitmen lain yang menuntut aku membahagikan masa seadil-adilnya antara belajar dan persatuan...kalau ikutkan memang sangat letih dan hampir-hampir saja aku rasa macam tak mampu....tapi aku yakin kalau niat kita baik pasti Allah akan tunjukkan jalan untuk kita...aku puas hati dengan apa yang telah aku usahakan semester ini...aku dah buat persediaan awal untuk mengahadapi semester lepas dan memang berbaloi...dengan bantuan para pensyarah yang sentiasa ada tika aku memerlukan sebarang penjelasan lanjut berkenaan sesuatu perkara, kawan-kawan terutamanya yang satu group dengan aku sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dan juga tentunya adik beradik aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang...aku harus ucapkan berbanyak terima kasih untuk mak angkat aku yang sentiasa mendoakan aku setiap kali aku menghadapi peperiksaan dan juga abang raja yang memang memberi motivasi yang tinggi buat aku....aku bersyukur punyai mereka yang sangat mengambil berat dan sayangkan aku....walaupun result aku turun sedikit tetapi bagi aku itu dah cukup baik sebab setara dengan apa yang telah aku usahakan semester lepas...tinggal satu semester je lagi...moga aku dapat kekalkan rentak dan fokus untuk akhiri pengajian peringkat ijazah aku dengan cemerlang..insyaAllah
Tuesday, July 31, 2012
dalam tak sedar....
dalam tak sedar aku semakin dewasa...satu-satunya guru yang mengajar aku tentang erti kedewasaan adalah pengalaman...bak kata kawan aku "pengalaman tak pernah menipu"..memang terlalu mendalam maksudnya bagi aku..banyak maksud tersirat di sebalik kata-kata tu...benar, memang pengalaman takkan sesekali menipu diri kita kerana apa yang kita kecapi hari ni semua berdasarkan pengalaman...pahit atau manisnya pengalaman itu akan mencerminkan bagaimana bentuk diri kita pada hari ni...pengalaman yang pahit membuatkan kita sedar bahawa banyak yang masih belum kita pelajari tentang hidup..proses pembelajaran itu takkan pernah terhenti..masa bukanlah penentu segalanya...yang penting sejauh mana kita telah pergi dan sedalam mana pengalaman yang telah kita raih dalam perjalanan hidup ni...sampai hari ni sudah banyak pengalaman pahit yang aku lalui...kadang-kadang diri ni rasa kecewa, marah, sedih dan hampir-hampir juga ingin putus asa lantaran hebatnya tamparan pengalaman yang diberikan....itu adalah perkara biasa aku rasa..bukan hanya aku tapi semua orang akan mengalami perasaan yang sama....ada kalanya air mata menjadi kemuncak rasa itu tanda aku benar-benar diuji...kata orang "belajar dari pengalaman"...aku belajar sebaiknya untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari...aku tak mahu menyesal lagi dengan pahitnya pengalaman yang telah aku lalui...sekurang-kurangnya aku tidak lagi mengulangi perkara yang sama...sesetengahnya hadir bukan atas kesilapan yang telah aku lakukan...ianya adalah ujian dari Dia untuk aku..melihat sejauh manakah aku mampu bersabar dan redha dengan setiap dugaan yang diberi...dalam tak sedar, aku sebenarnya lemah untuk melalui semua itu...aku hanya mampu untuk sabar sebab aku yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...dalam tak sedar, Dia memperlihatkan kepadaku betapa kasih dan sayang-Nya Dia buat setiap hambaNya yang sabar...aku tunduk sujud mensyukuri setiap manisnya pengalaman yang telah Dia kurniakan...indahnya pengalaman itu membuat aku tersenyum setiap kali mengingatinya...akan kekal dalam memori transkrip hidup aku sampai bila-bila...akan menjadi bahan untuk aku ceritakan buat anak cucu aku nanti insyaAllah...dalam tak sedar, aku hampir menuju kedewasaan itu..
Monday, July 30, 2012
mimpikan abah....
alhamdulillah..dah hari ke 10 ramadhan...sekejap je rasa...praktikal aku pun dah masuk minggu ke tiga...sepanjang 10 hari ramadhan ni 2 hari aku pening kepala yang teruk...tak demam tapi pening kepala je...memang sakit sangat rasa..dah la dekat office..tahan jela...hari sabtu lepas pun aku kurang sihat...lepas sahur tu aku tido kejap dekat sofa...time tu la mimpikan abah...abah lari dari kami semua...puas aku cari abah tapi tak jumpa...last aku pergi rumah sorang kawan abah ni...dari jauh aku tengok abah lengkap berkain pelikat berbaju melayu dan berkopiah baru balik dari surau...aku meluru pergi dekat abah....abah lari..akhirnya aku dapat jugak peluk abah..aku peluk erat-erat...aku menangis sepuas-puasnya sebab rindukan abah...aku cium pipi abah..aku genggam tangan abah seeratnya...masih terasa kasarnya tangan abah...aku berjalan seiringan dengan abah...aku mintak maaf dengan abah...apa maknanya aku pun tak tahu...apa yang aku rasa syukur sangat sebab dapat jumpa abah, peluk dan cium pipi dia...walaupun hanya mimpi tapi cukup untuk aku menghilangkan rasa rindu dekat abah...ramadhan pertama tanpa abah...juga ramadhan pertama aku bergelar anak yatim piatu...aku masih tak percaya yang aku dah tak punya abah dan mak...ya Allah...hiba rasa hati bila menanggung kerinduan kepada mereka...rindu yang takkan pernah padam buat selama-lamanya.....rindu yang hanya mampu aku pendam...begini hebat dugaan yang Kau berikan padaku Ya Allah....
Tuesday, July 24, 2012
kerja kena enjoy!!!
pagi ni hujan lebat..syoq je dok kat ofis ..hehe...sekarang ni sepatutnya aku belajar berkenaan system kursus staff dekat Penang Development Corporation (PDC)...tapi....semua staff tengah meeting untuk raya..meeting sempena nak buat rumah terbuka raya...aku tak terlibat..sementara nak tunggu dieorang habis meeting aku update la blog kejap..hehe...aku belajar banyak menda sepanjang seminggu dah aku praktikal kat sini...antaranya adalah jangan terlalu serius dalam bekerja sehingga abaikan kegembiraan dalam bekerja...kawan-kawan aku tahu yang aku ni memang jenis yang serius dalam bekerja..aku tak pandai nak main-main...bagi aku setiap minit aku bekerja sangat berharga..aku kena buat yang terbaik untuk pastikan kualiti kerja aku jugak terbaik...sampai ada yang takut nak tegur aku sebab aku terlampau serius..tapi lain keadaannya dekat sini..management services division ni walaupun ramai staff tapi sangat sempoi semuanya terutama dekat bahagian aku...mana taknya...dieorang tension tengok aku serius sangat bekerja dari pagi sampai ke petang...tak bercakap pun...fokus pada kerja yang dibagi je..bro herman la yang paling bising..dia kata kerja ni meang tak pernah habis man..jangan fokus sangat...bersembang la sekejap..gelak-gelak dulu sebab keja kita ni memang tension tapi kita kena pastikan yang kita enjoy...ada betulnya apa yang dia cakapkan tu...kena ambik masa sekejap untuk regangkan badan...bersembang dengan kawan-kawan satu office..bina hubungan baik dengan dieorang...aku rasa aku tak perlu ambik masa yang lama untuk mesra dengan dieorang sebab dieorang ni semua memang sporting...tak sempat aku tegur, dieorang akan tegur aku dulu..hehe...best kan keadaan macam ni...yup, aku semakin suka dengan tempat kerja aku...bila hati senang semua akan jadi bahagia.. ecece..haha...betol ape..nak pergi keja hari-hari pun rasa semangat...tadi bersembang dengan pengurus aku, cik noraini...lagi la sporting...hehe...kat department aku dah pasang dengan lampu kelip-kelip...meriah kan??ceria gituuu =)
Sunday, July 22, 2012
kehilangan sahabat lama...
faiz nor dalam kenangan...barisan depan sebelah kanan sekali..yang sedang menongkat dagu...
berada di depan aku dalam gambar ni...
Thursday, July 19, 2012
hari kedua praktikal...
Untuk hari kedua ni aku perlu buat kerja-kerja berkaitan filing…kalau ikutkan memang aku dah biasa buat tapi sistem filing untuk persatuan tak sama dengan syarikat… kalau ikutkan nak buat filing ni memang kena banyak bersabar..sebabnya???kita nak kena buat satu persatu…maksud aku bukan boleh main taram je susun…ada tekniknya…macam yang aku belajar kena susun ikut ID staff sebab file ni berkaitan surat-surat makluman training untuk staff dan segala macam salinan sijil yang akan disimpan..sijil tu staff kena bagi salinan lepas balik training…tu untuk pastikan yang staff betul-betul pergi training..aku tengok memang banyak sungguh training untuk staff PDC ni…kursus bahasa pun ada…memang terbaik lah..aku ingatkan dekat universiti je ada rupanya masa dah kerja pun ada jugak...korang bayangkan aku nak kena susun dokumen yang bulan Februari sampai Julai…memang banyak…nak kena trace ID staff satu-satu dan baru boleh masukkan dalam fail..dalam fail tu kena pulak selak satu persatu sebab mesti ikut susunan…dari PO100 sampai la P999…nasib baik aku ni seorang yang sangat pemyabar..kalau tak memang berterabur habis lah…hahaha…satu hari suntuk aku buat menda alah ni tak siap-siap lagi…hadoiiiii..tapi aku tekad pagi esok kena siapkan jugak…nak tahu cerita pasal officemates aku?hehe… btw, aku lah yang paling muda kat sini…sebelah aku nama dia herman..memang sempoi…ikut suka hati dia je..haha…time tension memang banyak la ayat-ayat kurang manis yang keluar...so far kami dah sekepala..hehe..depan aku encik Kesavan…dah 20 tahun lebih bekerja kat sini….sebelah dia kak hanida pun dah 20 tahun berkhidmat…memang terbaekkkk….banyak yang aku nak kena belajar ngan dieorang,…supervisor aku Puan Wong Foong Yee…dia lagi la..dah 35 tahun berkhidmat dekat PDC ni..hari ni aku berpeluang sembang dengan dia..mula-mula memang cuak la..bila dah sembang lain plak rasa…sangat ramah…siap tanya aku lagi apa aku punya expectation..dia akan cuba sebaiknya untuk membantu aku dalam 5 minggu ni…dia mungkin akan rotate kerja aku untuk setisp minggu supaya aku dapat belajar banyak menda..aku pun memang setuju sangat la kan…hehe…pape pun hari kedua aku memang sangat sibuk..balik memang melepek aku atas sofa…huhu
Tuesday, July 17, 2012
hari pertama praktikal...
Hari ni merupakan hari pertama aku
praktikal di Penang Development Corporation (PDC). Sebuah agensi yang besar
dan amat penting di Penang. Malam semalam aku punya la gelisah pikirkan tentang
hari ni…kejap-kejap terjaga…sebenarnya aku risau untuk lapor diri di PDC. Al
maklumlah kita tak tau macam mana suasana dekat sana…pukul 7.20 pagi aku dah
keluar..padahal perjalanan ke sana cuma amek masa 15 minit .risau kalau jalan
sesak je…nanti karang lambat sampai naya aku sebab aku dikehendaki melapor diri
tepat jam 8 pagi…kebetulan plak hari ni ramai cuti sebab sabtu lepas kan hari
gabenor..jalan raya memang lengang jugak la..pertama kali aku rasa bahagia lalu
dekat Bayan Lepas tu sebab tak sesak…sampai pun awal jugak la kan…haha...orang
cakap biar awal sampai jangan lambat…memang awal sungguh aku sampai…masuk je
kat lobi aku pergi la kat kaunter pertanyaan..aku bagitau la yang aku nak jumpa
Puan Wong.. boleh pulak dia ingat aku datang nak bermesyuarat..hadoiii… aku datang
nak berpraktikal la bang…haha…tunggu kawan aku yang sorang lagi kejap pastu
kami sama-sama naik ke aras 3..Bahagian Khidmat Pengurusan… sepatutnya jumpa
Puan Wong tapi dia tak de…dengarnya cuti sebab dia dapat pingat dari kerajaan
Penang…hebat tue…esok baru aku dapat jumpa dia…Puan Siti yang aku biasakan
panggil kak Siti je yang uruskan kami…isi beberapa borang yang berkenaan dan
dibawa jumpa bos a.k.a Pengurus Kanan, Encik K.Baskaran.. memang cuak
giler,…takut-takut la kalau dia tanya banyak soalan yang tak mampu aku nak
jawab kan…bila dah bersembang baru aku tau yang dia ni sangat mesra
orangnya…peramah…memang professional.. dia terangkan beberapa perkara
termasuklah pasal elaun…aku bakal dapat elaun…hehe.. dia jugak titikberatkan
pasal kehadiran dan jugak etika berpakaian..aku dengan pakai jaket bagai..dia
kata bagus dan nak aku kekal berpakaian kemas macam tu..hehe.. waktu kerja
macam biasa lah.. bermula jam 8 pagi dan
balik pukul 5 petang… lupa nak bagitau.. aku ditempatkan di bahagian khidmat pengurusan
dan kawan aku yang sorang lagi di aras 4. bahagian guaman..hari ni ramai pekerja
yang tak ada..so tak dapat la aku kenal dengan ramai pekerja masa sesi
perkenalan tadi…aku diberi meja sendiri lengkap dengan PC.. Aku jugak diberi
peralatan bekerja seperti fail,pen dan lain-lain dari pihak PDC… kad kakitangan
pun akan diberi…memang sangat selesa dan aku suka dengan persekitaran PDC ni…
ada café dan surau…kira tak ada masalah la nak solat dan makan..untuk sesi
pagi, aku tak diberi apa-apa tugas yang spesifik lagi…Cuma perlu membaca
laporan tahunan syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang operasi
syarikat, segala aktiviti dan program yang telah dilakukan beserta laporan kewangan…
membaca je kerja aku untuk hari pertama sambil berkenalan dengan kawan-kawan
satu office..hehe..ada Chinese,Indian dan of course la melayu ada kan…sangat
ramah semuanya..dah rasa macam kenal lama la pulak…haha…nanti aku update kesibukan
aku di hari kedua ok =)
Wednesday, July 11, 2012
test failed =(
memang aku tengah sedih ni..kecewa pun ada...untuk last paper esok iaitu Project Management tadi baru kertas test aku dipulangkan...tengok-tengok gagal...memang dah agak sebab aku banyak lakukan kesilapan di bahagian kira-kira masa test hari tu...aku risau sangat kalau tak dapat skor untuk paper esok..so far aku dah habis study dan buat latihan tapi malam ni nak review balik dan buat sikit lagi latihan...nak kena pastikan yang aku betul-betul bersedia untuk esok...aku ada tanya lecturer aku ada tak harapan untuk aku dapat A...dia kata memang boleh je nak dapat A...test cuma 10 % je...erm...lega la jugak bila dengar macam tu kan tapi aku tetap risau...takpelah...yang penting esok...kalau aku cemerlang esok bermakna akan baiklah semuanya..doakan aku k..
Tuesday, July 10, 2012
tekanan!!!
tekanan??stress??tension??serabut??erm...semuanya aku rasa sekarang..first time rasa macam ni..biasanya masa final exam ni rasa tenang je...aku akui ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan dan jugak mengganggu fikiran aku tapi aku yakin bukan itu punca aku tertekan sekarang..apakah?aku masih mencari mengapa mood aku hilang..rasa sunyi sangat....rindu sangat dekat abah dan mak...kenapa perasaan ni datang sekarang??lusa dah final exam untuk paper terakhir...janganlah tekanan ni berterusan...mungkin aku letih...mungkin...letih dengan ramai orang...letih untuk aku mengulangi apa yang aku dah katakan dengan jelas sebelum ni...padahal sebelum ni aku ok je kalau terpaksa ingatkan berulang-ulang kali... tapi kali ini mengapakah??aduhhh...tolonglah..aku benci perasaan ni...tolonglah hilang dan pergi cepat..aku perlu segera kembali kepada sedia kala...banyak yang harus aku selesaikan...langsaikan...Ya Allah, tenangkan jiwa hambaMu ini...aku mohon....
Monday, July 9, 2012
latihan praktikal...
alhamdulillah....khamis ni akan berakhir paper terakhir dan seterusnya minggu hadapan akan terus bermula praktikal..agak kelam kabut sebenarnya...kalau tengok semester sebelum ni dieorang ada masa seminggu sebelum bermula praktikal tapi kami memang tak ada gap...sebabnya??aku rasa mungkin jugak sebab nak habiskan sebelum raya...untuk makluman, praktikal bagi kursus aku ni hanya lima minggu.. tak macam kursus-kursus lain ada yang tiga bulan dan ada yang satu semester...bersyukur seadanya...tak kira la lama atau sekejap yang penting kena manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk timba ilmu di dunia sebenar kerjaya kita nanti kan...aku bakal menjalani praktikal dekat Penang Development Corporation (PDC)...kat area bayan baru,Penang...lecturer aku cakap bagus tempat ni...ada jugak mintak pendapat kawan-kawan dan abang raja..semuanya positif dan aku jugak harap semuanya akan baik jela nanti...berdebar la pulak..yela..sementara nak tahu apa task yang akan diberikan nanti...apakah cabarannya?mampukan aku laksanakan sebaiknya?adakah aku dapat capai tahap kualiti yang diharapkan?semuanya bermain dalam fikiran...nak kata dah prepare tak la sangat sebab tak ada masa kan...14 hari bulan ni baru aku dapat balik Penang...ada sehari je lagi sebelum melapor diri pada 16 julai ni...nak kena telaah la jugak selok belok PDC ni sebaiknya agar aku tahu apa sebenarnya kerja yang bakal aku lakukan...kalau boleh aku nak timba pengalaman sebaiknya dekat sana...tahap disiplin memang kena maksimum dan semestinya kena banyak besabar terutamanya aku bakal berpraktikal sepanjang bulan puasa kan...boleh la aku selalu balik jenguk mak angkat aku kan dekat bayan baru..mesti dia seronok..yup...aku nak buat dia bahagia dan gembira sebab dia dah banyak bagi dorongan dan semangat buat aku semenjak abah dan mak pergi...moga aku diberikan peluang untuk bahagiakan dia sebaiknya...amin...pape pun aku harapkan yang terbaik untuk praktikal...semangat!!!
debaran last paper...
ni la keadaanya meja aku bila musim final exam =)
assalamualaikum...kesian kat blog aku ni..dah lama tak diconteng...bukan ape aku sibuk sebenarnya dengan final exam..al maklumlah semester ni kan sangatlah mencabar dan kena la usaha dengan sangat kuat...setakat ni aku dah habiskan tiga paper final exam...semester ni aku ambik tujuh paper tapi hanya empat ada final exam...alhamdulillah...aku dapat jawab ketiga-tiga paper dengan berusaha yang terbaik walaupun aku agak risau dengan paper yang ketiga iaitu Urban Sociology...sangat mencabar dan mengajar aku untuk berfikir secara kritikal dan analitikal...kalau ikutkan hampir kesemua soalan berbentuk KBKK...First time rasanya aku macam tak sempat nak habis jawab semua soalan...satu, memang soalan dia mencabar..kedua, aku nak cari jawapannya pun memerlukan masa..bayangkan untuk draf jawapan saja aku dah hilang lebih dari 15 minit...banyak tu...sedangkan untuk satu solan aku hanya ada 18 minit untuk menjawab...tulisan jangan cakap la..memang dah herot perot semuanya...haha...tapi akhirnya sempat la habiskan semua jawapan...betulnya belum tentu dan aku serahkan kepada pensyarah untuk menanda dan menilai tahap pemahaman aku...juga dengan bantuan Allah agar dipermudahkan beliau untuk memahami apa yang cuba aku sampaikan dalam skrip jawapan...aku dah tak rasa kesal dan tentunya aku terima apa sahaja keputusannya nanti sebab aku dah berusaha kan...untuk last paper ni aku memang sangat berdebar..risau...runsing...semua ada...satu lagi subjek mencabar bagi aku iaitu Project Management...harap2 aku dapat berikan sekali lagi yang terbaik untuk paper ni...semangat ni untuk last paper...doakan aku ek =)
Wednesday, June 27, 2012
mata oh mata...
tadi aku pergi buat cermin mata baru...memang ternyata power aku naik lagi..huhu...aku tak nafikan sebab aku terlalu banyak fokus membaca dan siapkan pelbagai assignment...nak buat lasik tak boleh lagi.kena tunggu 3 tahun lagi...terpaksa bergantung kepada cermin mata jela..teringin jugak rasanya satu hari nanti merasa macam orang lain..tak payah pakai cermin mata kan...tadi doktor ada pesan yang aku tak boleh terlalu bagi tekanan dekat mata..kalau study dalam 45 minit kena stop kejap...ambil masa 10 minit untuk rehatkan mata...keluar tengok pokok-pokok atau tumbuhan menghijau akan dapat mengurangkan tekanan pada mata...baik doktor.saya akan ikut cakap doktor...lepas ni kena lebih berhari hati...tak leh online kerap sangat...huhu..pape pun study tak habis lagi ni...jom sambung!!!
Public Finance,,,
yeah...satu lagi paper yang digeruni pelajar semester 5
pertamanya sebab paper ni 4 credit
of course la core kan...
keduanya soalan yang keluar time final exam memang mencabar...
memang memerlukan critical thinking
dan jugak analitical analysis..
cuak plak rasa
so aku decide untuk study awal sikit
dan hari ni nak fokus kat paper ni je...
sempat ke aku habiskan study hari ni?
harap-harap sempat la
sebab esok dah nak balik kampung
dan confirm aku tak dapat nak study dah kat kampung
jom teruskan usaha!!!
Tuesday, June 26, 2012
sambal sotong...
malam ni menu aku sambal sotong...sedap giler..hehe..sebab dah lama tak makan so aku rasa nak masak lah malam ni...ikutkan tak pikir pun nak masak sambal sotong..sampai je kedai dok cari la bahan apa yang nak beli...tengok-tengok ada sotong..terus dapat idea nak buat sambal sotong...ada kisah sikit tentang sambal sotong ni...family aku memang suka sangat sambal sotong terutamanya arwah abah..tiap kali aku balik rumah je mesti dia akan belikan sotong suruh aku buat sambal...kalau makan yong tau fu memang dia nak sotong je...macam sotong kangkung la...selain tu abang sulung aku memang peminat tegar sambal sotong..memang dia akan hangin kalau kami makan sambal sotong tak tinggalkan untuk dia..menda lain tak pe...hehe..tu sebab kadang-kadang kalau aku lepak umah dia kat bangi aku akan masakkan sambal sotong untuk dia..tak pun sambal sardin sebab aku tau dia masak sambal sotong tak sesedap aku masak..hehehe...al maklumlah selalu tengok arwah mak masak dulu..sekadar tengok dan kacau je...yang lain tak mampu sebab mak sorang je boleh buat sambal sotong yang sedap tu...panjang kan story aku...pape pun macam biasalah aku makan dengan penuh seleranya..sayang arwah mak sebab selalu masakkan sambal sotong yang sedap..rindu sangat kat arwah abah yang memang penggemar sambal sotong...perut dah kenyang ni boleh la sambung study..jom!!!
memang walahhh..hehe
Monday, June 25, 2012
Malaysian Economy
first paper untuk final exam semester ni
adalah Malaysian Economy
rasanya tak la susah sangat paper ni
tapi cuak jugak la
sebab soalan yang masuk kebanyakannya
adalah current issue
tapi..........
aku akan cuba sebaiknya
untuk paper ni
kalau boleh nak jadikan paper ni
first paper yang dapat A
agak-agak boleh tak??
mesti bolehhhhhh!!!
Sunday, June 24, 2012
dah ready ke nak final exam???
aku rasa semester ni sekejap sangat..mungkin sebab terlalu sibuk dengan macam-macam..yela..mana nak tumpukan pada belajar...pelbagai program nak kena handle lagi...lagipun semester ni memang semester yang paling mencabar untuk aku..mana tidaknya banyak paper yang 4 credit... nak kena pastikan couse mark ok sebab kalau tak memang nahaslah aku...ni pun dah semput dengan pelbagai test dan assignment..ada beberapa paper dah keluar assessment mark...ada yang aku kecewa sebab aku rasa aku boleh dapat lagi baik dari tu...ada yang aku puas hati la sebab memang setara dengan usaha dan kemampuan aku...pape pun aku tak nak biarkan assessment mark tu mengganggu persiapan aku untuk final exam kali ni..orang cakap kalau markah rendah kita akan lagi bersemangat untuk pastikan final exam kita dapat buat sehabis baik...jadikan itu sebagai satu motivasi untuk gandakan usaha membaca, memahami dan seterusnya menjawab dengan baik...semester ni aku ada 4 paper final... disebabkan markah yang kuurang memberangsangkan memang kena gandakan usaha la untuk final exam... esok dah kena mula study...satu hari satu paper...nak siapkan notes ringkas dulu...so tak la kelam kabut sangat nanti..erm..semester ni aku ada 7 paper tapi 3 tak ada final exam...target?? kalau boleh memang la nak semua A kan..hehe...tapi biralah realistik..dapat 5A2B cukup lah...macam peperiksaan PMR la plak aku rasa..hahaha...PMR pun PMR lahhh...janji aku dapat apa aku nak..dah tak boleh main-main...memang kalau boleh nak naikkan pointer...kalau tak pun maintain jadi la...jangan turun sudah..memang mengerikan kalau pointer jatuh...usaha jangan tak usaha...yeah!!!!
penghujung semester lima...
alhamdulillah...pertamanya aku nak panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kesempatan untuk aku terus hidup di atas muka bumi ini sampai ke hari ni...rasa sekejap sangat waktu berlalu...masih terbayang saat kecewanya aku sebelum dapat sambung degree..waktu di mana aku masih cuba untuk membiasakan diri dengan sistem OBE bagi pelajar ijazah sarjana muda..saatnya aku mula rasa lama sangat nak habiskan lagi dua tahun pengajian..dan sekarnag aku bakal masuk ke semester terakhir pengajian aku...fuhhhh...cepat je masa berlalu...30 jun ni genap 3 tahun mak pergi..abah pulak dah hampir 6 bulan menghadap Ilahi...masa terus berjalan dan berjalan tanpa berhenti walau sedetik pun...setiap memori yang tercipta sepanjang hampir lima tahun aku di merbok mematangkan diri aku...banyak sangat perkara yang aku dah belajar dan akan terus belajar tanpa henti... ramai sudah kawan yang aku jumpa tapi sangat sedikit yang boleh aku jadikan sahabat...banyak sudah ragam yang aku tengok dan ada kalanya aku jadi marah,sedih,kecewa mahupun putus asa... tak kurang jugak yang menggembirakan dan menyimpan sejuta kenangan manis dalam diari hidup aku...itulah kehidupan namanya...aku bersyukur dengan semua yang telah dikurniakan kepada diri aku...berita baik mahupun buruk..yang penting aku tetap aku...masih terus berjalan untuk melunaskan tanggungjawab yang sedia terpikul di bahu...mahu atau tidak aku harus berikan yang terbaik...dah puas rasanya aku hidup dengan perkataan kecewa...biarlah kali ini aku belajar untuk mendapat nikmatnya berjaya...aku bahagia dengan apa yang aku ada...mereka sentiasa ada untuk membahagiakan aku...setiap kali aku mahu lelapkan mata, aku berjanji untuk jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...setiap kali aku terjaga dari lena, aku akan pasangkan niat agar aku dapat berikan yang terbaik yang aku mampu supaya aku takkan menyesal dengan apa yang aku buat...bab semester lima hampir sampai ke penghujungnya...akan ditutup dengan peperiksaan akhir yang bakala bermula 2 julai sehingga 12 julai ini..harapan aku agar semangat itu tidak berkurang..biarlah ia terus membakar dan memacu aku untuk sekali lagi memberi yang terbaik...insyaAllah aku akan akhiri semester ini dengan senyuman kerana praktikal sedia menanti..doakan aku sahabat =)
Subscribe to:
Posts (Atom)


