alhamdulillah...pertamanya aku nak panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kesempatan untuk aku terus hidup di atas muka bumi ini sampai ke hari ni...rasa sekejap sangat waktu berlalu...masih terbayang saat kecewanya aku sebelum dapat sambung degree..waktu di mana aku masih cuba untuk membiasakan diri dengan sistem OBE bagi pelajar ijazah sarjana muda..saatnya aku mula rasa lama sangat nak habiskan lagi dua tahun pengajian..dan sekarnag aku bakal masuk ke semester terakhir pengajian aku...fuhhhh...cepat je masa berlalu...30 jun ni genap 3 tahun mak pergi..abah pulak dah hampir 6 bulan menghadap Ilahi...masa terus berjalan dan berjalan tanpa berhenti walau sedetik pun...setiap memori yang tercipta sepanjang hampir lima tahun aku di merbok mematangkan diri aku...banyak sangat perkara yang aku dah belajar dan akan terus belajar tanpa henti... ramai sudah kawan yang aku jumpa tapi sangat sedikit yang boleh aku jadikan sahabat...banyak sudah ragam yang aku tengok dan ada kalanya aku jadi marah,sedih,kecewa mahupun putus asa... tak kurang jugak yang menggembirakan dan menyimpan sejuta kenangan manis dalam diari hidup aku...itulah kehidupan namanya...aku bersyukur dengan semua yang telah dikurniakan kepada diri aku...berita baik mahupun buruk..yang penting aku tetap aku...masih terus berjalan untuk melunaskan tanggungjawab yang sedia terpikul di bahu...mahu atau tidak aku harus berikan yang terbaik...dah puas rasanya aku hidup dengan perkataan kecewa...biarlah kali ini aku belajar untuk mendapat nikmatnya berjaya...aku bahagia dengan apa yang aku ada...mereka sentiasa ada untuk membahagiakan aku...setiap kali aku mahu lelapkan mata, aku berjanji untuk jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...setiap kali aku terjaga dari lena, aku akan pasangkan niat agar aku dapat berikan yang terbaik yang aku mampu supaya aku takkan menyesal dengan apa yang aku buat...bab semester lima hampir sampai ke penghujungnya...akan ditutup dengan peperiksaan akhir yang bakala bermula 2 julai sehingga 12 julai ini..harapan aku agar semangat itu tidak berkurang..biarlah ia terus membakar dan memacu aku untuk sekali lagi memberi yang terbaik...insyaAllah aku akan akhiri semester ini dengan senyuman kerana praktikal sedia menanti..doakan aku sahabat =)
No comments:
Post a Comment