My Readers

Monday, July 9, 2012

debaran last paper...




ni la keadaanya meja aku bila musim final exam =)

assalamualaikum...kesian kat blog aku ni..dah lama tak diconteng...bukan ape aku sibuk sebenarnya dengan final exam..al maklumlah semester ni kan sangatlah mencabar dan kena la usaha dengan sangat kuat...setakat ni aku dah habiskan tiga paper final exam...semester ni aku ambik tujuh paper tapi hanya empat ada final exam...alhamdulillah...aku dapat jawab ketiga-tiga paper dengan berusaha yang terbaik walaupun aku agak risau dengan paper yang ketiga iaitu Urban Sociology...sangat mencabar dan mengajar aku untuk berfikir secara kritikal dan analitikal...kalau ikutkan hampir kesemua soalan  berbentuk KBKK...First time rasanya aku macam tak sempat nak habis jawab semua soalan...satu, memang soalan dia mencabar..kedua,  aku nak cari jawapannya pun memerlukan masa..bayangkan untuk draf jawapan saja aku dah hilang lebih dari 15 minit...banyak tu...sedangkan untuk satu solan aku hanya ada 18 minit untuk menjawab...tulisan jangan cakap la..memang dah herot perot semuanya...haha...tapi akhirnya sempat la habiskan semua jawapan...betulnya belum tentu dan aku serahkan kepada pensyarah untuk menanda dan menilai tahap pemahaman aku...juga dengan bantuan Allah agar dipermudahkan beliau untuk memahami apa yang cuba aku sampaikan dalam skrip jawapan...aku dah tak rasa kesal dan tentunya aku terima apa sahaja keputusannya nanti sebab aku dah berusaha kan...untuk last paper ni aku memang sangat berdebar..risau...runsing...semua ada...satu lagi subjek mencabar bagi aku iaitu Project Management...harap2 aku dapat berikan sekali lagi yang terbaik untuk paper ni...semangat ni untuk last paper...doakan aku ek =)

No comments:

Post a Comment