My Readers

Friday, March 18, 2011

dinner BASIC...

macam pelik je..aku tak pergi dinner BASIC tapi aku pulak yang nak update pasal dinner tu malam smalam di SP INN Hotel...huhu..pertama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak buat en.koordinator dan puan penasihat BASIC sebab aku tak join dinner smalam...alasan yang aku berikan adalah tak de member dan segan sebab tak da baju yang sesuai...erm...hanya alasan semata-mata...sebenarnya aku sedih sangat sebab tak dapat join dinner smalam..cuma alasan sebenar aku tak pergi sebab aku tak nak lagi sedih bila mereka diraikan semalam..dua orang pensyarah yang pernah mengajar aku dan aku akui aku memang rapat dengan mereka..entahla..apa la nak jadi semester depan bila dah kedua-duanya tak ada...mungkin banyak menda akan bertukar..dari koordinator,penasihat sampai pensyarah... walau ape pun, aku memang tak dapat halang dieorang pergi sebab dieorang nak sambung PHD..InsyaAllah aku juga berhasrat nak ikut jejak langkah mereka...dua pensayarah yang berasal dari sabah..sekampung dan memang sangat kuat bekerja...kadang2 aku pun naik takut tengok cara mereka bekerja..langsung tak pikir pasal rehat..dieorang berdua adalah inspirasi aku...bila la akan berjumpa lagi bila kedua-duanya dah terbang ke luar negara..pape pun hidup mesti diteruskan..langkah harus diayun..berbekalkan nasihat mereka, aku tekad untuk berjaya seperti mereka!!!

Destructive Japan tsunami caught on film

vedeo tsunami yang melanda Jepun...moga mereka tabah menghadapi segalanya...




lagi kes kematian akibat Adenovirus...

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini pagi semalam selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti 'Adenovirus'.Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu.Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada Selasa minggu lalu selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama.

Mohd Redzuan yang berasal dari Bandar Sungai Buaya, Rawang dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi.

Bapa Mohd Redzuan, Ishak Daharin, 48, menyifatkan kematian anak sulung daripada tiga beradik itu sebagai suratan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.

“Walaupun saya kehilangan seorang anak yang sangat baik, saya reda... Selepas doktor memberitahu keadaan anak saya semakin kritikal malam tadi (semalam), kami sekeluarga, datuk serta neneknya sentiasa berada di sampingnya sehinggalah dia meninggal dunia. 
“Dari kecil dia (Mohd Redzuan) memang mahu menjadi seorang inspektor dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat galian minyak dan gas semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Ishak dan isterinya, Nur Faridah Anum Isa, 48, turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu dari segala segi termasuk sokongan moral sepanjang anaknya dirawat di HKL.


*sumber: berita harian online

Thursday, March 17, 2011

selamat hari lahir...


hari ni merupakan hari lahir 2 orang yang amat aku sanjung..pertamanya adalah mak angkat aku..dia tinggal kat Bayan Baru Penang..kalau berkesempatan nak je aku balik Penang sambut hari lahir dia...aku sentiasa harapkan agar dia sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W T...sebenarnya aku sangat bersyukur punyai emak lagi..dia memang seorang yang amat aku sayang..dia lah yang sentiasa mendoakan aku ketika aku sakit..dia lah yang tak putus-putus akan hubungi bertanyakan khabar aku..setiap kali aku nak hadapi test atau peperiksaan,dia jugak yang akan membacakan yassin dan berdoa moga aku dapat menjawab setiap soalan dengan baik...aku sangat bersyukur dipertemukan dengan dia...tadi ingat nak bersembang dengan dia lepas maghrib tapi tak angkat la pulak kan...takpe..jap lagi aku cuba sekali lagi...mak, man cuma harap mak sentiasa sihat dan gembira..terima kaseh mak untuk segalanya..sesungguhnya hanya Allah je yang dapat balas semua kebaikan mak kepada man...



seorang lagi adalah kawan baik aku..sejak semester tiga diploma sampailah sekarang aku rapat ngan dia..hasanah...dia ni memang la bijak orangnya..tak perlu kot aku nak perkenalkan lagi memang satu batch aku tau..hari ni hari lahir dia..semalam sempat la aku pergi carikan hadiah...simple2 je tapi aku harap di suka..aku memang tak pandai beli hadiah tapi aku akan cuba pilih yang terbaik yang aku mampu sebagai tanda aku amat menghargai persahabatan kami...senah, thanx sangat tau sebab sentiasa support aku time aku down...aku memang takkan pernah lupakan segala kebaikan hang buat aku..aku harap persahabtan kita akan kekal buat selama-lamanya,,,semoga angka 22 tahun ni akan membawa sejuta kebahagiaan buat hang...walau ape pun terjadi, aku akan sentiasa support hang k..senyum selalu k macam hadiah tue =)



moga abah terus sembuh...

abah,man doakan abah cepat sembuh k..

salah satu perkara yang amat merisaukan aku adalah abah...setiap hari aku akan kol umah tanyakan keadaan dia..alhamdulillah..dari suaranya dan percakapannya,dia nampak semakin sembuh...masih bergantung sepenuhnya dengan ubat doktor...aku memang tak benarkan dia ambil ubat lain sebab tak nak bercampur dengan ubat hospital...terharu aku bila abah cakap"man, abah semakin sihat,makan pun dah sangat selera..abah tak mau anak2 abah risau kalau abah terus sakit"..alangkah sukanya aku dengar...kami memang tak sanggup tengok abah sakit tambah2 lagi kami jauh kan..minggu depan kalau takde pape abah akan datang ke Penang..ada kenduri kat umah mak lang..tak sabar nak jumpa dia...moga dia akan sentiasa gembira...aku akan cuba untuk teruskan berusaha dan buat yang terbaik demi abah..aku nak balas segala jasa abah..aku nak jadi anak yang baik buat dia...tadi sempat lagi dia nasihatkan aku supaya jangan pikir pasal perempuan lagi..hanya fokus pasal belajar..hehehe..macam tau-tau je abah ni kan..biasalah naluri seorang ayah kan...aku pun jawabla kat abah "eh,tak de la abah..jangan risau..lambat lagi..biar abg2 kawen dulu k..hehehe"...

LAPORAN KEJADIAN KLUSTER INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DI PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL), JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian kluster ILI yang berlaku dalam kalangan pelatih konstabel dan inspektor Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 
Hasil siasatan mendapati pada 5 Mac 2011 terdapat 3 pelatih PULAPOL yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami gejala ILI. 
Siasatan lanjut mendapati sejumlah 1,000 pelatih konstabel mula berdaftar dan menjalani latihan di pusat ini sejak 1 Februari 2011 manakala 1,000 lagi pelatih Inspektor yang mula mendaftar dan menjalani latihan bermula 1 Mac 2011. Jumlah keseluruhan pelatih dan kakitangan di PULAPOL adalah seramai 2,800 orang. 
Sehingga 8 Mac 2011 jam 8.30 malam, seramai 210 pelatih didapati mengalami gejala ILI dimana 2 kes di ICU, 26 kes di wad biasa dan 182 pelatih diisolasi di PULAPOL.

Terdapat satu kematian melibatkan seorang pelatih lelaki berumur 25 tahun yang mula mengalami gejala ILI pada 15 Februari 2011. Memandangkan gejala yang dialaminya masih berterusan, beliau telah dibawa oleh pihak PULAPOL untuk mendapatkan rawatan di hospital dan terus dimasukkan ke wad pada 28 Februari 2011. Beliau dirujuk ke ICU pada 5 Mac 2011 kerana memerlukan rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mac 2011 jam 8.30 malam disebabkan oleh Community Acquired Pneumonia with multiorgan failure.
Maklumat lanjut yang diperolehi mendapati semenjak melaporkan diri di PULAPOL, beliau hanya menjalani aktiviti latihan kawad dan sentiasa berada di pusat latihan tersebut walaupun pada hujung minggu. 
Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa kes kematian yang dinyatakan di atas dan dua (2) kes yang kini dirawat di ICU didapati positif terhadap jangkitan Adenovirus. keadaan pelatih-pelatih yang dirawat di wad biasa adalah stabil.

Hasil siasatan di lapangan juga menunjukkan terdapat jangkitan Adenovirus dalam kalangan pelatih yang diisolasi di PULAPOL. Ini adalah berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel swab tekak (90%) adalah positif bagi Adenovirus.
Di samping itu, 3 daripada 4 sampel najis juga positif bagi Adenovirus. Justeru aktiviti kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari.

KKM ingin memaklumkan bahawa wabak Adenovirus pernah dilaporkan di dalam institusi tentera di Amerika Syarikat. Oleh itu berdasarkan keputusan-keputusan makmal dan tanda-tanda klinikal serta kejadian yang sama pernah dilaporkan di institusi ketenteraan, kejadian di PULAPOL ini berkemungkinan besar berpunca daripada jangkitan Adenovirus.
Namun begitu, pihak KKM masih meneruskan siasatan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan lain yang boleh
menyebabkan kejadian ini. Untuk makluman, Adenovirus menyebabkan jangkitan respiratori yang
ringan, cirit-birit dan konjunktivitis. Lazimnya ia menyebabkan jangkitan yang ringan namun begitu kejadian komplikasi dan kematian pernah juga dilaporkan oleh CDC Atlanta, USA.
Di kalangan kes di PULAPOL, sebahagian besar menunjukkan gejala jangkitan respiratori yang ringan dan 50% daripada mereka juga mengalami cirit-birit ringan. Adenovirus boleh menular melalui perhubungan rapat (direct contact)
dengan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air daripada pesakit yang batuk atau bersin.

Penularan jangkitan Adenovirus boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, mengamalkan adab batuk dan tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang mengalami gejala ILI.

Buat masa ini, kejadian ini hanya terhad di kalangan pelatih-pelatih di PULAPOL. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini dalam masyarakat. KKM telah mengambil tindakan kawalan termasuk mengisolasi kes-kes yang tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan
ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih.

KKM sentiasa memantau perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh: 9 Mac 2011

Wednesday, March 16, 2011

demi kawan...

dramatik je kan bunyinya..hehehe..ari ni aku nak tulis tentang demi kawan...aku ni jenis yang sanggup buat apa sahaja untuk kawan aku sampai kadang-kadang aku diperli,dimaki sebab kawan..prinsip aku sangat senang..sentiasa berbuat baik dan menghargai kawan kita...walaupun kita tahu yang tak semua kawan akan hargai apa yang kita lakukan...aku sekali pun tak pernah harapkan yang kawan aku akan faham setiap apa yang aku buat adalah sebab aku sangat menghargai dia..cukuplah bagi aku kalau suatu hari nanti dia akan sentiasa ingat dan ceritakan kepada anak cucu dia bahawa aku adalah kawan dia...aku memang jenis yang langsung tak kisah untuk buat apa sahaja demi kawan...bagi aku duit kita boleh cari tapi kawan yang betul-betul susah dan senang dengan kita memang sangat sukar dicari..aku sangat takut akan kehilangan kawan sebab aku bukannya jenis yang mudah percaya dan menganggap seseorang sebagai sahabat aku kalau aku tak betol-betol kenal hati budi dia...minggu lepas kawan baik aku turun kedah..memng sangatlah hepi kan..bukan selalu nak dapat jumpa dia sebab sekarang dah berbeza kampus..masa aku nak pegi amek tiket untuk dia balik melaka,cuaca dah memang sangat mendung...tapi hati aku tetap cakap yang aku nak pergi amek tiket untuk dia..masa pergi tu ok je tapi masa nak balik tue tetiba hujan bukan main lebatnya..selebat-lebatnya lah orang kata...memang basah lencun la jawabnya..aku hanya senyum je...rasa macam bodoh je redah hujan lebat tapi takpe..demi kawan beb...aku langsung tak kisah...ni aku baru je balik..keadaan yang sama jugak berlaku..hujan lebat waktu nak balik..tujuannya aku nak pergi cari kad ucapan hari lahir buat mak angkat aku...juga buat sahabat aku..basah pun aku memang tak kisah sebab aku puas hati dapat belikan kad sebagai tanda aku ingat kat mereka..sebagai tanda aku sentiasa hargai mereka.....

10 kata-kata hikmah...






























Monday, March 14, 2011

risau,sedih dan kecewa...


kusut sangat rasanya sekarang...

lama tak menulis..bukannya apa, sibuk sangat dengan pelbagai perkara..kelmariin baru je balik dari lawatan ke Parlimen dan Sri Perdana..nanti aku update k...erm..sebenarnya hati ni tengah risau,sedih dan kecewa...

Risau???

yup..jujurnya aku sangat risaukan tentang kesihatan abah..aku harap dia akan cepat sembuh..suaranya sekarang dah lain..masih sakit..aku risau dengan keadaan dia..nasib baiklah dia tinggal bersama kakak aku sekarang..sekurang kurangnya adalah yang menemaninya...lega sikit bila dengar dia dah makin berselera makan..ikutkan hati nak je aku balik jaga dia di rumah tapi apakan daya perjuangan belum selesai kat UiTM Kedah ni..aku memang sengaja untuk tak share setiap post aku yang sedih dan risaukan keadaan abah di facebook..sebabnya?aku tak nak adik aku baca..aku tak nak dia risau..dia lagi sebulan je nak habis kat Kolej Matrikulasi Pahang..aku betul-betul nak dia fokus..

Sedih???

aku sangat sedih mengenangkan diri ni berjauhan dengan abah...aku jugak sedih sebab aku rasa makin terpinggir...aku perlukan sahabat-sahabat aku tapi aku sedar yang mereka juga ada masalah mereka sendiri..aku sebolehnya tak mahu mengganggu mereka dengan masalah yang aku hadapi tapi nak buat macam mana memang aku rasa keseorangan sangat sekarang...macam mane pun aku kena kuat untuk teruskan perjuangan...jangan terlalu berharap yang orang akan faham kita dan sentiasa bersama dengan kita di kala kita sedang bersedih..ok man??bergantung kepada diri sendiri k!!!


kecewa dengan diri sendiri

Kecewa???

aku kecewa dengan diri sendiri..prestasi aku semakin merosot...aku makin tak kenal diri sendiri..aku jadi macam orang bodoh..sangat blur dan tak tau nak hadapai semuanya sendiri...seperti yang aku cakapkan tadi, kita tak boleh nak harapkan orang sentiasa faham kita..teman yang terbaik adalah diri kita sendiri..pijak atas kaki sendiri...sedarlah yang kau bukan siapa-siapa..kembalilah bangkit sebab kalau terus begini, maka hidup kau akan hancur!!!jangan mudah mengalah man...kalau dulu kau boleh bergantung harap kepada orang lain tapi sekarang tidak lagi..situasi dan keadaan sudah berubah...biasakan diri untuk bersendiri hadapi segala liku-liku hidup ni...arghhhhhhhh!!!apa nak jadi dengan diri aku ni???tolonglah datang kembali wahai semangat yang kian hilang...



cuba untuk tidak berputus asa...

Sunday, March 13, 2011

1,000 terbunuh gempa Jepun!!!


2011/03/12

TOKYO: Lebih 1,000 mangsa dikhuatiri terbunuh dan kini pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi sehingga menyebabkan tsunami.

Sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun. - AFP

*sumber: berita harian online


Marilah kita mendoakan semuanya agar selamat..Bencana alam ini juga memberi pengajaran buat kita agar sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah..Jika Allah menghendaki, maka terjadilah ia...

Saturday, March 5, 2011

abah, man sayang abah..

hanya Allah yang tahu macam mana perasaanku ketika ni...aku terlalu rindukan abah..risaukan keadaannya..kesihatannya...buat pengetahuan kalian, abah dimasukkan ke hospital pagi tadi...masalah paru-paru berair dan jugak semput...nak je aku balik tapi jauh...banyak tugasan yang perlu aku selesaikan...tapi aku risaukan abah..Ya Allah, begitu besar dugaanMu buatku kali ini...detik 30 Jun 2009 masih segar dalam ingatan aku tatkala mak pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..ketika itu, aku seakan hilang arah dan sampai ke hari ini pun aku masih tidak dapat menerimanya ..sudah satu tahun lapan bulan dan lima hari mak menghadap Ilahi tetapi bayangan mak,wajah mak dan senyuman mak masih segar dalam ingatan....abah, man tau abah sangat sakit sekarang..abah tak suka duduk kat hospital tu kan..sabarlah abah..sekejap je..doktor nak rawat abah...abah tak sihat..kalau abah dengar cakap doktor, makan ubat, InsyaAllah abah akan cepat sembuh..man mintak maaf sangat tak dapat nak balik sekarang..man serba salah sangat sebab tak dapat nak temankan abah malam ni kat hospital..man hanya mampu berdoa dari jauh je untuk kesejahteraan abah...abah,sepatlah sembuh..man tak nak tengok abah sakit..man kalau boleh nak tanggung sakit abah tue..man tak daya abah...man sayangkan sangat kat abah..sangat-sangat sayang....man tak tau camane lagi man nak hilangkan rasa gusar, bimbang, resah dan gelisah dengan keadaan abah...Ya Allah, Kau yang memberi sakit dan Kau jugalah yang Maha Menyembuhkan...aku mohon padaMu YaAllah agar Kau sembuhkanlah bapaku...berikanlah dia kesihatan yang baik...berikanlah aku peluang untuk aku terus berbakti kepadanya...aku mohon ruang kepadaMu untuk aku bahagiakan dia..kasihanilah hambaMu ini Ya Allah...hanya Kau tempat aku berlindung dan hanya Kau sahaja tempat aku memohon pertolongan...cukuplah bagiku Ya Allah ada dia dalam hidupku setelah mak pergi..aku tak sanggup lagi Ya Allah...kepada kawan2 ku,hanya satu aku mohon agar kalian dapat sama-sama mendoakan moga ayah aku cepat sembuh...amin...

ku tetap menunggu..

hahaha..jiwang habis kan??sebenarnya aku addicted dengan lagu rossa yang terbaru..nyanyian asal ella dan shah yang bertajuk ku merindu tetapi dinyanyikan dengan melodi yang sama dengan lirik yang agak nakal oleh rossa bertajuk ku menunggu...hari ni dah pekak telinga aku ni dengar lagu ni..sebabnya??ada la seorang ni yang sangat suka dengar lagu ni dan asyik dengar lagu ni je sepanjang hari..hehehe..so jom try nyanyi sama2 k =)


Lirik Lagu Rossa Ku Menunggu



ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu
cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku
reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu
repeat reff
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu



























Thursday, March 3, 2011

sangat tertekan...

aku sangat tertekan atau dalam bahasa lainnya stressss yang amat sangat..kenapa??ada beberapa perkara yang mengganggu ditambah pelbagai masalah yang ada...serius, kalaulah aku ada duit sekarang, nak je aku lari sekejap ke tempat itu..tempat yang sungguh mendamaikan itu..setiap kali aku pergi ke sana aku rasa amat tenang..hilang sekejap segala masalah yang timbul tapi mungkin ada hikmahnya segala yang terjadi...jujurnya aku perlukan seseorang sekarang untuk aku luahkan segalanya..tapi siapa???erm...tiba-tiba aku rindukan mak..rindukan dia panggil nama aku..rindu untuk bercakap dengan dia..tanya khabar dia...usik dia..buat lawak dengan dia...buat suprise untuk dia...cium pipi dia...makan masakan dia...mak,man terlalu rindukan mak...man tak sanggup nak hadapi semua ni...man tau walau banyak mana pun man menangis mak takkan dapt kembali untuk man...kenapa Allah berikan ujian ini untuk man?kenapa??mak...man rindukan mak...man nak jumpa mak..mak...mak..mak..mak..mak..tolonglh kembali buat mannn....man tak sanggup nak hadapi pemergian mak...........Ya Alah,aku rindukan dia...aku redha atas segalanya namun kuatkanlah hati ini untuk sentiasa bersemangat hadapi hidup ini....sesungguhnya ujianMu buatku ini sangatla  beratnya buat hambaMu yang tidak berdaya ini...


Ku Merintih... Aku Menangis...Ku Meratap....Aku Mengharap...

Wednesday, March 2, 2011

sedeyhnya...

memang sungguh la sedih...hari ni semua kawan-kawan aku dah dapat ptptn tapi aku lambat lagi nak dapt..huhu..best je dieorang kan dah tak yah risau sal duit...aku ni tenagh menghitung hari lagi ..8 hari blan ni baru tau lulus ke tak..paling awal pun boleh dapat mungkin awal bulan 4...memang sakit la aku..macam-macam yang nak kena bayar...untuk Conference 9 April nanti minggu depan dah nak kena bayar...17 Mac ni aku ada Dinner BASIC tapi macam malas je nak pegi..huhu..erm..minggu depan jugak pegi lawatan ke Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri...memang tak ada mood..sedeyh lagi..huhu..takpe lah...hadapi semuanya dengan senyuman..mungkin ada hikmahnya..yang penting kita kena sentiasa sabar kan..duit oh duit...

*motivasi hari ini:

"kena sentiasa bersedia untuk hadapi segalanya tanpa mengharapkan sesiapa kerana kita je yang paham diri kita"

Monday, February 28, 2011

menyesal...

aku paling tak suka perkataan ni...aku selalu katakan pada diri sendiri yang aku seharusnya dan tidak akan pernah menyesal dengan setiap apa yang aku lakukan...tapi aku sedar yang manusia sentiasa melakukan kesilapan...takkan pernah lari dari berbuat kesilapan...ada satu kesilapan yang telah aku lakukan tatkala aku sedar yang memang aku akan menyesalinya..kenapa??sebab perasaan ego yang terlalu tinggi dan jugak mengikut kata hati..aku takkan pernah lupa perkara itu dan aku harapa aku dapat memperbetulkan kesilapan aku tu..Alhamdulillah..sangat bersyukur padaMu YaAllah yang telah membuka pintu hati ini untuk melihat segalanya...kalaulah masa dapat diputarkan kembali..erm.tapi inilah pengalaman..tanpa pengalaman ni mana mungkin aku akan dapat mempelajari semua ni...one day aku akan ceritakan segalanya apa yang aku menyesal tue k...buat masa sekarang aku hanya cuba untuk sedikit demi sedikit memperbetulkan segalanya...


syukur...

Sunday, February 27, 2011

kerja dan terus bekerja...



erm...orang lain semua sedap dok tidoq tapi aku masih mengadap laptop...banyak menda yang perlu disiapkan...ni aku baru je setel buat research article...nak kena hantar hari ni jugak...nanti nak kena present dalam Regional Conference nanti...di samping tu aku jugak nak kena siapkan assignment HRM yang nak kena hantar 6 mac  ni.. untuk assignment premiership dah siap cuma nak p tunjuk kat en.Mujib dulu...tadi pergi HEA untuk semak samada proposal ke Parlimen dan JPM dah lepas ke belum tapi dieorang plak tengah meeting lagi..harap2 lepas la...kelmarin dan semalam(eh bukan ari yang sama kan)..ahhh..lantaklah..semalam dan hari sebelum semalam aku sakit kepala teruk..migrain yang teramatla teruk..huhu...langsung tak leh bangun...hari ni pun aku gagahkan jugak p klas sebab banyak perkara perlu diselesaikan selain ada kUiz PRO tadi...erm...kerja dan terus bekerja k..harap2 sakit kepala ni cepatla sembuh sebab kalau tak, akan tergendala la banyak kerja aku...doakan aku ek kawan2...=)


Saturday, February 26, 2011

lima sekawan...



ni cerita berkenaan kawan jugak..aku nak perkenalkan dengan bangganya geng aku sekarang..buat masa ini dekat uitm kedah...kalau time diploma semua geng aku dah ilang tapi sekarang aku dah jumpa 4 membe yang aku rasa sangat best,giler2 dan jugak sedia membantu aku...kamilah 5 SEKAWAN yang mana ada 2 lelaki dan 3 perempuan...yang perempuannya semua dah ada buah ati masing2..kami yang lelaki ni jela masih mencari..bukan ape, nak cari yang betul2 sesuai dengan kita ni susah kan...nak2 pulak zaman sekarang ni...membujanglah kami nampaknya...jom kita kenal sape kawan aku ni dan kami dah macam satu family..hehehe...gambar2 dieorang yang aku amek ni semua aku curi kat facebook..sory ek kawan2...dieorang ni susah nak layan bloq..so aku rasa dieorang takkan tau yang aku create post ni..hehe..bukan apa,aku rasa ni salah satu cara aku untuk expresskan yang aku sangat menghargai kawan2 aku yang sentiaa support aku...



kembar tak seiras..hehehe

ok..yang sebelah kiri tu adalah farid..eh,kenapa nama lelaki??hahaha..sory gurau2 ja..nama sebenaq dia faridah..sama nama macam arwah mak aku...aku kenal dia masa diploma lagi..memang satu batch...cuma rapat ngan dia sejak dia rapat ngan kembar dia tue..hehehe...yang sebelah kanan tu pulak namanya hasanah...aku panggil dia ni cik penyarah sebab dia ni budak bijak..maklumlah bakal menerima anugerah naib cancelor masa konvokensyen nanti...jangan marah aa cik pensyarah..hehehe..dia ni aku kenal dari semester dua sebab masa semester satu dia dapat anugerah dekan..kenal nama jela..tak pernah besembang ngan dia..masa semester tiga barulah kenal rapat sebab kami terlibat secara langsung dalam satu program..masa tu aku ketua projek dia penolong ketua projek...dia ni memang hebat pun...pendebat terbaik la katakan...aku memang salute lah masa tengok dia kat peringkat akhir debat piala pngarah utim kedah...memang selayaknya trofi itu milik dia..hehehe..dia ni lah yang banyak support aku..bagi kata-kata semangat dekat aku masa aku tengah down...kadang2 dia ni jugak sumber rujukan aku kalau aku ada soalan yang aku tak paham..cik pensyarah la katakan..hoho...aku takkan lupa jasa baik hang sampai bila2 tau...kedua-dua gadis pingitan di atas sudah berpunya...terlepas sudah..hehehe...



barbie doll uitm kedah =)

ni plak adalah fatin hazirah..aku pun tak sangka aku boleh rapat ngan dia sebab sepanjang diploma dulu aku tak pernah berkawan ngan dia..sebab ape?hehehe..biarlah rahsia...dia ni pun kawan rapat cik pensyarah tue..aku tak pernah bersembang ngan dia so aku memang tak tau dia orang yang macam mana..tapi bila dah kenal baru la aku tau dia ni peramah..tak seperti yang aku sangkakan..hehehe...


jejaka idaman malaya...hahaha

sape mamat poyo ni?hahaha...kalau kawan yang satu batch ngan aku masa diploma dulu memang tak kenal dia ni sebab dia dulu DPA UiTM Dungun...pertama kali aku masuk klas semester ni aku tengok mamat ni rapat ngan cik pensyarah, faridah dan fatin..aku pun sangkakan dia ni pakwe si fatin tapi salah rupanya... dia pun masuk lambat gak..tapi lambat cket jela bebanding aku...nama dia marzuki...semua panggil dia aki je...yang nak tergelaknya, habis je klas aku pegi la makan ngan tiga dara pingitan di atas dan jugak akim(member sebilik aku)..tetiba aki kol aku..dia suh aku buat soalan case study nombor 2 HRM sedangkan aku tak tau pape...dalam ati aku, pehal plak dia ni tetiba suh aku buat??hahaha...rupanya aku group dia untuk HRM..lawak tol rasa time tu...dia ni  seorang kawan yang baik la...aku respect dengan semangat dan niatnya untuk berubah...manusia mana yang tak pernah buat silap kan??bro,aku sentiasa support ko!!!

aku pun arapkan yang kami berlima akan terus baik sampai habis dgree kat uitm kedah ni...bukan stakat tu je, aku nak kami baik sampai bila2..aku sangat hargai kawan2 aku...tak sabar nak tunggu sapala akan naik pelamin dulu..hehehe..aku rasa mestila yang pompuan dulu sebab dieorang semuanya dah berpunya kan..kami yang laki ni lambat2 pun xpe..stay cool..hehehe...aku nak ucap terima kasi kat korang sebab sentiasa support aku...walau apa pun korang tetap terbaik..aku nak kita berlima berjaya bukan je dalam study tapi dalam hidup masing2 bila dah habis nanti..we are the best!!!!!!!



simbolik persahabatan kami berlima =)

Friday, February 25, 2011

perpisahan ini...

ini kowt liriknya yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa buat masa sekarang..sangat sentimental sebenarnya kalau dihayati liriknya...boleh meleleh air mata dibuatnya tau...


Perpisahan Ini – 1st Edition ft Aizat Amdan


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Wednesday, February 23, 2011

tak sabar nak mengundi...

rasa besemangat la pulak nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia kan...baru -baru ni aku dah daftar sebagai pengundi...sebelumnya aku memang risau takut tak dapat mengundi sebab dengarnya tarikh daftar sebagai pengundi dah tutup bulan 12 yang lepas..sangat teruja mengisi borang dan sah untuk bergelar pengundi...hehehe...aku nak rasa sendiri pengalaman pertama sebagai pengundi pada pilihanraya umum yang akan datang...aku tak mahu terlepas untuk sama-sama memilih calon atau pemimpin yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat bagi kawasan aku walaupun sebenarnya aku dah ada pilihan kan...kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih mana-mana calon yang kita rasa layak dan ini memang dah termaktub dalam perlembagaan persekutuan...rugilah kalau kita sebagai rakyat tak jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan...


aku sebenarnya teringin jugak nak jadi wakil rakyat ni..sebabnya???aku sangat suka untuk membantu mereka yang memerlukan..memerlukan bukan sahaja dari segi duit tapi dalam pelbagai aspek yang lain seperti kebajikan, keprihatinan dan juga masalah-masalah yang mereka hadapi..ada la jugak angan-angan nak gantikan Najib untuk parlimen Pekan satu hari nanti..hahaha..tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan...cukuplah kan..hehe..bila agaknya tarikh pilihanraya umum ek???itu semua masih menjadi teka teki dan jawapannya hanya ada pada Najib seorang...tak sabar dah ni..cepatlah pilihanraya datang...



aku bakal menggantikan beliau untuk parlimen Pekan..hehehe

cakap pasal pilihanraya ni, UiTM Kedah pun tak terkecuali mengadakan pilihanraya MPP bagi sesi 2011/2012... sekalung tahniah aku ucapkan buat dua calon pilihan aku iaitu Shalik dan Akmal Hijaz kerana berjaya memenagi 2 kerusi untuk fakulti FSPPP...ingat, janji sudah ditabur..amanah sudah diletakkan..maka, jangan sesekali memungkiri janji dan mengkhianati amanah  dan kepercayaan yang telah diberikan..walaupun korang lepas ni adalah ahli MPP tapi kebajikan FSPPP mesti diutamakan kerana koranglah harapan kami...aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat dan sekarang kenjadi kewajipan korang pulak untuk memperjuangkan segala hasrat,harapan dan luahan mahasiswa UiTM Kedah!!!

kalau tak dengar lagi tak tau la nak cakap apa kan..hehe

buang jauh-jauh..

dalam hidup ni kita memang perlukan teman..teman yang aku maksudkan adalah pasangan...kadang-kadang dia akn menjadi semangat buat kita untuk teruskan perjuangan..dia jugak la yang membuat kita senyum macam orang gila walaupun pada hakikatnya kita jarang sekali berjumpanya..dia lah yang kita banggakan apabila kita bersembang dengan kawan-kawan kita...tapi adakah kita yakin bahawa dia adalah yang terbaik buat kita??? aku menulis dalam keadaan yang agak emosi dan marahkan dia...mungkin apa yang aku anggap tentang dia sekarang hanyalah bersandarkan kepada emosi aku yang tengah marah...yup..memang dulu aku pernah sakiti dia...buat dia menangis dan selalu abaikan dia tapi aku dah sedar kesilapan yang aku lakukan tu..aku cuba untuk memperbetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan...aku cuba menjadi yang terbaik buat dia...aku tak pernah lupakn dia dan sebelum aku tidur aku sentiasa memikirkan bagaimana keadaan dia di sana...ternyata sangkaan aku meleset belaka..betullah kata orang "sekali hati disakiti tak mudah untuk kembali menerima walaupun kata maaf telah diucap"..sekarang ni keadaannya sudah terbalik...aku sedar setiap apa yang ditulis oleh dia ditujukan buat aku...kalau dah tak nak aku ambil peduli, terus terang jela...aku tak marah pun...tak perlu nak sindir aku dengan kata-kata yang sebegitu...aku cuba untuk terus meyakinkan hati ni bahawa dia adalah jodh yang aku mahu...dan bila dah dia berkata "``dulu..xhargai..skrg mncari2" memang sah la ayat itu untuk aku..baik, aku sangat mengerti maksud dia...salah aku ek??? kalau itulah kebenarannya aku akan mula untuk membuang perasaan itu jauh-jauh...maka dengan itu juga aku nak kembali sendiri...apa pendapat kalian???dah letih sebenarnya nak layan benda-benda ni..huhuhu

Sunday, February 20, 2011

dugaan oh dugaan...

erm...serius sekarang memang tengah sangat putus asa...satu dugaan lepas,dugaan lain tiba..dugaan yang tiba tu pulak bukanlah dugaan yang kecil bagi aku...kadang-kadang orang akan cakap kalau kita tak mampu untuk menghadapi dugaan yang kecil, bagaimana mungkin ntuk kita melalui dugaan yang besar..bukan tak pernah aku diduga dengan pelbagai perkara dan aku masih berdiri menghadapinya tetapi kali ni entahla...aku pun sendiri sangat bingung bagaimana nak menghadapi segalanya...kalaulah ada sahabat-sahabat di sisi yang sentiasa bersama aku kan bagus..aku perlukan kalian wahai sahabatku...sangat jauh aku terasa dengan kalian... aku dah mula kembali letih untuk menghadapi segalanya...mahu sahaja aku tidur buat selama-lamanya kalau itulah penyelesaiannya....Ya Allah, berilah hambaMu ini petunjuk..sesungguhnya aku sudah tidak berdaya dengan segalanya...berikanlah kekuatan untuk aku menempuh segala ujianMu ini Ya Allah.......

Friday, February 18, 2011

jangan malu untuk berubah...

hallooooooo...baru balik dari penang je sebenarnya tadi...dah habis pun interview untuk HR dan PR...agak lega la sebenarnya...tadi jugak sempat tengok moovie SANCTUM...terbaik!!!tu je boleh aku cakap..awalnya agak bosan sebab tak tau langsung yang cerita ni  pasal ape tapi at last sangat puas hati...moovie ni mengingatkan aku agar jangan cepat putus asa...yakinlah dengan setiap tindakan yang diambil oleh ayah kita sebab dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita...erm...berbalik kepada tajuk post aku kali ni...kadang-kadang kita malu dengan diri sendiri..kita malu dengan setiap apa yang telah kita lakukan dahulu...yang malangnya lagi jika kita malu untuk berubah demi kebaikan dan masa depan kita...kita malu jika kita berubah, kita akan ditertawakan, diejek dan mungkin juga dimaki sebab mereka beranggapan yang kita tidak layak untuk berubah...dengar ni, jangan malu untuk berubah!!!siapa mereka nak menentukan apa yang terbaik buat kita??adakah dengan dengar cakap mereka kita kan menjadi lebih baik??langsung tidak...dalam Al Quran sendiri menyatakan bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...Surah Ar-Ra’d (ayat 11)..jika kita mempunyai niat untuk berubah, maka mulalah dengan sedikit demi sedikit..tak perlu untuk mengubah secara drastik...cukuplah jika kita tidak mengulangi lagi perbuatan yang telah kita lakukan dahulu...berazamlah untuk tidak sesekali mengulanginya lagi  dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama-sama kita...jujurnya,aku sangat bangga dengan perubahan kau...teruskanlah niat yang baik tu...jangan pernah putus asa untuk berubah...kita sama-sama buktikan yang kita boleh berjaya!!!usaha lebih penting berbanding mereka yang bijak tetapi malas...
 no matter what happen, never give up!!!

Thursday, February 17, 2011

interview....

semakin meningkat minggu,semakin sibuk aku..maklumlah..dgree ni kan susah orang cakap tapi aku kan usaha sebaik mungkin...esok pagi aku ada interview..company yang aku pilih adalah Penang International Airport...aku cuba gabungkan sekali untuk interview tentang Human Resource dan juga Public Relation...aku harap segalanya akan berjalan lancar..sebenarnya, aku sedikit rasa putus asa sekarang...sebabnya? minggu lepas aku mintak pendapat En Samsudin untuk buat interview berkenaan Public Relation dekat Penang International Airport... dia kata ok je...aku bagitau la yang Penang International Airport tak ada department yang betol-betol uruskan tentang Public Relation dan kebiasaannya diletakkan di bawah bahagian operasi...dia kata ok jew...tapi bila tadi aku tanyakan sekali lagi dia kata yang kemungkinan aku tak akan dapat banyak maklumat dan suruh aku cari company lain seperti Hotel Eqtrial..appointment dah pun dibuat pastu dia cakap macam tu pulak..takkan la aku nak batalkan..memalukan lagi ada la..so aku buat keputusan untuk teruskan je interview ni..kalau rasa tak cukup maklumat aku akan cuba untuk berhubung dengan HQ iaitu Malaysian Airport Holding Berhad...aku bukan tak boleh nak interview company lain tapi kena la pikirkan tentang ahli kumpulan aku jugak kan..setuju ke dieorang??aku cuma nak berikan yang terbaik je untuk paper ni...erm...serabut plak rasanya...hadapi jela dulu..pape hal nanti pikir lain la kan....ops,sebelum aku lupa, nak ucapkan tahniah buat junior aku student Diploma Pentadbiran Awam semester 3, Akmal Hijaz yang menjadi salah seorang calon Pilihanraya MPP yang akan berlangsung minggu hadapan...selmat berjaya bro..yakin dengan kemampuan diri sendiri k!!!juga buat calon-calon lain seperti Amirul dan Nazifah...tak lupa jugak calon tunggal BASIC, Shaliq, selamat berjaya semuanya!!!

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W di hari yang amat berbahagia ini...betapa rindunya kepada Rasulullah S.A.W...terima kasih Ya Allah berikan rasa kerinduan ini...aku rasa sebak sangat sekarang ni... sambil mengalunkan puji-pujian kepada Allah dan kekasihNya, tiba-tiba aku jadi terlalu rindu kepada Rasulullah...alangkah bertuah jika dapat berjumpa walaupun dalam mimpi...Ya Allah, sesungguhNya baginda adalah kekasih teragungMu...Nabi terakhir yang teramat sayang dan kasihkan umat baginda...Akhlak dan peribadi baginda adalah yang terbaik..Role Model bagi seluruh umat islam sehingga akhir zaman...Aku rindu kepadanya Ya Allah...jika dulu ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah aku sering terlibat dengan perarakan ketika sambutan maulidur rasul..aku juga terlibat dengan pertandingan syarahan agama sempena maulidur rasul tanpa aku hayati dan mendalami sepenuhnya segenap tujuan dan maksud menyambutnya...tapi kini aku sedar bahawa aku sangat rindukan baginda...betapa baginda telah menunjukkan akhlak yang paling terpuji.. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku mengikuti segala sunnah baginda agar aku juga dapat mencintai baginda sebagaimana Engkau kasih dan sayang padanya...Sesungguhnya kasihMu kepada baginda mendahului kemurkaanMu terhadap umat baginda..jangan Engkau biarkan hati ini untuk terus leka dengan segala tipu helah dunia...Ya Rasulullah, umatmu ini amat merindukanmu.....

Monday, February 14, 2011

selamat ulang tahun sayang...


Assalamualaikum...saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat awak..hari ni saya sangat gembira..kawan-kawan saya cakap saya seronok sebab nak sambut Valentine Day tapi hakikatnya saya seronok sebab hari ni adalah hari lahir awak...kalaulah kita dekat dah lama saya jumpa awak..malam semalam saya pening sangat..saya tidur awal..saya harap sangat saya dapat jadi orang pertama yang wish kat awak tapi saya terjaga pukul 1 pagi...saya mintak maaf kerana tak dapat nak tunggu tepat jam 12.00 tengah malam untuk wish kat awak...saya harap awak sentiasa gembira di hari yang sangat bermakna untuk awak..saya nak belikan hadiah  tapi saya tak tahu bila saya dapat bagi dekat awak...takpe...saya simpan dulu hadiah hari jadi awak k..saya janji nanti kita jumpa saya akan berikan hadiah tu dekat awak k...doa saya buat awak di hari yang sangat indah ni adalah moga awak sentiasa diberikan kesihatan yang baik sebab saya tak suka tengok awak sakit...harap awak akan terus bersemangat untuk mencapai setiap impian awak...moga awak menjadi lebih matang dalam segala hal dan say mintak maaf keana tidak boleh menjanjikan apa-apa untuk awak..saya masih belajar..saya juga masih banyak komitmen yang perlu dilunaskan.orang cakap kalau ada jodoh tak kemana...insyaAllah saya juga akan berusaha keras untuk mendapatkan yang terbaik..bukan untuk saya malah juga untuk awak...saya berdoa kepada Tuhan, kalaulah awak jodoh saya maka berikanlah yang terbaik buat kita...saya tak pasti samada awak akan baca coretan saya ini atau pun tidak tapi saya cuma nak bagitahu yang saya sangat menyayangi awak...saya takut nak bagitahu awak sebab nanti awak ingat saya hanya main-main...sekali lagi selamat ulangtahun =)

nanti saya bagi kek ni kat awak =)


Saturday, February 12, 2011

terima kasih SMF..

siang tadi baru je habis meeting khas sempena Persidangan Mahasiswa FSPPP bersama Sekreteriat Mahasiswa Fakulti UiTM Shah Alam...alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...moga segalanya akan berjalan lancar hendaknya..kami di kedah sangat menghargai jasa baik rakan-rakan SMF di UiTM Shah Alam kerana sudi datang ke UiTM Kedah untuk berkongsi idea,pendapat dan juga membantu dalam menghasilkan tentatif yang mana akan memberi manfaat buat kami dalam menganjurkan persidangan tu nanti...diharapkan segala penat lelah kita akan berbaloi dengan mencapai objektif untuk menaikkan imej FSPPP agar menjadi sebuah fakulti yang disegani kelak bukan sahaja di peringkat UiTM malah di peringkat universiti seluruh Malaysia...tadi jugak baru berakhir Program Tutor Tutee Siri 1..buat mereka yang hadir sebagai tutee aku tadi diharapkan dapat manfaatnya untuk menghadapi test 1 yang akan datang...aku rasa komitmen aku untuk minggu ni dah selesai..so, sekarang suka atau tak,nak atau tak nak aku kena tumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran..test makin hampir..banyak yang masih aku tak faham..jawapannya?bukaklah buku dan buatlah latihan kan..aku rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri ni...rasa ada yang hilang..apa tu???mungkin semangat kot...datanglah kembali wahai semangat.janganlah hilang dan pergi jauh dari aku sebab tanpamu aku hilang arah..hilang tujuan..hanyut..leka dengan permainan dunia..kembalilah wahai semangatku..........

Friday, February 11, 2011

tugasan hari ini...

mowning!!!aku baru je lepas mandi..dari petang sampai malam smalam aku dok buat giler depan laptop layan cerita ONLY YOU..memang best ceritanya walaupun cerita lama kan...lagi pun aku memang minat heroinnya =)..pagi ni rasa pening sangat..mungkin sebab semalam dah melalui hari yang penat...yang penting urusan di HEP,HEA dan Pejabat Kolej aku dah selesaikan...lepas rasanya kerja yang menghantui aku untuk sepanjang minggu ni..hari ni pulak aa satu program yang memang aku suka sangat iaitu Tutor Tutee Siri 1..walaupun aku dah menjadi pelajar BAS tapi aku tetap join program DiPAC yang satu ni..sebabnya??aku suka sangat bekongsi ilmu dengan adik-adik semester 1...bagi aku. tujuan asal program ini iaitu untuk membantu mereka agar lebih memahami dan mendalami subjek PAD 120 agar dieorang dapat skor untuk paper ni sangat perlu disokong...aku pun tidaklah dapat keputusan yang begitu cemerlang untuk subjek ni semasa di semester satu diploma dahulu tapi aku yakin dengan ilmu yang sedikit ini yang aku ada beserta niat yang ikhlas untuk melihat mereka dapat menjawab soalan final exam bagi subjek ni dengan baik membuatkan aku begitu semangat nak join program ni..malam ni jugak tetamu dari Shah Alam akan sampai...aku harap perjalanan mereka baik-baik sahaja dan moga selamat sampai  di UiTM Kedah...esok ada meeting khas sempena Persidangan Mahasiswa FSPPP Kali Ke-3 yang mana UiTM Kedah menjadi tuan rumah...aku yang aturkan meeting ni dan aku harapkan sangat semuanya berjalan lancar...hari ni jugak aku kena wat latihan COSTING iaitu salah satu subjek yang aku amek semester ni sebab kemungkinan minggu depan ada TEST..risaunya...huhu...LAW pun nak kena wat nota jugak sebab rabu depan TEST..lagi satu,berkenaan dengan interview bagi paper Human Resource Management dan Public Relation, aku kena jugak daptkan tarikh appointment hari ni...boleh ke aku setelkan semuanya hari ni???erm.....



 mood: fenin oh fenin...


tetiba rindukan tempat ni...=(