My Readers

Friday, March 18, 2011

lagi kes kematian akibat Adenovirus...

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini pagi semalam selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti 'Adenovirus'.Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu.Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada Selasa minggu lalu selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama.

Mohd Redzuan yang berasal dari Bandar Sungai Buaya, Rawang dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi.

Bapa Mohd Redzuan, Ishak Daharin, 48, menyifatkan kematian anak sulung daripada tiga beradik itu sebagai suratan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.

“Walaupun saya kehilangan seorang anak yang sangat baik, saya reda... Selepas doktor memberitahu keadaan anak saya semakin kritikal malam tadi (semalam), kami sekeluarga, datuk serta neneknya sentiasa berada di sampingnya sehinggalah dia meninggal dunia. 
“Dari kecil dia (Mohd Redzuan) memang mahu menjadi seorang inspektor dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat galian minyak dan gas semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Ishak dan isterinya, Nur Faridah Anum Isa, 48, turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu dari segala segi termasuk sokongan moral sepanjang anaknya dirawat di HKL.


*sumber: berita harian online

No comments:

Post a Comment